Salam warga FS. Tahun lepas, aku penah tulis gangguan-gangguan yang aku alami pada tahun 2015 dan tak pernah pergi berubat. Boleh refer tajuk: Momok kain dan hantu budak.
12 Oktober 2017
Genap setahun aku berkenalan dengan Sham. Seorang anggota polis di Kuala Lumpur. Aku tak tahu, aku tak faham kenapa selepas aku kenalkan dia pada emak aku pada bulan Mac yang lepas, dia terus berubah. Mula menjauhkan diri daripada aku. Padahal sebelum ni beriya hendak memperisterikan aku. Tak sabar ingin berjumpa dengan kedua ibu bapaku. Katanya, bercinta selepas nikah lagi indah kan?
Pagi tu, aku baru selesai berubat di Darussalam. Seorang diri. Emak dengan urusan dia. Adik-adik dan abah pergi kerja. Kalau boleh, aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Aku tidak mahu mereka tahu yang aku ni “sakit”. Malam tu selepas aku mandi air limau nipis yang dicampurkan dengan air ruqyah badan aku mula sakit-sakit. Kata orang, berbisa. Lenguh satu badan macam orang tak pernah bersukan tiba-tiba bersukan. Tangan, kaki, tengkuk, bahu, pinggang, belakang badan semua sakit. Berat. Sengal-sengal.
Masa berubat tu, ustaz tu baca ayat-ayat ruqyah dan kemudian tekan dekat point-point dekat kaki dan tangan. Mak oii..sakit betul. Rasa nak menangis nak menjerit. Ustaz tu kata kalau nak jerit, jerit je. Ustaz tu cuma sentuh lembut je tapi sakitnya bukan main.
“Memang ada benda dalam badan awak ni” kata ustaz tu.
“Ustaz tahu ke benda tu apa? Orang bagi ke dia datang sendiri?” tanyaku.
“Tak tahu lagi. Tak apa. Nanti sihat la tu. Teruskan rawatan”
Dalam sakit-sakit tu, aku cuba hubungi Sham. Susah betul nak contact dia ni. Whatsapp jarang balas. Telefon selalu off. Aku call tak pernah berangkat. Sampaikan aku terpaksa hubungi ketua balai dia, baru la malam tu dia angkat call aku. Aku nak tau kenapa dia tiba-tiba menjauhkan diri dari aku. Padahal sebelum ni kami tak pernah gaduh. Aku tahu dia sayang aku. Dalam dia jarang-jarang balas whatsapp aku dia pernah cakap. Dia rindu aku, dia takut kehilangan aku. Tapi sejak dia balik kampung dia di Melaka pada akhir Mac, dia kata dia ada banyak masalah dan suruh aku bersabar. Selepas beberapa bulan, aku hilang sabar dan malam tu dia cakap dia benci aku. Dia semakin benci dengan aku.
“Awak dah janji, macam mana datang masalah sekali pun awak takkan tinggalkan saya”
“Nak ke kita kawin dalam keadaan terpaksa?” kata Sham.
“Apa yang terpaksa? Tak ada rasa terpaksa pun sebab saya memang sayang awak!”
“Ok fine. Saya tak ada pilihan lain kan. Saya kena kawin dengan awak juga kan. Kalau awak nak tunggu, awak tunggu. Tak payah susah-susah nak cari saya. Bila saya dah bersedia nanti, saya sendiri yang akan cari awak”.
Itulah kali terakhir aku dapat bercakap dengan dia. Itulah ayat-ayat terakhir dari dia. Selepas dari hari tu, aku tak hubungi dia lagi. Dia pun dah tukar nombor telefon.
3 hari kemudian..15 Oktober 2017
Rasa bisa dah mula berkurangan. Selama ni aku kerap bermimpi benda yang pelik-pelik. Selalu kena kejar. Kena kejar dengan perompak, orang jahat, orang-orang bersuit hitam macam dalam movie men in black tembak aku. Askar China tikam aku dengan pedang panjang dia. Kadang aku siap boleh terbang punya la nak lari daripada cik ponti, menyorok daripada kena kejar zombie, tiba-tiba aku boleh teleport ke London sebab hendak lari daripada hantu punya pasal.
