Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan kisah saya ini. Sebelum itu saya nak perkenalkan diri terlebih dahulu sebab selama ini hanya pembaca setia FS sahaja. Cukup hanya dikenali dengan gelaran KUNTUM sahaja ya, berasal dari Sarawak, berbangsa Iban dan sekarang menetap di sebuah daerah di Johor. Alhamdullilah ini tahun kedua saya memeluk Islam. Doakan saya semoga terus istiqomah ya.
Dalam kisah ini saya tukarkan dengan Aku ya untuk lebih mudah difahami. Mohon maaf terlebih dahulu sekiranya kisah ini tidak seram seperti kisah yang lain dalam FS ini. Ini berdasarkan pengalaman aku beberapa tahun lepas selepas pindah ke sebuah rumah yang dimana bawahnya merupakan bengkel untuk menyimpan barang syarikat tempat bapa tiri aku kerja dalam sekitar hujung tahun 2012 dan seterusnya.
Waktu ini aku berada dalam tingkatan enam bawah di sekolah menengah di daerah Bintulu. Siapa yang pernah masuk tingkatan enam mesti tahu macam mana kesibukkan yang dialami. Aku ini tidaklah rajin seperti remaja-remaja yang lain cukup belajar ala kadar sahaja. Tetapi pada suatu malam ini perasaan rajin itu tiba-tiba menerpa pada diri ini. Aku gagahkan diri untuk mengulangkaji ditemani bunyi dengkuran adikku. Semua ahli keluarga sudah masuk bilik masing-masing untuk tidur, tinggal aku seorang sahaja yang masih aktif dihadapan meja belajar. Badan sudah mulai penat dan tekak rasa kehausan dengan berlagak seperti biasa aku melangkah ke dapur. Sebaik membuka peti sejuk lalu mengambil air untuk diminum, belum sempat pun meneguk telingaku menangkap satu bunyi ya bunyi yang sungguh jelas lalu aku berpaling disebabkan kedudukan peti sejuk menghadap tingkap yang berada dibelakangku, tapi tiada apa-apa semasa aku berpaling. Sekali lagi ingin meneguk air ya sungguh jelas kedengaran bunyi tingkap diketuk, pertama aku diam, ketukan kedua hati ini sudah tidak senang seperti berlari dan ketukan ketiga membuat aku cuak dan berlari masuk kebilik sekali dengan botol air. Ya cuak kerana jelas selepas ketukan ketiga seperti seseorang menergah di telingaku.
Keesokannya, aku berlagak seperti biasa dan bercerita kepada ibuku, ya memang ada kaitan ceritaku ini. Rumah baru ini memang ada penghuninya yang menjaga. Sebelum aku, ibuku memang sudah diganggu awal-awal lagi cuma dia tidak bercerita takut kami yang lain tidak sentiasa dalam ketakutan. Cerita ibuku, pada satu malam ini dia terbangun sebab kehausan, sebelum masuk bilik dia sempat menutup langsir tingkap ruang tamu yang bawahnya bengkel yang jelas gelapnya cuma ada samar sikit dek cahaya bulan. Tiba-tiba dia rasa tidak tenang, bulu tengkuk tegak berdiri, dah sudah mesti ada sesuatu tidak kena ini katanya di dalam hati. Ya, memang benar tekaannya, jelas susuk tubuh tanpa kepala menghadapnya dari bawah bengkel itu lalu membuatkan ibuku cuak terus masuk bilik.
Itu cuma gangguan biasa sahaja, yang lagi teruknya bila aku tinggal berduaan dengan anak saudaraku yang baru berusia setahun lebih masa itu disebabkan ahli keluargaku yang lain balik ke kampung dimana aku keesokan hari dengan kakakku. Seusai menidurkan anak kecil itu tadi, aku menonton televisyen sambil makan, biasalah remaja. Sedang ralit menonton, tiba- tiba pintu utama terbuka, aku dengan selamba melihat sahaja pintu itu dengan muka separuh cuak sambil makan hahaha.. Lantas aku bangun menjenguk kebawah sebelum menutup dan mengunci pintu, hairan sekali ini detik hatiku kerana tadi aku sudah menutup sekali dengan kunci. Bila aku melabuhkan punggung bau busuk yang amat busuk tidak bisa diungkapkan, aku berlari ke balkoni dapur buka pintu biar baunya hilang. Aku kembali duduk terasa panas disebelahku, sekali aku kelipkan mata susuk tubuh yang amat besar berjalan dari pintu utama menuju ke bilik air tanpa memandangku. Besar tinggi orangnya, aku diam sahaja mulutku terkunci, bagaimana dia boleh masuk padahal pintu utama tertutup dan kosong ya bilik air kosong. Aku husnozon, ingin menumpang bilik air barangkali.
