Gangguan Demi Gangguan

Assalamualaikum admin dan semua pembaca fiksyen shasha. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan cerita pendek ini, maaf sekiranya tidak menarik dan tidak mencapai tahap piawaian keseraman yang dikehendaki. Terdahulu saya akan memperkenalkan diri saya, nama saya Tehha. Berumur 25tahun. Dan disini saya akan mengarang kisah kisah seram sepanjang sepuluh tahun ni.

Sebenarnya saya sering diganggu oleh makhluk halus sejak bayi, tapi dah tentu saya tak ingat kejadian sewaktu kecil kan. Jadi saya mulakan sejak saya berusia 15tahun. Dimana saya merasakan kejadian itu adalah pertama kali saya hadapinya.

**Sering diganggu..

Ketika itu, tinggal beberapa bulan saja lagi untuk saya tempuhi peperiksaan PMR. Seperti biasa saya akan mula study dalam pukul 10.30 malam. Dimana seluruh ahli keluarga (emak,abah,adik) telah masuk tidur di bilik belakang. Biasanya saya akan sediakan secawan kopi sebelum mula belajar. Ketika sedang saya bergegas ke dapur, langkah terhenti serta merta di depan bilik kerana hidung saya cepat menangkap bau wangi yang tak terhingga. Saya terpinga pinga sambil menyedut kuat bau tersebut, mulut celupar mula menegur tanpa memikir panjang..”perghh! Wangi siot..”, bau tersebut menjadi semakin wangi serta merta..dan sekali lagi aku menyedut bau sepuas hati sambil menegur..”pergghh!! Makin wangi siott…” dan sekali lagi bau tersebut menjadi sangat wangi, lantas diketika itulah aku sedar serta meremang bulu romaku. Mulut aku mulai terkumat kamit membaca ayat kursi berulang kali. Aku kembali masuk bilik dan study seperti biasa.

Tetapi kejadian pelik tidak berhenti setakat disitu. Beberapa hari kemudian aku diganggu dengan bunyi bunyi dari “dia”.. seringkali mengganggu pembelajaran aku. Ada juga yang berani menunjuk tanda tanda kehadiran entiti. Seperti satu kejadian ni, aku baru pulang dari pekan bersama keluarga aku. Dalam jam 10malam, aku terus berlari kebilik dan melabuhkan kepala diatas bantal dengan muka memandang kanan sambil tertiarap diatas katil. Sebaik sahaja aku pejam mata, sepantas kilat seolah2 ada orang menepuk kuat tepat dihadapan muka aku yang berpaling ke kanan itu. Aku bingkas buka mata dan lihat memang ada lekukan sebesar tapak tangan diatas bantal akibat tepukan yang kuat tadi. Apa yang menepuk tu?

**Hempap…

Selepas kekerapan diganggu “main main” dengan entah makhluk apa sebelum ini, kini aku mula kena hempap dengan entiti yang tidak dikehendaki. Berkali kali aku dihempap, dan pernah pengsan ketika dihempap. Macam biasa, ketika dihempap tu kita susah nak baca ayat2 suci, hanya akan terlepas setelah beberapa kali menggerak gerakkan tubuh.
Malah, aku pernah perasan sendiri lembaga hitam yang cuba menghempap aku. Aku masih menggunakan katil dan tilam lama emak dan ayah aku, biasalah katil lama mestilah mengeluarkan bunyi bunyian bising…malah tilam pon bising sebab merupakan tilam spring lama yang hampir 20tahun pengguanaannya. Disaat aku perasan “benda” tu nak naik ke atas aku, aku nampak lembaga hitam yang susuk tubuhnya sebesar manusia. Dari arah hujung kaki(hujung katil) “dia” naik perlahan, katil dan tilam mula berbunyi bising… “krakkk…krekkk…..krrakkkk”, lalu dia berhenti. Aku terpaku baca ayat2 kursi dan surah2 lazim. Alhamdulillah “dia” hilang. Fuhhhhh…berderau d***h aku masa tu.

