Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca Fiksyen Shasha dan juga admin. Saya Dredd. Penulisan ini adalah kali kedua pernah aku buat selepas penulisan pertama aku bertajuk Misteri Ketukan Paku. Aku masih dalam proses untuk meningkatkan hasil penulisan aku supaya menjadi lebih baik seperti yang aku pernah nyatakan sebelum ini segalanya boleh diasah kalau rajin. Aku harap kisah ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada semua pembaca termasuk diri aku sendiri untuk sentiasa mendengar nasihat baik dari ibu bapa kita.
Kisah yang ingin diceritakan ini benar-benar berlaku kepada aku ketika aku masih belajar di sekolah rendah iaitu darjah 6. Aku mempunyai 3 orang adik di bawah aku yang mana masing-masing masih bersekolah rendah ketika kejadian ini berlaku. Kisah yang akan diceritakan ini berlaku kepada aku dan salah seorang adik aku yang pada masa itu bersekolah darjah 5. Kejadian ini berlaku selepas balik dari kelas agama pada waktu petang.
Selepas balik dari sekolah rendah pada waktu pagi, kami akan bersiap untuk ke kelas agama pada waktu petang. Seperti biasa, ibu akan memberi nasihat sebelum pergi ke kelas petang supaya lepas habis kelas terus balik ke rumah dan jangan melencong ke tempat lain. Kelas agama kebiasaannya tamat pada pukul 5 sehingga 5.30 petang. Disebabkan masih kebudak-budakan lagi dan tidak dapat membezakan mana yang baik dan buruk, nasihat yang diberikan ibarat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
Kami dua beradik kebetulan kelas agama petang berada bersebelahan sahaja. Jadi, kalau habis kelas, biasanya kami akan balik sekali. Jarak antara rumah kami ke kelas agama lebih kurang 300 ke 400 meter sahaja. Kami beradik sudah biasa balik dengan berjalan kaki. Suatu hari, kelas aku habis agak lambat melebihi jam 5.30 petang. Jadi aku tidak berapa kisah kalau adik aku tidak menunggu aku untuk balik ke rumah sekali. Namun, selepas habis sahaja dari kelas, aku bersiap untuk balik ke rumah dan aku melihat adik aku sedang menunggu aku di luar kelas. Aku pun berfikir baguslah kalau adik aku ada untuk teman aku balik. Sepanjang dalam perjalanan balik, adik aku tidak bercakap walau sepatah pun dan hanya mengekori aku dari belakang. Aku berfikir mungkin dia kepenatan. Jadi aku pun buat tak tau saja tanpa memikir yang bukan-bukan.
Sampai ke rumah, ibu aku sedang menyiapkan makanan untuk kami semua makan. Sebelum makan, kami akan menukar pakaian dahulu untuk mengelakkan pakaian kami kotor kerana akan dipakai pada keesokkan hari. Rumah aku merupakan teres 2 tingkat. Bilik aku dan adik aku berada di tingkat 2. Jadi, selepas menukar pakaian, aku pun turun untuk makan tanpa menunggu adik aku yang masih bersiap. Sampai di meja makan, ibu aku bertanya mana adik aku. Lalu aku menjawap dia tengah menukar baju di bilik.
Sudah hampir 10 minit, adik aku masih tidak turun untuk makan. Lalu ibu aku memanggil adik aku dari meja makan tetapi tidak disahut. Aku dan ibu aku mula berasa pelik. Tanpa berlengah, aku pun naik ke atas untuk ke bilik adik aku tetapi tiada sesiapa pun berada di situ. Perasaan seram sejuk mula dirasai kerana aku dan ibu yakin bahawa aku balik sekali dengan adik aku dari kelas petang tadi.
Aku dan ibu mula mencari adik di sekitar dalam dan luar rumah tetapi tidak ditemui. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 6.45 petang.
Dapat ku lihat muka ibu ku yang mulai risau kerana masih tidak menjumpai adik. Tidak lama lepas tu, ada orang mengetuk pintu rumah. Alangkah terkejutnya aku dan ibu apabila melihat adik aku sedang berdiri di hadapan pintu rumah lengkap berpakaian baju kelas agama.
Ibu mula memarahi adik aku lalu bertanya kemana dia pergi selepas balik dari kelas agama tadi. Yang peliknya, kalau betul dia balik dengan aku tadi dan dia keluar semula, pintu mana yang dia guna untuk keluar dari rumah sedangkan meja makan berada dekat dengan pintu hadapan rumah dan macam mana dia masih lengkap berpakaian kelas agama sedangkan aku melihat sendiri tadi dia sedang menukar pakaian. Dengan muka yang tidak mengetahui apa yang terjadi, adik aku memberitahu bahawa dia pergi bermain bola dengan kawan dia dekat taman permainan selepas habis kelas sebabtu balik lambat.
Aku dan ibu bertambah bingung dengan penjelasan dari adik ku itu. Aku mula berfikir dengan siapa aku balik dari kelas agama tadi dan tingkah-laku adik aku yang balik dengan aku tadi seperti biasa cuma agak pendiam sedikit tidak seperti sebelum-sebelum ini yang agak peramah. Kejadian yang berlaku tidak dapat dilupakan aku dan ibu ku dan sejak dari hari itu, kami beradik akan terus balik ke rumah selepas tamat sahaja kelas agama tanpa melencong ke tempat lain.
Itu sahaja yang aku nak ceritakan. Sekian.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Banyak jugak kes gini.menyamar jd kawan orang..adik orang..ada y siap mkn skali..belajar skali
Mgkin jin ni nk feel bkawan dgn manusia kot.
Skali skala
Best
ringkas dan padat tapi ada sikit ruangan kosong. tpi apa2 pun best
#cumel
ok la…benda2 nie mmg suke menyerupai org
nice story
Seram…
Makhluk ni boleh menyerupai manusia, tapi x sempurna, pesan org tua2, tengok dekat bawah hidung ada x longkang atau tangan panjang atau pendek sebelah…
Manusia adalah sebaik2 kejadian yg Tuhan cipta…
Cte lepas ko ckp adik beradik ko ad 6 org skng ko ckp ad 3 org..nak menipu xpndai..ak trus xbaca xite tipu ko ni
Haha..cer bace btul2 kwan..msti fhm..die ckp…adik bawah die 3 org…bkn smua bradik ade 3 org…mksdnye 3 org tu adik die n die ade abg 2 org atas die lg…tu la..mlas sngt nk bce n fhami..mudah sngt nk kecam org..hmmm…
entahnya.. cpt je nk kecam.. sendiri yg tak reti baca betul2.. aku baca sekali pun fhm maksud ayat tu.. meluat la org kuat kecam ni.. bajet bagus jek
ok la..ada kemajuan sikit…keep writing.
Dy nk kwn tu
Elakkan mengecam. Fikir sebelum bertindak
skeriii… ape komen adik bila dia tahu yg penulis balik ngn “adik” menyamar tu?
entah ko ni ahmad albab tak
bapak jin cari suruh kawan dengan anak dia sebab bapak jin kata anak jin jahat pukul anak dia.