#thriller #CN #real. Koleksi dari kisah benar. Sebarang penambahan skrip tidak mengubah cerita asal, melainkan untuk kefahaman dan memudahkan sesi pembacaan. Nama dan lokasi juga diubah. Semoga jadi ikhtibar.
“PENDATANG ASING….” Hajar mengomel melihat antara mereka yang berpeleseran di bandar Melaka
“Biarlah… tentu ada sebab mereka ke sini.” Tambah Nas.
“Bersepah di Malaysia ni?.”
“Ada dokumen kan?.” Nas berjalan mendahului.
“Yang tak ada dokumen tu? apa cerita pula?? Macam mana boleh bertenggek dekat negara kita.” Cepat kaki Hajar melangkah. Mereka ke sport direct, tujuan untuk membeli barang hiking. Minat yang sama, hobi yang sama. Mudah nak berkawan.
“Aku malas nak cerita lebih. Sensitiffff ok! So sekarang ni, kau nak beli barang ke cerita pasal negara?.” Mereka berdua melangkah laju ke arah tempat yang ingin dituju.
BUDI DUDUK mencangkung melepaskan lelah. Membuka penutup botol. Peluh dikesat dengan lengan baju. Terasa panas mencengkam. Menjadi pemungut buah sawit? Bukan tugas yang mudah. Berat! Penat! Tapi dia jarang mengeluh. Kedatangannya ke Malaysia hanya untuk bekerja menyara keluarga kecilnya di sini.
“Dah habis kerja?.” Tanya Khairul. Juga tidak mempunyai apa-apa dokumen diri yang lengkap. sekadar datang melalui agen yang berjanji akan memberi mereka kerja dan penempatan. Budi menggeleng menghabiskan air lalu menyambung tugas.
Setiap hujung bulan, mereka akan diberi gaji, sama macam kerja swasta dan kerajaan yang lain. Bezanya? Mereka bukan rakyat Malaysia, bukan juga sudah menetap lama. Mahu tidak mahu terpaksa ikut – tak mahu nanti majikan mereka menyerahkan mereka kepada polis. Dalam hati hanya ingat keluarga dan anak bini. Dan tentu sekali ikhlas tujuan mereka berada di sini.
“Gaji bulan lepas pun bos bagi separuh.” Khairul membebel. tidak tahulah Budi dengar atau tidak, biasanya mamat tu hanya menurut. Terlampau baik, tidak pernah membantah. Sudahnya, hujung bulan duitnya juga yang dipinjam.
“Kau dengar tak ni Budi!!.” Khairul mencampakkan penyangkuk buah sawit. Bengang betul tidak dilayan. Budi? Macam biasa meneruskan kerja. Kalau tak siap nanti akan dimarah, malah sudah tentu gaji langsung tidak diberi. Berbeza dengan Khairul yang sangat jelas cara berontaknya.
Khairul mencampakkan kayu galah itu lantas berlalu, membebel sendiri, lepsatu maki memaki. Budi menghela nafas, menoleh ke arah rakan yang sudah menjauh. Dalam hati tidak menafikan tentang masalah yang dia sendiri alami.
KAMARIAH mengusap perut. Makanan untuk suaminya si Budi siap dihidang. Sengaja memerhati lelaki itu makan dengan berselera. Terasa bangga apabila sepinggan habis dan nasi ditambah-lapar betul. Faham kerja berat seperti Budi perlu tenaga, lantas berapa kalori sehari diambil, tidak perlu dikira. Tak susah untuk berfikir soal diet seperti mana Kamariah siap senaraikan makanan selepas bersalin nanti. Tak nak gelebeh sana, gelebeh sini. masih jaga kecantikan untuk suami sungguhpun Budi tidak mungkin cari pengganti. Diet guna cara tradisional. Makan ulam, makan sayur, banyakkan senaman.
Budi membasuh pinggan, tahu juga dia tentang keinginan isteri untuk membeli teh dari Fatin Farha. Siapa tak kenal? Teh tersebut dikira seperti jamu. Serata tempat wanita itu menjual malah di Taman Seksyen Shaha luar ladang namanya sangat terkenal. Untuk kelangsingan badan dan kecantikan dalaman. Dia faham Kamariah teringin. Tapi… harganya mahal. Dia memang tak mampu. Sesekali nak hadiahkan bini pun termanggu-manggu. Mana tidaknya gaji pun sendu.
“Nak bersalin ni, barang macam belum beli lagi kan.” Kamariah bercakap namun cukup berlapis. “Dapat stok susu pun ok dah.” Balasnya tersenyum, tak nak pula Budi resah. Lagipun memang tiap bulan macam tu juga caranya. Terpaksa meminjam Khairul, kalau nasibnya sedikit baik, Khairul pula yang meminjam, tapi dalam tiga bulan kebelakangan ini, ibu nya sakit di negara seberang, jadinya banyak juga duit dihantar –tidak cukup. Mereka masing-masing berada di negara ini untuk bekerja dan mencari duit belanja. Mata wang sini agak tinggi, bolehlah dibandingkan dengan negaranya.
PAGI INI Khairul masih lagi membebel tidak sudah, itu ini tidak cukup. Sebenarnya dia ingin meminjam juga kepada Budi, tapi memandangkan Budi sentiasa serius, cuak juga untuk meminta.
Tidak jauh dari situ, majikan mereka Tuan Syed berjalan melihat keliling, mengarah itu ini. Kemeja biru tersemat rapi, rambut disisir tepi, tidak lepas rokok di bibir. Datang berdiri, menunjuk sana sini lepastu kalau salah habis semua carutan behamburan. Ya! Dia adalah bos di ladang tersebut. Jauh di pedalaman, menggaji mereka yang tidak mempunyai dokumen untuk kepentingan diri. samaada gaji mereka dibayar atau tidak, tentu sahaja tidak ada yang berani bersuara. Kenapa? Kerana hidup mereka dalam tangannya. Bersikap kuku besi tanpa sedar, menggunakan kuasa dalam memerintah.
“Khairul!!!!.” Jerit Tuan Syed. Semalam Khairul beriya ingin berjumpanya. “Jumpa aku di dalam pejabat.” Arahnya terus berlalu. Budi dan Khairul bepandangan sesama sendiri. Keningnya diangkat, bertanya dalam bahasa isyarat – untuk tujuan apa si Khairul kena datang mengadap.
