ASPURI SITI MAISARAH

Dorm siti maisarah. Dah ramai student yang bagitahu dorm ni keras. Lagi-lagi yang “sixth sense” tu. Ada yang cakap pernah nampak kelibat lembaga hitam yang tinggi dan besar dekat dalam stor hujung dorm. Ada juga yang memberitahu bahawa dengar orang berlari di dorm sebelah atas pada waktu malam. Tapi aku kurang percaya semua tu sebab aku nk kawal diri aku daripada percaya dengan benda bodoh tu semua. Sehinggakan satu hari aku yang terkena gangguan.

Kisah dia bermula pada satu malam. Masa tu aku form1. Batch aku sepatutnya ada rollcall, tapi aku tak join sebab aku tak tahu pasal tu. Biasalah kan masa form1 ni lonely sikit. Then aku terus masuk dorm. Masa tu dalam dorm just ade dua orang senior, seorang form2 dan seorang form4. Aku punya cube (katil) nombor 14. Dekat hujung jugak lah. Dua dua senior tu duduk dekat depan. So aku terus masuk dalam cube aku. Memandangkan aku punya “cubemate” f4 and that time kelas dia ada extra class dekat Library. So aku sorang dekat bahagian belakang

First aku duduk diam je (ada lah jugak fikir pasal benda tu). Untuk kurangkan rasa takut, (aku ni dulu sangatlah penakut) aku on the phone untuk baca chat dari member aku. Tiba-tiba ad satu bayang hitam yang melintas depan tingkap. Aku buat bodoh jelah, maybe budak datang nak basuh baju kat washing machine belakang kot. Tapi aku start rasa pelik bila ada bunyi seretan selipar jepun betul2 dekat bahagian cube aku. Then aku start gelisah. Aku buat bodoh, sambung reply chat member aku. Lama lama bunyi tu makin kuat sampaikan seolah olah budak tu duk berlari lari pulak tepi tingkap tu. Fuhh memang kecut aku time tu.

Aku pun start rasa takut dan buat keputusan untuk baring dan menghadap kat dinding. Time tu memang aku tak tahu nak describe canne. Sebab serious tu first time aku jadi cam tu. Then aku dengar bunyi baldi yang berat tu, ada orang seret atas lantai betul² depan cube aku. Aku pun terfikir siapa yang ada dalam dorm? Takkan kak tira nak basuh baju sedangkan hari tu turn form1 yang basuh. Kak amalia? lagi lah bukan. Dia tu dah lah baik. Takkan dia nak pintas turn orang kot!

Aku masih bertempek dengan dinding. Sebab tak tahan sangat dengan bunyi seretan yang makin lama makin kuat tu, aku terus ambik selimut tutup muka. Sebab tak sanggup nak tengok apa yang akan jadi selepas tu. Tiba2 aku dikejutkan dengan hentakan kuat. Bunyi tu ialah bunyi pintu loker budak cube depan. Budak tu mmg cermat gila. Memang mustahil kalau dia tak kunci loker dia sebab dia dah serik dengan kes kecurian yg pernah berlaku. Time tu aku rasa macam jantung dah tercabut ya ampunn tuhan je tahu.

Bila dah takut tu. Aku bertekad untuk keluar daripada dorm utk pergi dorm kawan aku yg lain. Tapi niat aku terhenti.masa ni memang aku tak tahu lah yang batch aku ada rollcall. So aku fikir cara nak kluar dgn slamat tanpa gangguan (aku terlalu byk terpengaruh dgn filem horror). Time aku tengah imagine nak keluar, Alahai member aku yang baru balik rollcall tu punya bertuah nya dia, dia pergi pegang bahu aku tanpa bunyikan suara. Aku kaku. Takut nak gerak. Then dia tegur, “pehal kau berselubung dalam ni? Dah lah ponteng rollcall.

Aku rasa lega sebab dengar suara member aku and slow slow buka selimut. Syukur tu betul kawan aku. Aku terus tanya dia “mana kau pergi ha? Dah lama aku balik korang takde pun. ” lepastu dia pukul belakang aku n cakap “memang lah takde org sial. Form1 ad rollcall batch lah tadi. F2 ad training untuk diorang punya event. F4 kelas a dengan g je yang ad. Yang lain semua ad kelas bio. Memang lah takde orang. Dah kau asal tak pergi rollcall ha?” aku diam. Then aku pelik. Kak tira form4 kelas c, kak amalia pulak form2, dia ada training, habuatu siapa yang dalam dorm tadi? Maknanya aku sorang2 jelah tadi

Then aku tanya “ila, tadi masa kau masuk kak amalia ngn kak atira ada tak?” dia tepuk dahi. “kan aku dah kata tadi. Diorang ad kelas ngn training. Memang takde lah. Aku masuk tengok lampu hallway ngan cube kau ni terbuka. So aku datang lah sini. Tengok2 kau tengah berbungkus macam nampak hantu je. Asal? Aku diam n cakap takde ap2.

Beberapa minit lepas tu form1 yang lain start balik. Maybe sebab diorang pergi supper duku kat dema kot. Ila biasanya tak makann malam. So dia terus balik

Dua hari lepas tu baru aku bukak cerita kat dormmate aku. Especially dina. Aku asyik tanya je dia. Betul ke dia kunci loker n dia cakap ya. So skarang aku dah masuk dorm lain. Tapi aku still ingat kisah dua tahun lalu waktu first time aku kena ganggu dgn benda tu.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

57 thoughts on “ASPURI SITI MAISARAH”

  1. Cerita ok typical cerita bebudak asrama…. Cuma extra seram coz balik dorm sorang2 then ada ‘member’ dalam dorm tu…. Macam mana perasaan tu bila dapati yang sebenarnya you sorang2 jer dalam dorm sedangkan masa masuk you nampak / perasan ada senior you di bahagian hadapan dorm….. Yang ni mmg seram

    Reply
  2. Okay aku nak komen ni. Untuk pencerahan bukan citer aku sebab nanti ramai yang ingat aku punya story. hahaha sebab nama tu je. Don’t take heart okay dik.

    Citer seram but then.. biasalah duduk citer asrama kan? Hantunya pun lebih kurang sama je cuma gangguan yang berbeza.

    8/10 untuk setori kau ni dik.

    Reply

Leave a Comment