Untuk Ayah: Saat Pemergian #MHB

#MHB : Untuk Ayah siri 2

Baca pertama sini

Assalamualaikum. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kesayangan kita, Rasullulah saw serta sahabat sahabat baginda. Al Fatihah kepada diri sendiri,ibu bapa kita, guru guru serta mukminin dan mukminat sama ada yg maseh hidup ataupun yang telah pergi .Utk Pembaca Fs yang menunggu kesah bapak aku ni. Maaf agak lambat penutupan sebab bermacam- macam cerita yang sendat penuh dalam kepala ni ha. Nak huraikan dalam cerita mmg susah buat ayat.. takpe kita sambung ok.. Sekali lagi. Ni bukan kesah seram , tapi kisah pedoman dan pengajaran utk kita yg maseh bernafas ni..Sekali lagi, maaf entry agak panjang ya.. Harap xpenat mmbaca coretan ni.

Selepas panggilan dgn pak cik Hud, terasa terangkat beban di bahuku sekejap. Bukan tidak yakin dengan keputusan doctor yg mengatakan bapak aku mmg dh takde harapan, tapi aku akan cuba shingga yg termampu aku utk tengok bapak semboh. Mana tau, bak kata org srwk ‘bagei kunyit ngn kapor’. Mksud nya, kalau bertemu dgn ubat, andai diizinkan tuhan, sekelip mata boleh sembuh. Itu yg aku harap harapkan sebenarnya Ya Allah.. Ok smbng balik. Aku segera masok ke wad icu nak cari abg dan mak aku. Nak maklomkan dgn mereka tentang mungkin ada harapan terakhir andai betul Pak cik hud ni mmg boleh tlg sembuhkan bapak aku. Mak dan abg mula2 nampak macam tak caya and dah xkesah dah, tapi aku tau dua2 nya nampak tenang di luar mungkin sebab hati dh letih. Aku tau masa ni hati serba tak tentu mengenangkan bapak. Libang-libu. Mmg selama ni pun aku yg bertungkus lumus cari orang-orang yang pandai mengubat ni untuk bapak.

Bukan untuk memandai, dah terang-terang aku sorang yang free. Single n kerja di Kuching. Kakak aku tengah sarat mengandong dan sibuk uruskan keluarga dia n abg aku mengajar jaoh dr Kuching. Tugas tu secara tak langsung terletak pada bahu aku.. Aku faham beban di hati mak. Apalah sgt tugas pencarian tu dengan pengorbanan mak selama ni. Mak cuti tanpa gaji. Mak yg siang malam jaga bapak tnpa mengira penat, lapar, ngantuk. Bukan aku nak puji mak aku sendiri. Tapi mata aku sbg seorang anak ni saksi. Lillahitaala, aku tak pernah dengar mak aku tinggikan suara dengan bapak. Taat dan setia orang dulu-dulu ni mmg lain. Memang patuh dan taat. Time makan tunggu bapak, lewat mana pun masa memang dia akan tunggu. Apa yg bapak aku nk makan dia masak. Kalau time makan bapak aku tersebut nak benda lain, dia akan angkat jugak ambik n buatkan walaupun bapak aku xde niat, just nak bertanya je. Dan banyak lagi lah..Pendek kata mata aku mak yang terbaik, isteri mithali insyaAllah.. Itu yg pernah bapak aku ucapkan dulu dgn aku..

Pagi tu, aku dh menanti dengan seribu satu harapan menggunung. Aku nak tengok bapak aku bangun mcm dulu balik. Malam sebelom Pak Cik Hud datang, aku mak n abang bergilir tido dengan bapak dalam icu. Masok dalam gilir – gilir (actually tak boleh masok sebab icu, tapi nurse macam tau bapak aku memang menunggu masa time ni ) . Tiba giliran aku pulak, adalah dalam jam 4 pagi cmtu aku masok. Bapak maseh mamai sisa morfin. Tapi bila aku gosok-gosok kaki bapak urutkan macam selalu dia mintak tu.. aku perasan kaki dia dh tak kembang macam selalu. Dalam hati aku, nak baik dah ni alhamdulillah.. malam tu puas aku rakam muka bapak guna fon. Instinct aku menuju ke arah lain pulak (mcm yg aku cerita dlm 1st part aku). Aku ambik gbr bapak aku untuk aku tatap nanti. Selesai ambik gambar n video. Aku dok sebelah dia pegang tangan bapak sambil baca yasiin. Bapak tiba-tiba bukak mata.. tau x perasaan seorang anak yang dh lama tak tengok bapak kau bangun , bercakap, mintak itu ini.. Faham x rasa tu? Air mata aku mengalir dalam aku tengok dia bukak mata.
“Pak, jgn tido lagi pak.. sehari suntuk dah bapak tido.. bangun jum pak..berbual jum “, kataku dengan senyuman.
Bapak aku senyum.

