Hotel Bajet

Assalamualaikum Salam Sejahtera semua pembaca setia Fiksyen Shasha. Aku perkenalkan nama ringkas aku Wani bukan Wany Hasrita ye. Aku ni salah seorang pembaca setia FS. Aku suka baca pengalaman-pengalaman seram dalam blog FS ni. Kadang-kadang time nak tidur teringat apa yang di baca dekat blog FS ni sampikan baca ayat kursi banyak kali still teringat jugak (huhuhu).

Sebenarnya aku terpanggil nak kongsi pengalaman aku yang tak berapa nak seram sangat kepada pembaca-pembaca setia FS. Harap perkongsian aku di terima admin dan terima kasih admin kerana sudi publish cerita aku ni. Sebelum tu aku minta maaf andai jalan cerita aku ni tak memuaskan sesi membaca korang semua sebab aku pun tak berapa bagus dalam bidang penulisan.

Cerita ni terjadi tahun lepas aku ingat lagi dalam bulan November. Masa tu aku kena outstation selama seminggu dekat Teluk Intan dengan 3 orang kawan sekerja aku. Aku bagi nama dia orang Trish, Farina & Reena (bukan nama sebenar). Kami bertolak pada hari Ahad sebab nak survey area dulu sebelum mulakan kerja-kerja jualan di sana. Kebetulan hari Ahad tu office kami ada buat hari keluarga di sebuah kawasan air terjun berdekatan dengan office kami di Ipoh so kami join hari keluarga dulu.Kami bergerak ke Teluk Intan dalam waktu tengahari lebih kurang pukul 2 petang. Aku tumpang Trish manakala Farina dan Reena mereka berdua naik kereta Farina. Sepanjang perjalanan terasa panjang waktunya sebab ikut jalan lama maklumlah jalan lama kan banyak traffic light lagi satu masa tu hujan turun sepanjang jalan kereta banyak. Aku masa tu tak berapa nak sihat tapi ku gagahkan jua diri ini. Tepat jam 6 petang kami sampai ke destinasi kami, kami makan dulu kemudian cari hotel untuk penginapan kami. Oh lupa nak cakap time tu ada sorang officemate lelaki teman nama dia Hasan (bukan nama sebenar) dia tolong tunjukkan jalan sebab dia pernah outstation di situ.

Dipendekkan cerita, kami dapat hotel bajet yang kami nak. Sepanjang malam di hotel tu tak da apa-apa gangguan yang berlaku.

Keesokkannya Trish dapat panggilan dari bos kami pagi-pagi buta kata nya bos suruh tukar area ke Sitiawan sebab Teluk Intan dah ada orang lain masuk jual barang yang sama macam kami jual.Jadi kami kemas-kemas barang dan terus bergerak ke Sitiawan.Punya seronok perjalanan dari Teluk Intan ke Sitiawan sebabnya lalu kawasan kampung sejuk pula tu.

Sampai je di Sitiawan kami terus mulakan kerja kami sesi jualan barang-barang tapi hari tu aku tak larat sangat sebab malam tadi aku demam so aku tido dalam kereta sampai petang lepas Trish dan yang lain selesai buat jualan kami gerak cari hotel bajet yang officemate kami cadangkan. Sampai saja di hotel kami check bilik then terus check in.Aku tengok hotel ni tak dala menyeramkan biasalah hotel bajet buat dekat rumah kedai je. Selesai segala urusan check in dan letak barang-barang malam tu kami keluar maka dah kenyangkan perut kami pulang ke hotel. Aku terus bersihkan diri sebab dah tak larat sangat-sangat. Malam tu alhamdulillah tak da apa-apa yang terjadi.Kadang-kadang aku terbayang-bayang ada benda dok memerhati kami kat dalam bilik tapi aku buat tak tau je sebab aku ni selalu sangat berperasaan macam tu.

Sehinggalah satu hari tu hari Rabu malam tu aku dah siap prepare awal-awal apa yang perlu nak buat untuk esok so aku rebahkan badan aku keatas katil hotel yang empuk dan aku main phone. Aku buka whatsapp tapi tak da sapa hantar chat so aku buka status whatsapp then terbaca status member sekolah aku, “orang kat bilik atas ni memang suka main seret-seret kerusi ke?”

Lama aku tenung perati ayat-ayat tu kemudian aku decide nak tido sebab dah mengantuk + bosan. Lepas baca doa tido aku tutup mata then aku terlelap. Masih terlupa lagi nak cakap kami rapatkan katil kami, Reena dok hujung tepi tingkap Trish sebelah Reena manakala Farina sebelah Trish dengan aku. Jadinya aku dok tepi katil, tepi katil tu ada ruang sebab dekat dengan pintu bilik.

