UMPAN
Selepas tamat persekolahan, aku memohon untuk bekerja di salah sebuah rangkaian restoran makanan segera tempatan yang tidak begitu terkenal. Selepas temuduga, aku dipanggil bekerja dengan segera. Katanya, atas sebab restoran itu baru kehilangan seorang pekerja. Apabila aku tanya mengapa pekerja sebelum ini berhenti, tak ada sesiapa yang tahu. Malah, ada juga yang kata bahawa dia bukannya berhenti, tetapi ‘hilang’ sewaktu bekerja.
Baiklah, berbalik kepada cerita. Disebabkan waktu tu aku agak terdesak memerlukan wang, aku bekerja sehingga dua shift sehari.
Ini bermakna; aku akan masuk kerja jam tujuh pagi sehingga jam 12 tengah malam. Rakan-rakan setugasku juga terdiri daripada dua kelompok pekerja yang berbeza. Satu kelompok shift pagi dan satu kelompok shift petang. Satu shift hanya akan ada tiga atau empat orang pekerja sahaja, termasuk aku.
Satu petang yang lengang, rakan sekerjaku dari shift pagi tiba-tiba kelihatan gelisah meraba-raba kocek seluarnya. Aku diamkan saja. Mungkin kunci motornya tercicir. Tak lama selepas itu, dia mula menyelongkar laci di bawah kaunter aku pula. Kemudian, locker pekerja. Aku yang rasa agak rimas dengan kelakuan dia tu pun bertanya, kau cari apa?
“Dompet aku! Dompet aku hilang,” jawabnya.
Disebabkan waktu tu tidak sibuk (cuma ada lebih kurang tiga orang pelanggan sahaja), aku pun membantu dia mencari dompetnya. Namun entah kenapa, dia tidak mahu pekerja lain tahu tentang kehilangan dompetnya itu. Selepas hampir setengah jam mencari, dia kelihatan semakin gelisah.
“Aku nak kena balik ni! Sekejap lagi ada tournament futsal!” Katanya gelabah.
“Tak apalah,” kataku, “kau balik dulu. Nanti aku tengok dalam cctv.”
Disebabkan aku dah berjanji dengan dia tadi, petang tu aku minta kunci bilik cctv dari pengurus restoran. Aku fikirkan juga satu atau dua alasan kalau-kalau pengurus tanya untuk apa. Tapi dia hulur saja. Mungkin perkara biasa seorang pekerja minta untuk tengok cctv. Aku pun tinggalkan kaunter dan masuk ke dalam bilik cctv seorang diri. Aku cuma perasan, waktu aku berjalan ke bilik cctv tu, si pengurus dan beberapa rakan sekerjaku saling berbisik sesama mereka. Aku buat tak nampak saja.
Bilik cctv ini terletak di tingkat bawah tanah restoran. Untuk turun ke tingkat bawah tanah ini, aku perlu melalui satu ruangan simpanan yang sesak dengan barangan makanan kering. Terdapat sebuah anak tangga kecil yang mengarah ke sebuah pintu kayu yang berkunci. Aku sumbat anak kunci ke dalam mulut tombol dan aku tolak daunnya, mendedahkan sebuah bilik malap tidak bertingkap yang hanya diterangi sebiji mentol kuning, yang pada pendapat aku, sudah patut diganti.
Di hadapanku, terdapat enam buah peti televisyen lama yang setiap satunya memaparkan sudut berlainan restoran itu. Satu skrin yang lebih kecil pula memaparkan ruangan simpanan barangan kering yang aku lalui tadi.
Aku menekan butang ‘rewind’ yang ditampal tidak kemas di atas sebuah papan kekunci komputer. Aku lihat jam di setiap skrin membalikkan masa sehingga jam tujuh pagi. Waktu di mana rakanku tadi masuk bekerja pada pagi itu.
Selama hampir sejam aku mengamati setiap skrin cctv itu, aku langsung tidak melihat rakanku itu mengeluarkan dompetnya. Langsung tiada perkara mencurigakan yang berlaku selain daripada rakaman di mana dia berdiri buat beberapa minit, merenung kosong ke satu sudut kaunter. Aku pun capai telefon bimbit dan hubungi dia. Beberapa kali talian terputus kerana dia tidak menjawab panggilanku. Mungkin dia sedang berfutsal, fikirku.
