Kisah sewaktu saya pelajar foundation di sebuah universiti di Perak 5 tahun lepas tapi masih fresh in my mind. Seringkali diejek “back to the jungle” oleh ahli keluarga atau rakan-rakan apabila cuti semester sudah tamat menandakan waktunya pelajar-pelajar perlu pulang semula ke tempat pengajian. Laluan ke universiti saya ini ada juga pernah diceritakan cerita-cerita hantu dan ada juga cerita-cerita hantu famous yang terjadi di dalam kawasan universiti ini.
Berbalik ke cerita seram yang akan saya ceritakan, pada awal bulan setiap tahun, first/ second intake akan meliputi majorly pelajar-pelajar yang berdaftar untuk program asasi. Tak tahu sekarang dah berapa intake satu tahun.
Jadi, kisah ini terjadi semasa program orientasi untuk pelajar-pelajar program asasi pada tahun itu, saya merupakan salah seorang siswi baru dan innocent, no expectations made. Satu hari sebelum hari orientasi bermula setelah berat meninggalkan rumah, saya bersama keluarga telah bertolak awal pagi ke Perak. Sampai sahaja di dewan, saya terus mendaftarkan diri. Selepas mendaftarkan diri, kami terus ke blok siswi yang telah diberitau oleh fasilitator program pengaluan siswa dan siswi pada hari tersebut. Sampai sahaja di blok siswi, saya perlu mendaftar sekali lagu di bawah blok untuk mendapatkan kunci bilik.
Bilik dibuka dan saya berasa kecewa sedikit kerana mendapati bilik itu kelihatan lama tapi ia masih bersih dan tidak pula berasa pelik atau seram. Roommate pun alhamdulillah dapat yang baik-baik dan menjaga solat, sering mengingatkan untuk bangun solat Subuh walaupun dia susah untuk mendengar alarm phone kepunyaannya, jenis tidur nyenyak bunyi bising pun tak dengar.
Program orientasi dijalankan selama beberapa hari dan ia bermula pada keesokan harinya jadi saya lantas mengemas dan membaca tentatif pada hari esok untuk mengetahui dress code serta keperluan yang perlu dibawa. “It would be a great start”, terdetik di hati selepas bersiap untuk tidur.
Hari pertama dan kedua, orientasi bermula dari awal pagi sehingga ke lewat malam. Walaupun program bermula pukul 8 pagi, tetapi disebabkan kami tiada kereta dan jarak perjalanan dari blok siswi ke dewan mengambil masa lama jadi selepas Subuh, kami terus bersiap untuk ke dewan. Masih ada ciri-ciri budak sekolah yang mematuhi peraturan, kami bergegas supaya tidak terlambat untuk ke program. Tapi selepas hari ketiga, saya sangat letih dan hanya mampu balik dan tidur. Program habis pukul 12.00 pagi tetapi sampai di bilik 12.30 pagi, saya tidak ada masa lain hanya terfikir untuk tidur, tak sempat nak basuh kepala.
Malam itu saya mudah untuk melelapkan mata dan tidur dengan nyenyak sehingga tiba-tiba saya terasa ada satu pergerakan di belakang saya. Dalam satu bilik, hanya ada dua orang, jadi saya dan roommate saya. Bilik kami berbentuk petak dan dua single bed diletakkan di dinding dan bersemuka antara satu sama lain, di tengah-tengah dua katil kami adalah dua meja study. Bantal saya letakkan di kepala katil jadi jika saya berdepan dengan katil roommate, saya hanya mampu melihat sisi meja study dan roommate saya. Manakala, roommate pula berbantal di kaki katil jadi saya boleh melihat muka instead of kaki roommate saya.
Lain pula pada malam itu, seakan-akan ada orang ketiga di dalam bilik itu dan telah menemani tanpa diajak. Pada waktu itu saya dapat merasakan seperti ada tangan yang menggaru-garu belakang saya. Saya masih ingat rasa kuku/ hujung jari-jemari yang seolah-olah sedang mengurut belakang badan saya. Satu tangan sahaja seingat saya tapi berulang-ulang kali.
