7-10
Assalamualaikum. Aku Zatt tapi sebab ramai sangat sebut nama aku jadi Jatt, so mulai hari ini aku akan gunaakan nama Jatt. Mula-mula aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat admin sebab siarkan semua cerita aku hari tu. Aku hantar tiga tu sebab aku ingat hanya satu atau dua je yang akan tersiar. Rezeki aku kot, admin baik. Harap yang ni tersiarlah admin ya sebab aku mengharap sangat karya yang ni tersiar.
Okay, kali ni aku ini akan terangkan kenapa kolej yang aku huni kat U ni, penghuni sampai tingkat 7 je padahal kolej ni ada 10 tingkat. Alah, yang cerita “Hooray aku berseorangan akhirnya” tu aku ada sebutkan yang aku duduk kat tingkat 7 tapi kolej tu ada 10 tingkat semuanya. Jadi untuk menerangkan sebab dan asbab kenapa jadi macam tu, aku akan terangkan dalam bentuk koleksi cerita yang aku dapat daripada senior aku, lecturer, pekerja kat U dan penduduk sekitar U aku ni. Kisah yang bakal aku cerita ni tak ramai yang tahu dan kejadian yang berlaku dalam cerita ni agak sensitif kerana pihak yang terlibat ni tak nak cerita ni tersebar dan memburukan nama baik Univeriti. Segala watak, tempat dan jalan cerita dalam cerita ni hanyalah rekaan kerana aku tak nak memburukan mana-mana pihak. Tapi aku janji cerita ni betul dan bukan rekaan aku. Kalau tak betul, takde lah sampai aku terkencing hari tu bila kena usik hari tu.
………………………………………………………………………
SEGALANYA BERMULA DI SINI
December 2009
Amer : kenapa awak nak tinggalkan saya masa ni. Awak tahu tak saya perlukan awak. Saya dah takde sesiapa untuk mengadu selain dari awak. Wahida, awak tahu kan yang..…..
Wahida : dah-dah, awak tak payah nak buat sedih. Awak kena redha yang diorang dah pergi. Lagipon dah lama dah diorang pergi.
Amer : Wahida, tolonglah jangan tinggalkan saya. Awak tak kesiankan saya ke?
Wahida : sebab saya kesiankan awaklah, saya masih bersama dengan awak sampai sekarang. Amer, U tahu tak yang masa mak dan ayah awak meninggal sebab kemalangan haritu sebenarnya saya nak beritahu awak yang saya nak putus dengan awak. Tapi bila saya dengar berita kemalangan mak ayah awak tu, saya tak sanggup nak lukakan hati awak.
Amer : kenapa Wahida….kenapa? apa salah saya sehingga awak nak tinggalkan saya?
Wahida : Sebab saya dah lama takde hati dekat awak. Lupakan je saya Amer, ramai lagi perempuan yang lebih baik dari saya kat dunia ni.
Amer : Tapi diorang tak sama dengan awak
Wahida : Dah-dah lah tu Amer. Keputusan saya muktamat. Selamat tingggal.
…………..tut..tut….tut…..talian telah tamat
Sharul yang ketika itu ingin masuk kedalam bilik berundur balik apa bila terdengar rakan sebiliknya bercakap dalam telefon dan menangis. Dia berasa serba salah untuk masuk ke dalam bilik itu kerana dia risau Amer akan malu dengan keadaanya. Dia segera keluar dari rumah itu dan berpura-pura sedang menyanyi apabila dia kembali ke bilik beberapa minit kemudian. Apabila dia masuk kedalam bilik itu, Amer seperti sedang tidur.
“Dah tidur budak ni. Tapi kesian betul Amer ni, dahla mak ayah dah takde…….ishhh, biar jelah dia. Mungkin lebih baik aku tak payah masuk campur, lelaki ni kena kuat” fikir Sharul. Selepas mandi dan menunaikan solat Isyak, Sharul segera tidur kerana esok dia ada peperiksaan.
Apabila Sharul bangun pada pagi itu, Amer masih tidur di atas katilnya. Sharul cuba mengejutkan Amer kerana waktu Subuh hampir tamat tetapi tiada respon daripada Amer. “mmmm, biar jelah dia….aku dah kejut dah. Tidur mati pula kau Amer” kata Sharul. Setelah bersiap, Sharul segera bertolak ke dewan peperiksaan.