Khairul mencampakkan kayu yang dipegang, berlari mengikuti dari belakang, sesekali dia menoleh kebelakang dan tersenyum. Budi tidak mengerti, tapi layankan jelah.
Dari luar. Cermin pejabat dibuka langsir, jarang ditutup kecuali untuk tujuan tertentu. Nampak jelas Tuan Syed sangat bengang. Tangannya terangkat kanan dan kiri. Khairul pula menunduk. Dapat juga Budi mengagak tentu sahaja dimarah. Masakan tidak? kalau dah hal gaji sahaja yang selalu ditanya. Dia menghela nafas kasar. Memang kedatangannya tanpa dokumen sah, tapi dia datang untuk bekerja. Gajinya dibayar sesuka hati, bulan ni penuh, bulan depan tidak, terpaksa berganti pada bulan berikutnya. Bukan baru sekali malah berkali-kali. Bila ditanya, entah kenapa yang dia dapat hanya maki, jadi paling mudah adalah berdiam diri.
KHAIRUL MELUDAH di hadapan rumah Budi, tidak asal-pasal pula lagaknya.
“Aku memang tak puas hati dengan si Syed tu. Aku target aku nak rompak dia!.”
“Macam mana nak rompak?.”
Khairul menoleh laju ke arah rakannya. “Owh… tak bisu… selalu aku tanya senyap je!.”
“Aku malas nak fikir, kau tengok apa yang kau dapat kalau bercakap pasal ni tadi?.”
“Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak cakap Budi… kesian aku tengok kawan-kwan kita tu, semua mengeluh benda yang sama. Aku datang sini nak keja Budi, bukan jadi orang tanpa gaji. Dua tahun kita kerja, tapi masih sama, gaji tak naik, dibayar sesukahati!!.” Kali ini Khairul tidak dapat menahan marahnya.
SEBUAH LAND ROVER berhenti di ladang tersebut. seorang lelaki keluar, sebuah beg besar dipegang. Khairul dan Budi mendekat satu sama lain. Setiap bulan lelaki itu akan datang untuk memberi duit secara cash kepada Tuan Syed. Pembayaran mereka cash, jadi duit yang dibawa itu adalah gaji kesemua pekerja. Lelaki itu adalah pengurus besar yang memantau dari luar sahaja. Biasanya dia akan meninggalkan gaji kepada Tuan Syed untuk dibahagi mengikut jumlah pekerja yang ada.
“Berapa banyak dia bawa?.” Tanya Budi takut-takut. Khairul masih tetap dengan perancangannya.
“Aku tak pasti. Tapi ko tahu dia selalu datang setiap hujung bulan kan?.” Tanya Khairul. Melihat pengurus itu berjalan melewati mereka sambil tersenyum. Pengurus itu masuk ke ruang kamar pejabat Tuan syed. Pintu ditutup kasar. Dari jauh cermin kelihatan berukir dengan design dari kain langsir yang menutup ruang tingkap.
Budi menoleh Khairul. “Ko nak buat apa?.”
Khairul memandang jam di tangan. “Sekarang pukul 8. Biasanya Pengurus akan datang jam 8 ke 8.30.” Itu sahaja waktu yang Khairul lihat. Lama sudah dia memerhati.
“Ko nak serbu ke?.” Soal Budi.
“Aku tak bodoh lah… dia ada pistol. Kau jangan mengarut.”
“Habistu apa tujuan ko cerita semua ni kat aku?.” Tanya Budi meninggi suara.
“Sebab aku nak plan rancanganlah…”
Tiba-tiba seorang lelaki datang dari arah belakang, menepuk kedua bahu rakannya. Menyuruh mereka melakukan kerja, dari pagi tadi asyik termenung, entah apa yang dibincangkan. Maka perbualan itu terhenti untuk seketika, seperti siaran iklan di televisyen. Kedua mereka tidak berniat untuk meneruskan. Budi yang paling berdebar dengan perancangan gila tersebut.
MALAM ITU sekali lagi Khairul bertandang dirumah. Kamariah hanya menjamah dengan air kopi dan biskut kosong. Khairul tenung, sebenarnya dalam hati, nak juga rasa kuih atau makanan berat.
“Tu je yang ada.” Balas Budi tiba-tiba-dapat baca isi hati rakannya. “Kenapa datang?.”
“Tentang hal petang tadi.”
Budi menoleh kebelakang, memastikan isterinya tidak mendengar. Kadang-kala risau juga dengan Khairul. Bersungguh benar dia ingin mencuri. Rancangannya agak gila, namanya rancangan tapi tidak ada perancangan langsung!
“Lepas curi kau nak bawa duit ke mana?.”
“Kita lari!.” Jawab Khairul yakin sambil meneguk air.
“Lari ke mana?.” Soalan Budi itu tidak dijawab dan dia, si Khairul memang tak tahu pun nak ke mana, pendek cerita perancangannya tidak kemas. Mereka tidak ada saudara mara apatah lagi teman rapat. Hanya kenal antara mereka. Budi malas mengambil tahu lagi, lagipun memang kalau ingin teruskan mereka terpaksa juga menunggu bulan depan, bukannya boleh esok. Jadi Budi menganggp hal ini hanya angan-angan. Khairul kemudian pulang ke rumah. namun dia tetap mahu mengambil duit itu dan lari membawa diri.
PEMBAHAGIAN GAJI pada hari itu masih sama. Yang bulan lepas sudah dikurangkan, tapi tidak diganti dengan bulan ini, malah gaji bulan ini turut tidak cukup. Bayangkan sepatutnya yang didapat adalah seribu setengah tapi hanya sembilan ratus. Teralu banyak beza, bulan lepas pun sama.
“Tuan… tak akan ni je.” Khairul berani besuara. Budi menarik-narik hujung baju rakannya.
“Itu je yang dapat, ko jangan risau, nanti bulan depan, aku akan pastikan semuanya cukup.” Tuan Syed memujuk. Sudah tentu sahaja pengurus sebenarnya memberi duit yang cukup untuk gaji pekerjanya, tapi Tuan Syed jujur ke? Itu yang terbayang di benak Khairul dan Budi. Melihat dari cara dan tingkah laku, tak mustahil kalau Tuan Syed yang songlap. Macam mana pun itu hanya telahan yang tidak pasti. Sebagai pekerja hal ini sentiasa berada di mana-mana minda.