**Massage…

Dan ini merupakan antara pengalaman aku yang paling tidak boleh dilupakan. Seperti biasa, aku tidur berselubung dengan selimut akan tetapi hujung kaki terkeluar. Sebab aku jenis manusia yang mana anggota badan paling bahang adalah tapak kaki. Sedang aku layan mata pujuk untuk tidur, tiba tiba aku rasa ada jemari sejuk sentuh tapak kaki aku. Perlahan diurut dari tumit ke jari jemari kaki. Aku takkan lupakan ibu jari sejuk dan kecil yang sentuh tapak kaki aku tu. Mula2 aku layan, serious sedap. Berasa “dia” urut. Aku hampir terlelap. Tetapi, tiba2 bulu roma aku meremang. Jantung berdegup kencang. Aku tak pandang pon kaki aku, masih terasa urutan tu. Aku baca ayat kursi berulang kali. Dan ketika itulah aku dengar orang berlari laju diluar tingkap bilik aku. Selepas kejadian itu, aku diganggu seperti biasa. Aku pon tak tau kenapa aku tak terfikir tuk pergi berubat.

**Duit hilang….

Sebelum kejadian duit hilang ni, aku ada banyak kejadian aneh di kolej. But semuanya tak berapa jelas, so kita skip after aku berhenti belajar di kolej. Kejadian duit hilang ni berlaku sekitar tahun 2013 dimana aku berusia 21 tahun ketika itu.
One day, aku keluarkan duit untuk dijadikan duit muka beli kereta. Aku simpan dulu dekat 1 tempat yang tiada sorg ahli keluarga aku pon yang tau. Keesokan harinya, waktu pagi. Emak aku mengadu duit dia hilang note RM50.Begitu juga ayah aku. Emak memang tak terfikir nak tuduh adik aku, sebab dia seorang yang reti nak meminta kalau nak. Berderau d***h aku dengar aduan mak aku, bingkas aku check duit aku RM2.5K yang dah aku simpan ditempat tersembunyi, dan ya aku kehilangan wang RM800.Selebihnya masih elok tersimpan ditempat yang sama. Menggigil tangan aku ketika itu. Kemudian aku kunci bilik dari dalam, aku buka Al-Quran dan simpan dimuka surat surah yassin dan berniat nak simpan semula duit di bank petang itu. Sebaik saja aku letak Al-Quran di atas almari, aku terus rasa mengantuk dan nak tidur sekejap tengah hari tu. Bilik aku biarkan berkunci dari dalam, dan kunci tu memang ketat untuk dibuka. Aku seorang saja yang ada dalam bilik. Sedang aku tidur, aku mimpi aku check duit tersebut dan separuh lagi hilang. Aku segera terjaga dari tidur, and yup aku rasa tak sedap hati. Aku check duit yang aku simpan tak sampai setengah jam tadi, dimana almari aku simpan tu terletak didalam bilik yang sama aku tidur sekejap tadi. Aku dapati aku hilang lagi RM600. Jumlah keseluruhan kerugian RM1400..semua not adalah not RM50. Duit hilang dalam keadaan yang mustahil. Macam mana aku nak buat report polis? Sejak itu, duit emak ayah aku kerap hilang. Puas pergi berubat, pagar rumah, tapi berulang kali juga berlaku. Pagar rumah, beberapa bulan je aman. Kemudian berulang kembali. Sehingga satu hari, aku dengar sendiri tapak kaki kanak kanak 3-4 tahun berlari diruang tamu pada jam 2pagi. Aku tak berani nak keluar bilik diwaktu itu. Macam mana kalau tiba2 dia berdiri di depan pintu bilik aku?hhmmmm

