Jiran Pendendam

Aku bukanlah seorang yang percayakan perkara mistik, namun kejadian demi kejadian aneh yang berlaku pada keluarga aku membuatkan aku terpaksa mempercayai dunia ghaib.
Aku menetap di pinggir bandar; rumah dan kehidupan yang serba sederhana dengan persekitaran jiran yang bagus-bagus belaka.Namun, ada manusia yang tak pernah menyukai kehadiran keluarga aku di situ. Terdapat sebuah keluarga yang sangat anti dengan kami, sentiasa merasa tidak senang pada kami, walau kami tidak pernah berbuat jahat pada mereka. Ada sahaja percubaan untuk mensabotaj keluarga aku melalui cara halus.

Gangguan-gangguan selalunya ada apabila tiba waktu malam. Pasti akan kedengaran seperti ada ‘benda’ berlari di atas syiling, orang mengetuk-ngetuk tingkap, bunyi kucing mengiau tak berhenti sehinggalah gangguan paling teruk yang mungkin menjadi klimaks diantara semua gangguan yang terjadi pada kami.

Pernah sekali terjadi, aku tertidur di atas sofa di ruang tamu hadapan, dalam gelap. Sewaktu sedang nyenyak tidur, aku tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran satu susuk tubuh yang menyerupai seorang lelaki dewasa yang tidak aku kenali berdiri tegak mendepani aku. Aku lihat matanya merah, malah tersengih ke arah aku yang sedang kaget. Lantas aku bingkas bangun dan terus berlari masuk ke dalam bilik adik aku untuk menumpang tidur sama. Aku ada menceritakan perkara tersebut pada ibuku. Ibu hanya menyatakan kemungkinan ada jelmaan hantu raya orang yang terlepas mengganggu orang lain dan menyuruh aku membasuh kaki dan membaca ayat qursi sebelum tidur.

Alhamdulillah, tiada lagi gangguan yang sama selepas itu. Disebabkan hal-hal yang terjadi kepada kami, ayah aku pergi menemui pakar perubatan Islam. Namun ada di antara mereka yang menyatakan bahawa apa yang terjadi pada kami adalah disebabkan disihir oleh orang berdekatan yang berdendam dengan keluarga kami. Sepanjang aku dan keluarga aku tinggal di situ, kami sangat susah untuk membuat seteru kerana keluarga aku tinggal jauh sedikit dari rumah-rumah yang lain dan suka buat hal sendiri.

Selepas menyelidiki dan menanyakan jiran berdekatan, rupa-rupanya isteri kepada tuan rumah tersebut mengamalkan ilmu hitam dan selalu menyantau dan menyihir orang yang tidak mereka sukai. Setelah mengetahui halberkenaan, kami pelik kerana setahu kami, kami hanya bertegur sapa dan tidak pernah rapat dengan mereka. Malah, tidak menyangka sama sekali dan mengesyaki bahawa mereka sebenarnya si penyihir yang menganiayai keluarga aku.

Suatu hari, ketika keluarga aku sudah masuk tidur, tinggal aku berseorangan sambil melayan youtube di ruang tamu hadapan. Aku kedengaran seolah ketukan yang tak henti di tingkap bersebelahan dengan aku. Aku yang tidak mengesyaki apa-apa terus menjenguk ke arah tingkap tersebut. Tiada kelihatan apa-apa. Namun. Ketukan semakin kuat menyebabkan aku menjadi pelik dan seriau, lalu aku terus beredar dari ruang hadapan.

Keesokannya, jiran hadapan rumah aku datang memberitahu bahawa malam semalam, ketika pulang dari kerja, dia diganggu oleh satu suara yang menyuruhnya membuka pintu rumah. Apabila jiran aku ketakutan, dia lantas membuka pintu lalu sekaligus membenarkan makhluk tersebut ikut masuk ke rumah dan masuk ke dalam badan anak jiran aku yang masih kecil. Anak jiran aku menangis tidak berhenti walau dicuba dengan pelbagai cara sekalipun. Keesokkan harinya, seorang ustaz datang untuk mengubati anak tersebut. Lepas selesai dijampi, anak jiran aku terus senyap dan kembali seperti biasa.

Rupa-rupanya ada cubaan dari Jiran pendendam tersebut untuk menghantar ‘benda’ masuk ke rumah aku. Namun disebabkan aku tidak membuka tingkap malam tersebut, ‘benda’ tersebut terus mensasar jiran hadapan rumah aku.

