Jiran

Cerita ni cerita sebenar yang aku nak kongsikan dekat para pembaca Fiksyen Shasha. Pada mulanya sukar untuk aku bercerita dekat mana-mana orang pun, tapi tak salah kalau aku cuba berkongsi dekat sini.

Aku tinggal di rumah teres dua tingkat bersama ibu bapa aku. Rumah kami adalah rumah yang satu-satunya rumah Melayu di jalan tu. Yang lain semua rumah Cina. Jadi keluarga aku tak terlalu friendly dengan jiran ni semua. Memandangkan mereka semua berupa orang-orang yang bekerjaya, jadi mereka selalunya jarang balik rumah.

Ada satu malam, kami baru perasan yang jiran sebelah rumah sudah berapa hari tak pulang. Kami sekeluarga agak hairan juga kerana memang sudah lama mereka meninggalkan rumah itu. Sepanjang mereka tiada, kami selalu menghidu bau busuk yang susah sangat nak describe. Tapi memang busuk sesangat. Bau tu sangat kuat di bahagian dapur kami. Bila angin bertiup, lagilah kuat bau tu sampai rasa nak termuntah. Kami tak terfikir benda buruk lagi waktu itu, cuma terfikir mungkin bau bangkai kucing yang mati belakang rumah.

Makin hari, bukan bau busuk sahaja menjadi hidangan kami, malahan bayang-bayang yang selalu mengikuti kami di setiap penjuru rumah. Tak tahulah bayang apa dan daripada mana. Ada satu malam, tinggal aku berseorangan di rumah. Sambil makan tu aku tengok drama sekali. Hampir jam 11 malam macam tu, ada satu kelibat sangat laju melintas depan aku. Mula-mula aku malas nak fikir sangat. Tapi kelibat tu asyik melintas depan aku. Makin lama pergerakan kelibat tu semakin perlahan. Aku dah tak betah duduk di situ. cepat-cepat aku pergi ke dapur, basuh apa yang patut. Semasa aku toleh ke belakang, aku nampak kelibat tu berdiri di pintu dapur. Mukanya sebijik macam muka jiran sebelah rumah aku tu! Mukanya pucat dan nampak sedih.

Masa itu, aku terkejut gila tapi still dalam kawalan. Kebetulan waktu itu bau busuk yang selalu aku hidu datang menjengah. Sumpah aku tak boleh duduk situ lagi. Cepat-cepat aku pergi masuk dalam bilik.

Pagi itu aku terus bercerita dekat parents aku pasal apa yang aku nampak malam tu. Sungguh aku tak boleh lupa muka kelibat tu yang betul-betul sebijik muka jiran sebelah aku. Hati aku disapa rasa gelisah. Malam seterusnya, waktu kami asyik meluangkan masa bersama, kami terdengar satu suara lelaki sedang menangis. Kedengaran sangat sayu dan seakan-akan bergema. Waktu itu aku fikirkan suara dari pada TV kami, tapi suara itu makin lama makin kuat. Aku pandang ayah aku dan ayah ku pandang aku. Ibu aku sudah tegak badannya memandang kami berdua. Ah sudah, terus ibu suruh kami membaca ayat-ayat pendinding al-Quran serta ayat Kursi. Seriau teramat sampai merebang bulu roma aku. Berdebar sampai nak tercabut jantung dibuatnya. Bunyi suara itu akhirnya hilang begitu sahaja. Lesap.

Beberapa hari selepas itu, banyak gangguan yang kami dapat. Sedangkan sudah berapa tahun kami menetap di situ, itulah kali pertama kami diganggu. Sampailah suatu hari, kawasan rumah kami dipenuhi dengan kereta dan lori polis yang macam untuk tangkap penjenayah tu serta ambulans. Ada beberapa orang polis cuba membuka pintu rumah jiran sebelah, tapi nampaknya pintu itu telah dikunci rapi dari dalam. Jadi pihak polis terpaksa memecah pintu tersebut. Beberapa kali cubaan akhirnya pintu itu berjaya dibuka dan pihak polis terus meluru masuk rumah tersebut tetapi tidak sampai 10 saat, mereka keluar dari rumah itu sambil muntah.

Mereka yang masuk ke dalam rumah tersebut kebanyakannya berlari keluar sambil menutup hidung dan muntah. Waktu itu aku lihat mereka mengusung satu jasad yang sudah membesar perutnya dan kelihatan perut itu sudah berulat dan hampir pecah. Kami semua yang melihat itu semua menutup hidung kerana baunya tersangat amatlah busuk . Baunya sama seperti kami hidu sebelum ini.