Sekali lagi Budi murung dan termenung. Anaknya bakal lahir dan dia tidak pasti bagaimana untuk mencukupkan bekalan keluarganya.
SUARA BAYI kedengaran. seorang bidan keluar, tersenyum nampak giginya yang sedikit kuning. Katanya bayi lelaki. Bukan main suka lagi Budi, Khairul pun sama macam itu pula anaknya.
Dan hari-hari yang disangkakan indah itu banyak ujian. Kos rawatan anaknya pula menjadi hal. Entah apa sakit yang dialami. Nak ke doktor, dokumen tak ada. Susah kalau hidup di negara orang, hanya beli dari farmasi.
Budi serabut dengan suara tangisan bayi itu setiap malam. Sentiasa demam dan dia tidak ada ikhtiar lain tanpa menggunakan wang ringgit. Kamariah pula sibuk dengan berpantang., sudahlah seorang. Duduk rumah sendiri, nasib baiklah ada jiran yang sama juga seperti nasib mereka.
“Abang minta tolong Tuan Syed esok ya Kamariah. Duit habis buat beli ubat anak je.” Rungut Budi. Itu belum masuk hal berpantang dan makanan harian. Pening, pening.
Di tempat kerja, Budi tidak boleh fokus. Seriusnya dia kusut dengan masalah hariannya. Tidak sampai sebulan pun anaknya lahir, sudah tunggang langgang hidupnya. Khairul sangat bersimpati tapi apa boleh buat pun? Dia sendiri tiada wang yang cukup untuk kegunaan keluarga. Khairul ada mencadangkan untuk berjumpa dengan Tuan syed. Tapi untuk berbincang hal duit? Peduli ke dia pasal hal pekerjanya? Sudahlah sebelum ni pun ada Budi meminta tolong tapi tidak dipeduli. Yang Tuan Syed tahu, kerja siap. Masalah pekerja bukan masalahnya.
TUAN SYED MENGAMUK apabila barang di pejabatnya hilang. Budi terbuntang mata, dalam hati tentu sahaja Khairul punya hal. Lelaki tu dari dulu merancang yang bukan-bukan tapi tak ada satu pun yang menjadi.
“Kau kan Budi?.” Tuduh Tuan Syed.
“Saya tak curi encik…”
“Macm mana duit boleh hilang. Bukan kah kau yang nak sangat duit? Kau tak puas hati pasal gaji lepastu kau mencuri???.” Marah Tuan Syed tanpa usul periksa. Di tengah-tengah ladang dia menjerit, tak ke gila??? Kalau ye pun, jumpalah di pejabat, berbincang baik, nasihat atau apa sahaja yang tidak menjatuhkan air muka. Namun kebanyakan majikan, suka sangat menunjuk kuasa. bukan kata dalam hal ini, mana-mana tempat pun sama. kalau boleh ikutlah prosedur, masing-masing ada maruah, mereka juga manusia! Khairul hanya berdiam diri, masa ni Budi dah tenung mata dia. Boleh pula Khairul buat selamba. Siapa lagi yang punya kerja. Khairul je yang beriya-riya.
KHAIRUL mengejar Budi dari belakang. Balik dari kerja dia terus meminta maaf. Memang betul tekaan Budi. Ini semua kerja si Khairul. Dia berpaling dan berhenti.
“Khairulll kerana kau, aku dituduh. Kau tahu betapa susahnya aku sekarang ni?.” Budi terus berjalan. Hanya minta maaf sahaja yang keluar dari mulut Khairul.
“Sekarang ni Tuan Syed dah beritahu pengurus dan nak suruh aku keluar dari sini. Aku tak ada duit Khairul… pernah tak kau fikir? Aku nak ke mana?.” Kali ini air mata Budi mengalir. Dia memang sangat terdesak sekarang. Memang dia dituduh tapi dia tak sampai hati nak menyalahkan Khairul walaupun terang dan jelas lagi itu kerjanya. Kali ini Khairul benar-benar bersalah. Dia berhenti dan berlari di hadapan Budi. memegang bahu lelaki itu.
“Dua hari lagi…. pengurus datang menguruskan hal gaji…” Khairul berdehem beberapa kali. “Kita buat seperti apa yang aku rancang?.”
Budi terdiam. Dia sudahpun sampai depan rumah. Tidak tahu nak bagi jawapan apa. Mahu atau tidak? separuh hatinya mahu, namun mindanya kata tidak. Antara akal dan nafsu masing-masing hebat memburu.
Suara tangisan bayi kedengaran dari dalam. Sekali lagi anaknya sakit. Dia memang tiada wang untuk ke klinik berdekatan. Kereta pun dipinjam. Budi menoleh ke arah Khairul
“Apa rancangannya??.”
Malam itu Budi menyiapkan barangan, siap dibungkus dan membawa apa yang patut. Hanya beg kecil yang memuatkan susu dan lampin. Sedikit baju dan makanan dalam tin. Dia menyerahkan beg baju itu kepada Khairul. Menyuruh Khairul yang membawa kesemua barang termasuk keluarganya. Kamariah sedikit pelik namun kata Budi esok mereka akan ke tempat lain, berpindah atas arahan Tuan Syed. Malam itu juga Budi tidak boleh tidur memikirkan rancangan yang disusun. Samaada dia atau Khairul yang gila sebenarnya??.
SEBUAH LAND ROVER berhenti di hadapan pejabat tersebut. Seorang lelaki keluar. Tanpa penjaga namun bersenjata. Siap bertopi dan lengkap berjaket. Seperti biasa dia akan tersenyum pada semua pekerja, namun tidak pernah bertanya keadaan mereka. Bulat-bulat diserahkan kepada Tuan Syed. Apa yang penting keuntungan yang diperolehi. Pengurus itu mengeluarkan sebuah beg. Warna hijau. Nampak keras, zipnya siap dimangga. Selama dua tahun dia akan berbuat begitu. Nilai di dalam? Lebih dari seratus ribu. Dibawa cash dan dibayar tunai kepada pekerja. Satu perkara yang tidak menghairan bagi mereka semua. Yang mereka tahu… esok duit itu akan diagihkan, tidak ada siapa yang mempersoalkan sikit atau banyak jumlah diterima. Mereka tahu mereka bukan sesiapa yang datang ke negara ini, jadi terpaksa mengikut.