Aku mainkan semula rakaman cctv tadi. Takut-takut ada bahagian yang aku terlepas pandang. Sejenak kemudian, telefonku berdering. Rakanku tadi menghubungiku semula.
“Hello, dah jumpa ke?” Soalan pertama yang ditanyakannya.
“Tak. Aku tengah tengok cctv. Aku tak nampak pun kau keluarkan dompet? Entah-entah kau tertinggal dompet tu dekat rumah.”
“Tak! Aku singgah rumah cari tadi. Tak jumpa. Cuba kau tengok footage semalam. Sebab semalam aku kerja shift petang. Mungkin dompet tu tercicir semalam…”
Aku pun turutkan sahaja. Aku balikkan semula masa di skrin sehingga petang semalam. Aku lihat di paparan, rakanku itu masuk melalui pintu hadapan. Kemudian, terus ke belakang kaunter, kemudian ke dapur dan mula bekerja seperti biasa.
Sedang aku amati setiap pergerakannya, aku lihat di dalam paparan itu, dia merenung ke arah cctv. Tangannya menyeluk kocek belakang seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam. Matanya masih tetap pada cctv. Kemudian, aku bersumpah aku melihat dia tersenyum ke arah cctv. Dengan dompet masih di dalam tangannya, dia meninggalkan ruangan dapur dan berjalan perlahan menuju ke arah ruangan penyimpanan.
Setiap cctv yang merakam pergerakannya, ditenungnya sambil menyeringai. Sehinggalah tiba di bahagian tangga menuju ke tingkat bawah tanah, dia memulas tombol pintu bilik cctv dan masuk ke dalamnya. Aku percepatkan masa, tunggu dia keluar (kerana tidak ada cctv di dalam bilik ini). Namun, pintu itu langsung tidak dibuka sehinggalah aku melihat kelibatku sendiri di dalam skrin itu, membuka pintu itu tadi.
Aku mainkan semula semua rakaman cctv. Aku tatap satu persatu. Aku lihat, tak lama selepas rakanku itu masuk ke dalam bilik cctv semalam, seorang lagi pekerja melangkah masuk melalui pintu hadapan restoran. Jam tujuh petang semalam. Yang mengejutkan aku adalah; pekerja yang baru melangkah masuk ke dalam restoran itu adalah rakanku yang kehilangan dompet tadi! Aku percepatkan video-video tadi sehingga semua skrin memaparkan masa pagi tadi. Aku lihat rakanku itu melangkah masuk seperti biasa, bekerja seperti biasa, sehinggalah satu paparan yang menunjukkan dia sedang berdiri kaku, merenungku dari arah belakang. Aku tak perasan akan perkara itu ketika melihat rakaman tadi kerana aku sangkakan dia Cuma sedang termenung kosong! Aku tatap semula setiap pergerakannya sehingga dia meninggalkan restoran beberapa jam yang lepas.
Deringan telefonku membuatkan jantungku hampir gugur. Aku lihat paparan nombor di skrin. Rakanku itu memanggil. Teragak-agak, aku menekan butang terima panggilan.
“Man…” kedengaran suara rakanku tadi. “Maafkan aku Man. Aku terpaksa. Dia dah lama tak makan… jangan ambil hati, ya.”
Aku terpaku.
Dari celah-celah timbunan kotak-kotak lusuh di belakangku, aku terdengar bunyi kersikan. Seakan-akan sesuatu yang besar sedang bergerak-gerak di belakangnya. Tidak berani menoleh, aku tetapkan pandanganku pada skrin cctv. Dari pantulan di atas skrin itu, aku melihat bayangan seekor mawas hitam yang besarnya hampir dua kali ganda manusia biasa, memakai uniform restoran kami yang sudah koyak-rabak.
Itulah perkara terakhir yang aku ingat, sehinggalah aku terjaga dan sedang terlantar di atas katil hospital.
Sekali-sekala, aku melihat kelibat beberapa orang anggota polis yang keluar masuk, bertanyakan kepada doktor samada mereka sudah boleh menyoal siasat aku. Menurut pengurus restoran, apa yang berlaku kepadaku pernah terjadi kepada seorang pekerja lain. Cuma mereka tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku dan mengapa dia masuk ke dalam bilik cctv itu, kemudian hilang tanpa kesan.