Nak dijadikan cerita, tengah sedap tido aku terjaga, dalam mamai-mamai tu aku tengok Trish tak tido lagi berjalan ke tv nak ambil barang kot. Farina dengan Reena aku tak perasan belum tido ke dah tido. Aku nak sambung tido balik tiba-tiba aku dengar bunyi macam orang alihkan perabot tak bising tapi jelas kedengaran macam datang dari arah bilik atas aku pun buat tak tau tido balik sebab mengantuk sangat. Dalam dah terlena tido tu aku mimpi ada “benda” tengah duduk bersandar dekat dinding tepi katil aku. Aku nampak dari sisi badan berkedut, muka berkedut hidung macam ahli sihir rambut pendek dan jarang-jarang macam rambut gugur. Tiba-tiba aku terasa macam hujung jari aku pegang hujung jari “benda” tu terasa hujung kuku dia tajam. Entah macam mana aku ada kekuatan dalam mimpi tu aku panggil “Farina ! Farina!” pastu aku macam terlelap balik. Sedar-sedar dah pukul 6 pagi aku bangun terus mandi solat Subuh. Mimpi macam tu bukan kali pertama sebelum ni aku ada mimpi juga hantu pocong menjenguk dekat tingkap bilik asrama sekolah aku, lelaki kepala botak berdiri kat tepi tingkap dan mcm2 lagi tapi kebanyakkannya masa aku kecik-kecik dulu.

Kejadian tu aku tak ceritakan dekat Trish, Reena dengan Farina sebab tak nak bagi diaorang takut lagipun aku pun spesis penakut juga. So aku decide nak cerita dekat dia orang lepas check out dari hotel tu tapi aku lupa juga nak cerita pasal kejadian tu dekat dia orang sebab excited nak balik rumah hahaha. Masa kitaorang cari hotel dekat Teluk Intan Trish ada cakap sepupu dia kerja hotel kata kalau nak cari bilik hotel cari yang tak ada letak bible dalam laci sebab kalau ada bible dalam laci bermakna hotel tu ada something wrong korang faham-fahamlah apa bendanya.

Sampai di sini kisah aku yang tak berapa nak seram ni. Lagipun ini saja yang aku alami harap lepas ni tak dalah mimpi-mimpi atau gangguan-gangguan dari makluk halus. Semoga korang terhibur dan faham jalan cerita aku. Mohon maaf andai kata ada typo ke, jalan cerita yang membosankan atau ada kesamaan nama watak dan tempat ini memang amat dikesali.

Sekian.

salam seram untuk pembaca dan penulis setia Fiksyen Shasha!
Sehinggalah satu hari tu hari Rabu malam tu aku dah siap prepare awal-awal apa yang perlu nak buat untuk esok so aku rebahkan badan aku keatas katil hotel yang empuk dan aku main phone. Aku buka whatsapp tapi tak da sapa hantar chat so aku buka status whatsapp then terbaca status member sekolah aku “orang kat bilik atas ni memang suka main seret-seret kerusi ke” lama aku tenung perati ayat-ayat tu kemudian aku decide nak tido sebab dah mengantuk + bosan.Lepas baca doa tido aku tutup mata then aku terlelap.Masih terlupa lagi nak cakap kami rapatkan katil kami,Reena dok hujung tepi tingkap Trish sebelah Reena manakala Farina sebelah Trish dengan aku.Jadinya aku dok tepi katil,tepi katil tu ada ruang sebab dekat dengan pintu bilik.

Nak dijadikan cerita,tengah sedap tido aku terjaga,dalam mamai-mamai tu aku tengok Trish tak tido lagi berjalan ke tv nak ambil barang kot Farina dengan Reena aku tak perasan belum tido ke dah tido.Aku nak sambung tido balik tiba-tiba aku dengar bunyi macam orang alihkan perabot tak bising tapi jelas kedengaran macam datang dari arah bilik atas aku pun buat tak tau tido balik sebab mengantuk sangat.Dalam dah terlena tido tu aku mimpi ada “benda” tengah duduk bersandar dekat dinding tepi katil aku.Aku nampak dari sisi badan berkedut,muka berkedut hidung macam ahli sihir rambut pendek dan jarang-jarang macam rambut gugur.Tiba-tiba aku terasa macam hujung jari aku pegang hujung jari “benda” tu terasa hujung kuku dia tajam.Entah macam mana aku ada kekuatan dalam mimpi tu aku panggil “Farina ! Farina!” pastu aku macam terlelap balik.Sedar-sedar dah pukul 6 pagi aku bangun terus mandi solat Subuh. Mimpi macam tu bukan kali pertama sebelum ni aku ada mimpi juga hantu pocong menjenguk dekat tingkap bilik asrama sekolah aku,lelaki kepala botak berdiri kat tepi tingkap dan macam-macam lagi tapi kebanyakkannya masa aku kecik-kecik dulu.

Kejadian tu aku tak ceritakan dekat Trish,Reena dengan Farina sebab tak nak bagi diaorang takut lagipun aku pun spesis penakut juga.So aku decide nak cerita dekat dia orang lepas check out dari hotel tu tapi aku lupa juga nak cerita pasal kejadian tu dekat dia orang sebab excited nak balik rumah hahaha. Masa kitaorang cari hotel dekat Teluk Intan Trish ada cakap sepupu dia kerja hotel kata kalau nak cari bilik hotel cari yang tak ada letak bible dalam laci sebab kalau ada bible dalam laci bermakna hotel tu ada something wrong korang faham-faham lah apa bendanya.

