Hai, selamat sejahtera semua pembaca. Firstly, aku nak minta maaf sekiranya penulisan aku ni banyak yang terkurang rumusnya. Sebab last aku buat karangan, enam tahun lepas. Nama aku Giszell (bukan nama sebenar). Aku berasal dari Johor dan merupanya satu-satunya anak perempuan dalam keluarga aku. Kisah yang aku nak kongsikan ini adalah pengalaman yang terjadi kepada diri aku sendiri sewaktu aku melanjutkan pelajaran ke sebuah IPTA.
Selepas menamatkan SPM, aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke sebuah IPTA di Segamat, Johor. Cerita bermula sewaktu aku masih belajar dalam semester satu. Suatu hari kami semua bersetuju untuk buat study group dekat perpustakaan. Dalam kumpulan tu ada tiga orang perempuan dan empat orang lelaki. Kami rapat sejak hari pertama kelas. Jenis pulak semua kepala masuk air, boleh lepak-lepak, makan sama-sama lepas kelas. Memang best lah diaorang ni.
Nak dijadikan cerita, satu malam tu kami belajar di perpustakaan. Luar perpustakaan ni ada satu bilik yang sekelilingnya kaca. Malam tu memang tak ramai pelajar. Yang ada cuma group kami dan dua atau tiga orang abang senior. Masa tu memang konon-konon struggle habislah, sebab next week ada quiz. Sedar tak sedar bila tengok jam dah pukul 11:30 malam dan waktu tu hanya tinggal group kami sahaja yang masih berada di situ. Jadi, masa tengah sibuk-sibuk kemas buku, kertas semua, tiba-tiba mata aku perasan macam ada orang berdiri dekat luar bilik, di bawah pokok. Bila aku toleh, benda tu tak ada. Jadi aku lupakan sajalah.
Masa on the way nak balik hostel tu, aku jalan kaki jer lah dengan member aku, sebab asrama kitorang sama, cuma aku wing A manakala dia wing C. Masa nak gerak balik tu memang akan lalu satu pokok besar dekat selekoh tu. Masa kami lalu tu, tiba-tiba pokok tu bergoyang kuat sampai daun-daun gugur padahal sacebis angin pun takde. Tak pasal-pasal badan aku seram sejuk. Mata pun tak boleh jaga, terus dongak ke atas dan nampak perempuan baju putih, rambut lurus panjang macam rebonding, duduk dekat salah satu dahan. Terus aku tarik kawan aku untuk lari. Sampai bilik, aku sempat pesan dekat dia sebelum tidur, ambil wuduk dulu. Itulah pengalaman seram pertama aku masa dekat sana.
Sejak kejadian tu, aku selalulah diganggu, terutamanya waktu study weak. Ramai pelajar yang balik. Kebiasaannya yang tinggal dekat bilik, junior semester satu sahaja. Species macam aku ni haa.
Selalunya kalau aku nak ke tandas, aku akan kejut roommate aku. Tapi disebabkan dia balik dan wing aku pun ramai yang takde, nak tak nak kena pergilah juga tandas sendirian. Bilik aku dengan tandas tak jauh. Tapi sebab tandas tu dekat selekoh hujung, jadi untuk ke tandas tu, aku kena lintas bilik basuh baju dan belok ke kiri. Faham tak?
Masa tersedar, tengok jam pukul 3:00 pagi. So aku pun keluar sajalah, menonong sorang-sorang. Masa nak lintas bilik cucian tu, rasa macam meremang satu badan tiba-tiba. Terus aku lajukan langkah untuk melepaskan hajat sebab pundi kencing dah nazak waktu tu. Tandas aku ni ada dua bahagian. Bahagian pertama ada sinki dengan tempat wuduk, sebaris dengan tempat mandi dan tandas. Bahagian kedua, tempat cucian, kalau ada pelajar yang rajin nak cuci baju pakai tangan. Depan pintu masuk tandas ni ada tiga tong sampah untuk tuala kotor wanita. Jadi, masa masuk tandas tu, memang kosonglah. Sorang pun takde. So, aku pun lepaskan hajat.
Tiba-tiba, “fruuushh!..”