“Bapak ngantoklaa M.. nak rehat..”, lemah nada nya sambil terus memejamkan mata. Ternyata kesan ubat bius yang untuk hilangkan sakit bapak tu maseh bersisa. Aku pasrah dan teruskan bacaan yasiin. Lama malam tu sesi aku dengan bapak. Aku beri peluang mak n abang aku tido dekat luar . Biarlah aku lama ckit jaga bapak mlm ni sebab esok pagi-pagi aku kira, selesai je Pak Cik Hud dtg tengokkan bapak aku, aku balik rumah mandi n rehat jap sebelum teruskan shift aku lagi jaga bapak.Tapi tak sangka, Allah Maha Besar.. malam tu malam last aku jaga bapak..

Pagi tu sedari jam 6 pagi aku dh asyik tengok fon takut pak cik Hud call or msg. Aku tunggu punya tunggu dia cakap otw. Akhirnya dalam 5 minit lagi nak jam 8 pagi baru dia sampai. Aku terus bawak dia ke wad icu (pasal ni aku dh bincang dekat nurse sana n terang ckit sapa pak cik hud ni, alhamdulillah diaorang faham) Mak n abg aku sambut dia dan beri laluan untuk pak cik H buat rawatan. Abg aku tak nak tengok. Dia mmg lemah semangat ckit. Dia terus ke luar. Mak pulak tak sanggup,dia suroh aku yang tengok. Jadi aku yang turut ada sama semasa rawatan. Langsir wad ditarik menutupi setengah katil. Nasib baik katil bapak aku hujung sekali jadi memudahkan rawatan. Katil sebelah pulak kosong, nasik baik jugak. Bapak aku separuh sedar. Lebih baik dari semalam. Dia dalam keadaan separa menyandar. Pak Cik Hud dtg ke arah bapak dan bagi salam.

“Assalamualaikum, tuan Hj H.. Saya Hud datang nk merawat ktk. Izinkan kmk Ji,” Mksud nya Pak Cik Hud dtg mntak izin nak merawat bapak. Wlpn dia berbisik ke telinga bapak, aku masih dpt dengar dengan jelas butir bicara dia, sebab aku duduk di penjuru katil bapak. Oh ya lupa aku nak ckp Pak Cik Hud ada bawak sorang assistant dia. Mngkin pembantu. Pembantu dia berdiri di hujung katil,kaki bapak. Pak Cik Hud berdiri kat belah kanan bapak. Dia mulakan dengan bacaan al quran dan mula macam menarik sesuatu mula dr dada bapak hingga ke hujung kaki bapak . Time tu demi Allah mata aku tak lepas langsung dari tengok aksi n reaksi pak cik hud.

Aku boleh katakan memang dia seakan akan sedang menarik benda yang amat berat dan susah dr badan bapak aku. Tengah dia usaha nak tarik dari dada ke perut, aku tengok mcm ada kesukaran di situ sampai merah padam muka pak cik hud. Reaksi bapak aku pulak seperti biasa tenang dan pejam mata. Bila dh pak cik hud dapat lepaskan area perut terus turun ke bahagian kaki sambil mata dia beraleh arah kejap ke arah kaki dan perut, perut ke kaki,berulang ulang kali sampai 3 ke 4 kali. Boleh bayangkan tak? Dia seolah- olah melihat sesuatu yang menakutkan duduk dekat pembantu dia tadi, iaitu di hujung katil. Kat kaki bapak aku. Aku perasan tu. Aku bukan bodoh nak paham bahasa isyarat mata. Tapi aku biarkan dulu, nanti aku mntak penjelasan. Mungkin lain org lain cara nya dia merawat. Tapi anehnya bila dh abis dah tarik penghabisan ke kaki tu, dia macam kehilangan tenaga. Macam org sgt kelelahan. Mcam orang yang baru lepas tarik guni 10 kampit dalam satu masa. Aku segera ke arahnya dan bertanya.
“Pak cik, macam mana bapak saya? Boleh sembuh ke pakcik? Pak cik dah keluarkan benda yang ganggu dia ke?” Aku dah tak keruan dah bila lepas tu aku tengok bapak aku bukak mata dan macam kegelisahan. Ubat tidur bapak dah abis ke , fikir aku.

“Nak, maaf nak pak cik kena pergi ni. Ada org tunggu pak cik. Anak lewat 5 minit panggil pak cik. Kalau x, bapak awak maseh boleh diselamatkan. Maaf pak cik pergi dulu,” lepas cakap macam tu dia terus pergi macam tu takde pesan apa apa seolah olah macam ketakutan sebab dalam situasi sebenar ayat dia macam tunggang langgang. Kat sini aku dh rasa lain macam. Padahal sebelum ni, 5x dah aku tanya ada tak dia temujanji lain lepas ni. Dia berulang kali cakap memang takde. Hari ni pak cik khaskan utk rawat bapak kamu, dia cakap. Habis tu yang dia cakap ada temujanji tu apa nya?Aku dah mula down balik. Aku Istighfar. Aku pergi ke abg n mak aku dan jelaskan apa yang berlaku. Kedua -dua nya sedang mencari kepastian dan beratnya apa yg terjadi semasa rawatan bapak. Aku jelaskan dan ceritakan. Mak n abg nampak sedih dan hampa.Ya, aku faham maksud kehampaan dan kesedihan tu. Sebab hati aku sendiri hancur. Memang bapak dah takde harapan.

