Pengalaman Mengejar Langsuir

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca di ruangan FS. Aku tergerak juga nk share cerita seram aku bersama abang-abang aku (aku yang bongsu). Selama ni aku hanya pembaca setia dalam FS. Terima kasih Admin FS kerana menyiarkan cerita aku nie.

Cerita yg aku nk kongsikan ni berlaku 9 tahun yang lalu (masa nie bujang lagi). Sebelum tu aku perkenalkan diri aku John . Memang dari sekolah lagi gelaran ni aku terima kekal sehingga sekarang.

Ok lah..kite terus pada isi pengenalan ye. Untuk makluman anda semua, aku merupakan anak bongsu dari 8 orang adik-beradik (sorang dah meninggal dunia).

Memandangkan atas aku ada 3 orang abang, jadi setiap gerak geri aku nie kadang-kadang abang aku pantau tambahan pulak kami berempat memang rapat.

Nak dijadikan cerita suatu hari lepas solat Isyak disurau, abang tam (anak ke-5/ abang ketiga) aku pulang tergesa-gesa. Beliau pun bagitaula dekat keluarga kami yang kampung kami tinggal tu diganggu oleh langsuir. Katanya lagi rata-rata penduduk kampung yang kebiasaanya selepas pulang solat Isyak disurau akan diganggunya. Kerana gangguan tersebut ramai yang tidak berani untuk ke surau lagi.

Nak kata kami nie hati kering sangat tu tak la. Tapi kalo dah terpaksa, apa pun boleh berlaku. Jadi atas perancangan yang ditetapkan oleh abang uteh (anak ke-4/abang kedua) sambil dipersetujui oleh abang tam (die nie islamik sikit), abang chik (anak ke-7/abang keempat) & aku sendiri, kami merancang untuk berjaga sehingga lewat malam. Malam tu kami berempat berjaga la sehingga lewat malam namun tiada apa-apa yang mencurigakan selama 4 malam berturut-turut.

Pada satu malam sedang kami empat beradik duduk diberanda rumah berbual-bual sambil disulami dengan gelak ketawa. Tiba-tiba, dahan pokok yang berdekatan dengan beranda rumah kami patah dengan tidak semena-menanya. Nak kata angin tiup kuat memang takde la. Abang chik aku (die nie ada belajar silat sampai tahap batin) pun bingkas bangun, die pun kemaskan la dahan tu & dibuang. Sambil die datang semula dekat ‘port’ kami, sambil tue mengomel. Aku dah dapat agak yang die mesti rasa sesuatu (sebab aku dengan die nie sama-sama belajar silat dulu sampai tahap asas kebatinan tapi die abis aku tak hihihi..) dan kami boleh berinteraksi melalui dalaman.

Kami sambung la semula berborak kali nie benda ni baling kelapa pulak dekat atas bumbung rumah. Abang chik aku dah mula naik angin tapi abang uteh dengan abang tam aku bagi isyarat untuk sabar.

Tiba-tiba semerbak bau wangi dan akhirnya bau busuk macam bangkai, abang-abang aku pun bersiap siaga seperti apa yang kami rancangkan sebelum ni. Sebelum tu nak bagitau yang kami nie sebenarnya duduk dalam keadaan gelap dan hanya ditemani pelita sahaja. Sebenarnya duduk dalam gelap nie lagi mudah dan nampak apa yang tersembunyi. Akhirnya timbulah penampakan tersebut. Benda nie pun terbanglah dari bumbung rumah aku ke pokok kelapa. Kerana jaraknya tidak berapa jauh. Kami berempat cuba ekori perlahan-lahan bende nie.

Dari pokok kelapa die terbang ke arah pokok kekabu yang jaraknya dalam 300 meter. Tanpa berlengah abang uteh aku apa lagi lastik la benda tu dengan ballbearing, yang aku bawak galah jolok kelapa tu kejar nak jolok benda tu. Sebab orang-orang lama kate, kalo dapat kain die tue pelbagai perkara boleh dilakukan (jangan percaya sangat nanti jadi khurafat & syirik), abang chik aku pulak sama-sama kejar & siap pi rakam gambar benda tu terbang. Yang abang tam aku nie die islamik sikit jadi die baca la apa-apa surah sebagai pelindung diri.