Ketika menjawap peperiksaa, Sharul berasa tidak sedap hati dengan keadaan Amer. Dia risau jika berlaku apa-apa terhadap Amer kerana Amer biasanya senang banggun tidur dan selalu bangun awal. Sharul segera pulang ke kolej selepas habis menjawap peperiksaan, selalunya dia akan singgah ke Restoren Dayah di hadapan U mereka selepas habis kelas.
Setelah Sharul sampai ke bilik, alangkah leganya dia apabila melihat keadaan Amer baik-baik sahaja.
Sharul : Hoii Amer, sedap nasi kau tu…..bagi aku sikit boleh?
Amer : Kau nak pergi beli sendiri lah. Ada pula minta dengan aku.
Sharul : Alah kedekut betul kau ni. Hahh, tadi aku kejut apasal tak bangun.
Amer : Aku letih sangat kot malam tadi. Petang semalam aku main bola sampai penat.
Sharul : main bola pon jangan lah sampai letih tak boleh bangun subuh. Apalah kau ni.
Amer : mmmmmm(muka seperti agak sedih)
Sharul : Amer, ada benda aku nak tanya ni. Semalam……..mmm takpe lah.
Amer : Semalam apa??? Kalau nak tanya soalan tu biar betul-betul. Pelik betul kau ni.
Sharul : takde apa lah. Makan makan.
Sharul membatalkan niatnya untuk bertanya kepada Amer tentang peristiwa semalam kerana dia risau Amer akan memarahinya kerana mencampuri urusan peribadinya. Selepas Amer habis makan dia tiba-tiba mengajak Sharul pergi menonton wayang di Mall berdekatan dengan U mereka. Sharul berasa pelik dengan kawanya itu kerana Amer biasanya tidak suka menonton wayang di pawagam lebih-lebih lagi selepas ibu bapanya meningal. Tapi untuk tidak mengecewakan hati kawanya itu, Sharul bersetuju dengan cadangan Amer. Mereka menonton filem ‘Avatar’ yang baru sahaja keluar wayang ketika itu. Selepas menonton wayang, Amer mengajak Sharul untuk makan di sebuah restoren makanan segera. Sharul cuba menolak dengan alasan kehabisan wang, tetapi Amer menawarkan diri untuk membelanja Sharul. Selepas habis makan, Amer sekali lagi mengajak Sharul untuk lepak di sebuah Arked permainan, Sharul mula berasa pelik dengan perangai Amer kerana biasanya Amer sangat berkira untuk berhibur dengan membelanjakan wang yang banyak. “ Ikut jelah, alang-alang dia nak belanja ni” fikir Sharul.
Mereka akhirnya pulang ke bilik pada pukul 9 malam dengan perasaan gembira bercampur penat. Sharul berasa senang melihat keadaan Amer yang gembira dan tidak kelihatan sedih akibat kejadian semalam. Akibat terlalu letih, Sharul terus tidur apabila berbaring di atas katil tanpa berborak dengan Amer. Ketika hampir lena, dia seperti Amer sedang berbicara dengannya “Terima kasihlah Sharul sebab teman aku pergi tonton wayang tadi. Ni kali terakhir kita berseronok macam ni. yelah, duit pon dah banyak habis dah. Hahaha, aku minta maaflah kalau aku ada salah dengan kau. Bila aku takde nanti, jangan lupakan aku pula. Kaulah SAHABAT aku dunia akhirat.” Lebih kurang macam tu lah yang Sharul dengar.
Malam itu Sharul bermimpi dia sedang berjalan dengan Amer di dalam hutan yang suram. Dia dan Amer berborak panjang dengan Amer tetapi dia lupa apa yang mereka berdua borakan dalam hutan itu. Amer kelihatan amat gembira kerana Sharul ada bersama dengannya. Tiba-tiba apabila mereka sampai ke suatu kawasan yang bercahaya dan indah, Amer menyuruh Sharul pergi ke tempat itu seorang diri tanpa Amer. Sharul hanya menurut kata Amer, lalu berjalan ke kawasan itu seorang diri dan apabila dia berpusing ke belakang, Amer tersenyum melihat Sharul dan mengucapkan “Selamat Tinggal Sahabat” sambil bergerak ke belakang lalu menghilang di sebalik kegelapan hutan. Sharul terbangun dari tidur dan entah kenapa matanya basah dengan air mata walaupun itu hanya mimpi semata-mata.
