Aku Ahli Badan Dakwah

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti tajuk di atas, aku merupakan bekas ahli badan dakwah di salah sebuah sekolah berasrama penuh. Kat mana asrama tu korang tak payah tahula. Tak penting pun. Tujuan aku nak tulis ni sekadar nak berkongsi pengalaman seram aku sepanjang menjadi ahli Badan Dakwah.

Aku ni nak kata alim, tak la alim mana cuma aku mengejar jawatan waktu ni. Maklumla nak cantikkan markah kokurikulum. So, ditakdirkan aku lulus dan dilantik menjadi salah seorang badan dakwah ni. Tugas ahli Badan Dakwah ni tak la mudah sangat tapi tak la susah sangat sebenarnya dan ramai je yang menyampah dengan kitaorang ni sebab anggap kiteorang ni macam bajet alim walhal kiteorang ni buat je dosa macam diaorang. Itula bila kau jadi ahli badan dakwah, orang ade expectation yang kau ni baik macam tak buat dosa padahal kiteorang juga seorang pendosa sama macam semua orang.

Ok, aku dah mengarut sikit. So back to the story, tugas badan dakwah ni sebenarnya merangkumi jerit kejut subuh kat asrama, check setiap bilik pastikan semua orang pergi sembahyang jemaah kat surau (pasal nak check semua bilik ni la kadang-kadang kiteorang terlepas jemaah bila dapat imam express), kiteorang juga akan uruskan segala tetamu yang bagi ceramah kat surau, kiteorang jugala yang akan buat name list untuk imam and siapa yang azan. Kiteorang juga yang kena kuat bila ada kes rasuk-merasuk berlaku. Tak termasuk lagi yang meroyan saja-saja sebab nak balik rumah.

Kalau nak senarai lagi, banyak je sebenarnya tapi tak payah la. Buat pening kepala korang je baca. Sepanjang aku menjadi ahli badan dakwah, macam-macam gangguan dah aku kena dan nampak sampai aku dah lali. Kali pertama aku menjadi ahli badan dakwah ni masa aku Tingkatan 4. Tugas aku yang pertama adalah kejut semua warga aspuri ( asrama puteri) untuk bangun Subuh. Aku bukan la nak berlagak tapi suara aku memang kuat dan annoying, so semua orang memang akan bangun sebab terkejut dengan suara aku. Aku akan start jerit kol 5.30 atau 5.45 pagi (kot…sebab aku tak ingat. Maklumlah dah lama tinggalkan sekolah). Aku akan kira dari sepuluh sampai satu and dia ade script nak jerit tau. Tak boleh main jerit je…Ni script die:

“Semua aspuri perlu keluar dari asrama dalam kiraan sepuluh, sepuluh…..!”
“Sembilan…”
Maka berterusan la sampai akhir….
Tapi…
Dalam kiraan lima, ada orang ikut mengejek sambil ketawa…
“Lima….”, ni aku jerit then,
“Lima….hihihihi” suara asing.
“Empat…”aku jerit
“Empat….saya tak dengar la awak…hahahah” suara asing.

Bulu roma aku memang dah tegak macam rambut Goku. Aku tengok keliling, mana la tahu ade orang main-main kan aku. Tapi memang tak ada siapa-siapa pun. Ramai yang dah keluar. Aku jerit lagi…

“Tiga….”
“Kau tunggu sampai satu…nanti aku keluar” suara asing berbunyi lagi. Kali ni suaranya kedengaran parau dan keras.

Aku terus jerit panggil nama kawan-kawan aku yang tengah check bilik kat atas ( asrama kiteorang 2 tingkat). Aku memang dah tak teruskan jerit. Nak baca ayat Kursi pun jadi tunggang-langgang sebab cuak. Kawan aku yang bernama Afro( bukan nama sebenar tapi aku dah lama nak panggil dia afro tapi tak sampai hati) turun dan tepuk bahu aku.

“Kau ni kenapa? Tahu la suara kuat jangan la terjerit-jerit macam tu. Aku pulak yang rasa annoying”. Afro bila die terkejut memang dia hangin satu badan.
” Sorry la. Boleh tak kau sambung jerit. Aku tak larat. Tekak aku berharga so kena rehat”. Aku memang merayu habis la dekat Afro suruh habiskan aku punya duty ntuk jerit. Walaupun Afro ni pemalas, dia amik juga tugas aku walaupun separuh hati. Dalam masa die jerit tu, aku perhati keliling sebab ‘suara asing ‘ tu cakap dia akan keluar bila kiraan satu sampai.