Budi meletakkan kayu yang dipegang, dia memandang Kharul, mengangguk.- satu bahasa isyarat yang telah diatur dari semalam. Budi berpeluh. Namun dia menoleh sekeliling, pekerja lain masih sibuk, tidak peduli pun tentang mereka. Budi berjalan laju dan menuju ke belakang bilik pejabat sebelum pengurus sampai.
“Syed!!.” Pengurus itu mengetuk pintu. Tidak lama itu barulah Syed buka. Kali ini dia leka, Budi datang dari tepi, menolak mereka berdua ke dalam. Mengacukan parang dan menghentak pengurus itu sehingga pengsan. Matanya melirik ke arah Tuan Syed.
KHAIRUL melihat pekerja lain. Masih lagi tidak perasan. Maknanya rancangan berjalan lancar. Dia hanya perlu mengikat Tuan Syed dan pengurus lepastu melarikan diri bersama Budi. Perlahan-lahan Khairul berjalan ke arah pejabat. Kalau boleh dia tidak mahu berlama. Sebaik pintu dibuka Khairul terus menapak masuk.
Dia terkejut melihat Budi memegang parang. Bukan juga rancangannya.
“Budi!! Apa ni? Dah jom!!.” Khairul siap mengambil tali dan kain untuk menutup mulut kedua mereka. Namun Budi tidak berganjak. Parang di tangan di genggam erat.
“Budi dah lah jom!!.” Marah Khairul, namun tiba-tiba Budi mengetuk kepala pengurus yang baru sahaja tersedar. Khairul agak terperanjat. Dia menolak Budi semula.
“Apa ni!! Letak parang tu… kita keluar dari sini, duit dah dapat!.”
Tuan Syed hanya diam, takut juga untuk bersuara kalau dah kedua mereka bertindak begitu. Budi mletakkan parang di belakang seluarnya lantas pistol pengurusnya diambil. Dihalakan ke arah mereka. dengan Khairul sekali angkat tangan separas bahu.
“Wooo wooo apa ni Budi? Apa kau buat ni?.”
Namun Budi lebih menumpu pada Tuan Syed. Laras senjata dihalakan ke arah lelaki itu. “Kau keluar Khairul.” Arah Budi perlahan.
“Apa ni??? Aku cakap apa semalam???!.” Dan memang Khairul bengang kerana Budi tiba-tiba mengikut kepalanya sendiri.
Pengurus tersebut mengerang sakit, dia bangun memapah meja. Namun tiba-tiba sahaja Budi melepaskan dua das tembakan ke arah lelaki itu. Pengurus itu m**i serta merta. Khairul terperanjat bukan kepalang, dia menjerit ketakutan. Tuan Syed menelan liur.
“Budi… Budi… baik kau letak senjata tu.” Arah Khairul terketar. Duit yang terbentang di atas meja sudah tidak difikir. Hidupnya sudah tunggang langgang. Menyesal benar dia.
“Ini untuk kau yang menyusahkan hidup orang lain.” Budi melepaskan dua das tembakan juga kearah Tuan Syed. Khairul tidak cakap banyak, terus dia keluar menjerit meminta tolong bagai orang gila. Masa tembakan pertama lagi pekerja lain sudah menghubungi polis, melihat Khairul lintang pukang lari, kesemua mereka turut lari. Habis kosong ladang tersebut.
KERETA POLIS memenuhi ladang dan Budi masih lagi di dalam. Duduk memegang senjata, mengakui itu semua kerjanya. Dia yang menembak dengan sengaja dan niatnya untuk m******h! Masih lagi tidak melibatkan Khairul dalam hal ini.
“BUDI…. nanti lepas kita ambik duit tu kita lari ok? biar aku yang masuk dulu.” Khairul menerangkan apa yang perlu mereka lakukan pada malam mereka berbincang. Biskut di dalam tin dikunyah, memang itulah yang mereka hadap hari-hari.
“Tak apa Khairul aku akan masuk dulu.”
“Kenapa? Nanti ko takut… tak jadi kerja…” Khairul membantah tidak setuju
“Tak apa… biar aku buat. Aku ada rancangan aku.” Budi menyerahkan beg baju yang siap dibungkus kepada Khairul sambil tersenyum. Menyuruh lelaki itu simpan di rumahnya. Dan Budi? Memang dari awal rancangannya untuk melihat kedua lelaki itu m**i.
HAJAR melopong mendengar cerita tersebut. Malah tidak sedar pun ayam di dalam pinggannya habis dimakan oleh Nas. “Serius lah??. Habis apa jadi?.”
“Aku tak tahu masih dalam bicara lagi kot… tapi apa yang aku tahuuuu si Tuan Syed tu hidup lagi. Dia cedera je. Belum ajal…yang lain-lain semua dah angkut pergi balai.”
“Bodoh!!.”
“Syhhhh….” Nas meletakkan jari di tengah bibir. “Apahal kau ni? Emosi? Walaupun apa yang Budi lakukan tu sebab tak puas hati, tapi matlamat tak menghalalkan cara.”
“Kau tak bengang ke dengar cerita tu?.” Tanya Hajar.
“Well since laki aku pun polis. Aku dengar pasal jenayah ni hari-hari. Dekat tv pun belambak, surat khabar pun bersepah, belum masuk lagi di fb di ig di mana-mana lah! But yeah… sakit hati juga, tapi kau boleh buat apa pun.”
Hajar mengangguk. Ada betul nya juga. Dia marah-marah pun bukan dapat apa. Sekadar sakit tekak, tapi jenayah? Masih lagi proceed setiap masa. Dan kadang-kadang sesuatu kejadian itu tidak logik, malah boleh dielak. Argh!!!! Malas untuk mengambil tahu hal dunia. Tiba-tiba pula dia monyok.
“Macam nilah Jar…” Nas menolak pinggan menjauh.
“Dunia ni memang susah nak adil, kau tak akan jumpa yang adil. TAK AKAN ADA!! Kalau ada pun di akhirat nanti. Yusuf selalu pesan pada aku. Back to basic. Buat apa yang betul jangan buat apa yang baik. Ingat!! Benda yang betul selalunya baik. Tapi benda yang baik tak semestinya betul.”