**Dihempap lagi…

Kali ni, berlaku dirumah sewa aku kat area JB. Hari pertama aku melangkah masuk ke rumah sewa yang dihuni hampir 8 orang (banglo 3 tingkat)ni, keadaannya sunyi, lorong rumahnya juga gelap. Aku masuk bilik yang telah ditempah. Aku kemas kemas dan bersiap untuk keluar semula, masa aku nak buka baju untuk tukar baju aku telah disapa dengan deheman dari arah balkoni. Dan aku tau “tuan rumah” hanya nak bertegur sapa. Setelah lama menetap, aku mula selesa. Tetapi, siapa tahu tiap kali kita pulang waktu malam atas alasan kerja atau berjalan mungkin ada siapa yang mengekori, kan? Aku mula diganggu dengan entiti. Aku mula dihempap semula, tapi kali ini aku dihempap dengan cara digengam kedua belah tangan diatas perut aku. Dan samar samar aku nampak tangan perempuan berumur 40 an yang agak berisi dan berkuku panjang serta berlengan baju hitam. Ketika itu waktu pagi jam 11pagi macam tu, dimana aku terlelap lepas kemas bilik. Aku jerit..”tak nak kak, jangan…” sampai aku tersedar aku mengucap berulang kali Allahuakhbar.

Kali kedua aku dihempap, adalah waktu malam. Dimana aku rasa tangan dan kepala aku digenggam serta ditekan erat. Dan aku dengar dengan jelas suara dua orang “perempuan” itu ketawa sambil berkata, “he..he..he..he… pegang dia, jangan lepas…he..he..he..” ,aku meronta panggil roomate aku di sebelah katil ku saja, “nis….sa…tolong…nissa…”, aku pasti, sayup sayup suara aku minta tolong, tapi tiada yang mendengar.
Untuk kali ketiga, sekali lagi aku dihempap, dan aku nampak jelas susuk tubuh lembaga hitam yang menyerupai orang yang aku sayang ketika itu. Aku mintak tolong, tapi lembaga tu bersuara,”kenapaaa….” kedengaran jelas suara seorang lelaki dewasa..serious jelas, aku berusaha gak baca apa yang patut, dan Alhamdulillah aku terlepas.

Dan aku sering diganggu walau lepas kahwin ni.Tapi sekarang Alhamdulillah lepas berubat dengan seorang ustaz yang berkebolehan. Aku lebih tenang tanpa gangguan. Tapi kalau balik kampung, aku dah tak berani macam dulu nak tidur dalam bilik lama aku tu.

Begitulah kisah aku dan “mereka”, maaf sekiranya terdapat banyak kesalahan dalam ejaan dan karangan ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Lawati laman facebook penulis: https://www.facebook.com/tehhafiz.nordin.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

76 comments

    1. EL ni skrg asyik menyanyi jer…
      Ni mmg betol punye praktis nk caras Khai Bahar ni…
      Haahahahha…

      Kaylah…
      Akk nk bace story jap, sat g komen lagi…

      1. dio nyanyi untuk baby geng sejat dio tu.. pektis lontaran vokal hari bahagia nnt.. kan sajat dah cop si el ni nak buat bini ke laki dionpon den konpius

    2. Hammbbooiii mnyanyi dak EL nie…
      hahaha
      baik g brubat Tehha…
      jgn dbiarkan lelama,
      nnti bkenan dek bendalah tu,
      payah nak brubat
      toyol yg bik duit tu…

    1. Btol btol btoolll…
      Banyak tu…
      Seribu empat hatos hengget kot…
      Separuh dah duit depo keta burn…
      Kompem2 baru keje kan, tggi nilainye tuu…
      Apedaa budak kecik amik duit bebanyak…
      Nk beli jajan jer kot, dua singgit sudaaa…

        1. Sangka baik…
          Nnt bebile die pulangkanlah tu belennye…
          Itu pon lepas die dh puas menjajan siap naik kuda2 masok token tu…

          1. Bek ko ati2 singkong sebelum ko yg kena santet kat sini nnti..bhahaha.makin ngeri aku tengok fs ni..dah mcm page cari jodoh.