Bunyi orang flush air. Aku tunggu jugalah, kalau-kalau pintu terbuka ke, atau orang lalu, tapi takde sesiapa! Kau bayangkanlah macam mana perasaan aku waktu tu. Lepas tu aku pun keluar jer dari tandas. Masa nak keluar tu, dekat tong sampah tuala wanita tu ada seekor ‘perempuan’ baju lusuh membongkok macam rukuk dalam solat tu, sambil lidah dia tengah terjelir dekat dalam tong tu. Oh tuhan! Jantung macam nak pecah wei! Terus aku lari marathon… dahlah nak kena lintas binatang tu. Tuhan jer tahu macam mana aku rasa. Nasib dia tak ikut aku ke bilik. Mungkin sebab dia lapar kot. Tapi sampai ke subuhlah aku tak boleh nak tidur.
Sebenarnya banyak lagi kisah aku nak kongsi. Tapi itulah, asyik aku je yang kena. Sampai aku sambung dekat IPTA lain pun, masih kena kacau. Kalaulah orang lain. Dan maaf ya, kalau penulisan aku tak best. Sebab tu awal-awal aku dah minta maaf dulu. Dan maaf juga kalau ada bahasa yang korang tak faham, mungkin ada termasuk bahasa Johor agaknya. Maklumlah, anak jati Johor. Haha. Nanti kalau ada kelapangan aku kongsi lagi kisah aku.
**comment yang murni je, ya. Sekian, hehe.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Gila tak best . Seram nišš
uitm segamat ke?
sy pn fikir kt situ jugak. Hihi
Boring
Haluu… MAIRA Mana ni? Introduce yourself please
Ade peniru ni šš
Study WEAK ketteww~ :p
Hahaha jangan Relaxkuma. Karang tak pasal-pasal kau kena kecam. ššš
Sikit2 tak apa ;p
Owhhh,. WEAKnye rasa diriku yinneyyy. Hihihi
kidding
Bolehlah.5/10
Aku nak komen tak murni…writer dah pesan pula, komen murni-murni je. š Nak komen typo ejaan. Karang berbondong-bondong orang kecam aku.
Haa ambil la rate aku bagi untuk citer kau ni. 7/10
Ikhlas ke dok kak?
Ikhlas tu. š
Berani laa
Seram weii series ak blh bygkn 10/10
Uiii takut nak masuk asramaš„
Ni mesti dia jilat sebb kes tak cuci betul betul nii
Aah betul gk tu
Aku rasa yang tong tu jenis tertutup… Kat asrama ngan pejabat2 skrg ni tong untuk tuala wanita dah buat standard dan diuruskan oleh kontraktor pembersihan bertauliah untuk tujuan pelupusan sisa
Tapi sebenarnya. Memang la ada tong khas tapi janganla fikir macam. “oh nnt k.p ada nak kutip. Biar je la, “.takboleh. still kene cuci. Sebb nnt orng lain yg kene hadap bende alah tu menjilat tetengah malam.
Wah…brani gak dpt lg maraton..hahaha…x pengsan trus ka…?
Kalau pengsan pun susah. Satgi pengsan tempat lain. Bangun kat tempat lain. Parah tu
Ok segham gak
7/10
Seram
study weak?hihi…ape2 pon seram juga citanya…x dpt bygkn camne hantu tu bongkok..fuh
Dah byk pad yg x cuci main buang je..huhuhu kalo ramai2 jupe baru insaf baru nk cuci pad
Kisah biasa didengarš
6/10
seram cerite nie…mujo le tak megusik yee.
Story best gak… boleh lah… panjangkan la sikit lagi ceritanya
Aku tau kat mana ni. Dulu masa study situ pernah kena juga. Tapi ringan-ringan jela gangguannya.
Masa stay zamrud dengar bunyi jatuh dalam almari tapi bila bukak tersusun je semua cantik. Masa stay SB ada darah menitik masa tengah melabur. Dari mana datang tak tahu.
Mcm2 ek kt ipta ni. Dulu2 sekitar 90an femes citer pak guard nama jaafar
Camne kisah pakgat jaafar tu? Citer sikit..
Share la sini..
Hahaha segamat kampung aq tu
J.
Sebenarnya best sangat cerita ni tapi kena lebihkan lagi jalan cerita dia baru nampak adventure..haha.ok.da bagus da awak buat.saya pun girl jugak..#perempuankenaberanijanganjadipenakut.ok bye.
kolej mutiara ke dekk? pokok besar tu mmg menakutkan tp alhamdulillah tak pernah diganggu.
cter best tp olahan kurang sikit. xpe teruskan usaha.