Sharul melihat jam sudah pukul 5.15 pagi, dia mengambil keputusan untuk terus bangun dan buka lampu bilik kerana sebentar lagi waktu Subuh. Setelah membuka lampu, dia perasan Amer tiada di dalam bilik. Katil Amer kelihatan kemas dan barang-barangnya telah siap disimpan dalam beg galas. Sharul perasan seperti ada sekeping kertas di samping beg Amer itu, tapi dia hanya mengendahkan saja. Telefon Amer masih ada di atas meja tulis dia, jadi Sharul rasa Amer masih ada di di kolej itu dan mungkin dia pergi surau kot.
Sharul mengambil keputusan untuk mandi sementara menunggu azan Subuh. Ketika dia keluar dari bilik, dia terdengar bunyi seperti kipas rosak yang berputar dan seperti bunyi karan elektrik. Krikkkkk…..krikkkk….kreuukk….kreuukk……kriiikkk. Kerana keadaan rumah yang gelap, Sharul tidak dapat mengenal pasti punca bunyi itu tetapi dia merasakan bunyi itu datang dari ruang tamu rumah. “Amer…ooo Amer…kau jangan nak mainkan aku pula. Kau buat apa dengan kipas tu?” jerik Sharul. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke ruang tamu dan memeriksa punca bunyi itu.
Apabila dia membuka lampu ruang tamu, alangkah terkejutnya Sharul bila dia lihat Amer tergantung di kipas yang sedang berpusing perlahan. Sharul seperti tidak percaya akan pandangan matanya, tak mungkin sahabatnya itu akan mengantung diri sendiri. Ini kerana Amer seorang yang kuat dan tabah. Ini kerana semasa ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan tiga bulan yang lalu, Amer tidak menangis dan kelihatan redha dengan pemergian ibu bapanya. Tambahan pula, mereka berdua baru sahaja berhibur bersama semalam dan Amer tidak pula menunjukan sebarang reaksi sedih walaupun baru putus dengan Wahida pada malam sebelum itu.
Sharul berasa sebak melihat keadaan kawanya itu, dia sungguh tidak sangka Amer akan bertindak seperti itu. Dia tidak sanggup melihat wajah Amer ketika itu, Sharul menangis dan menjerit dengan kuat sehingga rakan serumahnya terjaga.
“Amer, kalau aku tahu kau nak buat macam ni, aku dah pujuk kau lepas kau putus dengan Wahida haritu….aku sangka kau kuat Amer. Maafkan aku kerana tak dapat faham penderitaan kau. Ini semua salah aku sebab tak bantu kau selepas kau lalui macam-macam penderitaan Amer.” Jerit Sharul
Pada keesokan harinya, warga Universiti itu gempar dengan kejadian pelajar membunuh diri di Rumah B tingkat 9 kolej Pujanga. Ketika itu ramai pelajar sedang sibuk dengan peperiksaan dan ramai di antara pelajar sudah meninggalkan kolej kerana mereka sudah habis peperiksan, hanya tinggal sebilangan pelajar sahaja yang masih belum habis peperiksaan. Jadi hanya sebilangan pelajar yang masih tinggal sahaja yang tahu mengenai peristiwa itu. Pihak Universiti mengambil keputusan untuk menutup kes itu bagi mengelakan peristiwa itu mencemarkan nama baik Universiti. Memandangkan Amer tiada keluarga terdekat, isu itu tidak pernah dibangkitkan oleh sesiapa. Sharul mengalami trauma dan mengambil keputusan untuk menunda pengajian selama setahun akibat kejadian itu. Wahida pula tidak mengetahui tentang kejadian itu kerana dia langsung tidak pernah memnghubungi Amer setelah berpisah dengannya, sehinggalah dia dan Sharul berjumpa ketika majlis graduasi tiga tahun kemudian.
Tentang kertas yang ditinggalkan oleh Amer itu, kertas itu merupakan surat bunuh diri dan isi surat itu ialah tentang sebab Amer membunuh diri, permohonan maaf kepada Sharul dan luahan hati Amer tentang tiada sesiapa yang menanyakan perasaannya selepas kematian ibu bapa serta selepas Wahida meninggalkanya. Rupanya Amer tahu bahawa Sharul terdengar perbualannya dengan Wahida dan Amer berasa kecewa kerana Sharul langsung tidak memujuknya serta seperti tidak peduli.
Peristiwa inilah yang menjadi batu asas kepada pelbagai peristiwa seram yang berlaku di tingkat 9 di kolej ini. Pihak kolej masih membenarkan pelajar untuk tinggal ti tingkat 9 pada semester seterusnya, cuma rumah B ditutup untuk satu sem dengan alasan pekakas elektrik di rumah itu rosak. Kisah ini diceritakan oleh staf kolej aku yang dulu merupakan kawan kepada Sharul dan juga antara rakan serumah Amer dan Sharul ketika kejadian itu berlaku. Lecture aku juga pernah menyebut kejadian bunuh diri ni tapi dari sudut pendengar saja lah.