        1. Bdk skrg mandang enset jer…
          Dpt enset teros kenyang…
          Jadinye xyah bg duit jajan bagai…
          Bg charger sudaaa…
          Siap power bank…
          Hahahahahah…

  1. Tahap keseraman kurang tapi jalan cerita senang faham..cikbambam bagi 6.7/10

    Yg urut kaki tu cm comel..haha..mgkin hantu urut thai..tabiat aku kalo tido mesti berselimut xkire la panas ke sejuk..yg penting ddk dlm selimut..sbb rasa selamat dr anasir jahat..huhuhu

    1. Sama! Sejak kecil!
      Tapak kaki wajib tutup. Kalau tak ada selimut, sanggup telakup tapak kaki dekat katil ke, kakak dekat sebelah ke haha

    2. Hahaha..sama la..kaki tu wajib tutup..sbb ms kecik2 selalu pikir antu akn attack kaki dlu..hahaha..tp bile bangun pagi selimut bantal sume wajib kt bawah katil la..hahaha..

          1. Untung la bos otesen..bos den ni haa dr td dok peratikan den..asek tgk nset je dr pagi..hahaha

    3. Akk plak sejuk cemane pon klu tapak kaki tu bertutup teroooosss jer berbahaaannggg ghase…
      Alergik pantang besor jadinye ttp kaki tu…
      Almaklumlah…
      Muke bonzer, kulit boye…
      Huhuhuhuuu…

  2. 9/10
    kau tadah je kaki kau kena urut ekk,tak geli ke.kalau aku..dushh dh kna sepak.hahahaha
    sygnya duit simpanan hilang mcm tu je….

    1. Bkn citer yg Salleh Yaacob berlakon ngan Os tu ke??
      Yg diorg berebut awek…
      Pastu siap g Thailand sume tu…

  3. “Saya terpinga pinga sambil menyedut kuat bau tersebut, mulut celupar mula menegur tanpa memikir panjang..”perghh! Wangi siot..”, bau tersebut menjadi semakin wangi serta merta..dan sekali lagi aku menyedut bau sepuas hati sambil menegur..”pergghh!! Makin wangi siott…”

    menyedut bau…. suka kau eh sedut2 ni? patutnya ‘menghidu’ laaa bhaiii.

    lagi satu, mula elok dah guna kata ganti nama ‘saya’ lepastu tukar pula ‘aku’. boleh pula bertukar dalam perenggan yang sama? cuba pilih siap2 mana satu kata ganti nama yg nak diguna.

    kau menulis pun macam nokhoram sibuk nak guna ‘siot2’. kau bukan reti menulis pun, tak payah guna perkataan mcmtu. kau menulis je gaya skema biasa lagi selesa orang nak baca.

    lepasni kan, setiap kali selepas karang cerita tu, baca dulu berkali2, semak dulu artikel kau tu. daripada berkali2 semak tu yang kau akan jumpa kesalahan ayat, ejaan, tatabahasa & etc. ni nampak gayanya macam kau tak semak langsung. apa ke heyyy nya yeop?

  4. “Dan samar samar aku nampak tangan perempuan berumur 40 an yang agak berisi dan berkuku panjang serta berlengan baju hitam…”

    ‘Agak berisi???’

    Kot2 kak yulie…

    1. Kuang hajooo ar ni…
      Slumber badak sumbu air jer kate akk AGAK BERISI ekkk…???

      Serius sentap kot…
      Menghiriiisss…
      Kecik hati akk yg besor ni…

      Baik ko betolkan blk statement ko tu…
      Sesungguhnye akk bukan sahaja agak berisi…
      Akk MEMANG BERISI lg mengandungi aarrrr…!!!
      Hahahahahah…

      1. Aaahhhh…
        Emangnya Geng Sajat udah enggak sayang sama embak yulie…
        Iyalaaahhh…
        Sayang ama cintanya udah berbagi sama Mika, EL, Faz juga RASHID…
        Biar ajalah gue membawak diri…

        1. adududu

          lagi katain kuotanya cuma empat.

          jadik udah cukup la tu

          mana lagi mau letak mbak yulie Nyoro Kidul??

          enggak mampu melayan rame-rame

          bisa capek

  5. Bestnya kena urut..Kontra dengan meiyo, kalau tido memang kena tutup kaki paling kurang.. Kaki cepat sejuk, kalau tak selimut confirm bangun nangis sebab cramp..hihihi..
    Duit hilang tu paling sakit hati, bukan sikit..hmm.. Interesting, meiyo kasi empat bintang ⭐⭐⭐⭐

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.