Pernah ada suatu pagi tu aku terjaga sebab rasa macam ada orang main lompat-lompat atas katil. Aku malas nak buka mata. Aku ingatkan anak-anak buah aku main lompat-lompat. Baru aku teringat, malam tadi aku kunci pintu bilik aku macam mana la budak-budak tu nak masuk. Terus aku buka mata. Kosong. Tiada siapa-siapa pun. Cuma aku seorang diri di dalam bilik. Aku sambung tidur balik sebab aku masuk kerja tengah hari. Baru sahaja nak lelapkan mata, terasa hidung dan rambut aku dikuis-kuis. Aku biarkan sahaja. Baru nak lelap, kena tindih pula. Badan susah nak gerak. Aku cuba gerakkan jari. Dapat lepas. Seperti biasa kalau dalam keadaan macam tu aku akan baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan 3 Qul. Alhamdulillah, dapat sambung tidur lena.
Berbalik pada cerita asal. Aku dah rasa kembali sihat. Rasa bisa dah berkurangan. Aku cuba google masalah aku ni. Terjumpa satu blog dan aku nampak ada nombor telefon dia. Aku cuba whatsapp minta dia scan aku.
“Ada orang bunian suka kat awak” katanya.
Dia meminta aku datang ke pusat rawatannya di Senawang. Katanya pelalau tu datangnya daripada si bunian yang suka aku.
Apa itu pelalau?
Nama sejenis sihir yang membuatkan teruna dan dara tak kahwin-kahwin sampai ke tua. Berkali-kali bercinta tapi masih tak menjadi. Pelalau adalah satu sihir yang melibatkan jin di mana apabila kita mahukan seseorang tu, orang tu tak mahukan kita dan apabila orang tu mahukan kita, kita pula tak mahukan orang tu.
“Bila dah habis rawatan ni, ex saya akan datang balik pada saya tak?”, tanyaku.
“Tak. Takpe..nanti selepas selesai saya rawat awak, saya jodohkan awak dengan kawan saya. Tapi awak sebagai isteri kedua la”, balas perawat tu.
“Haa? Isteri nombor 2? Taknak la”.
20 Oktober 2017
Aku pergi berubat di pusat rawatan di Senawang. Adik laki aku temankan. Bawa sekali anak buah aku, Izzara. Dia pun nak kena berubat juga sebab kerap nampak makhluk halus. Boleh si Izzara ni pernah cakap, di bawah katil aku dia nampak makhluk berupa macam burung tapi bermata satu warna merah. Katanya bawah katil aku penuh dengan kulit telur. Ye, “burung” tu makan telur. Katanya kulit telur bersepah-sepah. Pada pandangan mata aku, aku cuma nampak habuk yang banyak, penuh bawah katil macam berbulan tak berkemas. Padahal masa tu aku baru vakum. Ada la dalam 2 minggu sebelum tu aku dah bersihkan bawah katil.
Selesai rawatan. Aku diminta untuk mandi limau purut. Esoknya, badan mula sakit-sakit tapi tak seteruk macam sebelum ni. Cuma lengan kanan rasa bisa macam baru angkat benda berat. Ada juga rasa sakit sikit-sikit di bahu, pinggang belah kanan, punggung dan kepala rasa berat sikit masa bangun pagi. Masuk tengah hari sakit kepala dah hilang. Perawat tu kata, kalau masih ada rasa sakit lagi maknanya gangguan tu tak habis lagi. Dia tak paksa pun aku datang lagi cuma terpulang pada aku sama ada hendak datang lagi atau tidak.
Makhluk rupa macam burung mata satu yang Izzara nampak tu, katanya daripada jenis jin ifrit. Wallahualam. Tak tahu betul ke tak. Aku dengar je apa yang dia cakap.
