#Akir – Sisa

SISA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada admin dan semua pembaca setia Fiksyen Shasha. Sebelum itu ucapan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan cerita-cerita saya sebelum ini. Akir di sini!
Jom ikuti kisah saya pada kali ini dan sebelum itu saya memohon maaf jikalau cerita saya ini tidak menepati citarasa pembaca dan kejadian ini benar berlaku kepada saya dan beberapa orang rakan saya.

“beep beep”
Bunyi telefon lalu dengan pantas tanganku mencapai telefon tersebut dan membukanya. Ada mesej di dalam aplikasi WhatsApp, jariku menekan pada applikasi tersebut dan tertera di skrin bahawa aku telah mendapat mesej daripada Najmie.
“Akir, jadi tak kau nak tinggal seminggu dekat rumah sewa ni?” mesej daripada Najmie.
“jadi mie, tapi tak menyusahkan ke?” aku membalas.
“takda hal la, nanti boleh kau tidur dengan aku, biar si Zul seorang je haha!”
Najmie membalas kembali. Aku hanya ketawa kecil namun disudut hati aku, aku begitu gembira kerana Najmie sanggup terima aku untuk tinggal sementera di rumah sewa beliau. Sebenarnya selepas habis semester satu tempoh hari nama aku tidak tercalon untuk duduk di kamsis pada semester ke dua. Mungkin sebab aku malas nak mengikuti aktiviti yang pihak kamsis buatkan untuk pelajar kamsis sebab ada kad yang perlu ditanda untuk melayakkan pelajar tinggal di kamsis pada semester berikutnya. Antara bekas roommates aku dulu hanya Nadhar sahaja yang berjaya duduk di asrama. Najmie pula memang niat nak tinggal dekat luar sebab dah serik dengan kejadian yang berlaku dan Zul pula kebetulan nak tinggal di luar juga jadi Najmie sepakat nak menyewa dengan dia.

Petang itu aku dah siapkan segala beg pakaian dan mintak kakak aku untuk menghantar aku ke rumah sewa. Sebab dah nak malam aku berhenti dulu di kedai makan dan bungkuskan tom yam dan nasi putih untuk Najmie dan Zul sekali. Sesampainya di rumah sewa, Zul dan Najmie dah ada di luar untuk menyambut kedatangan aku.
“geng, aku ada bawa lauk sikit ni”
“wah! Macam tahu-tahu je kau ni yang aku tengah lapar. Bawa apa tu Akir?” tanya Najmie.
“alaa tom yam je”
“uish! Kegemaran aku tu, haa jemput masuk” kata Zul.
“ah kau kalau aku tak bawa makanan ni tak nak jemput la aku masuk hah?”
“haha gurau jelah”

Malam tu kami bertiga makan lauk yang aku beli sambil borak-borak.
“wey Mie, macam mana kau dapat rumah ni?” tanya aku memulakan perbualan.
“aku jumpa dekat Mudah.com je rumah ni. Aku tengok murah je tulah aku sambar terus sebelum orang lain ambil.”
“oh.. berapa sebulan?”
“RM600 je. Jadinya takda la mahal sangat kan?”
“boleh la sebab aku tengok RM600 lepastu barang-barang semua lengkap. No bad”
Kataku sambil melihat Zul tengah sedap menghirup Tom Yam.
“kau Zul okay ke tidur seorang je?”
“eh aku okay, okay je. Dah biasa kot haha” jawab zul sambil kelihatan lada melekat dekat giginya.

Selesai makan aku tolong Zul kemaskan makanan. Sisa tom yam tadi aku bungkuskan dulu dalam plastik dan letak di tepi singki untuk aku buang keesok paginya di tong sampah yang berapa di luar.
Kemudian aku masuk bilik untuk kemaskan pakaian aku. Di bilik Najmie tengah sibuk menonton anime kegemarannya tu.
“Mie, kau memang nak tinggal berdua je ke dengan Zul?”
“takdelah, nanti aku cuba la ajak geng aku yang lain, murahlah sikit nak kongsi bayar sewa rumah ni ha”
Siap aku mengemas segala pakaian lalu aku pun naik ke atas katil. Katil ni dua tingkat sebab aku ni menumpang je jadi aku akur jelah tidur dekat atas. Mungkin sebab kepenatan aku mudah terlelap malam tu.

