Keterujaan amir untuk menghadiri kem vigil pengakap tidak dapat disorok lagi. Terbayangkan kesoronokan berada bersama kawan-kawan dikelilingi keadaan yang menenangkan di dalam hutan, pasti dapat menghilangkan segala tekanan yang selama ini menghimpit. Biasalah remaja, perkara yang sepatutnya tidak mendatangkan apa-apa masalah pun tetap dirasakan menghantui.
Amir bersama seorang lagi teman sekolahnya iatu irfan telah merancang untuk mengambil peluang ini sebaik mungkin untuk menghilangkan stress mereka. Mandi sungai dan unggun api sudah tentu menjadi aktiviti wajib yang bakal dilakukan sewaktu kem tersebut berjalan.
Maka hari yang di tunggu-tunggu pun telah tiba. Mereka bertolak menaiki bas yang telah disediakan. Tapak kem yang bakal didiami ini terletak di Rembau. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Masing-masing leka dengan dunia mereka sendiri. Tidak seberapa lama kemudian, meraka sampai ke destinasi. Maka bermulalah kisah mereka di sini selama 3 hari, 2 malam.
“amir dengan irfan, angkat tali tali yang dalam bas tu. Nanti malam nak ajar budak budak ni ikat tali” jerit abang bob pada mereka. Meraka hanya menurut sambil berjalan berdua menuju ke bas yang tadi dinaiki untuk mengambil tali yang tertinggal di dalam tempat barang di perut bas. “Mir, kau amik tali tu lepas tu kau pass kat aku,” kata irfan. Amir pun mula menunduk dan sedikit menjengukkan kepala ke dalam tempat penyimpanan barang untuk mengambil tali. Semasa ingin mencapai tali yang terakhir, amir merasakan tangannya bagai tersentuh sesuatu yg bersirat, bagaikan gumpalan rambut. “Arghh, apa tu?!” Amir sedikit terjerit. “Kau kenapa mir?” Tanya irfan. “Aku rasa macam tersentuh rambut orang dalam tu” balasnya. Belum pun irfan menjenguk ke dalam tempat menyimpanan barang, abang bob memekik memanggil nama mereka berdua. Lelaki itu meminta agar mereka turut serta berkumpul di dataran untuk acara menaikkan bendera. “Takde apa kot mir, perasaan kau je tu,” kata irfan sambil menepuk bahu amir. Amir sekadar menganguk dengan kerutan dahi dan hati yang masih belum tenang.
Selepas selesai acara menaikkan bendera dan sedikit taklimat dari pengurusi kem itu, semua peserta dan fasilitator diminta untuk mendiri kan khemah di tempat yang telah disediakan. Memandangkan amir dan irfan adalah antara fasi yang terlibat. Kedudukan khemah mereka telah ditetapkan. Mereka mendapat lokasi yang agak hujung dan jauh dari yang lain. Alasannya adalah kerana mereka ditugaskan untuk memantau jikalau ada peserta yang cuba melanggar peraturan atau yang cuba masuk ke dalam hutan tanpa pengetahuan pihak atasan. Tapi itu bukanlah satu masalah bagi mereka malahan satu peluang kerana mereka ada merancang untuk masuk ke hutan dan mandi sungai pada malam berkenaan.
Selepas selesai semuanya, khemah juga telah didirikan. Selepas solat isyak mereka diisyaratkan untuk berkumpul di tengah tengah tapak perkhemahan untuk mendirikan unggun api. Fasi lain telah pun menyediakan ungun api untuk dibakar. Semua peserta siap berkumpul pada lebih kurang pada pukul 9.30 malam. Sebelum bermulanya acara tersebut. Semua ahli pengakap diminta untuk membaca ikrar pengakap. Semasa rangkap terakhir pembacaan ikrar, amir dapat mendapat dengan jelas bagaikan ada suara seorang wanita yang mendayu di sebelah telinganya mengikut sama membaca ikrar pengakap. Amir tersentak dan terus bangun dari tempat duduk nya. Semua mata tertumpu pada amir. “Kau okay tak mir?” Tanya abang bob padanya. Abang bob memberu isyarat mata dan memanggil amir datang ke arah nya. Dia berbisik pada amir, “jangan dilayan sangat mir, makin dilayan makin menjadi nanti”. Belum sempat amir bertanya lanjut. Abang bob telah memberi arahan untuk semua ahli memulakan aktiviti yang telah dirancang.