Jiran aku turut menyatakan yang ustaz tersebut turut memberi gambaran makhluk yang mengganggu anak jiran aku. Makhluk tersebut merupakan jin yang sudah berkurun hidup, tidak berkaki (kudung), rambutnya tersangat panjang menyeret lantai dan serabai. Matanya terbeliak, lidahnya pula terjelir hingga ke lantai dan apabila bergerak, makhluk tersebut akan menarik badan kehadapan dengan tangan seperti mengesot.

Apabila aku mendengar cerita jiran aku itu, aku tersangat-sangat terkejut kerana memikirkan kemungkinan jika aku membuka tingkap tersebut semalam, pasti perkara yang sama akan terjadi pada aku. Kemungkinan lebih teruk dari yang terjadi kepada anak jiran aku. Aku berasa sangat-sangat bersyukur kerana Allah telah menyelamatkan keluarga aku dari gangguan makhluk tersebut. Semenjak dari perkara tersebut, aku dan keluarga aku sering memasangkan ayat rukyah dan mendengar ceramah-ceramah berkaitan agama dan lebih mendekati diri pada agama. Akhirnya gangguan semakin berkurang dan tiada lagi gangguan selepas itu.

Cuma dikhabarkan, tuan rumah yang zalim itu telah menerima pembalasan di mana kakinya dipotong kedua belah sehingga ke lutut dan isteri tuan rumah tersebut mengalami kerosakkan buah pinggang yang teruk mengakibatkan mereka sukar untuk melakukan sebarang pekerjaan. Bila lalu melintasi rumah mereka, pasti kelihatan muka mereka yang malu untuk berdepan. Namun aku percaya… setiap yang berlaku pasti ada pembalasannya dari Allah.

Janganlah kita menganiayai orang lain, kerana doa orang yang teraniaya tiada hijabnya dengan Allah.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

31 thoughts on “Jiran Pendendam”

  1. cm sistr ngesot ke?? hehehe… rsanya lh.. nie pendpt aq jr.. mybe org tu nk uji ilmu dia je kot..kalo xdendamlh.. endg citr owner pnyihir tu da cm khadam dia erk.. tnpa kaki.. ermmm…nice story

    Reply
  2. Great story thanks for sharing. Just my 2 cents. Saya bukan malaikat. Hari2 buat dosa jugak. Hukum percaya dgn alam ghaib ni wajib. Kadang2 kita boleh murtad dgn perkara yg kita tidak sedar sama ada melalui perbuatan, kata-kata, dsb. Maaf kalau terasa. Takde niat dan hanya nak menyuarakan apa yang saya rasa perlu. Minta maaf ya. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah Azza Wajalla

    Reply
    • Yupp..betul..aku dan family aku pnah lalui bnda2 mcm nie..bahkn lg teruk..masa mula2 tu xpercaya lgsung tp bila kena kat batang hidung sndri baru tau..and apa yg ustaz yg tlg ubatkn kmi pon ckp mcm tu..kita org Islam wajib percaya pd alam ghaib sbb tu salah satu rukun iman klw kita xpercaya boleh rosak akidah tp klw tlampau percaya sgt boleh tersesat..

      Reply
    • Sy pun pnah kne dlu. Jiran anta kt kluarga sy. Lme2 kmi pindah sb xtahan kne ganggu. Smpai kn bile solat bnd tu dtg tampar,, ishh grm sgt. Stahun atau dua thun lps ktorg pindah, dpt tahu jiran yg antar tu laki dia. And know what? Jiran laki tu meninggal sb hAti dia hancur. Until now fmly sy x sggup nk maafkn dorg skluarga sb buat fmly ktorg truk sgt wktu. tu.

      Reply
  3. Tapi till the end cerita still tak pasti betol ke yg santau hantar hantu smua tu jiran tu yang buat🤔🤔 musykil part tu

    Reply
  4. Jangan la kita menganiayai orang lain, lebih2 lagi dgn meminta bantuan jin/syaitan, kelak memakan diri sendiri. Seksa balasan didunia dan akhirat

    Reply
  5. Berdasarkan pada cerita, awak tidak ada bukti kukuh untuk menuduh jiran awak menyihir awak. Awak hanya mendengar dari perkataan orang lain yang kita sendiri tidak pasti kesahihannya. Jangan mudah menuduh tanpa bukti yang kukuh. Kejadian yang menimpa awak mahupun jiran awak mungkin tiada apa apa kaitan antara satu sama lain.

    Reply

Leave a Comment