#Maira – Dia Balik Rumah?

Assalammualaikum sahabat pembaca FS yang setia. Terima kasih admin. Cerita kali ni berkenaan dengan jiran aku (arwah Kak Nor) yang meninggal pada hari-hari terakhir berpantang selepas bersalin.


** USIA KANDUNGAN 8 BULAN**

Kak Nor? Kak Nor ni jiran aku. Aku dengan sepupu aku Ain memang rapat dengan Kak Nor ni. Dan masa ni Kak Nor mengandung anak keduanya. Dan kebetulan juga Kak Nor dengan kakak aku sama-sama mengandung. Disebabkan aku dah kena duduk rumah kakak aku. Jadinya aku dah jarang menjengah Kak Nor. Cuma cerita berkenaan Kak Nor aku tahu dari mak aku. Kak Nor ni tak ada keluarga. Keluarga suami dia pula jauh nun di Sabah. Kiranya dorang dekat Johor ni sebatang kara la. Mak aku dengan mak Ain je yang paling rapat dengan Kak Nor dan Abang Ijan. Apa-apa masalah, muka mak-mak kitorang ni la yang dicari.

HARI BERSALIN

Kakak aku dimaksudkan ke wad sehari selepas Kak Nor selamat bersalin baby boy. Aku sempat pergi tengok Kak Nor sementara nak menunggu Kak Yati dalam labour room tu. Setelah hampir seharian dalam labour room, kakak aku selamat melahirkan baby boy seberat 4.3kg secara normal. Sekali lagi aku ulang secara normal. Haaa banyak tak banyak la kena jahit kalau dah baby besar macam tu. Tu la pengorbanan seorang ibu.

44 HARI BERPANTANG / MINGGU KEDUA

Waktu ni aku dah balik rumah mak aku sebab mak mertua kakak aku dah datang nak menjaga kakak aku. Bila dah balik rumah mak aku, macam-macam ceritalah yang aku dengar pasal Kak Nor. Rupanya selama tempoh dia lepas bersalin, Kak Nor langsung tak berpantang. Seminggu lepas keluar dari hospital dia dah usung baby pergi shopping mall. Tu belum lagi nak cerita yang dia kesana sini macam orang sihat je. Aku yang dengar terasa ngilu. Ke Kak Nor sebenarnya tak ada rasa sakit langsung? Dan yang paling teruk aku dengar, nurse dari klinik perbidanan datang nak check up dia, dia boleh halau nurse tu balik. Korang rasa???

MINGGU KETIGA

Aku : Mak dah pergi tengok baby Kak Nor?

Mak : Belum. Nak tengok macam mana kalau semua orang dia tak bagi datang rumah.

Aku : Kenapa pulak macam tu?

Mak : Entahlah. Cuba petang-petang karang kau pergi jengah Kak Nor tu. Mana tahu dengan kau dia nak bagi masuk.

Aku : Taknaklah mak. Menakutkan je Kak Nor tu.

Mak : Nak takut apa? Bukan dia makan orang pun. Dulu kau duk bertagan sehari suntuk dekat rumah dia, tak reti takut pulak?

Petang tu aku beranikan diri ke rumah Kak Nor. Entah apa yang aku takutkan sangat pun aku tak tahu. Mungkin sebab perangai pelik Kak Nor tu kut. Selama aku kenal dia, Kak Nor tu orang baik. Dia memang suka ajak orang datang rumah dia. Sebabnya, boleh teman dia berborak. Tapi kalau dah sampai jiran-jiran nak datang melawat pun tak dibagi, memang jadi satu hal yang sangat peliklah.

Berkali-kali aku bagi salam, tapi tak ada orang yang menyahut. Mak aku cakap, dia ada dalam rumah tapi aku tengok pintu rumah bermangga. Aku niat nak patah balik je tapi tak jadi bila aku nampak Dani, anak Kak Nor ada main dekat belakang rumah. Aku terus atur langkah ke belakang rumah. Rupanya pintu belakang tak kunci, cuma pintu depan je.