Aku pergi ke arah bapak. Time tu sekumpulan nurse and doc yang biasa in charge dia,Doctor Will dtg ke arah aku jelaskan yang dia nak masukkan ckit pain killer to ease ur fathers pain, dia ckp. Aku fhm maksud dia Mmg time ni dah xde cara lain dah nak ubatkan bapak aku sebab buah pinggang dan hati bapak aku mmg dh xberfungsi. Diorang just dpt tenangkan bapak dengan cara yang paling cepat is guna inject pain killer.Mcmtulah yg aku faham. Aku pegi dekat bapak.

“Pak, Doc nak inject pain killer bapak.. sakit balik kan perut tu? Boleh ya pak. Lepas ni bapak rehat tidur ya. Takde dah rasa sakit tu pak.. Inject sikit ya?” Aku pujuk bapak lembut. Dia angguk dan benarkan. Aku beri laluan nurse untuk menjalankan tugas. Habis je, aku tengok bapak dh pejam mata rilex tak macam tadi gelisah tergaru-garu, mendesah perut dia sakit. Hati aku reda sikit. Aku nak balik mandi dan rehat jap dan aku akan datang balik..Time tu jam dalam 9.45 pagi. Aku ke tepi bapak dan cakap perlahan.
“Pak, M balik dulu ya. Nak mandi rehat jap. Lepas tu M datang balik ya pak,” time ni aku tekejut dia bukak mata dan siap pesan.

“Baik – baik ya nak. Jangan lupa datang ya,” Aku angguk. Itulah perkataan terakhir yang aku dengar dari mulut bapak. Itulah rupa-rupanya kali terakhir aku jaga dia. Sebab aku tak sangka bapak pergi pagi tu jugak. Allah hu Allah. Kalaulah aku tahu, aku takkan balik. Aku akan tetap di sisi bapak sampai akhir nyawa bapak.

Sebelum aku dapat panggilan kecemasan bapak dah nak pergi, aku time tu baru lepas mandi n siap-siap kejap. Abang aku yang jerit dr bawah suruh aku cepat sikit. Mak n kakak dah call. Aku tak sedap hati. Bila dah dalam kereta, abg aku dpt call kali ke -2 . Mak n kakak dah nangis, bapak dh nak pergi. Aku ni sejenis kalau dgr berita mcmtu aku menggigil lemah kaki tgn semua tapi anehnya aku maseh tenang drive menuju ke Normah. Ya jarak rumah kami dan Normah Medical tak jaoh. 5 minit dah sampai. Semuanya berlaku macam dalam mimpi dan sepantas kilat. Aku maseh tenang sehinggalah sampai ke pintu masok Normah, Lif yang ke 2,abg aku dah mula cakap.

“Cepat M, kau mesti kuat ni, bapak tunggu kita berdua je tu.. Jangan penat dulu,” abg aku smpat mngingatkan dalam kitorang berlari tu.

Mungkin dia tengok aku macam dh nak pengsan sebab aku berlari dah stop stop. Tecungap cungap.Mungkin effect tak cukup tidur + mengejut + x cukup rehat. Otak aku maseh becelaru. Kami berdua teruskan berlari sampai ke pintu ICU terbuka, mata aku terus tengok katil hujung. Ramai yang berkerumun. Adik beradik bapak aku semua ada n nurse dh lambai-lambai kami berdua. Boleh tak bayangkan time tu macam mana? Jujur aku cakap, masa mmg sepantas kilat. Aku boleh jatoh pengsan sebab nafas aku rasa tersekat dan tak cukup. Sedih pedih hancur hati semua bersatu padu rasa tu. Baru tadi aku pesan dekat bapak dtg balik. Baru mlm tadi aku tidur dgn bapak gosok kaki bapak. Rasa baru semalam berbual dengan bapak.. YaAllah.Kuatkan hati hambaMu pintaku.

Sampai je ke katil, mak aku tepi tu dah nangis macam nk meraung pegang tgn bapak. Kakak sebelah kiri bapak, nangis. Dan semua beri laluan untuk aku dan abg aku untuk dekat dengan bapak. Aku ambik dekat kanan, abg sebelah kiri. Tak tunggu lama, kami berdua menghantar kalimah suci Allah di telinga bapak. Hanya Allah yang Maha Mengetahui perasaan aku waktu ni. Aku mmg mntak dberi peluang oleh Allah utk mnghantar kalimah saat orgtua ku nak dijemput. Sebab bapak aku org pertama hantar kalimah suci, iaitu azan time kita lahir kan.. Jadi aku nk jadi org terakher yg hantar kalimah penutup utk bapak aku.

Dalam aku menghantar kalimah ,Mata ku xlepas pandang pada skrin yang menunjukkan bacaan darah yg ada bunyi tut tutt tu. Aku xtau nama mesin tu tp mesin tu aku hafal semenjak 2 bulan bapak dimasukkan ke hospital. Aku jadi arif dgn bacaan darah bapak aku sebab selalu sgt rendah. Dan sekarang aku tgk tekanan darah pada skrin semakin menurun dan menurun.. Aku tengok muka nurse ,tengok muka mak, tengok muka kakak aku yg semuanya tengah berendam air mata.Aku tengok sekeliling adik beradik bapak aku yg selama ni xpernah lekang dari abg mereka satu -satunya ni.