“Maksudnya?.” Hajar benar-benar tidak faham.
“Maksudnya…..Biarlah nampak jahat asalkan betul, sebab manusia suka dipuji baik walaupun salah.”
“Benci? marah? dendam? itu semua sifat kita bernama manusia, tapi ingat!! Garis panduan telah tetap dalam agama, walau apapun keadaannya. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.”
ITU REALITINYA
Assalamualaikum!
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Morning~
morning tea lady..~~~~
morning hm jap nak panggil kau lady apa eh? hahaha
Lala ulalaa gaga u gaga. Lady gaga hehe
HAJAR melopong mendengar cerita tersebut. Malah tidak sedar pun ayam di dalam pinggannya habis dimakan oleh Nas. “Serius lah??. Habis apa jadi?.”
kak, ni ko makan ayam kepsi ke? hahahahahhah
Alaaa kantoii hahahahahahh
kotak habis jugak ko gigit kak? hahahaahhahahaha
awal pagi setori kau keluar kak.. haha
Itulahhh hahaha cepat kuar. Cepat kene cari idea baru hahaha cerita tsunami tu mggu depan kot kuar hahaha aku dh anta semalam
gila cepat kau submit kak.. haha aku baru nak submit ni..
Suka, ayat last tu.
Buat apa yang betul,jangan buat apa yang baik
Sbb Yang batul selalunya baik, yang baik, x semestinya betul ??????
Kak typo tu..ko jgn byk mkn ayam kepci..aku syak jari ko da semakin bulat ni..manjang typo je..hahaha
Hahahah aku timbang semalam mcm kurus hahaha
Parking ferrari jap..
Tepi sikit lambo i nak lalu
Alih sikit kk nora. Proten saga nak park sebelah. Benda legend selalu mahal. Shuh shuh korang berdua
Asal korang sebokkan parking aku..byk parking lain kottttt..
Tepi jelah deluu lagipon ni pagar rumah aku. Shuhh shuhh jauh sikit parking tu….
Huhu..yeke..maafkah..driver aku salah parking..nati aku fired…
Ko ada driver wow?? Aku pon drive seniri. Ada keje kosong x?
lambor aku punye daa.
ko gi amik kete abam terlajak laris. bnyak lagi yg tak bersewa. 🙂
Tak mengecewakan stoli dr nasa..
Xbaca lgi..
Tp aku rate full star kay..
Aku baca ‘troli’ cerita nasa hahahah
wow…part yang hujung-hujung tu amatlah terasa dalam hati..betul sangat ayat tu dalam zaman sekarang ni..
really nice story.. 🙂
Muah nur!! Yup itulah realitinya.
Budi membasuh pinggan, tahu juga dia tentang keinginan isteri untuk membeli teh dari Fatin Farha. Siapa tak kenal? Teh tersebut dikira seperti jamu. Serata tempat wanita itu menjual malah di Taman Seksyen Shaha luar ladang namanya sangat terkenal. Untuk kelangsingan badan dan kecantikan dalaman. Dia faham Kamariah teringin. Tapi… harganya mahal. Dia memang tak mampu. Sesekali nak hadiahkan bini pun termanggu-manggu. Mana tidaknya gaji pun sendu.
Hm. Tak sangka teh Fatin Farha dah semakin femes sampai ke orang luar~ Hahahahahahahaha. Puan Kamariah, kalau nak sangat rasa teh tu, meh lah datang jumpa aku. Aku bagi free je. Jarang tau aku berhati baik macam ni. Kesian kau. Huhu. Nanti bila ko dah cantik, dah langsing, jangan ko lupa aku dan jangan sesekali menggedik! Ingat tu~
Tapi, selalunya manusia kalau dah jadi macam tu, memang akan jadi Kacang melupakan kulitnya.
Kenapa? Sebab itulah realitinya!
Amboii… Ngn aku ko jual.. Hahaha
Ini tidak adill~~ sobs sobs
ko nak free ke? Ko pregnant dulu lah, baru aku bagi ko free. hahahahahahahhaha
aku preknen 2 hari ni..nak teh jgk ff..
2 hari bam? ingatkan 2 jam hahahaha
Aku pregnen ? ni… Bole kira jugak x? Hahaha
sorry not included. huhu. please try again hahahaha
Tak ada benda nak komen, asyik best je. Next CN!
Terharu mengalir air mata.. hahaha cukuplah singgah dan mengomen CN i love u…. hahahaha
Hahaha okay lepasni Lina komen cenggitu ye.
I agree with you CN..it make me thinking..thanks!
Aku x pandai sangt BI tapi aku jawab jugalah
Tike kasih delu yenna vijileyendu yenni saavatikem valekayinvasikem jaharikutiyelem
Tq sekali lagi delu
hahahaha..ape cm hanat sgt perangai ko ni kak..hahahahaha..
adoii..kelaka..
Hahaa ko faham x. Sila translate
Ammak ammakk..
Budi membasuh pinggan, tahu juga dia tentang keinginan isteri untuk membeli teh dari Fatin Farha. Siapa tak kenal? Teh tersebut dikira seperti jamu. Serata tempat wanita itu menjual malah di Taman Seksyen Shaha luar ladang namanya sangat terkenal.
hahaha
Pemes tul air teh ff?
hm. rasa bangga lah pulak hahahahahhaha
Jgn riak. Takbur tak apa…
cerita sis best2 je,cerita seremmm ada tak ?hihi
CN takde cerita seram sebab dia sendiri dah cukup menyeramkan hahahaha
ko kalau kenal aku mcm bebudak ni kenal aku…. ko tak mohon cite seram dah bunga. kalau boleh elak nak berjumpa.
