Rumah Kampung

Assalamualaikum..asalnya aku minat membaca tetapi tertarik unutk menulis. Aku tak pasti cerita aku seram atau tidak. Semuanya bermula dikampung aku. Rumah kampung arwah atok aku beli dari orang. Memang dah ada sebahagian rumah yang lengkap atau orang panggil rumah atas dan rumah dibahagian bawah hanya berdindingkan zink. Halaman rumah tu luas. Arwah Wan aku memang tak suka rumah tu sebab sunyi dan jauh ke belakang (sebab laman nampak luas).

Walaupun tak suka, tapi kat rumah itulah aku dan adik-beradik membesar. Adik beradik aku 7 orang dan aku yang ke-3 dan aku juga cucu perempuan sulung. Belah mak aku cucu tak ramai dan adik-beradik akulah yang paling ramai. Setiap kali cuti sekolah, arwah wan akan mintak mak aku ‘pos’kan kami adik beradik balik kampung. Dia suka kami semua duduk kampung. Rumah kampung aku ni ada tangga yang agak tinggi dan curam.

Aku tak sedar yang selama ini, apa yang aku selalu perhati dan dengar adalah penunggu tapak rumah tu.

Rumah atas ada dua bilik. Satu bilik besar (bilik orang dah kawin) dan satu lagi bilik orang bujang. Bilik bujang paling dekat dengan tangga dan bilik itulah aku selalu tidur kalau balik kampung.

Cara arwan Wan aku set-up sebelum tidur, dia akan tutup sebelah pintu dan sebelah lagi langsir.

Tiap-tiap malam akan ada satu bunyi yang menarik perhatian aku untuk memerhati. Bunyi jejak orang naik tangga.

Setiap malam aku akan terdengar sayup-sayup bunyi seseorang menapak menaiki tangga, namun sampai ke sudah orangnya tak jugak naik.

Bila aku melalui kejadian tu, aku langsung tak takut. Aku akan tenung pintu untuk tengok siapa yang naik tangga. Sehinggalah dalam tahun 2001, baru aku dapat tahu rupanya memang ada sesuatu yang bertenggek pada tangga tu. Semua terkantoi bila arwah wan dan atok dah takde.

Adik aku bawa kawan dia balik kampung, konon nak pegi tengok Jom Heboh. Kawan dia terjaga dan ternampak ada sesuatu berdiri atas tangga. Memandang ke arah dia. Keesokannya, terus kawan dia tu demam.

Ada juga kejadian lain di tanggap tu. Mak aku tiba-tiba boleh terjatuh macam ada orang tolak dia dekat tangga tu. Sampai bersimen kaki! Padahal mak aku kata, elok je dia berjalan.

Bukan mak aku je kena, aku pun kena. Mak aku sendiri nampak aku elok je berjalan turun tangga, entah macam mana, mak kata kaki aku kena tarik terus langkau dua anak tangga. Maka kaki aku pun patah, cuma mujur tak bersimen.

Dia punya rasa kena tarik kaki tu memanh sangatlah lain berbanding kalau kau tersadung sendiri.

Semenjak dari gangguan macam tu muncul, mak aku mulalah rajin beramal. Dengan adik-adik aku sekali yang duduk rumah tu pun sama beramal. Tapi masa tu, makin mereka beramal, makin ‘benda’ tu tercabar.

Tiap-tiap malam mak aku akan baca ayat Manzil dan siram keliling dinding. Masa tu ada jugak ‘dia’ melawan dan cara dia melawan, dia akan ketuk-ketuk dinding rumah.

Adik aku pernah kena sampaikan adik aku tak tahan duduk rumah. Adik aku cakap, ‘dia’ berpesta dekat rumah atas. Tak kusyhuk adik aku nak solat.

Mak akulah paling kesian. Kalau benda tu kacau mak aku, yang paling teruk, sampai dia tak boleh bangun. Apatah lagi nak solat. Mak aku kata, ‘dia’ akan ‘senakkan’ dada mak aku sampai mak aku susah nak bernafas dan perut mak aku ‘dia’ akan buat mak aku memulas-mulas sampai hilang banyak air dalam badan.

Dah banyak kali pergi berubat, tapi semua cakap tak boleh nak ‘buang’. Caranya, mak aku kena teruskan amalan sehingga ‘benda’ tu sendiri keluar. ‘Benda’ tu dah lama dalam badan mak aku rupanya. Sejak dari anak dara lagi.

Aku bila keadaan tu berlaku, aku tak sedar. Tapi, bila aku ingat semula, aku akan jadi seram. Bukan tu saja, aku dan adik pernah saja-saja main ketuk lantai. Almaklumlah, rumah kampung. Ruang bawah rumah memang tinggi. Bila menjelang tengah malam, tengah sedap-sedap landing nak tidur, boleh pulak ‘dia’ ajak main. ‘Dia’ pun ketuk semula lantai tu. Tak terkejut beruk kita orang? Aku dengan adik aku berpandangan, lepas tu dengar pintu pagar bergegar macam kena langgar. Dalam kepala positif fikir kucing. Tapi takde pun bunyi kucing. Sejak dari tu, takdelah kita orang nak main-main macam tu lagi.

Tapi kita orang tak boleh takut, sebab kalau kita orang takut, lagi ‘dia’ suka. Jadi, kami semua kena banyak beramal untuk kuatkan semangat diri.

sekian, ada lagi kisah berlaku pada aku. Nanti aku ceritakan lagi.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

15 thoughts on “Rumah Kampung”

  1. saya prnh kena tolak waktu main skuter kat rumah maklang..waktu tu nk turun bukit..saya tengah nk ready turun..pastu ada benda tolak..memang terasa mcm ade yg menolak sbb waktu tu kaki saya masih jejak tanah n bila ‘benda’ tu tolak saya x ready lgi..mungkin ‘benda’ tu ajak bergurau..nasib terseliuh tangan je..yg sedih nya xde sape pun tolong..ade beberapa org pakcik nampak tpi diorang buat x tau je. #siskuat

    Reply

Leave a Comment