“Kalaulah aku tahu, kalaulah aku tahu”
…………………………………………………………………………..
BUNYI APA TU
Kriiikkkk…..krikkkkkk…….kreakk…..kreak….kriiikkk
Ali : Woiiiii, Bad….Chat….korang dengar tak bunyi apa kat luar tu?
Bad: …………….
Chat: Hahhh….biar jelah bunyi tu. Kipas kat ruang tamu rosak lagi lah tu.
Ali : Tapi tiap malam ni berbunyi….korang tak pelik ke?
Chat :Alah kau ni…kan aku dah kata kipas rosak la tu (Chat sebenarnya seperti menyembunyikan sesuatu)
Ali : kenapa tiap malam dia rosak…..tapi waktu pagi elok je berpusing. Mesti ada apa-apa ni?
Chat: Kau ni diam-diam sudahlah. Tidur esok kelas pagi.
Bad : hmmhmhmmhmhmhhm ish hmmhm ish ishmhmhmmh (suara menangis)
Ali : hoi Bad, kenapa kau menangis ni? kot iye pon takut jangan nangis sampai macam tu sekali. Macam pondan lah kau ni…dah-dah tu nangis.
Chat : Ali…..kau cakap apa ni? Bad mana ada kat bilik lah, kan dia tidur rumah member dia tadi.
Ali : agak-agaklah nak tipu aku…..yang nangis tu sapa kalau bukan Bad?
Chat: Nangis?? Mana a………..da….
Bad : hmhmmhmhmishmhhmisshishss(nangis lagi)
Ali : hah…tu bunyi tu. Eh betul juga Chat memang ada cakap kat aku yang dia tidur kat rumah member dia. Habis tu sapa menangis tu?
Chat (bukan Chat) : kenapa Wahida…kenapa?
HiHihihiHiHiHiHiHIHIHiHiHihiHihiHiHiHihIHihIHihIHIHiHi
*kejadian ini berlaku setahun selepas kejadian bunuh diri dan di bilik yang Amer dan Sharul tingal ketika kejadian bunuh diri itu. Cerita ni senior aku yang cerita, dia dengar cerita ni pon dari senior dia juga. Kejadian ni biasa berlaku kepada sesiapa yang tinggal di rumah itu. Ada yang pernah ternampak seperti ada lembaga tergantung di atas kipas bilik masing-masing. Ada yang terdengar seperti ada orang bersiul, ketawa seorang diri pada tengah malam. Macam-macam lah yang berlaku kat rumah tu. Sehinggalah pihak kolej menutup rumah itu daripada dihuni oleh pelajar selepas menerima banyak aduan dari pelajar.
………………………………………………………………………………………..
DIA KETUK PULAK
Malam itu, Zack dan kawan-kawannya berpakat nak marathon tengok movie sampai Subuh. Yelah, esok diorang cuti dan semua baru je habis test pada hari tu, jadi diorang nak hilangkan stress akibat menjawap test. Untuk pengetahuan korang, Zack dan kawan-kawan dia ni semuanya rakan sekelas yang duduk serumah. Rumah diorang bersebelahan dengan rumah yang ditutup tu di tingkat 9. Hari tu diorang siapkan segala kelengkapan untuk menonton movie awal-awal lagi.
Mereka mulakan movie marathon diorang dengan menonton cerita aksi yang popular pada masa itu. Diorang dah berjanji nak tonton filem sama-sama sampailah subuh tapi lama-kelamaan sebab mengantuk sangat, ramai yang tertidur. Yang masih terjaga pon Zack dengan dua orang kawan dia iaitu Malik dan Yeizee. Diorang ambil keputusan nak tonton filem seram. Filem itu berkisarkan tentang kejadian misteri yang menimpa sebuah kampong. Kampong itu diserang oleh satu entiti yang memakan penduduk kampong dan tiada sesiap yang mampu menghalang entity itu kerana dari hanya satu, entiti itu menjadi banyak. Dan nasib kampong itu terletak di tangan tiga orang penduduk kampong iaitu Hussien, Usop dan Deris untuk melawan entiti itu. Ya, aku rasa korang tahu cerita apa tu. Hahahahaha.