Hari demi hari aku dah biasa dan lali dengan kejadian itu sampai tidak kisah dengan gangguannya. Awal pagi semasa menunggu van sekolah memang jelas mendengar bunyi orang mandi dalam bilik air dari bengkel itu tiap-tiap hari ya. Paling best masa anak saudaraku terjatuh dari tangga tingkat atas, korang mungkin tidak percaya. Anak saudaraku tidak cedera, menangis pun tidak apatah lagi terhantuk. Bila ditanya korang nak tau apa jawabnya, ada nenek tua yang sambut dia wallahualam. Budak kecil tidak menipu ya semua. Ada suatu hari ni aku ditegur pak guard sebelah semasa balik sekolah, dia bertanya berapa lama dah duduk sini lalu aku beritahu baru lagi. Dia tanya okay ke tidak duduk situ hanya mampu tersenyum sahaja, rupanya dia tahu sebab lama dah kerja dekat kilang sebelah. Dulu sebelum kami pindah memang hari-hari dia dengar macam orang mandi, ketawa, mencuci dan sebagainya. Sebenarnya rumah itu memang ada penjaga yang dihantar majikan tempat itu dahulu tapi dia tidak buangkan. Pak guard itu cuma berpesan jangan bagi tempat dia kotor dan jangan bising bila malam sebab mereka tidak suka. Selepas itu kami pun berpindah ke kuarters pekerja, kecuali bapa tiri tinggal bermalam sementara tapi tidak lama sebab tidak tahan diganggu, dia kata disetiap penjuru benda itu ada selepas kami pindah, malam itu jugak dia balik ke kuarter kerjanya.
Sampai sekarang aku tidak pernah menjejak kaki kesana dan tidak pasti benda itu ada lagi ke tidak. Mereka memang wujud terpulang pada diri sendiri samada percaya ke tidak. Aku bersyukur selepas kejadian itu aku tidak nampak dan diganggu lagi, jiwa pun tenang. Mohon maaf sekali lagi sekiranya tidak seseram seperti kisah lain dan ini penulisan pertama aku yang berdasarkan pengalaman dan percaya bahawa ia wujud.
Assalamualaikum.
KUNTUM
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
not bad KUNTUM
baik nenek tua tu selamatkan budak tu
Semoga tetap istiqomah cik kuntum..
Selamat datang ke Agama Allah yang 1.. 🙂
fuhhh tuan rumah ambk bibik yg xberbayar
hahaha ni lawak
salam dari Miri buat cik kuntum…
Nice ..done komen
hi kuntum
xpe xseram pn..pengalaman masing2 kan..tp kuat juga kamu..tgk benda tu lalu tp tetap makan smbil tgk tv..haha..berani betul kamu..
Bolehlah.
Mudah2an Kuntum tetap istiqomah dgn Islam.. Insyaallah…
Best ceritenye. tq,Kuntum.
Semoge terus istiqomah ya 💗
Berani awakkan. huhiii..
Wahhh…nenek tlg sambut tu pun dah seram huhuhuhu
Nak ucapkan Welcome to the TRUTH.. Semoga Allah swt menetapkan dan memandui hati Kuntum dengan Hidayah-Nya di atas Manhaj kebenaran Al-Quran dan as Sunnah (selari ayat 59 an Nisa).. In Sya Allah.. Ameen.. apepun cite ko seram dgn bahasa melayu yg sangat mantap.. not bad haha
Semoga kita semua hidup n mati dgn iman yg kukuh dlm agama Islam ini ya…Amiin. Nice story KUNTUM.
Amin YRA
Semoga kamu istiqomah di dalam agama Islam yang benar, suci lagi murni. InsyaAllah kita semua akan masuk ke syurga Firdaus ya.
Wassalam.
Semoga terus istqomah .. Neway cerita not bad. Kira kuntum ne berani la jgk. Akak bg 3/5
amboi dah duduk rumah free, sibuk aje kacau org..
Hahaha. Dia tak suka berkongsi tu sebab dia kacau..
Budak setahun lebih boleh bercakap ke? Tanya je…
cerita u takbest. ke u mereka reka je cerita ni