“Amir, bangun. Kau kata nak mandi sungai malam ni. Jomlah, aku tak sabar dah ni,” kejut irfan. Amir terpisat pisat sambil memandang jam tangan nya. “Pukul 3 pagi kau nak mandi sungai? Aku tak beranilah, fan. Aku rasa macam tak sedap hati lah dari kita sampai tadi”. Balas amir. “Apa yang kau tak sedap hatinya, kau ni cakap tak serupa bikinlah. Kau penakutkan” irfan sedikit meninggi suara. Rasa sedikit tercabar egonya apabila disergah begitu. “Ha, kalau kau nak sangat, jom tapi kalau apa apa jadi kau jangan menyesal eh?”. Amir dan irfan akhirnya meneruskan niat untuk mandi sungat pada malam itu.
“Fan, betul ke jalan ni? Macam dah jauh sangat je ni?” soal amir. “Betullah ni, kan apai pergi kutip kayu api tadi. Dia bagitau dia ikut jalan ni, depan sikit je lagi tu nanti jumpalah sungai. Tak sampai 5 minit melangkah, mereka dapat mendengar dengan bunyi air mengalir menandakan mereka sudah hampir dengan destinasi yang ingin dituju. Amir yang pada mulanya sedikit ragu ragu, sudah hilang segala keraguaannya apabila melihat kejernihan sungai yang terbentang di depan mata.
Tanpa berlengah, mereka terus menunaikan segala hajat telah lama dipendam. Sedang enak mereka meluangkan masa, mereka berdua tersentak apabila terdengar bunyi percikan air tidak jauh dari tempat mereka berendam. Irfan dan amir terus menoleh ke arah datangnya bunyi tersebut. “Mir, kau dengar tak?” Tanya irfan. “Fan, aku rasa dah cukup masa dah ni fan. Jomlah kita balik”. Balas amir. “Tapi baru sekejap kita mandi, setengah jam pun tak sampai” respon irfan pada ajakan amir. “Splashhh!” bunyi percikan air tai kedengaran semakin hampir dengan mereka. Tidak jauh dari situ terdapat sebuah batu besar. Kedua mereka berpaling sekali lagi dan kebetulan mata mereka tertumpu pada batu tersebut. Tiba tiba, mereka bagaikan terdengar nyanyian yang sayup sayup kedengaran. “Di mana dia, cucu-cucu saya? Cucu-cucu saya ada di depan mata,” rangkap nyanyian itu berulang kali kedengaran sehinggalah mereka terlihat di atas batu itu terdapat sebuah jembalang yang sedang duduk berlunjur kaki ke dalam air dan melenggokkan badannya sambil mengikuti irama lagu yang dinyanyikan. Dalam sekelip mata jembalanh itu bagai merenung ke arah mereka berdua dan menjerit bagaikan ingin melepaskan diri yang sudah lama terperangkap di suatu tempat yang menyeksakan. Tanpa berfikir panjang irfan dan amir berlari keluar dari sungai dan terus berlari mencari jalan keliar dari hutan berkenaan. Malang tidak berbau, irfan tersepak seliratan akar pokok di dalam hutan berkenaan. Tersembam mukanya kebumi. Pada waktu itu dia dapat rasakan makhluk itu begitu hampir dengannya dan seluruh badannya terasa bagaikan diikat dengan tali atau lebih tepat rambut. Pandajngan makin kelam dan semangatnya makin pudar. Kelamaan pandangannya yang kabur terus menjadi gelap.