Tadi Izzara ada check bawah katil aku. Dia kata “burung” tu dah tak ada dah. Cuma yang tinggal “kulit telur dan semut”. Apa yang aku nampak, habuk je. Kulit telur tak ada, semut pun tak ada.
Makin pergi berubat, makin dia galak kacau aku. Mengamuk ye sebab nak buang dia. Seminggu selepas tu aku perasan ada satu lebam besar dekat lengan kanan. Lebih kurang sebesar duit syiling 50 sen. Siap ada kesan cakar di tengah-tengah lebam tu. Bila tekan dekat lebam tu, tak ada rasa sakit langsung. Seingat aku, aku tak ada langgar apa-apa benda sehari sebelum tu.
Kena tindih masa tidur tu tak usah cakap la. Memang kerap sangat. Setiap malam sebelum tidur aku wajib baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan 3 Qul. Kalau tak, confirm kena tindih.
Ada suatu malam tu, aku terlupa baca surah-surah tersebut sebelum tidur. Nah, aku rasa tangan aku bergerak sendiri. Terangkat sendiri makin lama makin tinggi. Aku tak boleh control. Kalau orang nampak, apa aku buang tebiat masa tidur angkat tangan? Mesti orang ingat aku mengigau. Tak. Aku tak mengigau. Aku terjaga sebab aku rasa tangan aku bergerak dalam keadaan kebas.
Aku cuba control tangan aku. Bila dah dapat dan tangan pun dah hilang rasa kebas. Apa lagi, baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan 3 Qul. Dapat tidur lena sampai ke pagi.
2 November 2017
Appointment aku di Darussalam adalah setiap pagi hari Khamis. Seperti biasa, rawatan dimulakan dengan meruqyah pesakit di dalam sebuah bilik kecil. Ada lebih kurang 4 orang pesakit termasuk aku. Masih lagi terasa sakit bila dia picit di point-point dekat kaki dan tangan. Tapi kali ni ustaz tu baca ayat-ayat Quran sambil pegang ubun-ubun kepala aku
“Sakit!! Sakit ustaz macam rasa kena toreh-toreh”.
“Mana ada saya buat apa-apa. Haa..pegang sikit je. Sentuh lembut je ni”.
“Awak selalu marah-marah ke? Cepat meradang?”
“Ye ustaz”.
“Oo..kau duduk kat atas kepala Safiyyah ye. Kau nak buat apa kat Safiyyah? Pergi la..jangan kacau dia” kata ustaz tu.
Dia tekan dan sapu di kening aku.
“Ada rasa sakit?”
“Tak”.
Kemudian di belakang telinga pula.
“Ada rasa sakit?”
“Tak”.
“Biasanya jin tu duduk dekat 2 tempat ni. Di kening untuk menipu pandangan orang. Mungkin kita akan nampak hodoh@cantik. Di telinga, dia membisikkan sesuatu kepada kita. Di kepala, dia control perbuatan kita..minda kita. Tu yang awak suka marah-marah tu. Mungkin sebab awak suka marah-marah la boyfriend awak tu lari”
Baru aku teringat. Bila aku whatsapp dia dan dia tak reply, aku mengamuk macam orang gila. Ugut, cakap yang bukan-bukan macam orang psiko pun ada. Esoknya bila dah waras, aku mintak maaf. Rasa macam tak percaya pula aku pergi maki hamun dia. Esok lusa aku maki hamun lagi kalau dia lambat balas whatsapp atau cuma read je. Minta maaf balik. Macam tu la berulang-ulang sampai dia block aku di whatsapp.
Esoknya, hari Jumaat. Sempat aku berdating dengan Bf baru – Shahril seorang cikgu di Shah Alam. Tak baru pun, ex bf lama datang balik selepas setahun menghilangkan diri. Aku ingatkan aku dah ok.
Hari Khamis depan tu hari terakhir aku berubat di Darussalam. Rasa macam dah tak ada apa-apa lagi. Aku dengan Shahril pun ok. Hujung minggu tu Shahril balik kampung di Johor Bahru. Sekejap je untuk jenguk orang tua. Ahad tu dia balik KL balik.