Napee?sis menyeramkan ke?haha
Sangat seram..tiap pkl 2pagi ktorg dpt suara hantu panggil2 nama ktrg..x ke seram tu????♀️
suka betul cerita nasa!! semua pasal pengajaran, pagi2 dah keluar cerita pengajaran.
keep it up. hantar byk2 lg k. takde aku bosan sorg2 dkt opis. hahaha
Laaaa ko sorang2 ke kat opis tu? Mana yg lain weh???
ofis aku ni staf nye xsampai 12 org. 5 tech, keje luar. 2 org manager meeting. big boss aussie. tinggal bertiga dgn ah so. ah so sorg half day. ah so sorg lg serupa xde. so kesimpulannya aku sorg jelah dkt meja ni. hahahahahaha
btw aku suka baca cerita dkt fs lps pukul 2, betul2 sunyi ofis time tu. kau bayangkanlah kalau baca yg seram guane. kahkahkah
Wow ko punya cite tu klo aku fiksyenkan pon dh boleh jdi story hantu. Details btol penceritaan klo jadi penulis mensti hebat! Hahahahah sorang2 dlm ruang pejabat yg besar mmg ngeri bro
gua sis wahai CN. hahahahahahahahahaha
btw, aku pernah hantar 1 je cerita kisah benar psl family aku. lpstu takde hantar dah. sbb takde cerita. so aku baca cerita org je/ hahahahaha
boss mat salleh. baik ati tak dia?
ada keje kosong lagi tak? aku nak manager punyer jawatan. hehehehehe
boss ca ya nun alif melorq. dia migrate aussie. tp baik.
kalau ada manager, lama dah aku apply oi. aku pn jawatan skrg x kena dgn certificate tp malas demand. amek je. rejekiiiiiiii. hahahaha
“Maksudnya…..Biarlah nampak jahat asalkan betul, sebab manusia suka dipuji baik walaupun salah.”
Nice..aku suke ayat ni kak..ko kalo x merembat ayam org mmg x sah kan..nasib baik mkn pkai pinggan..kalo pakai kotak mst kotak pun ko kunyah..(aku harap ko paham)
Nice story..jelas & nyata cara penyampaian ko..eh malas la aku nk ulang ayat yg sama..hahaha..aku bg 9.7/10..yumm ikitt???
nak yumm jugakkkkk
nak gakk…hahah.
hahahahahanat
Juri ko pengkritik hebat. Sila kritik cerita aku. Aku nk dengr yang other side selain best. Cepat2 aku tunggu hehehhe
ko nk dgr aku kritik x??erm..kurang kan mkn ayam..huhuhu
ngeri la ko ni juri..g mintak yumm kt bini ko tu..hahaha
yumm tu ape?haha
Bahasa bdk gedik cm ktorg pgil yumm..kalo bahasa baku cium..kehkehkeh..nak yumm lg x???
oh yeke.haha.
taknak lah. penat nak pujuk karang.kahkah
da gosok gigi belom??hahaha
Yunm tu maksudnya tu??? Ko plot twist ke apa tu gila hahahha
hm kumur pakai listerine je ni hahahahaha
xseram >_<
tpi best ~
Huhuu CN lom pernah lagi anta cerita seram. Tq atas reviewnya sophiaa
Wahhh teh Fatin Farha dan sampai ke Taman Seksyen Syaha. Makin maju dah hahahah
Atas usaha kerasnya cik feeya hahaha
hahahah tu la akhirnya berjaya jugak menempah nama kat sini kiki
jangan puji sangat lah, cik piah ~ hehehehehe
tahniah la fatin, dengan mcm2 kecaman, hinaan, makian.. teh tetap laku jugak hahaha
Rezeki tak pernah salah alamat haahaahahahah
haters make me femes~
hahahaha kannnnnn
tengokkk sape yg rajin dislike ni, dgn aku2 sekali dia benci haihhh
aih betul ke cik piah? rajin betul orang tu dislike semua komen huhu
tau takpe.. cakap elok2 pun nak dislike ishh
Nice kak nas..
Suka ngan ayat last “Buat apa yang betul jangan buat apa yang baik”
Buat bnda yg baik x semestinya boleh datangkan manfaat.. Wpun org cop kita jahat, yang penting kita da buat bnda yg betul, itu yg terbaik…
Sukunggg
Ejaan betul nya ‘sokong’
sekian
Hahaha
ejaan kurang betul ‘sotong’
sekian
huhuhu
aku memang jenis yang tak boleh orang salah eja ni Delu… It’s SOKONG not SUKUNGGG…
Hahahah cikgu maira datag hahahha
hahaha aku cikgu fs je kak
Kalo oghang nismilan dio koba sukunggg..den sukung kau..
kau still nak betul ea Delu?? haha loghat & ejaan bukan dalam skop yg same…
Sapo lah yg dislike ni..den seligi gak kang
tolong seligikan Delu.. ailebiu!!!
Bunyi macam tkepit je.. Ko tgh tahan berak ke delu..
ko ni syer, org nak berak, ko pegi tegur buat pe? bedesup “masuk” balik.
Hahahaha sory arr delu..
Esok jela ko berak.. Huhuu
dah. jom~
A ahh cirit lakkk
9.8/10
Kak.. kau tahukan aku macam mana? Haha.. Aku ada jumpa kau tak guna huruf besar lepas tanda noktah. Nasib aku jumpa satu je kak.. Kalau banyak, aku list dekat sini. Kahkahkah…
Hahahahah baik… next time kene lebih peka… komen lagi byk2 next time hahahaha
hahaha aku terbaca kau nak komen selain dari BEST.. tu yang aku gigih cari tatabahasa kau kak.. kahkahkah!! ampun ye kak nas..
hahahaha aku suka…
next story aku.. kau komen pulak ea kak.. kau jarang tau komen story aku… hahaha
Best???
time kasih elle sudi baca
Mcm biaser aq sker ???????? Ad pngjran. Kwn2 ngko dh hdup smuler ker?
dah
diaorang semua hidup. aku ingat ko yang dah m**i
Hye bulu halus..aku da hidup balik ni..rindu aku x??hihihik
Xtaw la nk ckp aq rindu ker x. Biaser jer. Ngkorang msih lg mngrot ker
dah kurangkan kan dah mengarut. ko tengok? dah makin kurang ke sama je?
Soalan yg baik.. belum ajal.. so mmg x m**i lagi
.
–
ko pehal letak tanda tolak je tu?
kutip tacang nak piala . kekekeke
hai melorq~
Hai. dah lunch?
Burpp… tenyang makan nasik ayam kunyet.
dahh. burrppp. alhamdullilah, kenyang makan biawak panggang.
kunyit ke ko? musykil, haha
uweeek muntah ijao dgr ko makan bewak panggang.
sedaplah, meh lah makan, tinggal ekor je ni, aku simpan untuk ko. khas untuk ko yg ingat aku.