Jantung saya mulai berdegup kencang, ingin membuka mata, hanya sipi-sipi kerana berat mungkin kepenatan. Dari apa yang saya dapat lihat secara minima itu, saya dapat melihat katil roommate saya dan roommate saya sedang tidur. Saya bersyukur tidak ada sebarang penampakan yang tidak dikehendaki. Tetapi sebab roommate saya boleh dilihat, jantung saya makin kencang.
Ini bermaksud yang membelakangi saya adalah dinding bilik dan siapa pula muat nak ada dibelakang saya, katil single dan kecil sahaja. Saya masih merasa garuan tersebut dan saya terfikir mungkin saya yang menggaru diri sendiri. Saya cuba menggerakan kedua belah tangan saya untuk memastikan di mana ia terletak. Yang peliknya, dua-dia tangan saya berada di bawah kepala.
Setelah mengetahui yang ada benda sedang mengacau saya, lantas saya merasa mata saya berat sangat dan saya tertidur.
Keesokan paginya, saya dan roommate bangun untuk menunaikan solat Subuh. Saya tidak memberitahunya sebab takut dia akan berasa bimbang. Kami baru nak masuk empat hari disini!
Namun, ia tidak terhenti di situ.
Sekali lagi benda pelik berlaku pada pagi yang sama. Selepas Subuh, saya tertidur di atas sejadah. Sedang tidur, tiba-tiba saya terdengar sayup memberi salam “Assalamualaikum”, dan dalam mimpi saya ada sinaran putih. Mula-mula saya ingat mimpi sampai salam itu makin kuat dan seolah-olah dibisik di telinga saya dari jarak dekat. Saya terus terbangun dan dalam pada masa yang sama juga, melihat sekeliling dan mencari roommate. Roommate ada di sebelah, saya lega, tetapi dia pun tertidur.
Siapa yang kejutkan tadi?
fuhh boek la sis.. jin tu tlng kjutkn sbb maybe dy pikir krg akn telajak tydo n x smpt siap kn pape utk ari esk.. btw best la cite sis
Susunan ayat seperti sedikit berterabur. Ada ayat yang seakan berulang tapi masih boleh difahami, cuma agak kekok membace bila perkataan ‘saya’ digunakan.
6/10
ada ke bilik yang berbentuk selain dari petak?
haha..iye kan.
betol juga tu…kalau tiga segi ye lah kena beritahu.hehe
Mungkin dia pernah tidur dalam bilik bentuk heksagon kot.😂😂😂
tu la pasal..hahhaa
hahahahaha adoi ye tak ye jugak
bilik rumah dia bentuk bulat kot hahaha
Guna perkataan ‘saya’ tu boleh tapi ayat yang lain tu agak baku macam baca karangan.Awak patut lebih detail dan lebih tunjukkan lagi situasi dia.Supaya pembaca dapat feel dia.Cuba guna teknik ‘Show don’t tell’.Tanya Pakcik google.
Guna perkataan ‘saya’ tu boleh tapi ayat yang lain tu agak baku macam baca karangan.Awak patut lebih detail dan lebih tunjukkan lagi situasi dia.Supaya pembaca dapat feel dia.Cuba guna teknik ‘Show don’t tell’.Tanya Pakcik google.5/10
Guna perkataan ‘saya’ tu boleh tapi ayat yang lain tu agak baku macam baca karangan.Awak patut lebih detail dan lebih tunjukkan lagi situasi dia.Supaya pembaca dapat feel dia.Cuba guna teknik ‘Show don’t tell’.Tanya Pakcik google.3/10
AMboi haw…. 3kli haw cmment bnda sma😂😂😂
Maaf.Terspam komen.😅
hmm
Intro xpayah pjg sangat dik.
Tp keseraman tu ada.k
la camtu je citenye?adeh
gtu je???
Awat kena singkatkan cerita😫😭tngah feeling² membaca tiba² stop pulak😪