12 November 2017
Sesampai je dia di KL Ahad malam tu, aku dah mula demam panas. Mujur Isnin keesokkan harinya aku tak bekerja. Badan berat, tak boleh bangun. Tak larat dengan kepala sakit lagi. Aku cuma terlantar di katil je sepanjang hari. Tak pernah tau aku demam sampai rasa sakit badan macam ni. Tiba-tiba aku teringatkan si dia.
“Apsal dia ni senyap je. Tak whatsapp aku pun”
Aku pun whatsapp la dia tanya khabar. Dia pun cakap dia demam panas. Sama seperti yang aku alami. Tak larat nak bangun, badan sakit-sakit.
Selepas sehari dua. Demam aku dah kebah. Badan pun dah tak sakit-sakit lagi. Aku ni demam ke, tak demam ke, kepala sakit ke, badan sakit ke aku tetap pergi kerja. Pekerja cemerlang la katakan. Tak pernah ambil MC pun. Kali terakhir aku ambil MC tahun 2011. Tu pun sebab badan dah panas sangat doktor tak bagi pergi kerja. Dia bagi MC dan suruh berehat di rumah.
Shahril? Demam tak kebah-kebah. Masih macam tu juga. Tak larat nak bangun. Tak pergi kerja. Tak pergi klinik. Aku pula tak tahu rumah dia di mana di Shah Alam tu. Berminggu-minggu dia macam tu sampai awal bulan Disember dia ambil keputusan untuk pindah balik ke kampung dia. Duduk terus di JB dan aku kehilangan dia lagi. Dia terus tak contact aku selepas dia balik ke kampung.
Selepas Shahril lenyap ditelan bumi aku semakin rapat dengan ofismate aku, Haqim. Dia sudah berkahwin, ada 3 orang anak. 2 orang lelaki dan seorang perempuan. Aku pun tak tahu sejak bila aku mula rapat dengan dia. Ofis kami di Bangsar. Sebenarnya ofis aku tak jauh pun dari balai tempat Sham kerja. Dalam 200 meter je.
Mula dulu aku cukup menyampah dengan Haqim. Masa aku mula ada masalah dengan Sham pada bulan Mac dan April tahun 2017, dia kerap whatsapp-whatsapp aku. Aku menanti whatsapp daripada orang lain tapi lain pula yang datang. Masa hari jadi aku pada bulan April pun Sham buat tak tahu je. Wish pun tak, reply whatsapp pun tak. Senyap je. Tau-tau je dia suruh aku bersabar sebab katanya dia tengah ada masalah.
“Fie, apsal muram je ni. Nahh..hadiah untuk awak. Awak ingat saya lupa ke birthday awak” kata Haqim.
Dia hadiahkan aku 2 helai selendang. Satu warna krim, satu warna peach. Cantik. Aku muram bukan pasal Haqim tak bagi hadiah tapi sebab buah hati mendiamkan diri. Memang hati tak tenang masa tu.
Haqim pula makin hari makin rajin whatsapp aku walaupun hari-hari depan mata. Meja dia depan meja aku je. Sampai ke tengah-tengah malam pun whatsapp aku juga nak berborak-borak. Aku rasa kurang selesa sebab dia suami orang. Sampai satu tahap, aku malas nak balas whatsapp dia. Siap mute lagi. Buat-buat tak nampak. Kalau nak cakap soal kerja aku ok lagi tapi ni tak. Saja nak berborak.
Lagi pun aku tau dia ni playboy. Aku dengar dia selalu berborak dengan bestfriend dia cakap pasal perempuan. Kawan-kawan aku pun gelarkan dia otak bocor. Tak betul sangat dia ni. Suka show off macam dia la yang hebat. Beli benda mahal-mahal, layan yang branded-branded je padahal gaji bukan tinggi mana pun.
“Fie, kau hati-hati dengan dia ni. Takut dia rogol kau kang” kata Nori kawan baik aku merangkap adik angkat aku. Keluarga aku dah anggap dia macam anak sendiri.