“akirrrrrrr….”
Aku tersedar daripada tidur apabila dengar ada suara memanggil namaku. Aku tengok dekat bawah si Najmie dah tidur.
“akirrrrr…”
Sekali lagi suara tu panggil aku. Difikiran aku mungkin itu Zul lalu aku pun turun dari katil dan keluar bilik. Rumah ni ada tiga bilik. Aku dan Najmie duduk dalam bilik dekat dengan ruang tamu. Zul pula di bilik kedua dan berapa di sebelah sahaja manakala bilik lagi satu dekat dengan dapur dan masih belum berpenghuni.
Aku berjalan ke arah dapur sebabnya suara itu datang dari sana. Aku melangkah perlahan dan apabila kakiku sampai di dapur langkah aku terhenti. Kelihatan ada sesautu sedang duduk bercangkung di atas meja. Aku cuba mengecilkan mata untuk melihat dengan jelas kerana keadaan di dapur gelap.
“nyumm ngapp ngapp”
Bunyi benda tu seperti memakan sesautu. Benda tu seolah tahu aku sedang perhatikan dia dan dia memandang aku. Sejurus itu degupan jantung aku bagaikan terhenti melihat mahluk itu yang agak buruk. Mulutnya robek seolah ditoreh pisau, mata kanannya jatuh dan mukanya ada kesan terbakar dan berulat, lidahnya terjelir sambil menjilat sisa makanan tom yam yang aku tinggalkan di singki sebentar tadi. Benda itu mendengus dan melompat menerkam aku.
“pang”
Najmie menampar aku dan aku terkejut. Rupanya aku bermimpi.
“kau dah kenapa ni Akir, mengigau ke apa?”
“haa? Entah la.. aduh sakit la bodoh kau tampar”
“dah aku goncang kau tak sedar aku bagi la satu”

Aku tengok masa di telefon dan menunjukkan waktu dah jam 6:20 pagi. Aku turun dan keluar mandi kerana harini adalah hari pertama kelas bermula. Selesai bersiap dan kami bertiga sudah nak pergi ke tempat perhentian bas kerana kami akan menaiki bas untuk ke kolej dan sebelum itu aku teringat akan sisa yang aku tinggalkan di dapur lalu dengan pantas aku berlari ke dapur untuk ambil sisa tersebut tapi sisa tu dah hilang.
“eh Zul dah tolong buang kan ke?” tanyaku pada diri sendiri.
“ah lantaklah dah lewat ni.”

Aku terus mengunci pintu dan kami bertiga berjalan ke perhentian bas dan kolej bermula di semester dua bagi aku manakala bagi Najmie dan Zul ia adalah semester akhir bagi mereka sebelum menjalani latihan industri. Pada hari pertama ni tiada apa yang berlaku semuanya macam biasa. Kelas pertama aku berada di Blok F pada akhir petang itu dan memori berkasih aku dengan mahluk berkepala saja tu kembali berulang. Naik seram aku, bila habis kelas cepat-cepat aku keluar tak nak la nanti kena sakat kan.
Kemudian sampai di rumah aku tengok Zul tengah tidur di sofa ruang tamu dan Najmie pula tidur di dalam bilik.
“pergh.. baik betul akhlak dorang berdua n” keluh aku.
“ehem.. ye, ye semua. Tahukah anda semua bahawa tidur petang itu boleh menyebabkan otak kita lemah ye dan boleh menyebab B O D O H” ajuk aku meniru gaya pakar motivasi yang terkenal tu
“alaaaa dia dah mula dah”. Zul bangun daripada tidur.
“aku tak tidur pun la. Aku tengah bersenam kot”
“bersenam abah kau, senam dalam mimpi ke?” tegur aku.
“dah bangun nanti kita solat Magrib dan Isyak dekat masjid depan” arah aku kepada Najmie dan Zul dan kelam kabut dorang berebut tandas untuk mandi dan bersiap manakala aku rebahkan diri di sofa sambil tengok TV dan tanpa aku sedar rupanya TV tu yang tengok aku. Aku tertidur.