Aku bisik lagi kat bapak, “Pak, kalau bpk rasa maseh mampu lawan sakit tu pak..bapak maseh rasa kuat.. bapak bertahanlah ya. Kembalilah dgn kita pak.Tapi kalau bapak rasa dunia ni menyeksakan bapak.. bapak dah tak tahan nak tanggung sakit ni.. M redha pak. Pergilah berehat pak. Bapak dh puas seksa dekat sini. Pergilah dengan tenang pak..M redha pak..”
Habis je aku cakap, bunyi mesin bertukar panjang mksud mngkin dah tiada bacaan. Nurse pun aku pandang untuk memastikan bacaan yang aku tengok tu x salah.

Nurse menganggukkan kepala nya lembut tanda mengiyakan. Tepat jam 11.38 pagi. Bapak aku pergi..pulang menghadap Penciptanya dalam keadaan yang tenang. Matanya yg sedikit terbuka melihat ke arah aku di sebelah kanannya..Abg aku yang tutupkan mata bapak dengan lembut. Mask oksigen d mulut bapak, abg aku tanggalkan perlahan-lahan. Tgn bapak yg panas aku kiamkan. Itu khidmat terakhir. Demi Allah tiada setitik air mata yang aku dpt lahirkan. Aku tak tahu dari mana aku dpt kekuatan luar biasa tu. Mungkin Allah pinjamkan sedikit ketabahan untuk aku redakan keadaan. Mak aku hamper pengsan sebab mak aku ad darah tinggi. Kakak aku menangis berpaut di bahu suaminya.

Abg aku yg mulanya tenang bederai jugak tangisnya tersesak -esak sambil pelok aku dan cakap bapak dah takde dik..Aku hanya mmpu balas bapak dah pergi berehat bang. Kita maseh ada mak utk kita jaga. Kami saling berpaut menahan rasa. Kami menjadi yatim disebabkan angkara khianat org kepada bapak aku.

Aku tak mampu nangis sebab apa utk kalian tahu? Aku bayangkan roh bapak aku maseh berlegar di sana seperti yang kita baca selalu di persada ineternet dan buku buku. Aku tak nak bapak aku tengok aku menangis meratap. Mngkin sebab tu aku memang tak langsung rasa nak nangis. Malah aku lega. Jujur aku cakap aku sebagai anak tak tahan tengok penderitaan bapak aku dicucuk sana sini, ditebok sana sini di perut mencari sakit bapak..

Tak tertanggung rasanya keperitan bapak sepanjang dianiaya manusia berhati syaitan. Bapak pergi dengan membasuh segala dosa dosa nya dengan kesakitan yang dia tanggung selama dia sakit ni. Antara sakit yang paling mulia pernah aku dengar ceramah dari Ustaz Wadi Annuar. Bila aku tengpok ceramah tu memang hati aku sebak.. Sebab 99% memang serupa dengan bapak. Betul, kesabaran ketika kita diuji dengan kesakitan, kesengsaraan.. itulah yang akan jadi balasan pahala yang berlipat kali ganda. Jadi, pada yang menghidap sakit kronik, atau terkena buatan hingga ke hujung nyawa.Tidak bertemu dgn ubatnya..Bersabarlah.. bersabarlah dan redhalah selain berusaha. Kerana Allah sedang membasuh dosa -dosa kita sebelum kta dipanggil pulang.

Ibarat kita pulang dalam keadaan yang bersih. Itulah ganjaran pahala untuk orang – orang yang bersabar.

Setelah menguruskan apa yg patut di Normah dan ke masjid jamek untuk dimandikan jenazah bapak. Aku , mak n kakak satu kereta. Abg pulak mengiringi bapak dalam van jenazah menuju ke masjid Gita terlebih dulu. Kami menuju ke rumah untuk menukar baju. Mula-mula aku hairan dari mana datangnya kereta banyak drpd taman sebelah menuju ke taman rumah kami. Aku ingatkan ada kematian jugak atau kenduri kahwin di Lorong sebelah, rupa-rupanya susunan kereta tu berpanjangan sampailah ke taman rumah aku. Hingga ke kedua-dua seluruh taman tu penoh dan sesak. Ya Allah..ramainya yg dtg utk ‘ziarah’ bapak,bisikku.

Jenazah bapak dibawa ke masjid gita terlebih dahulu utk disolatkan di sana,kebetulan ngam-ngam solat asar(atas permintaan bapak aku dgn imam masjid tu) dan seterusnya disolatkan lagi di rumah sebelum bergerak ke tanah perkuburan semariang. Aku mengiringi perjalanan akhir bapak sehingga aku mahu menjadi org yang terakhir meninggalkan pusara bapak lewat ptg tu. Lemah terasa langkah-langkah kaki yang terkahir mrninggalkan pusara bapak. Aku tak nak tinggalkan dia.. Dia keseorangan. Selalu ptg ptg mcmni aku bawakan makanan ke wad icu dan tgh monitor bacaan darah dia. Dlm langkah aku meninggalkan pusara barulah air mata aku gugur.