Aku jadi keliru. Hal mana satukah yang membuatkan fikiranku berasa lebih terganggu… Kenyataan bahawa salah seorang dari rakan sekerjaku mahu jadikan aku sebagai makanan belaannya, atau kenyataan bahawa si pengurus sengaja memberikan aku kunci bilik cctv itu demi mendapatkan jawapan tentang apa yang berlaku kepada pekerja yang ‘hilang’ dahulu.
‘Rakanku’ itu sudah diberkas oleh pihak polis, namun ‘kembarnya’ itu masih tidak dapat dikesan. Kalau tak disebabkan aku terdesak mahukan wang, sudah tentu aku akan berhenti dari terus bekerja di sini.
Ya, encik? Nak set besar atau kecil?
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Lawati laman facebook penulis: https://m.facebook.com/public/Ahmad-Rusydi#~!/profile.php?id=1839385143
ngeri…
Jalan cerita masih kemas, best!
Cuma org takkan kawan dangan kawan org tu.
kalau kita nak kawan dengan awak .. awak nak kawan dengan kita tak ??
#Ahmadrusydi mmg selalu osem..walau cerita sblm ni slalu tinggalkan pembaca dengan penutup yang tergantung..but this one mmg osem bro.
tukar la gambar balik. nak gambar yang tadi tu.
tu gmbr pinjam la.. tak bole pakai lg da..
letak la gambar lain asalkan bukan ubi ni. Tiara dah mula rindu ni
hahahahaa … maaf laa ye kalau komen bab gmbr mengundang jauh ke china …. end topic pasal gmbr ye …
SNK den syak si tiara ni rashitt . len macam terdosak budak ni . abang ado ni haa . abang dudo anak limo . tongah cari babysitter untuk jago anak2 . tiara sudi ko .
abang dudo lotak la gambar dulu..
den nk nengok gak si tiara ni sudi ke tak..
hahaha..
cikbambam abang exclusive . sapo nak tengok abang kono datang ghumah . hahahah . tiara meh datang ghumah abang nak cek boto pompuan ko ponen .
abg dudo tlg cek kan yo..
lain mcm plk den nengok si tiara tu..
manja lain macam..hahaha
kalau ponen abg nak sumbek kunyit idop kat jobo dio . bio seminggu beghak klua angin yo . kalau pompan abg anta balik umah . zass
hahaha tu yg den terasa seram sejuk tu.. handle la dia dengan baik..bimbing la dia ke jln yg lurus.
SNK bro nak buek babysitter pon kono bimbing ko ? hahaha . ni buek bini den pon seriau . mondosak lain mcm uihh .
Tiara tak nak duda. nak singkong je
abang pon syak tiara ni sejenis serbuk kunyit jugak . lain macam uih . ex wife abang dulu pon jonih mondosak tapi takdo geletis menginjat cmni ghoman ea .
aku macam tau je sapa siduda ni.. aku perati je kau ni bang..
Pada firasat aku mmg wajar la si singkong ni tkr gambar..
Good luck singkong..!!!
Aku sentiasa sokong ko dr blkg..
Kahkahkah
cer ke depan sikit.. biar cikbambam dpt jln sesama.. haha
okey..da jalan depan sikit..mari berjalan..haha
**background music (seiring dan sejalan..seindah bunga ditaman..)
Aku syak tiara ni jantan. Kalau perempuan tak adanya desperatoris mcm gitu. Lain la kot seangkatan dgn sajat. Aiii…geli beta.
matilanak.. haha
Tiara ni mengejar SNK di mana2. Begitu persistent sekali ! Cik bambam, sila gempur tanpa senjata! 😀
cikbambam rasa nk sumpit je si tiara tu..
siap die nnt..hahaha
Aku tgk tiara ni lagi scary dari mawas hitam kat bilik cctv.. Hahaha
dah lama betul aku perhatikan si keju ni ..napa nama hg singkong&keju eh ?
Best!