Aku : Dani, mama mana?

Dani : Dekat dalam.

Aku : Ayah?

Dani : Kerja.

Aku : Baby?

Dani : Dekat dalam.

Aku : Kenapa pintu depan kunci, Dani?

Dani : Ayah yang kunci.

Aku biarkan dulu persoalan dalam kepala otak aku tu. Aku masuk kedalam rumah Kak Nor dari pintu belakang. Aku terus ke ruang tamu bila dengar suara baby menangis. Aku tengok baby dalam buai dan Kak Nor terbaring beralaskan tilam atas lantai. Aku enjut buai sambil aku cuba nak bercakap dengan Kak Nor.

Aku : Kak Nor, baby menangis ni. Nak menyusu agaknya.

Kak Nor : Aku panas. Panas!!! Tolong aku…

Keadaan Kak Nor masa ni agak menakutkan aku. Dia menggelibas serba tak kena duk cakap panas. Sedangkan kipas siling aku tengok dah maksimum kipas lantai pula dah nombor tiga. Takkanlah panas lagi. Aku nak suruh dia susukan baby pun, dalam keadaan dia macam tu memang mustahil la dia nak menyusukan baby. Nasib baik juga aku terpandang susu formula dalam tin yang diletakkan diatas meja penjuru. Masa tu aku bancuh susu ikut sedap tekak aku je sebab aku memang tak pandai. Anak-anak buah aku semuanya tak minum susu formula.

Kak Nor : Aku panas!!!!

Kak Nor tiba-tiba menjerit. Dari gaya dia tengok aku masa tu, macam nak terkam aku je. Aku tak tunggu lama. Aku capai botol susu dengan tin susu dan terus dukung baby bawa balik rumah mak aku.

Aku : Dani, kalau ayah balik. Cakap baby dekat rumah Kak Hani tau.

Dani : Dani takut.

Aku : Takut kenapa?

Dani : Mama macam hantu.

Aku : Ish tak baik cakap macam tu. Mama Dani tak sihat tu. Dani main-main dengan Fizi dulu ea.

Aku terus balik. Mak aku sikit lagi nak menjerit tengok aku dukung baby gaya macam baru lepas culik anak orang.

MINGGU KE EMPAT BERPANTANG

Petang aku bawa lari anak dia tu, dia dikejarkan ke hospital. Malam tu juga dia start koma. Doktor cakap jangkitan kuman dalam paru-paru. Bidan Mak Dara yang tengok Kak Nor sebelum dia ke hospital tu cakap, bentan. Biasalah…. pendapat saintifik dan tradisional jarang seiring.

Empat hari Kak Nor tak sedarkan diri. Masuk hari ke lima dia dah sedar. Sedar dia tu, terus macam orang sihat. Macam tak ada apa-apa penyakit sebelum tu. Abang Ijan yang jaga dia dekat hospital siang malam. Dani, tinggal dekat rumah Mak Nab (mak Fizi). Baby Kak Nor pula aku yang jaga.

Dan kak Nor ni macam tahu-tahu je yang mak aku nak datang melawat dia, tengahari tu dia call mak aku.

Kak Nor : Kak Ros, akak tak datang tengok Nor?

Mak : InsyaaAllah esok akak datang. Hari ni tak dapat, mak mertua Yati nak balik dah.

Kak Nor : Kirim salam Yati. Akak jangan tak datang esok, Nor tunggu akak.

Mak : InsyaaAllah Nor.

Beriya-iya dia suruh mak aku datang tengok dia. Dan petang tu selepas asar, Kak Nor disahkan meninggal dunia. Hampir semua orang macam tak percaya dengan berita tu. Mak aku lagi lah tak percaya. Baru tengahari tu mak aku berbual dengan dia dalam telefon, gaya memang macam dah betul-betul sihat. Suara ceria je. Tahu-tahu petangnya Abang Ijan call mak aku bagitahu yang Kak Nor dah tak ada. Tak ke terperanjat semua orang.