Sampai disini kisah aku yang tak berapa nak seram ni.Lagipun ini saja yang aku alami harap lepas ni tak dalah mimpi-mimpi atau gangguan-gangguan dari makluk halus.Semoga korang terhibur dan faham jalan cerita aku.Mohon maaf andai kata ada typo ke,jalan cerita yang membosankan atau ada kesamaan nama watak dan tempat ini memang amat dikesali.

Sekian salam seram untuk pembaca dan penulis setia Fiksyen Shasha πŸ™‚

37 thoughts on “Hotel Bajet”

  1. Kenapa kalau ada bible dlm bilik hotel ada something wrong? Sy pnah checkin hotel tgk kat laci tepi katil ada bible…tp xder apa pun berlaku…tdo dgn lena n tenang…

    Reply
    • sy pernah pergi team building kat 1 hotel ni. dalam bilik ada al-quran. igtkan bilik sy je. rupanya dalam semua bilik kawan2 opis pun ada

      Reply
  2. hari pertama ngn kedua klu xde pape jd xpyh cite blh x. sampai kesudah nk tggu main point tp xde pape yg menarik pn. bosan

    Reply
  3. aku kerja roadshow mcam2 hotel ak tinggal selalu Nye 2 minggu..ade satu2 hotel setiap tahun tinggal situ wlpn tahu hotel tue ade “bende”tue..kalo dpt bilik y same ktrg akan mntak tukar..ade gak lah kene kacau..y paling bagi kesan dekat kami hotel dekat taiping..aku dah rase tak sedap hati mlm tue lak tido kene tindih aku ley nmpk bnde tue hitam berbulu dekat pintu toilet..kawan laki cine aku kene cakar blkng badan die..hotel dekat penang kawan aku yng kene dy nmpk bnde hitam gak dekat pintu y lagi sorg rase tilam die kene pijak dok kehulu hili katil..aku lak dengar suara menjerit tapi mendanyu jer..hari nak check out ckp dgn stf drg pasal bilik tue dy ley gelak jer..sabo jer laaa

    Reply
  4. Takde lah nak komen bab karangan tu sgt. Cuma part Bible tu, bukan letak sebab berhantu ke apa.. selalunya mereka akan letak dalam setiap bilik. Ada Christian movement @ organization
    yang ‘buat tajaan’ ni semua. Nanti salah fakta habis semua org takut nak tido kat hotel ada Bible tu pulak.
    Selalu tengok cerita hantu mat salleh mereka akam ambil cross salib halakan ke hantu tu dulu.
    Time terketor takut rasanya lupa habis Bible chapter berapa semua pun

    Jap lagi father priest tu dtg barulah dia duk jampi sambil refer ke bible tu.

    Ada a few hotels kat KL and London yg keep a copy of Tafsir Quran dalam bilik dia.
    Bukan nak argue bab letak bible ke Quran ke or any religious material.

    Ni nak habaq mai ja, jangan mudah percaya apa2 theory takde asas kukuh. Solat tu jangan tinggal.

    Reply
  5. kalau cek in tempat mcm tu memang tak sesuai. Tempat mcm tu cuma sesuai untuk bahamput je. Blurih 2/3 ancit cukup laa n boleh dh cek out lepas tu.

    Reply
  6. Yang pegi pegang hujung jari ‘makcik’ tu dah kenapa, kan dah menjerit sendiri. Nasib baik jerit dalam mimpi je, kalau xmaunye menggelabah si Farina tu. πŸ˜€

    Reply
  7. Kalo pompuan yg citer, mmg meleret2. Buat apa ko citer pasal Teluk Intan tu?! Co ko citer terus kat Sitiawan… Buang mase je bace. Hanya beberapa penulis pompuan yg best e.g Nana…

    Reply
  8. “Masa kitaorang cari hotel dekat Teluk Intan Trish ada cakap sepupu dia kerja hotel kata kalau nak cari bilik hotel cari yang tak ada letak bible dalam laci sebab kalau ada bible dalam laci bermakna hotel tu ada something wrong korang faham-fahamlah apa bendanya.”

    kita dh check in dlu baru la boleh selongkar segala laci… then baru la terjumpa kitab ke ape ke..

    ke ade hotel yg boleh pegi check segala bilik ade kitab ke tak; pahtu baru nk booking? *sigh*

    Reply
    • Hahaha.. Kah! Kah! Kah! Betul kata kau πŸ˜‚ πŸ˜‚. Jadinya, kalo dah dpt bilik yg ada bible dlm laci, buleh senang2 ke mintak tukar bilik lain? Buatnya bilik yg seterusnya pon ada bible jgk camno?

      Reply

Leave a Comment