Kejar punya kejar, aku boleh terjelepok dalam parit. Yalah leka dok mendongak ke atas je. Bende tu punye laju terus tuju ke pokok kekabu. Pokok kekabu nie besar tapi kalo siang bawah pokok nie rasa redup dan menyeramkan. Nasib tak baik kadang-kadang kerengga pun tumpang tinggal dekat situ. Berbalik pada cerita tadi, aku pun bingkas bangun dan kami berempat terus tuju dekat pokok tu. Aku cuba jolok-jolok arah tempat yang di ‘Landing’ tu tapi takde ape. Setelah lebih hampir satu jam dok terconggok dekat situ kami adik-beradik pun beredar balik kerumah.

Sampai dirumah, abang chik aku buka semula video yang dia rakam tu untuk kami semua lihat. Alahai…muka die mcm hitam sebelah sambil ditutupi rambut die mcm tu la…maklum la telefon bimbit tak berapa canggih masa tu. Kemudian muka sebelah lagi nampak macam pucat dan agak menggerutu (jerawat kot??) macam tu la. Keesokkan harinya pokok tersebut kami racun hingga la pokok tu mati. Bila dah mati tu kami tebang dan bakar. Agak lama jugak ambik masa nak mati pokok tu. Lebih kurang 3 minggu macam tu. Masa kemaskan pokok tu untuk dibakar abang uteh aku jumpa botol berisi minyak berbalut kain kuning (saiz botol minyak atar-rasa minyak dagu kot??) terselit dicelah pangkal dahan yang ditebang. Entah sapelah punya kerja tu. Tapi abang chik aku dengan abang tam aku pesan jangan pegang dengan tangan dan kalo boleh hanyutkan ke sungai.

Selepas dari kejadian tu, Alhamdulillah tiada lagi gangguan mahluk tu. Penduduk kampung pun tidak ada masalah untuk pulang dari surau. Begitulah sedikit sebanyak pengalaman yang dapat aku kongsikan dekat sini. Terima kasih pada yang sudi membaca cerita nie. Mungkin tak cukup seram bagi korang tapi itu yang aku dan abang-abang aku hadapi. Sebenarnya ada banyak lagi pengalaman yang aku lalui, itu pun jika ada yang berminat dan diizinkan. Inshaa Allah. Wassalam.

-John Jenin-

28 thoughts on “Pengalaman Mengejar Langsuir”

  1. Boleh tahan kisah ang ni👍🏻👍🏻
    Family pun akrab satu sama lain.
    Ada kisah pal ilmu silat ke apa pun bleh lah share.

    Reply
  2. Penulis anak bongsu, penulis menulis beliau ada 3 orang abang (Tam-abg ke-3, Uteh-abg ke-2 & Chik-abg ke-4), siapa abg ke-3? Yang telah meninggal ke?(Al-fatihah). Gaya penceritaan yang sempoi dan bersahaja, terdapat sedikit unsur komedi (jerawat dimuka langsuir?) :D.
    6/10

    Reply
  3. jarang nak jumpa org muda yg berani cegini.. tabik spring kepada mengkome kerana telah menyelamat kan dan menjaga keharmonian org kampung. ni nampak lipas terbang pon dikata kan babi.. alahai..

    Reply
  4. mcm adik aku yg sorg tu.. pi tunggu langsuir dgn penanggal kat pokok kekabu.. xde keja.. bila cik lang kacau dia basuh pinggan tgh2 mlm, dia tinggal pinggan tu n suruh cik lang tolong basuh.. adeiii

    Reply
  5. Ini bukan korang yg seram.. ni langsuir tu balik, bercerita dgn kawan2 dia kisah seram kena lastik dgn jolok.. hahah

    Reply

Leave a Comment