Tunggu punya tunggu, bila dah sampai kiraan satu, aku tengok keliling, apa pun tak ada. Aku dah tarik nafas lega. Nasib la tak ada apa jadi. Bila kiteorang dah pastikan asrama kosong, kiteorang berkumpul dekat tengah-tengah dataran asrama bagi laporan kat leader. Masa kumpul tu, seorang kawan aku M.I.A (Missing In Action). Aduh, nak cari pulak minah seorang ni. Kiteorang pun dok jerit nama die tapi tak ada siapa menyahut so kiteorang assume die dah gi surau.

So kiteorang bergerak ke surau. Masa nak gerak tu, aku baru sedar yang aku tertinggal telekung kat dataran ampaian asrama so aku ajak Afro teman aku gi ambil. Masa nak gi ampaian, kawan aku yang hilang tu atau lebih dikenali sebagai Joyah (bkan nama sebenar tapi die suka gosip) muncul depan kiteorang. Afro tu dah la penakut. Segala perkataan yang tak pernah disebut terkeluar juga dari mulut die.

Yang peliknya, Joyah ni jalan slow sangat-sangat. Aku tanya dia, sepatah perkataan die tak jawab. Memang nok harom betul. Lepas ambil telekung, aku ngan Afro pun seret la Joyah ni cepat-cepat nak gi surau nak solat jemaah. Tiba-tiba Joyah ni cakap,

“Awak, kan saya cakap, kiraan awak tadi saya tak dengar sangat. Macam mana saya nak keluar kalau awak jerit perlahan”. suara dia halus tapi aku ngan Afro boleh dengar apa yang dia cakap.

“Joyah, kau ni kenapa?! Janganla takutkan aku. Aku tak suka la kau main-main macam ni. Aku sepak kau karang.” Afro mula membentak sebab dia tahu suara Joyah tak sebaik ni.

Aku memang tak fikir panjang, aku rentap tangan Afro bawak dia lari gi surau. Afro memang dah nangis sambil lari waktu tu. Telekung die pun basah ngan air mata. Aku tak tahu nak gelak atau kesiankan si Afro. Aku yang kena kacau dulu, die pulak yang nangis ending. Sampai surau, boleh pulak Joyah datang peluk aku dari belakang.

“Weh kau ni dari mana? Tadi kau ajak aku gi surau, last-last kau plak yang hilang.”

Ah sudah. Siapa pulak Joyah ni ikut gi surau padahal aku ada kat asrama tengah duty lagi. Aku awal-awal lagi bagi amaran kat Afro supaya jangan cerita kat Joyah sebabnya Joyah ni die gila sikit perangai dia. Lagi benda tu muncul, lagila dia suka mencari. Korang mesti ada kan, kawan-kawan yang macam ni . kadang-kadang aku mcm nak azan kat telinga Joyah ni supaya jangan ikut sangat perangai gila die tu. Tu baru first pengalam aku kene game dengan benda tu.

Ni masa bulan puasa aku kena game. Masa ni aku memang tak expect kene kacau sebab bulan puasa kan. Syaitan semua kene ikat. Yang berlegar pun hanyalah Syaitan yang bertopengkan manusia.
Pagi tu macam biasa aku kejut aspuri untuk bangun sahur dan bersiap untuk Subuh. So tugas aku untuk hari tu adalah untuk check setiap bilik pastikan semua orang keluar dan tak menyorok dalam bilik. Bila tugas kau check bilik, maksudnya, kau kene masuk semua bilik yang ada untuk aras yang ditetapkan. Bilik yang kena check tu selalu dah tutup lampu and gelap.

So, aku kene masuk dalam bilik, bukak lampu and tutup semula sebelum keluar. Waktu tu, aku ngan Afro kene check bilik tingkat 2. Afro check wing belah kiri, aku check wing belah kanan sebab asrama tu bentuk petak. Dah check semua, kiraan pun dah habis, aku ngan Afro nak turun bawah report kat leader. Tiba-tiba leader jerit dari bawah:

“Weh Afro, wing kau ada bilik lampu dengan pintu terbuka. Tutup oi! Current banyak pakai.Nak bayar nanti banyak. ” Ekonomi sungguh leader aku ni.