Tetapi kisah ini bukanya tentang filem yang mereka tonton itu, tetapi kejadian yang berlaku selepas itu. Semasa diorang sedang asyik menonton filem, mereka terdengar seperti ada orang mengetuk pintu rumah mereka. Tok tok tok….tok…tok..tokk.
“siapalah pulak ni yang ketuk pintu pukul 2 pagi ni” kata Malik
“Cuba kamu pergi lihat siapa itu ketuk pintu rumah kita, Zack” kata Yaizee
“Jom ahhh, gi sekali. Aku takut gi sorang-sorang” kata Zack
“tak hendak, saya mahu lihat filem ini. Kamu dua pergi lah” kata Yaizee
“alah, jom ahhh Zack” kata Malik
Apabila mereka sampai ke depan pintu rumah, mereka terdengar suara perempuan memberi salam. “Sekum…sekumm….ada orang tak?” macam ni lah lebih kurang bunyinya. Zack dan Malik berasa pelik kerana kolej mereka ini kolej lelaki, kenapa ada perempuan bagi salam pulak. Kerana pelik, Zack cuba untuk membuka pintu itu.
“Jangan Zack, kau tak pelik ke kenapa ada perempuan bagi salam kat depan rumah kita. Bagi salam pelik pulak tu” kata Malik
Tiba-tiba terdengar sekali lagi suara perempuan itu.
“Sekum…sekum…Zack ada tak? Saya nak jumpa ni.” kata perempuan itu.
Zack merasa pelik kerana perempuan itu mengenalinya, dia merasakan mesti ada benda penting yang berlaku sehingga ada perempuan nak jumpa denganya.
“Issh, kau tak dengar ke dia panggil aku tu. Mungkin ada hal penting. Biar aku buka lah” bisik Zack kepada Malik.
“Weiii, jangan….kau tak pelik ke cara dia bagi salam tu. Jangan-jangan. Biar aku jawap” marah Malik.
Lalu Malik pon berkata sesuatu.
“Zack dia takde kat rumah ni….dia duduk kat rumah depan tu. Sorry ya.” Kata Malik kepada perempuan disebalik pintu itu.
Tiba-tiba perempuan itu membalas.
“Kalau Zack takde, saya nak jumpa dengan Malik lah” kata suara itu.
Zack dan Malik berasa pelik kenapa perempuan itu seolah tahu mereka ada di situ. Malik sekali lagi cuba menipu.
“Ooo, Malik pon takde kat sini. Dia duduk rumah depan tu. Awak siap rumah ni” kata Malik
“ Jangan nak tipu aku Malik Bin Hisham, aku tahu kau ada kat sini. Kan Zack, korang ada kat depan pintu ni kan….hhehehehehehehe” kata perempuan itu.
Malik dan Zack terkejut kerana perempuan itu tahu mereka ada di depan pintu itu, tambah lagi Malik kerana perempuan itu tahu nama penuh dia. Mereka terus mengunci pintu itu kerana mereka baru sedar bahawa pintu itu tidak berkunci pon sebenarnya. Suara perempuan itu yang pada mulanya biasa berubah menjadi serak dan menakutkan. Suara itu mengilau sekuat-kuatnya. Hiihhhhhiiihihhihiiihi hiiii hiiiihiiii.
Tiba-tiba muncul tangan dengan kuku panjang yang hitam dari bawah ruang pintu itu. Tangan itu merayap-rayap dan diikuti dengan pintu digoncang. “ Jamis Bond Bin Mat Napi, buka pintu ni. Cepat!!” jerit suara itu.
HiHiHiHiHiHiHiHihihiiiHiHiHi
Zack dan Malik terus masuk kedalam bilik dan tidur, manakala Yiezee pula masih menonton filem dan seperti tidak mendengar apa-apa. Kerana pelik melihat keadaan Malik dan Zack, Yeizee cuba bertanya kepada mereka berdua tetapi tiada jawapan dari mereka. Kejadian itu masih belum tamat kerana tak lama selepas itu, Yaizee terdengar ada suara memangil namanya. “Yaizee anak lelaki Jarram, buka pintu ni” Tanpa menunggu masa yang lama untuk berfikir, Yeizee terus mendapat jawapan kenapa dua orang kawannya tadi ketakutan dan dia terus berselubung dalam selimut.
Jamis Bond Bin Mat Napi tu nama sebenar Zack (kelakarkan). Tapi tu bukan nama betul tau, aku cuma nak kata nama sebenar Zack dalam cerita betul pon kelakar. Tapi aku tak boleh bagitahu, nanti ada yang kenal tag dalam Fb dan identity U aku ni terbongkar.