Jenazah diuruskan pihak hospital sepenuhnya. Kami jiran-jiran cuma menunggu dirumah arwah. Rumah dah dibersihkan dan dikemas sementara nak menunggu ketibaan van jenazah. Sesampainya van jenazah, jenazah diusung dibawa masuk kedalam rumah untuk penghormatan kali terakhir. Aku dengan Ain pun tak lepas peluang untuk sedekahkan bacaan Yaasin untuk arwah Kak Nor.

Selesai urusan kami, aku dengan Ain nak berlalu untuk bagi ruang pada jemaah surau pula untuk solat jenazah. Waktu aku baru keluar dari rumah arwah, aku ternampak seekor kucing jantan berjalan kearah penutup keranda (yang bentuk macam rumah) dan terus memancitkan najisnya pada penutup yang disandarkan pada batang pokok kelapa.

Aku cepat-cepat pergi ambil gayung siram bunga Mak Ain dan terus siram penutup keranda tu. Tapi niat murni aku disalahfaham orang pula.

Makcik 1 : Hei..kau buat apa siram penutup keranda tu!

Makcik 2 : Habis basah penutup tu. Buang tebiat agaknya budak ni.

Makcik 3 : Entahnya, tak ada angin tak ada ribut disiram penutup tu.

Bertubi-tubi aku kena sound. Tak sempat nak bela diri. Mak aku yang dengar terus datang cubit aku. Apa salah aku???

Mak : Yang kau tiba-tiba siram penutup tu kenapa? Dah habis kerja?

Aku : Kucing pancit dekat situ. Tu yang Hani siram. Nanti tak pasal-pasal jenazah terkena najis pula kalau biarkan.

Terpinga sekejap makcik-makcik yang sound aku. Dengan mak aku terpinga sekali. Dan kisah kucing dan pancitannya tu jadi buah mulut orang pula. Macam-macam andaian yang keluar.

Selesai je solat jenazah dan jenazah nak dibawa masuk kedalam van. Sekali lagi aku tak tahu adat dan budaya mana yang makcik-makcik ni amalkan. Ada ke patut disuruhnya Abang Ijan, Dani dan baby lalu bawah keranda yang diangkat tinggi sedikit dari aras bahu sebanyak tiga kali. Alasannya, untuk mengelakkan anak-anak teringat-ingat dekat arwah.


SEMINGGU PEMERGIAN

Siang tu kami jiran tetangga gotong royong mengadakan kenduri tahlil setelah genap seminggu pemergian arwah. Dan atas persetujuan Abang Ijan juga, pakaian arwah akan disedekahkan pada orang-orang yang memerlukan. Dan abang Ijan minta jasa baik mak aku, mak Ain dan mak Nab untuk uruskan hal pengagihan pakaian arwah.

Kenduri malam tu diadakan disurau. Abang Ijan ni tak cukup kaki tangan nak menguruskan seorang diri. Mana nak uruskan anak-anak lagi. Nasib jugalah semua urusannya lancar. Dan setiap malam Abang Ijan tidak tidur dirumahnya. Katanya takut nak tidur rumah sendiri. Baby pun masa ni dah dibawa sekali. Aku dah tak jaga baby dah. Tapi itulah silap abang Ijan. Kut ya pun takut janganlah dibiarkan rumah tu gelap gelita. Sekurang-kurangnya on la lampu. Ni rumah dah gaya macam rumah hantu je.

Malam tu, aku dengan Ain nak ke kedai. Laluan utama kami memang dihadapan rumah arwah. Dan sewaktu kami melintas dihadapan rumah arwah. “Mak!!!!!!” macam tak cukup tanah aku lari sambil tarik tangan Ain yang terpinga-pinga tak faham apa yang terjadi.

Mak : Dah kenapa Hani? Terpekik macam nampak hantu.