Gugur selebat lebatnya sampai aku dh x nampak jalan. Aku nangis sebab aku maseh xdpt jawapan apa dan siapa yang buat aniaya bapak aku sampai begitul sekali kesudahan hidup bapak. Pak cik hud yg aku harapkan beri jawapan menghilangkan diri dan tak reply msg aku.Takpelah. Dari situ, aku berdoa semoga Allah meluaskan seluas luasnya kubur bapak dan melimpahkan cahaya tempat bapak bersemadi sementara kiamat dengan cahaya Al Quran yang bapak amal sepanjang hidupnya. Dan aku berdoa semoga org yang menganiaya bapak aku, sebelum ‘waktu’org tu tiba.. dia akan merangkak mencari keluarga aku untuk mntak maaf dan mengaku.Itu yg aku pinta dalam solat ku dan doa terbaru selepas itu aku mntak Allah hadirkan bapak dalam mimpi sebab aku terlalu rindu dekat bapak.

Setiap kali aku baca Yassin baca quran air mata aku memang akan jatuh. Kerana bapak, aku dapat baca Quran. Dia yg ajarkan kami beradik mengenal huruf huruf yg aku baca sekarang. Kalau dia tak tegas,tak garang dulu2 sampai paksaan tu aku rasa seksa sgt (biasa lah masa ni lagi kecik ) mngkin aku maseh merangkak rangkak dan tak berapa lancar baca Quran. Aku xtau selepas bapak meninggal, hilangnya sisi dan sumber kekuatan aku. Aku jadi rapuh serapuh rapuhnya. Sebab bila terpandang Al Quran di rumah tu, tiada siapa yang menyayangi nya lagi sebagaimana sayangnya bapak pada Al Quran. Aku belom sampai ke tahap siang malam baca Quran.Bapak aku jadikan Quran tu makanannya.. penyemboh nya. Bukan saja amalan, bahkan aku perhati sehingga Quran menjadi sebahaigan draipda sumber rezeki bapak..Dia pernah cakap.

“Kalau kita sayang dan beramal dgn Al Quran, dia akan tolong kita nanti di akhirat.Quran akan syg kita balik M. Kita akan susah ati kalau xbaca Quran dalam sehari..Kalau M nak tau, Quran lah penyebab bapak dapat merantau ke seluruh negeri (time tu dia wakil tilawah).. Dengan quran, rezeki bapak bertambah dan rumah yg kita diami akan becahaya M..Penghuni yang sentiasa menghidupakn rumah dengan Quran InsyaAllah terhindar daripada perkara yang tidak baik,”demikian ceramah bapak yang selalu berulang ulang hinggap ke telinga aku saban hari dan waktu. Dan sekarang aku harus mengakui nya…

MIMPI BAPAK

Mimpi ni sifatnya bagi aku mungkin subjektif. Ada yang kata mainan syaitan ada yang kata mimpi pada waktu sekian sekian mungkin benar dan bermacam macam lagi teori berkenaan mimpi. Aku lain. Bagi aku, roh si mati xkan hidup xkan tembus xkan boleh ke alam dunia melainkan dengan cara Allah hadirkan org yg kta syg tu melalui mimpi..Aku cari dan gali lagi melalui pembacaan dan bertanya dengan ustaz yang lebih arif. Ya, aku xmalu mengatakan aku sampai bersolat hajat untuk Allah temukan aku dengan bapak. Sekejap pun cukuplh untuk aku tatap dan ubati rindu. Mungkin bapak ada pesanan kat aku..mungkin..Korang baca dan nilai sendiri ya..

Ada 2 mimpi yang paling aku ingt sepanjang 3 taun pemergian bapak. Mimpi pertama aku mimpi bila arwah dah hari ke-40 tinggalkan kami. Mimpi tu xde gbr. Hanya suara je. Gelap dan malap. Mula- mula aku je yg bersuara. Dialog tu, dialog yang selalu aku dan bapak berbual-bual dulu. Kenapa aku ingat?Sebab aku yang selalu tanya bapak soalan ni. Memang dr kecik ke besar soalan ni aku tanya dekat dia.

Dalam gelap gelita tu, aku mcm dengar dia berdehem, dan aku terus panggil.”
”Pak..bapak ke tu..pakkk mana bapak..M rindu,”Aku terus menangis.
Dan ada suara bapak aku menyahut..
“Ya syg.. bapak ni.. M rindukan bapak ke.. jangan risau..bapak di sini sehat baik baik saja,”Dalam suara ni aku bagai dapat lihat senyuman bapak. Hanya aku yang boleh merasa dan tau bagaimana dia senyum dalam berkata- kata.
“Pak..bapak mcm mana kat situ..Sakit x mati pak. Sakit tak bapak dicabut nyawa pak, Macam mana bapak tidur sorang-sorang dalam tu.. Apa yg malaikat tanya bapak? Bapak dpt jawab x soalan soalan tu pak?” Bila dh sampai soalan ni, dalam mimpi tu aku sendiri tersentak teringat, soalan yang selalu aku utarakan dengan bapak. Bezanya dulu bapak masih hidup. Dalam ni aku tanya dengan org yg dah pergi.. dan melaluinya..
Bapak aku menghela nafas..bergema bunyi dia tarik nafas tu. Dia xjawab semua soalan aku tapi dia jawab dengan cermat.Jawap apa yg perlu dan jawapan dia maseh sama dengan apa yang dia bagi dulu cuma ada penambahan sikit.