Indeed!!dh lama follow writer #ahmadrusydi ni..?? untuk penulis
singkong & keju dah tukar gambar????
cerita penuh suspen ..
hahaa itu pula yg d komen..
hahaaha … dah tu sapa suruh tukar gmbr ..
pakai yg ni rasa mcm lg safe kot.. haha
Tukar balik!!!
cer bawa bertendang tiara oii.. da sojuk tgn den kat opis ni sbb baca komen ekau yo..
Haaaa…
Ramai dah yg angauuuu dtg kerumun mcm langau weeii…
Untungler jd keju ade bau susu basi, langau sukeee taauuu…
Hahahhaaha ampuunnn…
Lariiikkk…!!!
langau pula ..hahaha nak yo den sekeh apakan daya kak yulie lagi bonzer dr den..
**part langau tu x bole tahan.. haha
Derhaka ko nk sekeh kepala Kak Long Kawasan…
Den buang kang keahlian ekau…
Kad merah, buang padang…
Hahahahahha…
ampuunnn kak.. den khilaf td tu.. x do niat nak derhaka kat kak long kawasan.. haha
Kak yulie..den ni dikire langau jgk ke?kahkahkah ?
Aku mati mati ingat kau akak akak weh macam kak yulie rupanya kau sehensem rashid ye kahkah.
da mcm rashid ke muka aku.. haha seb baik aku x psiko..
asal u letak gambar keju basi? letak lah gambar u balik.
kuat nau dugaan bila letak gambar.. x caye cer kau tukar gmbr..haha effect dia lain mcm tu..
jangan letak gambar. perempuan sekarang tak boleh pecaya. pantang nampak ada rupa, gatal asam keping ?
dorang memain je tu.. slagi x tercongok depan rumah den minta selfie den ok yo kot.. haha
Asam keping tu mende?
Haha..gadis2 tu hny begurau je..jgn seriusss sgt yo..
whatever ni asam keping orang kau pula nak kecoh
tapi asam keping tu ape??
dulu aku pun igt die pompuan..hahaha
rashitt muka ala2 keju jgk ke?
ok..kirim salam..
haha.. ada singkong, keju juga yg d hinginkan..
**background music (orang biasa basikal tua)
walaupun ko keju aku tetap nampak ko singkong..aku sntiasa bersama mu singkong..kahhh
Org lain tukor gambor, akk gak terbabit same dlm ini cerita ekkk…
Singkong tukor gmbr jambu semalam, penoh gangguan sexual yg buat die akhrnye mengalah dan bertukar jd menu yg menggugat ketenteraman perot dan tekak den…
kak yulie bile nk letak gambar?
hahaha
x penuh sangat la kak.. suam2 yo.. tu pun da seram2 haha..
yg ni mcm buat bahagia tokak..
Jaappp…
Tggu saka buatkan emel pastu reg bagai, nnt akk tggl gune jeerrr…
Hahahhahaha…
Akk takot nnt tepek gambar terus xde org nk komen kt fs dah…
Sume cabot larik tgk muke bonzer akk ni…
Tokak ekau yg bahagiooo…
Tokak den seksooo…
Lapor…lapooorrr…
hahaha..bonzer la sgt akak tu..
cantik je den tengok..
maniss gitu..
Super impose semua tu…
Edit tahap plastic surgery…
Hahahahaha…
Hahaha..akak letak la..ltk gmba garang sikit..bg nmpk ciri2 kak long kwsan..haha
Engko dah siapkan part 3 ke faz. Asyik berjalan2 kat komen aje. Engko pun bole jadi hot jgk mcm keju tu, cuba letak full pic dengan id wechat sekali. Sure si tiara jaqelina tu meroyan dengan engko pulek.
Haha..faz mmg letak gambar die tu kan..tiara x nampak lg kot..?
faz dah ada sajat. tiara taknak ambil hak geng sajat.
Best
Seram yg menusuk kalbu..chewah..
Cite best tp x seram pun..???
Fuhhh best!
aku bagi 8.75/10..
cerita best..tp pendek sgt..
baru benapas 2,3 kali da abes cerita nye..
hahaha..