Ain : Entah cik Ros. Hani ni tiba-tiba je.

Aku : Mak… rumah arwah tu.

Aku : Mak, Hani nampak ada benda putih duduk dekat tepi pintu pagar tu.

Mak : Mengarut je la.

Aku : Iya mak. Hani nampak. Cuba mak pergi tengok.

Mak : Ain? Nampak juga ke?

Ain : Tak. Kau ni ye je ada benda duduk.

Aku : Yelah! Mak tak percaya, jom kita pergi tengok.

Mak : Jom. Kalau tak ada siap kau.

Aku tarik Ain sekali ikut langkah mak aku ke rumah arwah. Selamba je mak aku buka pintu pagar yang tak berkunci tu. Aku tak ikut mak aku sampai depan rumah. Aku berhenti dalam sepuluh langkah dari pintu pagar.

Mak : Mana ada apa-apa. Ni plastik baju arwah ni, mak dah kumpul nak bagi orang.

Aku : Ye mak. Sebelah plastik tu Hani nampak.

Mak : Ni meh sini tengok. Tak ada apa pun.

Aku : Eiii tak nak lah (berdesup aku lari tinggalkan Ain)

Mak aku masa tu aku tak tahulah. Saja buat-buat berani atau memang mak aku tak rasa takut.


Siang esoknya beriya-iya aku cerita dekat mak aku apa yang aku nampak. Siap aku ajak mak aku pergi rumah arwah dan aku tunjukkan dekat mana tempat yang aku nampak benda putih tu duduk. Mak aku mulanya macam percaya dengan tak je cerita aku. Tapi selang dua tiga hari lepas tu. Jiran-jiran yang lain pun bercakap benda yang hampir sama. Contoh macam Mak nab.

Mak Nab ni rumah dia betul-betul bertentangan dengan dapur rumah arwah. Tiap-tiap malam mak Nab dengar riuh dekat dapur tu macam time arwah masih hidup. Tapi Mak Nab mulanya fikir baik je. Perasaan dia je. Dan bila Mak Nab dah dengar cerita aku yang nampak ada benda putih dekat beranda rumah arwah. Makin kuatlah alibi masing-masing.

Tu belum lagi, Si Fizi anak Mak Nab nampak ada orang lalu dekat ruang tamu rumah arwah waktu dia temankan Dani dalam rumah tu. Macam-macam lagilah versi tambahan orang kampung bagi nak menyedapkan cerita.

Dan last-last mak aku cakap. Roh orang meninggal ni akan balik rumah dia untuk tengok ahli keluarga dia dalam masa 40 hari. Makin hari makin jauh, makin jauh sampailah 40 hari. Lepas tu dah tak ada dah. Pendapat mana yang mak aku guna, wallahua’lam. Tapi aku pernah juga terbaca pasal roh yang balik dalam tempoh 40 hari selepas kematiannya. Aku baca dalam buku peristiwa sakaratul maut. Terbitan syarikat mana aku tak ingat, dan buku tu pun aku tak tahu mana mak aku campak. Silap-silap dah selamat kena jual dekat Ah Seng lori surat khabar lama tu.

Sekian wassalam. Harap korang fahamlah cerita aku ni. Yang baik kita jadikan teladan. Yang buruk, datangnya dari kelemahan aku.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

336 thoughts on “#Maira – Dia Balik Rumah?”

  1. cuma aku curious pasaipa kaknor tu jadi lagu tu? hg memang taktau apa apa kah maira pasai tu? steady ja lepas beranak p shoping mall aku yang jantan ni pulak seriau dengaq…..

    Reply
  2. Means awk sorg je yg nampak kucing hitam, pancit ke penutup keranda tu?

    Ayat ni, “Harap korang fahamlah cerita aku ni”….x paham…Arwah meninggal, ada kaitan dengan benda2 mistik or btul2 sakit?

    Jadi tertanya2 psal, npe arwah tetibe rasa panas melampau, n kucing hitam pancit kt penutup keranda tu.