……………………………………………………………………………………….
KEJADIAN LAIN YANG AGAK TAK PENTING
1. Ada satu kes dimana sorang pelajar ditemui mati di dalam bilik semasa cuti pertengahan sem. Mayatnya hanya dijumpai oleh rakan sebilik selepas seminggu mereka bercuti. Kata orang yang mula-mula masuk ke rumah itu, dia terbau benda busuk dan apabila dia membuka pintu biliknya, dia terkejut melihat mayat kawannya terbaring di atas katil. Punca kematian tidak dapat dikenal pasti. Kejadian ini berlaku di sebuah rumah di tingkat 9.
- Kejadian histeria yang berlaku kepada hampir semua penghuni di tingkat 9. Ketika itu musim peperiksaan dan mungkin ramai yang stress di tambah dengan usikan-usikan manja yang berlaku ketika itu. Yang paling pelik, lelaki yang kena histeria ni. Biasanya, perempuan yang kena kan? Yelah dah kolej aku ni kolej lelaki, takkan perempuan pula yg kena kat kolej lelaki.
-
Tingkat 10 tidak dihuni oleh mana-mana pelajar kerana tingkat itu khas kepada pelajar-pelajar dari U lain yang ingin menjalankan program di U aku ini. Biasanya semua rumah di tingkat 10 tidak dikunci dan sering berlaku kejadian khalwat di tingkat ini. Biasalah, orang bagi kemudahan buat benda salah pulak. Ramai juga pelajar lelaki dan perempuan yang ditangkap ketika hampir membuat benda tidak berfaedah di tingkat 10 ni.
-
Selepas banyak kejadian seram berlaku di tingkat 9, pihak kolej menghadkan kolej sehingga tingkat 8 sahaja. Tetapi kejadian seram turut berlaku kepada penghuni di tingkat 8 apabila mereka sering terdengar bunyi bising seperti orang sedang berteriak dan menyusun barang di tingkat 9 pada tengah malam walaupun tiada orang di tingkat 9. Ada kepala mengintai dari tingkat 9. Sampah jatuh dari tingkap 9 dan masuk kedalam bilik di tingkat 8 dan macam-macam lagi. Akhirnya, sampai sekarang pelajar hanya dibenarkan menghuni sampai tingkat 7 je walaupun ramai pelajar memohon untuk tinggal di kolej.
-
Kejadian “Horay, Aku Berseorangan Akhirnya! di tingkat 7. Hehehhehe. Mungkin dia bosan kot takde orang nak kacau, tu yang dia kacau aku.
Tu jelah kejadian yang pernah berlaku di kolej aku ini. Yang kena kacau sikit-sikit tu dah biasa dah tapi tak banyak pon. Mungkin ada lagi kisah yang aku tak tahu kot, tapi yang berlalu biarkan berlalu jelah. Aku harap admin FS dapat siarkan kisah aku nil ah, kesian kat aku dah all out semata-mata nak taip cerita ni. Aku tahu cerita aku ni mungkin tak hebat, tapi harap korang suka lah cerita aku ni. Aku hargai kalau korang komen dan kritik cerita ni supaya aku ada panduan nak buat cerita yang lebih baik. Terima kasih admin dan terima kasih pembaca. Aku akan cerita benda lain pulak lain kali bila ada masa.
SIRIP IKAN (FIN)
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Abis.. tq sbb cite smpai pham
best..seram!
seram
Tq MT..
best je..👍
Tahniah penulis! Jelas dan terang cerita ni.
U mana ni
tak boleh bagi tahu….hal sensitif.
Saya fans awak , lol👻
Kolej IPTA ke IPTS?
sedap nama Zack. boleh letak dekat anak nanti wakaka.
jalan citer simple mudah faham.
Terima Kasih kerana menulis 🙂
ha tu lah pakai elektrik sampai pagi. plot twist pihak uni yg hantar hantu kt bilik korang sebenarnya. hahaha
dah macam 13 reasons why
BEST
Sian Amer..apsal la smpai bunuh diri…syaitan n jin biasa la..mula la amik peluang..
dah habis baca , cerita menarik & senang difahami.
kisal mula2 sedeh lak rase lepas tue cerita seram lak..best.
kat u mana la ek blaku ni.
sedihnya.
dh abes katam semua stori dlm nie..mmg best dn mantap setiap karya dlm nie..byk pngajaran yg bleh diambil..