Dup dap dup dap akk bace citer ni weeiii…
X hagak2 umpan sket punye besooorr…
Kawan sendiri plak tu…
Kot iye pon gunelah umpan lembu Brahman ke, anak gajah ke, nasik ambeng ke…
Biadap punye kawan, kuajaaaqqq wooo…
den ghaso den nk try letak umpan singkong la kak..
akak ghaso okey x??hahahahaha
Ok gak tu…
Tp klu natang tu gay, mau kang dibela jd anak ikan plaaakkk…
hahahaha.. natang tu ada sepisis gay juga ke?
Ape xdenye plaakkk…
Ade weh spesis gay..ko ati2 sikit singkong..hahaha..xdpt nk bayang kan..???
amboi kau cikbambam.. haha
Aisehh..tkr gmba..jap g tiara datang la ni..???
Singkong…
Ko msh pki jeans ngan tshirt semalam, bezanya arini ko sarung jaket jerr…
Tp tu tetap x mengubah cinta Tiara pd ko, rasenye makin bergetar vibrate hs die pas tgk gmbr apgred ko ni…
Jeans sama kak tp tshirt x sama.. Den mmg suka kaler puteh.. Biar muko den nmpk lg suci.. Haha
Ko mmg mamat jiwaannggg suko wano puteh…
Akk seorg yg HITAM…
BMW singkatan eii, Black Magic Woman…
Seriauuu tak????
Suke hitam sbbnye at least hitam tu lg gelap dr akk yg tall dark cun ni…
Haahahahha…
Kena sangat la tu.. Kak kan kak long kawasan.. Kalau pakai pink mcm x kena pula jd kak long a.k.a bonzer.. Haha
Pakai pink kang carasss Dato’ Vida plaakkk…
Akk xleh pki wane sweet2, nnt nmpk sweet sgt…
Tak pasal Geng Sajat terngorat akk plak kang, trs kembali ke pangkal jalan…
Hahahahahah…
Ngeri pulak crta ni …
Mcd….ni cerita rekaan ke betul2…suspen jek
Akak scrolll…scrolll..n terus scrolll….pehhh..debor.ngengade kawan tu bg umpan. G la mkn mnde lain. Mcd n kfc sedap kot..hehe..TU satu part seram.
Pastu bc plak komen2 sngkong keju ngn peminat2 dia.huhu..btambah akak seram..meriding bulu romaku.haha
Skg akak xtaw nk judge yg mana satu..cerita ahmad rusydi ker..cite singkong&keju? Nangis dah ni..penasaran akak.. Ada cdgn??
Hahaha..part paling seram singkong & peminat2 nye tu..
#cikbambamexpeminatsingkong
#tilljannah
Hahaha,
hammbooiii cikbambam…
tgelak sakan kita….
Kipidap buat AhmadRusydi…
??
suka bca karya AhmadRusydi nie?
haha sorry akakkiut.. komen lari topik..
Mesti ko nyesal letak gambar ko kan..kahkahkah
haha kena stop komen dlu la gamaknya.. lama2 nnt hilang la c tiara tu.
Tiara takkan give up untuk dapatkan cinta singkong.
Da la tiara..tolong la jgn kacau abang singkong..tolong la lepas kn die..
Ko g crk jejaka lain k..faz ade..mikael ade..akademi mengeletis ade..nape mesti abang singkong??why?why??
#singkongjustforbambam
Sapa yang pakai nama saya ni??
Ke bambam yg menyesal sbb setuju singkong letak gmbr semlm…???
agak menyesal la kak yulie..
kalo tau den x setuju die letak gambar..
kan da kene carasss..hahaha
One word…
PADAN MUKA…!
Hahahahhaha…
sampai ati akak..
serius nyesal..
hahaha
Klakar la korang ni..akak xkesa.mn taw mula2 bls2..berebut2 komen kat sini.sok2 terus dapat jemputan j.mn tau fs ni laman cari jodoh jgk.haha. mane taw kan..akak aminkan aje..
Haa pilih2..singkong&keju. Yg mana 1 idaman kalbu. Akak penasehat utama keh
HAHAHAHA…
???
Tepek balik gambau burger keju ubi tadi,
Sedap lak…Singkong & keju
Semua sibuk dgn singkong dan tiara. Cuba ko bg id wechat kat tiara dan peminat seangkatan dengannya tu. Rimas pulak aku tengok. Sikit2 sudah la nak mengeletis pun.