Kisahnya gangguan itu berlaku kepada keluarga aku, kerana jiran sebelah rumah kami itu telah mati bunuh diri kerana depression. Dengarnya tentang kerja. Jiran aku itu sudah lama tidak datang kerja dan tiba-tiba menghantar notis berhenti kerja di syarikatnya. Banyak kali pihak syarikatnya itu cuba menghantar surat ke rumahnya, tapi tidak dibalas sehinggakan mereka cuba cara lain untuk memasukkan surat itu ke dalam rumah jiran aku tu. Mereka cuba memasukkan surat di bawah pintu, tetapi pintu itu sudah diketuk dengan kayu dibawahnya supaya dapat menutup saluran udara. Jiran aku itu menutup dan memagar semua tingkap dan pintu serta membuka aircond ketika dia cuba membunuh diri .

Hampir tiga minggu dia sudah mati di dalam rumah itu. Patutlah kami selalu terhidu bau busuk itu. Tersedar ketika aku diganggu waktu malam dengan kelibat berwajah jiran aku itu serta gangguan-gangguan lain. Agaknya dia cuba memberitahu kami sekeluarga tentang dia yang telah mati tanpa diuruskan dengan sempurna. Terbayangkan wajah kelibat yang pucat dan sedih itu serta suara tangisannya yang sayu betul-betul membuat kami terkedu. Tak sangka itu caranya untuk menyampaikan mesej yang sukar kami mengerti. Walaupun dia jarang berada di rumah di waktu hayatnya dulu, dia agak peramah menegur jikalau terjumpa ibu bapa aku.

Keesokan pagi ketika aku menyidai kain di halaman rumah, aku terlihat beberapa orang sedang membawa keluar barang-barang dari dalam rumah itu. Ketika orang itu membawa tilam keluar daripada rumah, terdapat banyak kesan darah yang sudah hitam warnanya di atasnya. Memang sudah lama dia terbiar mati di dalam rumah itu. Kasihan melihat seluruh ahli keluarganya yang meratap kesedihan atas kematian itu . Sejak kejadian itu, tiada lagi keluarga aku di ganggu.

Sekian, terima kasih

35 thoughts on “Jiran”

  1. Patutnya bila bau busuk cepat2 la report polis…ni sampai 3 minggu? Tahan lak tu bau mcm tu…huu..sampai roh simati munculkan diri pun masih x wat action apa2…jadilah jiran yg prihatin ya..x kira la jiran tu kaum apa pun…

    Reply
  2. minta maaf pada penulis cerita 3am sama jiran…saya telah copy paste cerita tersebut ke dlm group fb…saya benar2 tak tahu perlu kebenaran utk share cerita tersebut skali lagi saya minta maaf

    Reply
  3. Boley plk thn smpi 3 mggu hidu bau busuk tu law kucing mati pun xde la lama cm gitu lamanye.Aq baca cite ko dari awl da boleh agk yg jiran sblh mati.Orang kalo da semggu ade bau gitu x slh nk bzbody sikit.Ni siap kna gangguan lgi kowg rilex2 je.Mayat da kembung perot bau busuk gile pun stay duduk x cary punca..x phm dgn fmly ko ni x cmpor org smpi tahan x peduli.Apa punya jiran pun aq x taw…hmmmmm

    Reply
  4. Bau mayat manusia memang busuk, selalu kita cakap bangkai kucing atau tikus busuk, tapi mayat manusia lagi busuk, aku pernah bau mayat manusia, ada 1 kejadian di kampung aku di negeri utara, budak ni kerja jual ikan, so pagi² dia akan keluar awal, tapi hari tu dia hilang, masa tu henfon bukan semua orang ada, tahun 1999 masa tu, umur budak tu pun baru 20an, seminggu dia tak dapat di kesan, ada satu hari tu orang kampung aku ni tengah sabit rumput untuk lembu dia, tengah dok syok sabit rumput dia terbau bau yang sangat busuk, parit tu agak dalam dan rumput pun panjang, dia pun pi la check, lepas tu dia nampak tayar moto separuh tenggelam, dia tak sedap hati dia balik cerita dekat orang kampung, lepas tu depa report polis, polis check sah ada mayat, moto tindih mayat tu, polis check IC dia memang betol mayat budak yang hilang tu, dah seminggu mayat tu dekat situ, aku ada la masa polis angkat mayat tu, bau memang busuk, mengikut cerita mak dia, budak tu memang dari kecik ada penyakit sawan, mungkin dia terkena sawan masa tegah bawak moto, dia eksiden jatuh dalam parit, tapi takdak orang perasan sebab masa tu awal pagi, terjawab la misteri kehilangan dia.
    Al-Fatihah buat arwah

    Reply
  5. tiba2 aku rse mcm … ermmmmmm mcm x pedulinya lahaiiiiii kejiranan sebelah menyebelah. at least alert la kan dh start bau busuk teramat sgt (bukan suruh pk bukan2) tp sbg keprihatinan.

    ape2pun x de lah nk salahkan penulis, kte x berada di situasi penulis.

    Reply

Leave a Comment