“Jangan nak cakap kau suka dia” sambung Nori lagi.
“Ehh..mana ada. Sikit pun aku tak ada perasaan kat dia”.
Ye, aku memang tak terfikir langsung masa tu untuk jatuh cinta dengan laki orang yang playboy sorang ni. Sebesar zarah pun tak ada perasaan sayang tu.
“Aku takut dia main-mainkan kau je. Dia tu kan playboy” kata Nori.
“Aku lagi risau semua benda yang dia selalu bagi macam tudung, belanja makan, aiskrim, coklat benda-benda tu semua tak ikhlas. Kang tak memasal dia suruh bayar balik”, kata aku kepada Nori membawang pasal Haqim tanpa sedar Haqim sebenarnya duduk di meja dia. Tah dia dengar ke tidak.
Tiba-tiba Haqim bangun dari meja dia, berlalu pergi.
“Eh..dia ada kat tempat dia”
“Biarkan dia dengar” kata Nori.
Hari berganti hari, Haqim tak cakap apa-apa pun pasal apa yang kami borakkan hari tu. Dia pun nampak ok je ceria setiap hari. Masih gigih whatsapp aku setiap hari hendakkan perhatian daripada aku. Aku tak pernah cerita masalah gangguan yang aku alami pada dia. Apatah lagi cerita masalah aku dengan bf aku pada dia. Aku pun tak tahu kenapa secara kebetulan, kalau ada training ke, aktiviti ofis ke mesti satu kumpulan dengan dia. Kadang terpaksa partner dengan dia lagi.
Satu hari..
“Macam mana dengan gangguan tu? Ada lagi? Boyfriend ok tak? Aku ada jugak tolong sikit-sikit”
“Aku dah putus dengan dia. Lepas dia balik JB dia tak contact aku dah. Ko ada tolong aku?”
“Ada la aku refer dekat pakcik Tahir depan rumah aku ni kat Kuala Selangor. Ada ayat-ayat dia untuk di amalkan”
“Aku nak ayat tu”
“Alaa..tak ingat la. Ada kat rumah kat Kuala Selangor. Nanti aku bagi”
Esok..lusa..aku tanya lagi minta ayat tu. Tapi dia asyik lupa je.
“Pakcik Tahir kata, ayat tu dah tak lut untuk kau dah. Berat jugak masalah kau ni”
Kami makin rapat. Tak cukup berwhatsapp dia dah mula kerap ajak aku keluar. Setakat pergi beli makan dekat area ofis je. Nak borak dalam ofis, ramai mata yang memandang. Ye la, dia laki orang. Masa tu aku ikut dia pun sebab nak bincang pasal nak pergi berubat ni.
“Awak nak kahwin tak?” tanya Haqim.
“Mesti la nak. Kenapa?”
“Sabar..jodoh on the way..”
Seperti biasa, dia memang sentiasa whatsapp aku 24 jam. Tak lekang. Pagi, petang, siang, malam. Tapi malam ni lain sikit.
“Kawin dengan aku la Fie..boleh tak?”
“Kau dah kawin”
“Akak ok jer. Nak tak Fie..jom lahhh”
“Akak mana kata ok?”
“Bini nombor 1. Benda baik tu”
“Konfem ke dia ok? Tipu..mana ada perempuan nak”
“Akak ok lah. Cakap..tak mau percaya”
“Tak ada perempuan kata ok”, bentak aku lagi.
“Yang ni memang ok. Sangat ok. Dia yg bagi cari satu lagi. Sumpah”
“Kenapa dia bagi pula? Mana ada perempuan suka-suka bagi cari satu lagi”
“Tu jangan tanya kenapa. Kalau dia boleh memahami. Awak lebih lagi memahami”
21 Disember 2017
Aku cuti hari tu tapi aku datang awal sikit buat overtime sambil menunggu Haqim dan kawan baik dia, Khairil habis waktu kerja. Petang tu dalam pukul 6.30 kami gerak ke Kuala Selangor dengan menaiki kereta Khairil. Dalam perjalanan lepas daripada tol je, tangan kanan aku dah mula berat. Aku biarkan je.