“M.. Ingat x dulu bapak selalu cakap, kalau malaikat tanya.Kalau sampai masa nanti.. bapak pesan jangan takut,M..setiap soalan tu M jawab dengan cermat dan jgn gentar.Lantang.. Bapak dpt jawab semua soalan tu M..Ingat pesan bapak.. Solat dan Al Quran..Jgn tinggalkan M.Ingat pesan bapak,”Habis je gema suara tu, aku panggil bapak lagi dan lagi tapi mcm makin jaoh suara aku. Dan aku sepantas kilat bangun dengan bantal aku yg hampir basah. Aku menangis dalam tidur rupanya…Jam masa tu setengah jam nak masok suboh.Aku terus angkat dan buat apa yang patut. Esok paginya aku ceritakan dengan mak aku.. Mak pun apalah lagi..nangis..Kesian mak. Aku just cakap ambik je pesan bapak tu mak. Betol xbetol..Wallahualam mak.Moga Allah kurniakan ketabahan yang paling tinggi dalam hati mak..

Mimpi yang ke-2 ni bagi aku sgt meruntun hati aku. Sebab time tu aku mengandung anak pertama. Al kisahnya, mak kakak n abg, abg ipar nk berangkat ke umrah. Termasuk aku dan suami, tapi last minute, aku xjadi pergi sebab early pregnancy. Aku kecewa sgt. Aku nak sgt pergi ke sana..Nk sgt jdi tetamu Allah. Tapi apakan daya..Doctor pesan early pregnancy ni baby sgt fragile.. sebab nak ke sana perlu injection dan aku tahu wanita hamil xboleh injection.

Dan kalau xinjection tu, mungkin aku akan dpt infection dekat sana sbb berjuta juta org dr seluruh dunia kan mungkin bawak penyakit. Ya, aku boleh teruskan pergi dan tawakal saja, tapi mak n husband aku larang.. Lain kali ada rezeki lagi kami akan pergi, pujuknya. Aku mengalah. Sebulan sebelum keberangkatan ke mekkah,aku ziaarah kubur bapak setiap hari setiap kali habis kerja sorang-sorang (suami aku kerja di sabah jadi mmg kebanyakkan aktiviti aku sorang-sorang) Suami aku balik teman aku seminggu sebelum family aku berlepas ke umrah sampailah family bailk dari umrah.

Ptg jumaat tu, aku pergi ‘jumpa’ bapak. Bersihkan pusara, sedekah apa yg patut dan berbual mcm biasa. Aku ckp bapak xsempat jumpa anak M.. dan mcm-mcm lagi aku bual kan.Dan kebiasaan, sebelom tinggalkan pusara aku pesan, kalau dapat masoklah dlm mimpi M mlm ni ya pak.Kejap pun jadilah. Mlm esoknya(jumaat malam sabtu), kebetulan ada majlis doa selamat sempena berangkat nya family ke tanah suci.

Dan malam tu jugak (hari yg sama aku ke kubur), aku mimpi bapak. Dalam mimpi tu ada kenduri macam yang selalu rumah kami buat.Tapi aku tengok macam kenduri doa selamat sebab ramai yg berjubah. Mak kakak abg saudara ipar duai semua ada berkumpul di ruang tamu. Kedudukan aku pulak, aku duduk menghadap ke pintu utama. Mula-mula aku cium bau wangian attar yg bapak aku selalu pakai time solat jumaat atau ke masjid.. Firasat aku bapak ada situ ke..Aku terjengok kat luar melalui cermin di pintu (pintu yg jenis ada cermin di tengah-tengah tu) Aku tengok ada asap asap (mcm selalu tengok dalam filem).. tengah aku dok perati, perasaan aku rasa mcm bapak aku dtg ke ni?Tiba-tiba dalam keriuhan kenduri tu..ada org ketok dan tolak pintu utama tu dengan suara yang paling aku rinduuu..

“Assalamualaikumm……” Dgn nada yang rendah.. tapi panjang meleret mcm dia selalu beri salam setiap kali dia balik dari mengajar malam. Bapak dtg berjubah putih bersih berkopiah putih yang selalu dia guna.. Jubah yg slalu bapak guna untuk mengajar ngaji. Air wajahnya sungguh bercahaya sampai aku kelu. Bapak bukanlah kurus mcm waktu dia meninggal dulu. Wajahnya berisi sehat.Skali lagi, aku terpempan kaku.