Sebelum pergi solat magrib kami bertiga dah siap makan dulu. Nasib la si Zul ni pandai masak tak adalah susah nak beli-beli lagi dah. Selesai makan sebab azan dah berkumandang kami cepat-cepat letakkan pinggan di sinki tanpa basuh dulu. di masjid lepas magrib kebetulan malam tu ada aktiviti ceramah jadinya kami tertiga tinggal jelah dulu situ dan sambung isyak kami pun pulang ke rumah. Sampai di rumah aku dan Najmie duduk di kerusi luar dahulu untuk lepaskan penat berjalan dan Zul terus masuk ke dalam rumah.

“woooiiii!!”
Terkejut aku mendengar jeritan Zul dari dapur kemudian aku dan Namjie pun pergi ke dapur untuk tengok keadaan Zul. Sekali aku terkejut melihat habis pinggan sisa kami di singki jatuh bertaburan di lantai.
“siapa punya kerja ni! Dapat aku sekeh kepala” marah Zul.
“sabar Zul. Kerja tikus kot, kucing ke manalah tahu kan” pujuk Najmie dekat Zul kemudian kami tertiga membersihkan sisa makanan yang tumpah dan buang di tong sampah.

Malam tu entah kenapa badan aku rasa lemah je dan aku dapat rasa ada sesautu yang tak kena dengan rumah sewa Najmie ni. Tapi aku tak nak la takutkan mereka berdua nanti dikatanya aku ni tak bersyukur orang dah pelawa aku tinggal dekat sini pun dah cukup baik. Selepas berfikir perkara tersebut aku pun tidur.

“tolong!! Tolong aku!!!”
“wey akir. Bangun! Kenapa si Zul tu?” aku terkejut lepas Najmie kejutkan aku dan aku dengar suara Zul minta tolong.

Kami berdua masuk dalam bilik Zul dan tengok dia tengah mengigil dalam selimut.
“zul, kau okay tak ni?”
Aku mendekati dan pegang zul.
“arghhh mak! Tolong zul!”
Aku lempang kepala zul dan dia pun terbangun dan tengok aku. Aku tengok muka zul pucat semacam.
“kau dah kenapa ni?” tanya aku.
“ta..tadi ada benda dalam bilik aku. Dia tindih aku Akir”
“hah? Benda apa pula ni?”
“aku tak tahu.. badan aku rasa berat je dan aku tak boleh bernafas, dada aku rasa berat bila aku buka mata aku nampak ada benda buruk tengah duduk bercangkung atas aku” terang zul.

“benda macam mana tu” tanya Najmie
“aku nampak sikit je tapi muka dia buruk, sebelah mata dia terlondeh keluar”
“haha! Adoi.. kau mengigau jelah Zul, macam si Akir ni hah semalam pun mengacau” gelak Najmie.

Ikutkan aku nak je aku pagi penampar dekat Najmie ni sebab ketawakan Zul, dia belum kena lagi boleh la. Tapi kata-kata zul cuba menerangkan rupa mahluk tadi itu menyebabkan aku teringat akan mimpi aku sebelum ni, apa yang Zul nampak tu sama macam mahluk yang datang dalam mimpi aku.
Aku cuba membaca ayatul kursi dan tiga qul. Mujur la aku ada bawa air bacaan yasin yang kakak aku bekalkan untuk aku. Aku bagi Zul minum sedikit dan dia dapat tidur balik lepas tu.
“tak boleh jadi ni” keluh aku di dalam hati sambil kembali berbaring di katil. Ada benda yang tak kena dalam rumah ni. Ada hantu yang tuan tinggal ke? Bila di tanya dekat Najmie dia cakap tuan rumah ni orang Cina jadinya macam mustahil pula orang cina nak bela saka ke hantu ke untuk jadi penjaga.

Harini hari ke tiga aku tinggal di rumah sewa ni. Memandangkan hari sabtu dan kolej cuti. Aku hanya melepak dekat rumah dan mereka berdua juga hanya di rumah bermain game di laptop masing-masing. Cuma bila petang tu barulah Zul ajak aku ke Masjib katanya pak Iman ada buat aktiviti petang tu.