    Reply
    • Nia…
      1) memang maira sorang je yg nampak kucing tu.. maira pun x tahu pandangan mata maira je atau kucing tu betul2 ada.
      2) tanda tanya untuk semua yg jadi pd arwah tu masih x de jawapannya..

      Reply
  3. Cerita kemas, and scary. berdebar debar baca. cuma cerita yang scary tu agak ringkas, tak puas nak rasa takut. Tapi semua okay 🙂

    Reply
  4. MEMANG AKU XPAHAM….BUANG MASA BACE SEBENANYE YG JD KAT KAK NOR TU? MEROYAN KE KENA BUATAN ORANG KE APA????CUBA JELASKAN LEBIH TERPERINCI JGN BG ORG FIKIR BUKAN2… KELAUT MOOD AKU….

    Reply
  5. 8/10 (2 point lg aku bg bila maira sambung setori ni) **yakin yang setori ni ada sambungan..
    **gula kasar 2 kilo..

    **kenapa kak nor bole jadi mcm tu?
    **mas b samting wrong samwer.
    **petua macik2 suruh lalu bawah keranda tu mmg pelik..

    Reply
    • A ah la petua tu sangat pelik.
      klau makcik ada situ makcik sound kot..”Hadith mana korang pakai kena lalu bawah keranda?”

      …lalu bawah keranda?..haisshhh…
      bawah jemuran baju dilarang pulak

      Reply
      • betul tu makcik.. masa tu nak cakap dah.. tapi kena warning dengan jelingan maut mak maira.. terpaksa diamkan diri..

        lalu bawah ampaian nanti jampi x menjadi… hahaha

        Reply
        • Hai maira..
          Mak makcik tak kuasa nak bagi petua dekat makcik sbb makcik mintak dalil aqli dan naqli..ada baru makcik buat.
          Bukannya makcik alim pon..cuma mkcik tak kuasa gan benda2 merepek org melayu ni..
          Masa kecik dulu..makcik ckp kat mak makcik dah duduk atas bantal dah 2 minggu senyap2..tak tumbuh bisul pon?
          Akhirnya mak bgtau ..oh org tua tak nak kita dok atas bantal pijak bantal sbb nati kotor..kan nati nak letak kepala..sejak tu mak bagi ‘petua’ y murni2 je..ada logik & kurang kiasan..& mkcik lbh menurut kata.

          Reply
          • botol.. maira selalu langgar pantang mak yg x boleh p****g kuku malam & x boleh p****g rambut malam.. hahaha.. tu belum lagi part x boleh mandi malam.. x boleh menyapu rumah malam..

          • Mcm org kata klu period xleh p****g kuku+rambut, akk x puas hati…

            Dln kelas mse sek akk tanya pd ustazah…
            Islam suruh kita jaga kebersihan…
            Tapi kenapa plak bile period aspek kebersihan diketepikan???
            Rasenye klu period lg kena ptg kuku sbb mase tu kita dlm keadaan kotor, xkan nk kotor kuasa dua plak…

            Terdiam terpinga ustazah nak jawab soalan akk…
            Sabor jelah…

          • 1- tak boleh p****g kuku malam2 kang, nanti terpotong isi pulak. yelah kan, dah malam, tak nampak sgt

            2- tak boleh p****g rambut malam2 sebab (tengah pikir sebab apa)

            1. tak boleh mandi malam2 sebab, kang paru2 masuk air
            2. tak boleh menyapu malam2 sebab,kan dah malam, orang nak tido.

            #teori aku

            kahkahkah

          • Makcik…
            Kita serupa~~~…

            Klu xde dalil hadis bagai pon, at least lojik dr aspek sains…
            Klu x mmg akk dok KENAPA KENAPA KENAPA jer buat degil…

  6. Seminggu lepas keluar dari hospital dia dah usung baby pergi shopping mall.

    SERIOUSLY? Kalau nenek aku dengar ni. Mau kena bebel sampai raya tahun depan! Itu la orang sekarang.