“Bangun irfan, bangun!” kejut abang bob sambil menggoncangkan badan irfan. Kepala dirasakan sangat berat. Jasadnya dirasakan begitu lemah. “Nah minum air ni, selawat dulu” tambah abang bob. Irfan hanya menurut. “Apa dah jadi bang?” Tanya irfan. Abang bob mengeluh. “Haih, kau ni abang dh cakap jangan berani sangat. Jangan cabar dia. Ini tempat dia. Kau dah langgar peraturan, dia marah lah.” Kata abang bob. “Maksud abang?” Tanya irfan bersama kerutan dahi. Abang bob pun menceritakan apa yang terjadi sehinggalah bagaimana mereka menjumpai irfan yg terlantar pengsan di dalam hutan pada subuh itu. Tapi irfan menjadi hairan apabila abang bob tidak langsung menyebut nama amir semasa dia menceritakan kedaan yang berlaku. “Tapi saya pergi dengan amir bang, kami pergi berdua. Saya ingat amir yg tolong saya?” Kata irfan. “Amir? Amir dah balik malam tu. Dia tak sihat. Amir tu semangat lemah, benda tu suka kacau. Abang yang hantar dia balik dalam pukul 12 macam tu. Abang taknaklah benda benda pelik berlaku nanti. Kesian dia nanti.” Terang abang bob. Irfan rasakan semuanya bagaikan sebuah mimpi apabila mendengar kenyataan abang bob sebentar tadi. Di minda nya terus terbayang segala aktiviti yang dilakukan semalam yang disangka ditemani oleh ‘amir’. Semangatnya bagai hilanh sepenuhnya, dia meminta kebenaran untuk pulang ke rumah kerana berasa tidak selamat berada disitu. Dia rasakan dia bagaikan sentiasa ditemani oleh sesuatu.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
bestt
Aiikkkk…???!!!
Camtu jer???
Ingatkan kot ade Abg Bob citer serba sedikit asal usul atau background tempat tu…
Kot ler Abg Bob tu mmg dr awal dh nampak ape yg mengganggu Amir tu…
Seb bek nenek jembalang x miang mcm Mayang…
Kalau tak mmg x pepasal Irfan jd anak ikan mak…
Heheheheheheh…
Teringat masa pergi kem darjah 6 dulu.
Siap ada xtvt burung hantu.
Keluar je dr kawasan tu, sorang member ni kena rasuk.
#kenanganlama
sambungan cite izul mane??? xsabau
sebenarnya kan kak mami boring la cite berkisar pasal kem sekolah asrama kolej.. kak mami bukan ape.. tajuk dah best.. tapi macam baca buku fixi adik kak mami plak.. jangan majon eh.. troskan menulis.. tapi takmo pasal skolah ke kem ape2 yg seangkatan lah..
*majok
Tak kisah la cerita zaman sekolah, zaman kerja ka zaman kawin. Ruangan ni kan terbuka untuk semua orang menyampaikan kisah seram mereka. Mungkin ada di kalangan penulis yg cemerlang BMnya, mungkin juga yg BM ke laut. Admin kan ada utk review karangan mereka. Yang penting kita semua dapat mengetahui kepelbagaian kisah hidup manusia.
Kiranya ni kisah habis satu bab terus, tenang otak ahkak membaca tak payah tunggu sequel dik non.
Teringat2 ahkak 26 tahun lepas, zaman sekolah kena redah hutan untuk aktiviti Ko-Ku.
7/10
boleh details kan lagi; cth, ae sesiapa yg ceritakan sejarah tempat tu, pengalaman lepas2 team mne yg penah kena, ape yg diorg buat jika tjadi mcm tu, sape yg dgr jeritan dia sblm dijumpai subuh, mcm mne respon amir bila deols tahu ‘amir’ teman mlm tu, respons org lain bila tahu irfan ditemani ‘amir’, ade lagi tak kejadian2 tak diingini blaku sehingga tamat program etc.
Paling creepy sekali bila entiti yang disangka ‘kawan’ kita tu bukan kawan kita yang sebenarnya. Dupdapdupdap aku bacaa pergh terbaik even story dia terus straight to the point.Em not bad la asalkan faham cerita. Keep it up! Cha bagi 7/10 🙋💕
kesian bob kena jaga kem sensorang….