Assalamualaikum & selamat sejahtera semua. Aku ingin berkongsi kisah benar yang aku sendiri alami beberapa tahun lalu. Maaf kalau cerita agak panjang. Nama aku Y berasal dari JB tapi hidup merantau selepas tamat SPM.
Kisah pertama :
Aku bekerja di salah sebuah cafe yang agak terkenal di Jb dan seluruh dunia. Disebabkan prestasi kerja yang bagus, maka aku dipilih untuk menyertai opening team untuk cawangan baru yang akan dibuka di Melaka.
Setelah puas memujuk parents untuk lepaskan aku ke Melaka atas tuntutan kerja, maka mereka dengan berat hati lepaskan aku pergi. Tu pun lepas aku janji untuk jaga diri & nama baik family bila berjauhan. Maklumla aku ni anak perempuan tunggal dalam 5 beradik.
Maka bermulanya hidup bujang di Melaka. Aku serumah dengan manager & seorang lagi staff. Aku yang paling muda antara kami bertiga. Aku ni agak penakut juga la. So bila kami baru sampai di Melaka, kami menyewa sebuah apartment 3 bilik fully furnished. Apartment tu sangat selesa untuk kami bertiga. Tetapi setelah 2 bulan tinggal di apartment tersebut, tiba-tiba tuan rumah mahukan unit itu semula dan digantikan dengan rumah teres 3 bilik cornet lot.
Kami pun redha dan terima dengan hati yang terbuka sebab rumah teres tersebut sangat besar maklumlah cornet lot kan. Seperti yang aku sebut di atas tadi, aku ni agak penakut. So, bila kami pindah masuk ke rumah teres tersebut, aku tak tidur dalam bilik aku sendiri. Aku menyempil (menyelit) tidur di master bedroom bersama dua lagi housemates aku. Rumah teres ni walaupun luas dan fully furnished, aku boleh katakan ia agak suram even siang hari. Aku rasa seperti di perhatikan seseorang kalau aku berseorangan dirumah. Tapi aku buat tak tahu saja sehingga lah pada suatu hari, aku kerja shift pagi manakala housemates aku lagi dua orang tu closing shift bermakna pukul 10 malam baru habis kerja.
Aku yang sememangnya terus balik rumah lepas habis kerja, mandi dan sebagainya terus layan movie kat tv. Time tu aku rajin beli dvd.
Kejadian ni berlaku seminggu selepas kami pindah masuk. Aku layan movie sampai lah aku tertidur atas sofa. Tiba-tiba entah pukul berapa housemates aku balik, diorang terus kejut aku suruh masuk tidur dalam bilik. Dengan tak bersalah aku terus menonong masuk bilik aku. Bilik aku ye kawan2 sedangkan aku tak pernah tidur dalam bilik aku sejak pindah masuk. So malam tu, aku terus masuk bilik aku sendiri. Dalam bilik aku ada dua single bed. Aku on lampu tidur dan terus landing. Yelah mata tengah ngantuk kan. Aku mengiring ke dinding konon2 nak sambung tidur la. Akan tetapi, tiba2 aku dengar barang-barang dan bag baju aku macam diselongkar. Maybe korang boleh imagine bunyi orang selongkar bag macam mana. Bulu roma aku terus terpacak ok. Aku terus kumat kamit baca surah yang aku ingat sambil peluh keluar macam baru habis menyangkul ditengah panas. Aku biarkan dalam 2minit tapi bunyi selongkar bag tu berterusan. Aku masa tu husnudzon ingatkan tikus yang selongkar. Dengan berani aku toleh ke arah bag aku tu tapi bunyi tu senyap. Aku perati takde pulak tikus kat situ.