    ROH BALIK LEPAS 40 HARI!
    Maaf la. Tu semua tak betul! Roh lepas m**i akan ada di di alam barzakh. Barzakh maksudnya dinding. Dinding yang memisahkan manusia yang hidup dengan manusia yang berada di alam barzakh. Roh manusia tak boleh balik kedunia samaada di bulan Ramadan atau bulan-bulan yang lain. Kalau ada nampak pun, itu QARIN! (Jin)

    Reply
  7. Setori menarik & senang paham..walaupun x seram sgt tp cara penyampaian maira tu smpai la ke hati cikbambam ni..

    Sedih bile arwah kak nor x sempat nk jmp mak maira..byk persoalan yg x terjawab..kalo tny pun maira si gula kasar pun xtau jwpn..so xpyh tny la..heee?

    Cikbambam bg 8.1/10..kipidap..teruskan menulis..?

    Reply
  8. Sedihnya cite ni, tambah sediah bila tahu masa kak Nor pantang semua buat sendiri.penatnya.
    baca cerita tringat baby kat umah..tringat pulak masa kena pantang2 sendiri..

    Reply
    • ye kak… time berpantang memang penat.. lagi kalau buat sendiri.. maira belum pernah berpantang tapi jaga kakak berpantang pun rasa macam nak meroyan.. hahaha

      Reply
      • kak mami 3 anak semua pantang sendiri.. masak sendiri.. mandi baby sendiri.. basuh baju sendiri.. semua sendiri lah.. nak soh mak jaga pon mak pon keje lagi.. mak mertua abaikan.. husband ? tak reti.. kak mami bawak baby cek kuning pon drive pelan2 sendiri tau.. badan ni bisa sakit smpi skg.. so adik2 pantang la betul2.. nak amik confinement lady yg pakej masak seme tu asben tak bg..sudahnye kak mami yg sakit..

        Reply
  9. Maira…
    Same mcm org lain akk pn tertanya2 gak…
    Gayanye mcm dr lepas awal bersalin Kak Nor tu dh diganggu…
    Ke sbnrnye die dh diganggu dr sebelum bersalin lg…??
    Sbbnye utk 2nd baby, xkanlah die xtau lgsg pantang/adab selepas bersalin kan…

    Kesian ank sulung die sbb kecik2 dh kena berdepan dgn situasi mak die yg camtu…
    Last memory die, takot sbb mama mcm hantu…

    Mesti mak ko cuak mcm ape kan ko tetbe balik usung baby org siap botol ngan tin susu bagai, heheheheheh…
    Seolah2 lain yg mak soh buat, lain yg ko buat…

    Reply
  10. Meremang jap..org yg berpantang ni mmg byk dugaan nya..salah satu jgn bg kecik hati org tu.kdg kita x tau terckp apa..pada dia lain rasanya..jenuh gak nk pujuk bg cool balik..siap nangis lg.pasal 40 hari arwah still menjenguk keluarga terdekat tu.rasanya ya agaknya..sbb dari pengalaman tu..ada lah gak rasa arwah still ada sekeliling..tp x tau lah kesahihannya..al fatihah utk arwah2 yg telah menghadap sang penciptaNya..aamiin..

    Reply
    • Alfatihah..

      ye Zulfie.. maira tak pernah merasa @ nampak yg arwah ada di sekeliling.. cumanya dengar dari mulut mak-mak.

      yg part berpantang tu betul.. even cuma jaga orang yg berpantang je.. kira macam kita kena masuk dalam dunia dorang sikit.. baru boleh faham keadaan mood dorang macam mana.