Da tenyang mkn nasi ayam tunyet eh?ibu tite takap lepas tendawa tene tebut alhamdulillah.. (baca dgn suara manja)
awak nak tene cepak dengan tiitew ke ckp mcm tu?
Nape awak nk cepak titew..takit tau tak..titew titit awak baru tau..?
ingat jangan gedik ~
Torry ff..titew tedik2 tikit jew..huhuhu
hahahahaahha. aku rasa macam nak carut ko je bam ahahahahha
ala..nk tedik tikit pun takleh..
**aku pun rasa nk carutkan diri sendiri..haha
hahahahaha. lidah aku tecepittt baca komen ko.
hahahahahahahah gedik sungguh ~
haha, aku tak tahu nk komen apa. kang kalau aku komen, makin kurus ko. haha
Sini engko ye
ye grim? huhu. cari aku ke?
Aku carik engko lah ni
cari aku buat apa? huhu
Hahaha..adoii..kelaka grim ni..elok2 kt sana ko crk kt sini plk..haha?
Dah dia ilang tadi aku carik sini kahkahkah kenapa cikbems?kahkah
hahaha..ko letak sensor kt cakk ke?kemana die pegi ko tahu..
Saja carik engko,huhu
carik-carik bulu ayam
ingatkan ada apa cari aku. huhu
Ko cari aku jugak tak?kahkah
HA HA HA
tak cari pon, huhu
Yeke?yeke engko tak cari?
Tapi lam hati engko carikan kahkah
ye grim. tak cari ko. pecayalah. orait?
perasaan ko je kot tu? huhu
aku xcaya pun,
Kahkahkah
Ko nak hilang kemano
Engko kata malam tdi
hilanglah, membawa diri dalam kepekatan malam. kah~
belajar lah untuk pecaya & menerima. huhu
Engko ni kan cakcakcak hilang dlm kepekatan malam,mcm cicak je huhu
ko jgn ye nk memainkan nama aku. ko ingat senang aku nk memikir nama sehebat medicak ni? betapa 7 hari 7 malam pon belum tentu ko dapat tau. huhu
Yekee,engko susah cari,aku rasa kan,msti engko dpt ilham nama tu masa tahi cicak jatuh kt engko kan kahkah
my name is unik okay? UNIK. hmm?
nama ko izzah ke?lagi unik
apa pulak nama aku izzah? huhu
memandai je ko. ???
nama aku ruminah sidek
Iyo lah tu,jangan nk membongak je keje engko,kahkah nama ko izzah kan?nur izzah?
eh eh eh ewahhhh ewahh ko ni. yg ko yakin sgt nama aku tu dah kenapa? kenal aku ke????
Mstilah aku kenai engkooo kahkah
ko ni. nak tarik perhatian aku ke apa? seram shit pulak.
Engko medicak tu je aku kenai,selebih dr tu aku xtau pasal engko kahkah
hmm bagus. jgn tahu sgt pasal aku. huhu
asal ko tak pernah cari aku grim? cite aku ko dah baca tak? aku batak bintang dari ko ni hurmmm
Aku tak paham,asal sibudi bahasa tu tembak 2org tu?can u explain to me miss nasa sendrian berhad huhu
dia dendam lah tu…. dia pergi tembak ke dua lelaki tu. patutnya dia tembak syed jelah. tapi yelah dah cerita benar, aku bukan director nak suh dia tembak sorang je hahahahaha
Yng malukan dia syed tukan?kenapa tembak yg sorang tu?ke aku salah baca kahkah
betul dia tembak keduanya. tak tahu kenapa… tapi yang jahat tak m**i. yang pengurus tu m**i. tak memasal!!
aku bagi ko bintang, ko tanya aku balik apehal? huhuhu
mmcm biasa, best!
Story best macam biasa ?????
Ok Nas,
Aku komen ye. Ikhlas ni.
Typo! haha. Kamariah bukan menjamah, dia menjamu.
Pekerja Indonesia, tapi cakap keyel.. Ko tulis lah gaya Indon.haha
Ikhlas, cerita kau best kak Nas. Detail. Smooth. Aku sambil baca tadi, sambil aku bayangkan aku tengah pakai topi peladang tu dan cangkul di bahu.haha
Nais.
Rate: 9/10
#akuSuka
vote up, hihi. 10/10 untuk komen
dapat hadiah tak kalau fullmark?haha
dapat, PM tepi. huhu
yeay!hihi
hahahha typo tu ko perasa? hahahaha bukan menjamah eh? ok noted!! tapi ada orang kat komen fb kata tak paham cerita ni. aku musykil. pes time ni aku tengok orang komen tak paham. huhu
Perasa? haha
reply komen pon typo.hihi
alah ko kena faham, cerita ko ni high level. tak semua mampu hadam.
damn!! jawapan yang sangat menenangkan jiwa raga aku hahahah time kasih juri hahahaha
hmm kak, ko tak tengok lagi bahasa lenggok ayat aku, kalau aku komen. huhu
oi mana komen ko cak??
tadi? kan aku ada komen yang ni tanda tolak tadi? haha, ko tak seram ke dgn komen aku?
“Benci? marah? dendam? itu semua sifat kita bernama manusia, tapi ingat!! Garis panduan telah tetap dalam agama, walau apapun keadaannya. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.”
Semua bintang2 dilangit untuk kau kak.
Guna jari kaki untuk thumbs up ! hahaha
campur jari kaki aku kajol. senang sikit hahahah tmbah banyak
.
Story kau best. susun ayat pun sng nak paham. tapi kau larik tang kona nie..seram nyer tak aderrr..
hahahah aku tak tahu nak buat cerita seramm.. kalau cite bunuh2 tu aku tahu lah… aku ni kejam hahahah
THORBAEK! Cerita best cos kisah benar.. Cumanya sy cadangkan akk kurangkan atau tiadakan skrip di awal cerita, contoh watak2 Hajar, Nas n etc, sebab agak mengelirukan cerita. Cerita direct je kak untuk kefahaman dan memudahkan sesi pembacaan. Anyways, ceritaNasa belum pernah menghampakan sy. Keep Up The Good Job!
hai Silent Reader Yg Ke Berapa? / Lalalalalala ~
Apa khabar? Awak sihat?
owh ok! noted.