“Mie, bersiap la”
“tak nak la aku.. malas ah keluar. Korang dua jelah” Najmie menyuarakan alasannya.
“alaa kan pak Iman tanya aku nak jawab apa?”
“jawab je aku tak mandi wajib lagi haha”
“abah kau la” geram Zul dengan perangai Najmie tu.
“dah. Dah kita berdua ajalah zul” jawab aku kemudian berlalu pergi ke masjib bersama Zul.
Selepas berada lama di masjib mengikuti aktiviti yang diadakan aku dan Zul pun pulang dan rezeki kami murah kerana ada sedikit juadah untuk dibawa pulang. Sampai sahaja di rumah Najmie pula yang beria-ia bertanya tentang aktivit tadi rupanya dia nak makanan yang kami bawa balik je.
“ah tak payah. Kau nak makan nanti solat magrib ikut kami kat masjid” bagitahu zul dekat Najmie.
Malas nak melayan kerenah mereka aku berlalu pergi ke dapur untuk ke bilik air dan mandi. Saat di dapur aku merasa bahang panas dan sejuk. Bulu roma aku meremang dan aku yakin ada sesuatu yang memerhatikan aku. Aku segera mandi dan bersiap dan aku tengok zul pun dah siap cuma Najmie jelah tengah bermain game di telefonnya dengan tak berbaju pakai seluar pendek je.
“oit mangkuk kau nak pergi ke tak ni masjid?” tanya aku kepada Najmie.
“tak nak..” pendek je jawapan dia
“ikut kau la. Makanan tu tunggu kami balik dulu baru makan sama-sama tau?”
“ye” jawabnya ringkas sambil mata tertumpu main game COC nya tu. Naik menyampah pula aku.

Balik dari masjid selesai solat semua aku dan Zul tak terus pulang tapi kami ke kedai makan dulu nak lepak sambil minum air. Aku melabuhkan p******g ke kerusi dan mamak pun datang nak ambil order. Aku dan Zul order Teh ais je dan kami menonton ke arah TV yang dipasang.
“zul, aku ada benda yang bagitahu” aku pandang zul.
“apa dia akir?” tanya zul sambil memandang tepat ke mata aku.
“sebenarnya…”
“kau nak bagitahu kau rasa ada benda tak kena dekat rumah ek?” zul memotong percakapan aku.
“mana kau tahu zul?”
“entah la Akir, aku rasa macam tu juga. Ada benda tak kena tak rumah kita tu. sebab apa benda ni berlaku pun aku tak tahu”
“tulah yang membingungkan aku”

“wey demo!”
Tiba-tiba ada orang menegur kami berdua. Rupanya itu adalah kawan si Zul yang tinggal di hadapan sebelah kami
“kawan demo duk ngesok nun”
“haa esok apa?” tanya zul kehairanan”
“alorh mung zul! Teman demo dumoh nun kono rosuk”
“rosak apa pulak ni?”
“oit zul! Najmie kena rasuk la! Aduhh” bagitahu aku dekat Zul yang masih belum faham apa yang diperkatakan kawannya yang berasal dari kelantan tu.
“ohh”
Kami bertiga pun bergegas pulang tanpa aku dan zul sempat minum. Air yang dipesan pun belum lagi sampai.
“mamak! You bungkus ikat tepi nanti saya datang ambil” sempat zul menjerit ke tauke restoran tersebut.

Setelah tiba di rumah kami tengok ada beberapa orang jiran ada di dalam rumah. Aku tercari-cari mana Najmie dan dia berada di dapur.
“Mie! Kau buat apa tu?” tanya aku kepada Najmie
“huh! Huhh humm ngap ngap ngap” rakus Najmie yang tengah duduk di atas meja dan memakan makanan yang aku dan zul tinggalkan sebelum ke masjid tadi.
“oit Mie, kot ye pun lapar jangan la pelahap macam seminggu tak makan, malu la orang tengok” tegur zul.
“huuh!!” dengus Najmie kemudian membaling tulang ayam yang sudah dimakan ke arah zul. Tepat mengena hidung si Zul.
“doh yang demo gi ngusik tu bakpo. Ore kono rosuk tu” marah kawan Zul kepadanya.