Dan semua kat situ tergamam sebaik diaorang dgr suara yang memberi salam dan siapa yang masok ke dalam rumah ketika itu..Mak aku berada jaoh ckit..Aku yang kat depan pintu,terus angkat dan nangis depan bapak. Menangis menunduk sebab aku tak tau nak luah apa kat bapak. Nak luahkan tapi lidah kelu.Herannya aku tak terpelok bapak. Badan aku mcm kaku dan tgn rasa berat. Bapak yang hulurkan tgnnya dekat aku. Barulah aku dpt gerakkan tgn.. aku pegang tgn dan kucup tgn yg paling aku rindu. Sejokk sgt dan harum. Situasi dan babak tu takde bunyi. Senyap sebab semua org terpaku. Bapak sepatah pun tak bercakap Cuma bagi salam masok tadi. Lama aku kucup tgn bapak… Dia pgang kepalaku dan kucup dahi aku. Lama. Aku pejam mata time bapak cium dahi aku.. Bila aku bukak mata, aku pun tersedar.Tersentak dari mimpi indah tu. Ya Allahh aku pegang dahi ku time tu.. Demi Allah rasa panas seolah-olah baru je bapak cium dahi aku..Mimpi tu memang seakan rasa alami. Sgt alami dan benar. Aku terus nangis tak tertahan.. Lama dh aku xnangis mcm anak kecik..Aku rindu sgt dekat bapak.Bapak mcm tau je aku xjadi ke umrah..Dia dtg dekat aku melalui mimpi pun dh cukup terubat rindu. Terima kasih yaAllah. Aku bngun tahjud sbb xlama lagi suboh time tu dan sedekahkan bacaan Quran dekat dia..Itu je yg aku mampu..Utk cahayakan persemadian bapak. Hanya sedekah itu aku mampu berikan kepada bapak.
Itulah mimpi yg paling aku ingt dan harum sampai sekarang ni..Yang akan aku kenang sampai bila-bila..

Next entry, aku akan ceritakan setelah 3 tahun 8bulan aku mencari jawapn dalam diam.. Aku ditakdirkan bertemu dengan seorang hamba Allah yang hijab nya dpt melihat penderitaan bapak aku melalui gbr arwah sakit dulu.. Aku xtau level hijab dia level apa. Tapi pastinya, dia diizinkan Allah utk melihat secara flashback melalui gbr. Anehnya, hamba Allah ni aku dh lama friends dalam FB. Kami saling berkomen gbr, tapi aku xtau dia punya kelebihan macam ni sampai la kita berdua PM tepi dan mula berchatting. Bermula dari pertanyaan kedai makan yang mnggunakan pelaris, kisah dia yang terkena buatan orang jugak dan mcm-macam lagi. Dari situ hijab dia jadi jelas sejelas jelasnya.

Hanya 2 org penulis dlm FS ni #carlitorocker dan #kucingkelabu yang aku dpt gambarkan sama seperti hamba Allah yang aku kenal ni. Mungkin lain tapi ad persamaan dr segi penceritaan dan dengan apa yg aku baca. Nanti sambung lagi ya kalau larat. Terima kasih sebab sanggup tunggu cerita ni dan baca.
Semoga bertemu nanti ya, salam perkenalan #MHB

MHB
Untuk Ayah: Saat Pemergian #MHB
9.6 (96%) 5 vote[s]

Dah baca?Jom tonton video terbaru dari FS.

43 comments

  1. Takziah, semoga roh ayah penulis di tempatkan dalam golongan yang beriman…

    Sekadar ingatan ringkas, berhati-hati menjemput orang yang telah tiada satang dalam mimpi…dikhuatiri makhlik lain amik kesempatan…biasanya mimpi yang benar, arwah tak bercakap…

    Wallahu’lam….

    1. Syaitan ni dia x boleh tiru hamba allah 100% ; mungkin xde tgn or kaki .. senang citer mmg x sama dgn apa yg allah cipta kat badan manusia ni .. wallahualam ..

  2. Semoga adik sentiasa tabah & Almarhum ayahanda ditempatkan di kalangan org yg beriman & beramal soleh. Allahu..air mata kakak pun mengalir baca cerita awak ni.

  3. Sedih cerita kitak. Nangis baca..semoga roh arwah bapak ktk ditempatkan dikalangan org2 yang beriman. Sambung story ktk best…boleh tauk bapak ktk ngajar skolah ne dolok?

  4. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
    .. AlFatihah
    . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّه
    ِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
    Semoga Arwah Bapak ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh & dikasihi oleh-Nya.

  5. salam, hai sis. saya menangis baca cerita awak. saya dapat rasa macam mana awak rasa. 2 minggu saya jaga ayah saya yg koma secara tiba2 dihospital. sebelum dia koma, dia secara tiba2 tak boleh jalan. seperti orang lumpuh. ibu papah dia ke masuk kereta sebelum pergi hospital. dan tiba dihospital, dia terus koma sehingga akhir nafas dia. dalam masa 2 minggu, saya ada cuba ikhtiar dengan macam2 ustaz. dan semua mengatakan benda yg sama, ayah saya dihantar. benda dah lama mendiami badan ayah dan mula makan dalam. lama kelamaan saraf ayah tak boleh berfungsi dengan baik. bermula dari buah pingang. hingga akhir hayat dia, kami tak dapat bercakap dgn dia, hanya mampu memegang tangan sahaja. tak apa la sis. redha dengan jalan cerita Allah. semua yg berlaku pasti ada hikmahnya. kita sebagai manusia hanya boleh memaafkan perbuatan manusia lain yg menganiaya kita. salam takziah utk keluarga awak ya 🙂

    1. Al Fatihah utk arwah ayah sis. Semoga kita sama-sama tabah. percayalah ayah sis dah berehat di sana sis..Doa doa kita ddunia ni penghubung dengan arwah lebih-lebih lagi kita sbgai anak..