Nak dekat pukul 8.30 malam juga la kami sampai di rumah Pakcik Tahir. Asalnya janji pukul 8 malam. Jalan sesak, hujan lebat lagi tu yang lambat sikit. Aku ditemani ibu Haqim.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam” di jawab oleh Makcik Long, isteri Pakcik Tahir sambil membuka pintu.
“Baru sampai ke?”
“Ye makcik. Lambat sikit. Jalan sesak tadi. Hujan lebat lagi” ujarku.
“Pakcik kau ni ha, dari tadi dok dengar orang bagi salam. Tengok luar..tak ada orang pun. Masalah berat jugak kau ni”
“Pakcik kau tu kalau tengah handle masalah berat, telinga dia dok dengar orang bagi salam je. Haa..masuk lah” ujar Makcik Long lagi
Sambil menunggu Pakcik Tahir bersiap-siap. Kami semua berkumpul di ruang tamu. Berborak, berkenalan.
Sedang berborak tiba-tiba terdengar orang bagi salam. Sayup je dengar hujung-hujung. Kami berpandangan sesama sendiri.
“Haqim, kau tengok siapa yang datang tu” kata ibu Haqim.
Tanpa berkata sepatah apa pun, Haqim menurut arahan ibunya. Lama dia menjenguk di luar. Ada la dalam 10 minit. Lepas tu dia masuk rumah.
“Ada orang datang ke?”, tanyaku
“ Tak ada”
Pakcik Tahir pun datang dan kami mulakan sesi rawatan. Dia tanya nama penuh aku. Tulis dalam buku catatan dia.
“Hari ni kita scan dulu. Tengok ada “benda” tu ke tak. Kamu nak kena rasuk? Penah kena rasuk tak?”
“Tak pernah dan tak nak kena rasuk pun”
Sesi scan pun bermula. Aku diminta bertenang, kosongkan fikiran, duduk bersandar di sofa, tutup mata dan berzikir dalam hati. Jari telunjuk kanan diminta angkat seperti duduk di antara 2 sujud
“Jikalau ada jin dalam badan dia, diminta semua berkumpul di jari telunjuk kanan dia dan jatuhkan jarinya”
Jari aku tak jatuh cuma ada sedikit gerak ke bawah. Degil ye. Kita cuba cara lain. Sama seperti tadi cuma aku diminta duduk tegak di sofa tak boleh menyandar.
“Jikalau ada jin dalam badan dia. Maka tidurlah. Tidur..tidur…tidur..Bergerak lah ke belakang menyandar. Tidur..tidur…tidur..”
Makin lama, badan aku bergerak ke belakang sendiri hampir-hampir menyandar. Tetapi terlalu perlahan pergerakkannya. Sedikit demi sedikit.
“Ok sekarang ni pakcik nak kamu angkat tangan. Luruskan ke depan. Tutup mata, berzikir dalam hati”
“Jikalau ada jin dalam badan dia. Maka semua berkumpul di tangan kanan dia dan jatuhkan”
Tangan kanan aku terasa berat. Sikit demi sedikit aku rasa tangan kanan aku bergerak ke bawah. Menjatuh, mengikut arahan Pakcik Tahir tadi. Bila aku buka mata je, tangan kanan dah jatuh separuh daripada tangan kiri tadi.
“Pakcik tak tahu apa yang ganggu anak ni. Saka ke atau jin tu datang sendiri ke. Tapi yang pasti..jin tu ada. Degil pula tu”
Sebelum balik, Pakcik Tahir ajarkan aku Surah At-Takwir ayat 17 dan 18. Dan juga surah Asy Syu’ara ayat 80. Amalkan setiap hari sebanyak mana yang mampu. Mana tau mampu “melembutkan hati” jin tu supaya pergi. 2 minggu lagi datang balik.