Afro aku tengok muka dia dah cuak. Aku tengok die. Dia tengok aku. Kiteorang pandang-memandang antara satu sama lain. Sama-sama tak rela nak gi tutup lampu bilik tu sebab kiteorang tahu lampu dan pintu bilik tu kiteorang dah tutup. Lepas aksi pandang memandang, Afro buat muka comel die. Aduh! Memang aku la yang kene. Bukan sebab aku cair dengan muka comel dia tapi aku menyampah.

Dengan kaki yang berat sambal diperhati oleh Afro dari jauh, aku pergilah check bilik tu. Aku tutup lampu dan pintu. Nak gi balik kat Afro, aku tengok Afro dah kat bawah. Tak guna punya kawan. Dia tinggal aku gitu je. Tak lama pastu, dengan innocentnya Joyah jerit:

“Weh, kau tutup ke tak lampu tu?! Terbuka lagi tu!”

Muka leader aku, muka aku ngan Afro memang berubah habis. Leader aku jerit suruh turun tak payah pedulikan pasal lampu tu. Kalau dia tak suruh memang aku nak cabut pun. Masa aku nak turun tangga tu pula aku berselisih dengan benda tu. Benda tu perempuan, pakai baju t-shirt biasa denga ada kesan lumpur kast seluar track die jalan naik tangga bertentangan arah dari aku. Gigil kaki aku sampai berpeluh-peluh badan aku. Member aku semua tak nampak kecuali leader aku sebab die ada sixth sense. Boleh plak leader aku tu jerit dari bawah..

“Weh. Jangan tengok! Baca ayat Kursi tapi lagi bagus kau pecut turun bawah. Aku tak sanggup nak tengok benda tu weh!”

Tak guna betul! Sekarang benda tu memang tahu aku nampak dia. Segala doa aku baca tapi benda tu ada lagi tercongok depan aku. Bila aku dengan benda tu berselisih, boleh plak die main bisik-bisik kat telinga aku

“Awak, lampu bilik kita tak tutup. Kenapa tak tutupkan?!Hahahahaha…”
Aku memang pecut habis kalah Usain Bolt. Aku sampai bawah leader letak sticky note kat pintu pagar

“Sorry member, kiteorang iman tak kuat so lari dulu gi cari ustaz. Ini pun kalau kau sempat baca and tak kena rasuk.”

Nok harom betul. Bukan nak tolong member. Boleh plak die letak sticky note je. Tahula masing-masing penakut. Aku pun penakut gak.

Sampai surau, Ustaz suruh baca Al-Fatihah, mengucap dengan baca ayat Kursi. Solat Subuh memang tak sempat jemaah la so sembahyang sendiri2. Aku memang hangin ngan member aku especially dengan Afro sebab aku paling kamcing ngan dia tapi dia boleh lari tinggalkan aku. Ustaz aku plak cuba melawak yang tak lawak. Boleh dia cakap macam ni..

“Maafkan la diaorang. Semua penakut jadi sebelum diaorang kene rasuk lebih baik diaorang lari. Sekurang-kurangnya kalau mereka lari, kamu sorang je kene rasuk. Kurang sikit kerja saya”

Aku dah gigil face to face ngan benda tu boleh plak ustaz aku ni cuba buat lawak elit die. Memandangkan aku tak response ngan lawak hambar die, die pun cepat-cepat suruh leader aku gi tengok keadaan aspuri kot-kot ada yang kene rasuk ke waktu tu. Ustaz cuma nasihatkan kiteorang supaya bergerak berdua walaupun nak check bilik dekat aras yang sama.

Ada banyak lagi pengalaman aku sebenarnya, tak termasuk lagi masa musim histeria. Parah hidup aku waktu tu tapi aku akan sambung kalau ada permintaan sebab cerita ni pun dah panjang. Kalau aku jadi pembaca, otak aku mesti dah tepu. Maafkanlah penulis amatur ini…

Yang amatur,
Midnight @_@

Midnight

14 comments

  1. aku suka baca!
    si langsat pun suka ea selalu kutuk orang. hahahha

    Langsat ,Duman dgn putang ina (*apa entah) org sama ke apa?

    Jahat gila leader siap tinggal sticky note tu..gahaha..aku pun bengang juga. ustaz pun sama juga. harammmmm…. hahahahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *