Homestay Port Dickson

Assalamualaikum dan hai para pembaca Fiksyen Shasha. Nama aku Reen (bukan nama sebenar). Hari ni aku nak kongsi kisah aku yang aku pun tak pasti seram ke tak bagi korang, tapi bagi aku agak seram sebab terjadi sendiri dekat diri aku sampai aku tak boleh lupa sehingga hari ni. Nak jadikan cerita, cuti akhir tahun lepas family aku plan nak pergi bercuti tiga hari dua malam di Port Dikcson (PD).

Kami bergerak dari rumah lepas Zohor dan sampai lepas Asar macam tu. Sampai je dekat homestay, kami terus angkat barang letak dalam homestay. Mula-mula ok je homestay, cantik sangat aesthetic gitu. Black and white tema warna dia. Rumah dua tingkat. Bawah ada ruang tamu, tempat makan, dapur, satu bilik dan sekali dengan toilet. Atas ada dua bilik dan satu toilet. Mak and ayah aku tidur bilik bawah dengan adik kecil aku. Aku dengan dua adik perempuan aku tidur dekat atas, dekat master bedroom dan dua abang aku tidur dekat bilik lagi satu.

Lepas solat Asar kitaorang keluar pergi pantai. Balik dalam pukul tujuh lebih macam tu. Malam tu kitaorang tak keluar pergi makan. Order je. Jadi lepas makan semua masuk bilik rehat sebab penat agaknya. Aku ni jenis suka on call dengan pakwe aku, hehehe. Jadi sementara nak tunggu dia call aku, aku pun lelaplah mata sekejap sebab penat sangat. Dalam pukul 1:30 pagi aku terjaga pakwe call, lepas tu aku pun boraklah dengan dia sebab dah tak boleh tidur.

Borak sampai pukul dua lebih, aku lapar pulak. Jadi aku turunlah bawah nak buat maggi cup.

Waktu aku turun tak ada sesiapa dekat bawah. Mak dan ayah aku dekat dalam bilik. Check dalam beg makanan, tak ada pulak maggi cupnya. Terus aku tak ada mood nak makan. So aku naik atas balik.

Lepas tu pakwe aku tanya, tak makan ke? Aku jawab tak naklah. Lepas tu dia paksa jugak suruh makan, jadi aku turunlah bawah semula.

Ok. ni part seramnya. Waktu aku naik tadi, aku ingat aku tak tutup semua lampu. Aku biarkan satu lampu buka. Tapi waktu aku turun kali kedua tu semua lampu tertutup. Tiba-tiba aku rasa ada aura yang tak best dan pelik tambah seram.

Nak sedapkan hati, aku fikir mungkin mak aku yang tutup. Lepas tu aku pergilah dapur buka lampu. Bila aku buka je lampu, ada satu bau yang sangat wangi macam bau bunga menusuk hidung aku. Terus bulu roma aku naik. Waktu tu aku dah gelabah dah. Terus aku ambil roti and terus naik atas. Tapi sebelum aku sampai bilik, aku ada dengar orang panggil nama aku. Aku ingatkan mak aku, aku pun jawab, “ya ibu?”

Tapi mak aku tak balas. Lepas tu aku tinjau semula ke bawah sebab nak pastikan tu mak aku ke tak. Sekali, haihh! Memang menyesal aku turun balik. Aku nampak ada kelibat perempuan rambut panjang gila, serabai, pakai macam jubah warna putih tengah duduk atas meja makan pandang aku dengan satu senyum yang sumpah seram gila. Kalau aku ni ada sakit jantung, sah sah dah tak bernyawa aku.

Aku terus lari naik ke bilik, kunci pintu dan duduk bawah selimut. Sampai pakwe aku pun terkejut aku terus kata nak tidur. Aku baca ayat-ayat yang teringat waktu tu dan terus tertidur.

Esok pagi tu mak aku kejut aku suruh siap-siap kemas barang, nak balik. Aku yang mamai ni pun pelik. Dah nak balik dah? Aku pun tak banyak cakap, terus pergi mandi.

Lepas je kemas barang, kitaorang terus keluar dari homestay tu dalam pukul 10 pagi. Dalam kereta mak ayah aku senyap je. Abang aku tanya, kenapa kita kena balik? Diaorang senyap je dan yang membuatkan aku lagi pelik, aku call pakwe banyak kali dia tak angkat pun. Aku fikir mungkin dia tengah tidur lagi.

Sampai rumah dalam pukul satu tengahari macam tu. Ayah aku ajak satu family solat Zohor sekali dan lepas solat kitaorang baca surah Yasin sama-sama. Lepas dah selesai, ayah aku cerita sebab kenapa kitaorang kena keluar dari homestay tu pagi tu juga. Sebab semalam ayah dan mak aku kena kacau teruk sampai diaorang berdua tak boleh tidur! Sampaikan adik kecil aku yang tidur dengan diaorang tak berhenti menangis. Mak aku cakap benda tu asyik main dengan bilik air je. Sekejap dia main air, buka tutup paip tu, main buka tutup lampu dan yang paling seram dia tunjukkan diri dia main buka tutup pintu bilik air! Mak dan ayah aku buat tak tahu je sebab ayah aku kata, lagi kita layan, lagi dia suka.

Ayah aku ambil keputusan untuk keluar sebab benda tu asyik kacau adik aku. Dia asyik menangis je dan cakap sorang-sorang. Takut adik aku jadi apa-apa. Lepas mak dan ayah cerita, aku pun cerita apa yang terjadi dekat aku dan diaorang pun terkejut aku pun terkena dengan benda yang sama.

Tak habis lagi seramnya. Bila pakwe aku call aku, dia cerita semalam dia pun terkena juga. Dia cakap lepas je aku cakap aku nak tidur, 30 minit lepas tu dia dengar ada suara perempuan menangis (aku tidur tapi still tak putuskan talian). Dia ingatkan aku, so dia cakaplah, “awak terjaga ke?”

Lepas tu benda tu gelak pulak. Terus meremang pakwe aku dan dia terus end call sebab takut, katanya. Aku ceritalah apa yang dah jadi dan dia baru faham.

Terima kasih kerana sudi baca cerita aku yang entahlah seram ke tak ni. Minta maaf kalau aku cerita tak faham sangat dan ada tersilap bahasa. Korang yang nak cari homestay tu, hati-hatilah ya memilih dan sebelum pergi ke tempat baru, bacalah apa yang patut. Bye!

Myrina Ariana
Rating Pembaca
[Total: 157 Average: 4.4]

7 comments

  1. Cite betul ke ni. Boleh kongsikan nama homestay sbb sy nk cuti dn plan nk duduk homestay kt sana. Takut tersilap pilih

  2. seram la oitt… apa pulak xseramnya mcmtu.. kena kat diri sendiri mcmtu mmg tercanak naik la segala bulu.. dgn sorang2 lg tu huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.