Kereta keluar je dari perkarangan rumah. Ada seorang kenalan wechat aku mesej. Mubin namanya. Dia ni pun pernah kena gangguan suatu ketika dulu tapi sekarang dah sihat. Kami jadi rapat pun sebab berkongsi pengalaman pasal gangguan ni.
“Kau dah pergi berubat ke?”, tanya Mubin.
“Macam tau-tau je kan. Aku baru je selesai ni. On the way nak balik. Dalam kereta lagi ni”
Dahsyat dia ni. Aku tak bagi tahu dia pun yang aku pergi berubat ni. Macam mana entah dia boleh tahu.
“Tadi jin kau datang kat aku. Dia cakap, dia sayang kau. Alah..jin muslim ni”
“Macam mana tau dia muslim? Macam mana kau tahu? Kau cakap dengan dia?”
“Tah..aku agak je kot sebab dia bagi salam. Kami bercakap dalam hati. Susah nak aku terangkan”
Aku bagitahu hal ni pada Haqim. Haqim pun buka cerita pasal orang bagi salam di rumah Pakcik Tahir tadi. Tak ada orang pun. Cuma nampak lembaga hitam tinggi. Katanya jin aku, nak masuk rumah tak boleh sebab mungkin Pakcik tu dah “pagarkan” rumahnya. Terpulang la pada aku sama ada hendak percaya atau tidak.
Esoknya Haqim whatsapp aku.
“Masih ingat lagi pada orang tak?” tanya Haqim
“Masih la”
“Masih? Macam makin menipis je”
“Tak la, masih sama lagi”
Risau betul si Haqim. Dia takut aku dah lupakan dia selepas berubat. Dia takut aku tak sayang dia lagi. Katanya kalau selepas ni aku dah tak rapat dengan dia, dia tetap sayang aku.
2 Minggu berlalu..
7 Januari 2018
Hari ni kali kedua aku berubat dengan Pakcik Tahir. Sehari sebelum tu, isteri Haqim serang aku di whatsapp. Habis segala carutan dan makian aku terima. Haqim dah berterus terang dengan isteri dia berkenaan aku. Itu pun atas permintaan aku sebenarnya. Kalau Haqim betul ikhlas hendak memperisterikan aku, aku minta dia beritahu kepada isterinya dan ibunya. Aku tak mahu sorok-sorok. Aku tidak mahu jadi perempuan simpanan.
Seperti sebelum ni, Pakcik Tahir scan aku guna cara yang sama. Tapi kali ni tak ada tindak balas langsung. Aku rasa jin tu mesti dah lari awal-awal sebab tahu ini kali terakhir aku berubat. Walaupun begitu, Pakcik Tahir masih meneruskan rawatan dengan “menyembelih” jin tu. Katanya jin tu degil sangat. Jadi dia terpaksa sembelih jin tu. Jauh dalam sudut hati aku, aku tahu tak ada apa pun yang pakcik tu sembelih.
Tamat sudah sesi rawatan aku.
harini xde cite baru kee haihhh pishang nihhh
bosan gila cerita kau. kau ni bodoh ke nak kawin dgn laki org .nanti biar perempuan lain amik laki kau pula
Mulut tu takleh jage eh ? Cakap elok2 boleh kan ?
halamak…kalo x best,skip je lah.yg nak pi baca lagi dah kenapa?terasa bagus dah ke buat cerita sendiri.And kalo dia nak kawin ngan laki org pon apa masalahnya?hidup dia.biar dia tanggung lah.bukan susahkan hidup ko..kenal pon tidak..org x kenal dia berani lah ckp macm x de otak hayoyoyo.haishhh
Ni citer popuan gatai nk
Hahaha.. Yg trigger nk kawen ngn laki org tu msti laki die pun mcm tu jgkk..
Tp no offence, hambar sikit la.. Ntah nk cite psl jin ke psl ex bf.. Hurmmm
yg trigger nak kawin ngan laki org,mesti laki dia cemtu jugak?x paham dik.dah ada laki,nak kawin lagi buat pe hahahaha
ramai btol laki..adeh
Dari citer ni aku mcm bole baca siapa yang cuba mengenakan penulis ni.