Story dari writer yang tak penah mengecewakan. Ringkat and fun bila baca. Tak ada berat2 kepala nak memikirnya.
cinta tiara kau pula yang panas.
cerita dari ahmad rusydi mmg tak pernah mengecewakan!
thumbs up..
ckp pasal mawas, dl dimomokkan dgn kewujudan mawas kat satu air terjun kat kampung aku.. tetiiba cikgu buat trip pegi sana, nak pengsan bangun balik banyak kali rasanya. gagahkan jugak pegi sana..xde pun mawas, unggas ada la.. kuajo..
btw citer ni best..cenggini haaa (kasi up ibu jari)
Patutlah ahmad rusyd,i terperanjat tgk komen kemain banyaknya, hmmm banyak komen sesi beramah mesra dan mencari jodoh rupanya… Hmmm
hahaha..maaf abang ahmadrusydi..hihi
Impressive ???
#AhmadRusydi thumbs up! nice story bro, keep it up! 😀
btw, komen FS ni dah jadi medan cari jodoh ke? banyak sangatlah komen bro singkong, cik bambam, kak yulie, tiara and the geng haha mostly semua cerita baru diupload banjir dengan komen2 romantika dramatika diorang hahahaha
Ehhh…
Akk masih mengekalkan genre Kak Long Kawasan kay…
Nak bercinta merenyam xyah la menyemak kat semua story..kalau sehari ada 10 story..carilah 1 story je buat modal renyam renyaman tu..dari ok sekarang dah jadi meluat poit! Pejadahnye semua ini merenyam kat cerita orang.
Setuju…jadi annoying plak baca komen2 gedik ni…komen ttg story jela.
lol.. haha skip those comments..just baca story..x masalah tu..
jadi sakit ati bila korang stop scrollng sbb nak baca komen..
Kau tau tak kenapa orang baca komen? Sebab dekat komen ada ulasan ttg story..yg patutnya skip rubbish comment..lol.
Nice story?
Cerita yg sgt menarik. Out of the box. Lama dah bukak fs.
Bila notification new post on FS, and nama penulis #ahmadrusydi, Mel dah kasi star. Memang takkan lepas!!
Sebab adore giler dengan penulisan professional #ahmadrusydi yang penuh dengan debaran, jalan cerita menarik, buat mata tertancap dan takkan skip walau satu part!
Serious tak penah mengecewakan. Penggunaan bahasa, xde error. Layan je bace. Macam ada dalam situasi. Best!
#kipidappenulisprofessional
Makcik bru berjinak dgn FS .tp cite ahmad rusydi ni mmg kisah benar kan?
Fiksyen
Penuh dengan suspen ,baca dengan debaran rasa macam aku la yang diumpan tu.. Haha..meiyo kasi empat bintang! ? ? ? ?
Ye encik, nak makan atau bungkus?
best story ni pocong suke..tp yg tak best sbb si tiara ni..adoyaiiii
Lepas ni fiksyen shasha da bole tukar nama page jadi “fiksyen jodoh” haa
Ramai nauu yg nak mencari jodoh kat sini… Hehehehe
Teman tgk memasing nak ber-partner… Teman jugak yg single mingle kt sini haa… Jeles makk~
tak pelah .. nnt esok2 bertemu laa jodoh kat fiksyen shasha … sabar sikit ye …
x de cari jodoh pun kat sini.. gurau2 je kat atas tu..
Ahahahah… Tu yg kata tadi,, tukar nama page jadi fiksyen jodoh… Bru bersemut kat sini…
haha.. kang genre cerita apa pula yg drng nak submit kat fiksyen jodoh.. haha
genre cerita bersemut semut semut laaa … diabetis tahap potong kaki … hahahaa
hahahaa kannn….
Berderau bila baca..klu trjadi dkt diri tak tahu la boleh hadam ke tidak ?
Alaa.. Takde plot twist. Aku minat AR nie sebab plot twist dia best
?
so, kawan tu sebenanrya membela ke acaner? dan dpt tangkap?
x best la ending yg kena byk fikir kesudahan yg teka teki ni
👍
I have checked your site and i have found some
duplicate content, that’s why you don’t rank high in google, but
there is a tool that can help you to create 100% unique articles, search for;
Boorfe’s tips unlimited content