  6. Terima kasih atas komen saudara saudari sekalian dan doa kpd arwah bapak saya. Semoga kita terhindar dr perkara yg tidak baik dan sntiasa dlindungi Allah swt. Aaminn…..

  7. Teman faham apa yg miker dok hadap…apa pon terima kasih sbb dok habiskan cerita ni…lama betul teman tunggu…akhirnya dpt gak teman baca kesudahan cerita tu…jika betul ini adalah kesan dr sihir…mmg celakalah pelaku itu…nnt merangkaklah ko kt padang mahsyar dok cr arwah…ingat balasan Allah lbh dahsyat…tu semua mmg x igt Allah lah tu sampai tergamak naya org mcm tu…sabar yer dik…ada hikmah disebalik ni semua…

  8. M, allahu aku nangis beriya M baca kisah ayah ko M, sama macam aku M, rindunya dekat arwah ayah yang kita sayang ni M, allahu, masa ayah aku meninggal, ada orang cakap, kesian arwah sampai meninggal orang buat dia, ramai Myang datang masa arwah meninggal, ko untung Mdapat berada di sisi ayah kau saat terakhir dia, aku, jauh M, masa tu aku tengah belajar kat Sabah, arwah ada pesan kat aku kalau dia meninggal segerakan pengebumiaan dia.. tahap rindu tu pernah aku berhajat nak jumpa ayah aku dekat mekah masa aku ke sana.. tak tahu nak ckp mcm mana rindu dia dekat arwah ayah, aku x segan dah nangis tetiba sebab teringat akan dia, rindu dengan dia.moga ayah kita tenang di sana M

    1. Saya fhm rasa sis.. Ya sgt beruntung diberi kesempatan jaga n berada di sisi arwah bapak saya sampai ke ahier hayat dia..Mmg anugerah yang tak ternilai.Harap sis tabah juga. Bapak kita semua dah selamat berehat dekat sana… Terlepas dr seksaan dunia..Al Fatihah utk kedua dua bapak kita, sis.

  9. “Ramai yang berkerumun. Adik beradik bapak aku semua ada n nurse dh lambai-lambai kami berdua. Boleh tak bayangkan time tu macam mana? Jujur aku cakap, masa mmg sepantas kilat. Aku boleh jatoh pengsan sebab nafas aku rasa tersekat dan tak cukup. Sedih pedih hancur hati semua bersatu padu rasa tu. Baru tadi aku pesan dekat bapak dtg balik. Baru mlm tadi aku tidur dgn bapak gosok kaki bapak. Rasa baru semalam berbual dengan bapak.. YaAllah.Kuatkan hati hambaMu pintaku.”
    part tok terus gugok aek mata. ya allah! :'(

  10. Allahhuakbar.. Pecah empangan airmata ni dik, teringatkan arwah abah yg telah lama pergi angkara perbuatan khianat manusia jugak..
    Akak pun sempat menjaga arwah kat hospital.. Rindu sangat dengan arwah, sama mcm adik selalu berdoa supaya dpt jumpa arwah dalam mimpi..

  11. Allahu..sebak sy bc kisah sis ni..mmg x dpt nk ungkap rindu yg mcm mn kt owg dh meninggal dunia…rindu arwah abah saya…😭😭😭..AlFatihah untuk arwh ayh sis n arwh abah sy..

  12. MashaAllah… arwah ayah telah mendidik anak yg baik… M… bershukur dgn apa yg Allah telah takdirkan… janji Allah yg terbaik. Semoga roh arwah ayah M bersemadi dgn aman. Cara penceritaan sgt2 bagus. Teruskan menulis dan berkarya ke peringkat novel. Teruskan legasi ayah M dengan menjadi hamba Allah yg taat dan berjaya hingga ke Jannah inshaAllah. All the best!

  13. Askm, sedih kmk baca post ktk tok .. kmk rasa mcm knl2 gan ktk dan kisah ktk .. tp takut salah org .. Al fatihah buat bapak ktk sis .. Semoga ktk sentiasa tabah .. Amiin.

  14. sis…semoga arwah pak d tempatkan d kalangan org soleh ya…sy x mampu nk tahan air mata baca cerita sis.. bertambah sedih sbb sy kehilangan anak dlm perut d usia 8 bulan.
    semoga mak sis juga d beri kesihatan yg baik..

  15. Berjurai jurai airmata jatuh baca cerita ni. Ya Allah tempatkanlah arwah dikalangan org2 yg beriman. Tak boleh bayang sakitnya bila org yg paling sayang pergi menghadap Ilahi

  16. Takziah kpd penulis & family. Moga roh arwah dicucuri rahmat. Dlm perenggan akhir ade disebutkan hamba Allah yg hijabnya dpt flashback segala penderitaan arwah. Jika x keberatan blh x penulis share fb hamba Allah tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.