      Reply
      • lama dah yer kejadian ni.11thn lalu.ms tu akak baru nikah ngan usben.betul.ppuan lps bersalin mmg emosi tak menentu.sbb tu kene berpantang.ms berehat org kata.ms ni lah suami nak beri perhatian lebih.tapi tu lah nak kata apa.dah bahagian kak nor mcm tu.semoga roh kak nor selamat disana.Aamiinn…nak ckp lebih2 bhgian kita pun lum tau lagi kan.harap y baik2 je y dtg.

        Reply
      • yess maira,kita dulu pun akak2 bersalin mak yang jaga,so nampak lar penjagaannya macam mana,awal pagi dah kena bangun,tak cukup tidur,lepas tu anak asik menangis jer,mak2 berpantang nie emosi mudah terusik,tu yang benda2 halus nie suka kacau kalau emosi tak stabil.Kena tatang bagai minyak yang penuh gittuww

        Reply
  11. cerita paling seram yang berlaku dalam hidup aku buat masa nie adalah,bila aku tengah seronok baca kekomen dekat FS nie,boss aku pun join duk belakang aku ~separuh roh keluar~huhuhu

    #warningletteruntukaku

    Reply
      • LEPAS CU NAMPAK TU KUCING TU TERUS HILANG KE MCM MANA KE ATOK KO NI YANG XFOKUS BACA?? NENEK KO ATUK DAH LARANG DARI MAIN KOMPUTER KECIK DIA ADA TU HAH BUAT KETUPAT ESOK KAN NAK RAYA. KO NI PUN CU TAKKAN ITU PUN XTAHU??

        Reply
        • cu ni tuk.. mesra kucing.. tiap2 petang balik keje duk bagi makin kucing berdulang2 depan rumah.. tapi kucing yg cu nampak tu x pernah tengok… nak fikir baik kucing baru datang kut.. tapi lepas dr tu kucing tu x muncul2 lagi dah..

          tuk orang raya makan capati la… ada ketupat pulak

          Reply
  12. aku pulak baca roh orang meninggal takde balik2 dah. dia dah duduk alam barzah tgh menikmati hasil amal ibadat masa hidup kat dunia atau tgh experience pre-Neraka. wallahualam

    Reply
  13. Seram..tu sebab masa berpantang pantang betul2..n sangat2 perlu ada orang tolong jagakan.sebab masa ni la badan tgh kotor.xd tenaga.sangat2 lemah n emosi bcampur2..bnda2 ni sukala dtg kacau.

    Yang paling takut bila ad bisikan itu ini..sampai nak bunuh2 anak..ish..tu lg takut.nauzubillahiminzalik..

    Semoga dijauhkan dari kita n keturunan..

    Reply
  14. kesian kak nor tu…ape agaknya punca kematian dia erk.,..sian jugak kat anak2 dia terutamanya baby yg baru lahir tu..huhu…

    Reply
  15. Haa ni cerita #maira.. Haha! Jadi apa kesudahannya? Kak nor masih balik rumah? Taktau ke apa sebabnya? Seperti dijanjikan,lima bintanggg!

    Reply
    • meiyo…. jangan la mention ‘ni citer maira’ hahaha malu ni tersalah komen..

      dy x balik rumah lagi dah. dy datang dalam mimpi maira je.. x tau ape sebabnya dy jd masa tu..

      Reply
  16. wuu yang paling seram 4.3kg normal.. ngilu dik.. da mcm berat anak2 kakmami sebulan.. yg lahir kecik pon byk jugak jahit.. ni yg beso.. nape doc nak jugak baby besa2 tu normal.. sian baby gn maknye.. tak memasal bahu baby dislocket ke lemas ke seriau..

    Reply
      • yela cbb.. besa tu..standard 2.5-3.4.. lebih pada tu besau dik.. biasa baby besau klu ibu ada gdm (kncg manis) masa peknen..

        Reply
    • hii kak mami.. memang besar.. doc nk ceaser tp baby dah nak keluar normal.. hampir lemas.. masa doc pegang baby tak menangis pun.. terus kejar masuk NICU.. badan dah lebam.. dekat sebulan juga baru hilang lebamnya…

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.