“Assalamualaikum’
Tiba-tiba salam diucapkan dan aku gembira melihat pak iman datang. Aku terus pergi bersalam dengannya.

“apa dah jadi ni?”
“saya pun tak tahu Pak iman”
“takpelah”

Pak iman terus ke arah Najmie yang ketika itu masih lagi memakan makanan di atas meja. Pak iman kemudiannya menegur.
“kamu ni siapa? Kenapa dikacau budak-budak ni. Dorang datang belajar jangan la kacau pergilah kamu dari sini”
“aku tak nakkkk!” garau suara Najmie
“sebab apa kamu tak nak?”
“aku suka tinggal di sini! Dorang semua bagi makanan dekat aku!”
Pak iman memandang ke arah aku dan zul dan menggelang kepalanya
“eh kau! Aku sepak kan. Bila kami bagi makan?” tegur zul
Sekali lagi bekas plastik sisa makanan itu dilempar ke arah zul, kali ini sekali dengan pakej lauk jatuh atas badan dia
“sudah! Kamu kena pergi dari sini. Dorang tidak berniat nak bagi kamu makan pun!”
Pak iman melibas kain serbannya dan kemudian membaca surah-surah yang aku tak pasti surah apa namun kami yang berada di situ disuruh untuk berzikir tanpa berhenti dan berharap perlindungan darpada Allah.
Najmie mula mengelupur di meja dan pak iman meneruskan kerjanya dan kali ini dia melipas kain serbannya daripada kepala Najmie dan turun sampai ke kaki dan dia melipat kainnya. Najmie rebah pengsan dilantai.
“Mie, kau tak apa-apa?” aku menepuk muka Namjie untuk menyedarkannya
“JU ON! Wey JU ON! Dia datang nak makan aku!!”
Pang!
Aku menampar muka Najmie sebabnya dia masih belum sedar sepenuhnya.
“tak habis-habis dengan JU ON dia ni”

Selepas selesai segalanya Najmie cerita sebab dah tak tahan lapar dan aku dengan Zul belum pulang dia ambil keputusan untuk makan dulu. Tengah dia makan tu dia dah rasa tak sedap hati kemudian dia rasa ada angin bertiup dan berbisik dekat telinga dia.
“nak sikitttt”
Dia pun cepat-cepatlah makan dan baling je bekas makanan tu dalam sinki dan sambung main game dekat ruang tamu. Lepastu dia dengar macam bunyi Ju On tu
“errrrrrrrrr errrrrr” dari arah dapur. Lepas tu dia pun pergi nak periksa dekat dapur kemudian dia nampak benda tu tengah makan sisa yang dia baling dalam sinki tadi
“woi JU ON!” dia tegur benda tu kemudian dia tak ingat apa yang berlaku dah.

Kata Pak Iman bagi nasihat, sebaik-baiknya sebelum tidur ada baiknya kita bersihkan dahulu dapur kita daripada sisa-sisa makanan dan buang di tempat yang sepatutnya.
Lepas je kejadian malam tu kami dah mula berjaga-jaga. Langsung tak ada makanan dekat dapur dan kami makan di kedai mamak je. Kemudian pada hari Isnin warden bagitahu yang rayuan aku nak masuk kamsis diterima. Aku bersyukur sangat dan lantak la si Zul dan Najmie tu yang penting sekarang ni aku dah selamat dan tinggal kat Kamsis. Tinggallah korang dekat rumah sewa tu sampai akhir sem.
Sehingga ke akhir ini kami sendiri tidak tahu daripada benda itu datang, adakah ianya adalah mahluk belaan orang yang tinggal di perumahan tersebut atau datang dari tempat lain.

Sekian kisah saya pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

hantar kisah ansa: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]
Akir

20 thoughts on “#Akir – Sisa”

  1. jap kakak nak tanya pakcik tu nama iman ke atau dia pak “imam” masjid tapi loghat terengganu adik ni menjadikan sebutan tu jadi pak iman.

    Reply
    • Ha’ah.. alhamdulillah harap ada yang boleh ambil pengajaran dari cerita saya ni. Betul tu kena berani, saat nak tulis pun saya dah siap sedia nak kena kecaman semua.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.