Aku pun kembali ke posisi asal iaitu mengiring ke dinding untuk sambung tidur. Elok je aku mengiring, bunyi tu start lagi. Bulu roma aku meremang kembali. Aku baca lagi surah yang terlintas kat kepala aku. Tapi bunyi tu masih berterusan. Aku berani kan diri sekali lagi untuk menoleh ke arah bag tu. Memang takde apa2. Senyap sunyi. So aku mengiring lagi sekali mengadap dinding dan bunyi tu kembali lagi. Meremang jangan cakap la memang macam kena elektrik voltan yang tinggi. Kali ni aku takde la acah2 berani nak toleh lagi kat bag tu, aku terus terjun katil lari ke bilik master dan menyempil dengan housemates aku. Sejak dari malam tu, aku terus tidur dengan housemates aku sampai lah kitorang pindah ke rumah baru sebulan kemudian. Alhamdulillah apartment baru kitorang takde sebarang gangguan.
Kisah kedua :
Kejadian ni berlaku tahun lepas (2017).
Aku dengan best friend aku merancang untuk ke Singapore. Kitorang pun booking hotel untuk 2 malam di JB. Hotel s****** nama diberi. Malam pertama aku balik rumah parents aku dan kawan aku tidur hotel sorang2. Esoknya pagi2 kitorang gerak masuk ke Singapore. Setelah penat sightseeing, makan-makan kitorang pun gerak balik ke Jb semula dalam pukul 9malam. Kami tiba di Jb hampir pukul 12 malam sebab sesak ditambak. Kami tapau makanan dan bawa balik ke bilik hotel. Setelah bersihkan diri kami pun bukak tv dan makan. Masa makan tu pun macam tak larat sangat dah sebab penat dan mengantuk. Siap makan kitorang pun siap2 untuk tidur. Lebih kurang pukul 2am waktu tu. Kawan aku letak kepala terus lelap. Aku pulak susah nak tidur kat tempat baru. Belek IG, layan youtube kejap baru la aku boleh lelap. Katil kitorg king size maka dengan itu, sangat luas la untuk kami berdua. Aku yang penakut ni menghimpit kat kawan aku untuk tidur. So, ada space untuk sorang lagi kat sebelah kiri aku. Aku mengiring ke sebelah kanan mengadap kawan aku. Bila aku dah lena, aku pun tak perasan waktu tu pukul berapa, dengan tak semena-mena tiba-tiba aku rasa macam ada orang melompat-lompat dengan girangnya kat atas katil belakang aku. Aku hanya mampu berselawat dan baca surah pendek yang aku ingat. Aku memang tak toleh pun ke belakang. Lagi pun time tu memang letih yang amat dengan mengantuk yang amat. Takut tu memang takut tapi mengantuk mengatasi segalanya. Aku pun tak pasti berapa lama “benda” tu melompat sebab yang aku tau aku sedar esoknya jam 10am.
Bila dah mandi dan bersiap nak checkout, aku pun cerita la kat kawan aku apa yang berlaku malam tadi. Dia terus meremang & sebenarnya dia dah kena kacau dulu masa malam pertama tapi tak xtreme sangat cuma ada bunyi plastik bergerak-gerak. Dengan tak buang masa, kitorang siap laju2 dan checkout dengan pantas.
Sejak dari kejadian tu, aku kalau nak check in hotel memang aku akan tengok dulu review. Seram ok seram.
Itu saja cerita untuk kali ini. InShaaAllah lain kali kalau ada cerita lagi aku share ok.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ok firstttt!!!
Love, Diva.
Second …..
Hate, Diva.
dia nk test katil king size tu kot..tu yg lompat2..hihi..anyway,best…bru igt nk bercuti kt jb ujung taun ni…
#secondyeayyy
yg lompat2 tu mungkin budak kot..hehe
Bolehlah
forth
love bawang
Second …..
Hate, Diva.
^Aku bekerja di salah sebuah cafe yang agak terkenal di Jb dan seluruh dunia^
ok perlu ke maklum psl ni?? huhu
Best…. Cerita tersusun
Setuju
gangguan manja atau salam perkenalan lah tue.nasib lah dy lompat2 gitu jer ak dulu kene dcucuk Nye kaki ak dengan kuku dy..
seronok sgt dia lompat2 katil tu ye… nasib baik mengantok mengatasi perasaan takut… nasib baikkkkkkkkk
Silka?
Tu la…penakut sgt hahaha sbb tu dowg suke kaco
Best la jugak
Hotel S**t**l ler tu 👻👻