Sebb kisah benar kan, aku tak tahu nak habiskan cerita yang tergantung tu mcm mana. tak ada kesudahan. kalau ada watak hajar tu, at least tergantung tu boleh diganti dengan kisah diaorang berdua.
huhu… tpi tq alolo alili. aku panggil loli je lah senang. Tq untuk komen yang sangat membina untuk aku yang masih belajar
Crita ngko best brada! Yg xberkaitn x pyh smbung komn bwah aq! Semak!
time kasih bro mail…
nak sambung jugak ~
hai jijahh~
hai medi~
delu… apa buat kat sini…
Tumpang lalu je…
ohh ko delu. apa ni hi hi aku? ko tak jogging pulak harini?
Aku cari ko..takkan grim je yg boleh cari ko?Ahaks..
ko dgn grim dah kenapa? asyik cari aku je? ada hutang apa2 ke dgn aku? kalau ada transfer je. huhu
Tak boleh ke?..saja je cari ko..rindu..haha..
tak boleh. huhu~
Akubje bokeh cari engko cak,budak lus tu xyah kahkah
Ko sape cetan?
Delu.. Ko pn nak jd mcm grim jgk ke.. Mcari medi aje kejenya..
entah, pegilah cari Juri ko tu. ko kan selalu mengekor dia. dok main auucaakkk pappp papp bagai.
Hai ciksyer~Ko nak aku cari ko jugak ke?..Ahaks..
######KEHKEHKEH######
Asal dak lus tu cari engko?
entah mana aku tahu. eh dia mcm ko lah, cari aku. huhu.
Setan kt atas ni jgn menyamar jadik aku boleh tak…ko pehalllllll
lahhh. bukan ko ke delu??? sama je alien??
Laa.. Ada org mnyamar jadik ko ke.. Aku ingtkan real delu td.. Huhuu
apa ko mengarut tu delu… itu engko leee
Sapo jijah mail tu?
smalam aku mcm tom yam
hye mail telambung..pekabo?aku nak menyemak jgk kt komen ko..hahaha..
great!!
9.9/10
mana lagi 0.1 pa… awat tinggal kan nombor tu
tolak markah sbb x de nama abah dlm tu..
aiseyh… baiklah next story hahahah
kak..aku nak rate semula cite ko ni..aku bg 0.1 je..
nnt ko tambah kan dgn tok pny..baru la perfect 10..hihihi
Kejinya hahaha 0.1 sikit namatey hahaha
TERBAEKKKK…
Tq shark dodo hehehe
Tk pernah mngecewakn
Tq puan narlaaa
Yesss. Matlamat mmang tak menghalalkan cara (camne nak kasi bold ni kak). But kesian kat budi. Tak pasal2 jd pembunuh. Die salah tembak ni. Tuh yg si syed tak m**i jgak.
perkataan – letak dua star ayat dua star. Jangan jarak
owhh..macam tu rupa nya..
Selama nie aku pandai italic kan font je..hehe
test..<
del>
ajar aku buat strikethrough huhu
ff. da login dah. aah la name jadi hijau.
haaaa kan? hehe. tahniah, mawah berduri~
Selamat menjadi hijau hahahahahha
aippp aippp. ape berduri pulak. mawar mewangi la. hehhehe
ye ke mewangi? akim mewangi aku tau lah. mawar kan berduri hahahahaha
Kelaka komen ko ni hahahahahanat. Ko ingt dia hulk ke
alahh~ gurauan pagi hari kak. hahahahaha.
<
blockquote>test..
<
blockquote>
morning
hahaha. woww. jadi la kak nasa
Yum pp sikit. Hahahah
Ok dah bace.. kasi skli lagi 5bintang..
Hahahah ko bz sangt ke heheheh
Damnn good story !
Terima kasih utk crta ni kak CN ~
Sama2 beri hehehe
apa motif Budi tembak pengurus yg bawak duit gaji tu? kalau dia tembak Tuan Syed faham la sebab dia bengang…mohon pencerahan penulis….tq
Owh haah sebagai yg mendengr cerita ni pon aku x tahu kenapa dia pergi tembak dua2 tu. Sepatutnya syed sorang jelah kan.
Kata sumber ni…. budi tu mmg niat nak b***h dua2 sebb pengurus tu x pernah ambik tahu hal pekerja. Dan dia plak bekerja dengn tuan syed yg mmg kejam lagi zalim. Kira pengurus besar ni x pernah pon nak tnya apa2. Pergi tinggalkan syed buat sorang2 semua perkara. Dah alang2 katanya. Tengah marah. Dia p tembak keduanya.
Kesian…
Banyak kes jenayah berlaku akibat desakan hidup yg terlalu memaksa dan akhirnya hilang pertimbangan kewarasan akal…
Tapi…
Akk x puas hati apsal Tuan Syed tak m**i????
Emmmm tapi bagus gak kalau die x m**i tu dan cacat seumur idop…
Bior terseksa idop die…
Seb bek asben akk keje estet setiap sen duit pekerja diorg bayar…
Siap jd tempat rujukan lagi bile pekerja nak pinjam duit bile tetbe ade keperluan kecemasan…
Kita yg mendengar cite ni lg sakit hati. Berkali kita tnya pada sumber. Syed x m**i????? Dia jawab yeeee syed x m**i… aish pnjng betul ajalnya. Tpi kan jenayah selalu berada secara tak logik dan perkara boleh settle pon sebenarnyaaaa yg sakit hatinyaaaa syed x m**i!!! Aku pon yg menulis ni sakit hati hahahahah
.
Aku baru baca cite ko. haha. Satu je aku tak puas hati. asal Tuan Syed tak m**i? Ehh, kalau aku jadi Budi, alang2 dah tembak, tembak je sampai habis peluru.
Hmm, betul, dunia ni memang tak adil. Dunia ni kejam, eh? hahaha
Best nya
Bestnya
Best
Terima kasih utk tiga komen “bestnya” nangis kat bucu katil
Wow.. Dasyat…
Waalaikumsalam
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
kesiannya tak psl2 jd mcm ni plk
Kenapa Tuan Syed tu zalim sangat?
Budi tu pun ikut je lah rancangan tu.