Rokok

“Siapa yang baling semula puntung rokok tu ke dalam tandas?? Kisah misteri ini aku pendam sendiri. Sungguh. Ianya buatkan aku hampir demam.”

Salam admin dan warga FS. Terima kasih kerana sudi menerbitkan cerita saya yang tak seberapa ni.

Aku ni boleh dikatakan seorang yang agak tegar hisap rokok. Ada juga bercita-cita untuk berhenti merokok. Tapi selalu tertangguh. Kisah seram ini buatkan aku berasa insaf. Sekarang masih merokok cuma dah kurang sikit.

Ada satu malam tu, aku dan isteri pulang ke kampung dan sampai agak lewat. Kami tiba sekitar jam 11 malam. Ahli keluarga isteri aku ni semua jenis tido awal. Jadi sewaktu kami tiba memang masing-masing sudah baring di bilik. Rumah kampung isteri aku ni mempunyai laman yang agak luas dan dikelilingi pokok kelapa sawit. Waktu malam keadaannya sangat gelap dan sekadar mengharapkan samar2 lampu dari beranda.

Kebetulan waktu itu isteriku masuk ke rumah terlebih dahulu kerana ingin ke tandas. Maka, tinggal lah aku keseorangan di luar membetulkan kedudukan parking kereta. Rumah jiran sebelah agak jauh. Kalau pikirkan perasaan takut, nak parking kereta berseorangan pun agak cuak. Tapi malam tu aku bersahaja dan tiada berperasaan pelik.

Sebelum masuk ke rumah, perangai aku ni suka ambil angin malam sambil menghisap rokok sebatang dan duduk di bangku di halaman rumah. Isteri aku pula bila dah masuk rumah sengaja buat-buat lambat sebab tak nak membantuku mengangkat beg dari kereta.

Dalam jarak 7 meter dari bangku, terdapat sebuah buaian besi yang bapak mertuaku beli yang diletakkan di halaman rumah. Buaian ini agak berat dan sukar untuk berbuai dengan sendiri melainkan angin ribut yang sangat kuat yang menolaknya.

Sedang asyik melayan asap rokok sambil menghadap talifon, tiba-tiba kedengaran bunyi geseran karat engsel buaian yang menandakan ianya sedang dibuai! Aku yang pada ketika itu sedang duduk lantas berdiri dan terus terkejut. Kelihatan buaian itu bergerak perlahan tanpa kelibat sesiapa! Goyangannya agak menyeramkan!
Niat nak meneruskan hisap rokok terus tergendala. Aku terpaksa membuang rokokku itu dan terus mengangkat beg masuk ke rumah.

Dalam rumah mertua aku ni ada seekor kucing yang dibela oleh adik iparku. Saat aku memasuki rumah, lagi sekali aku terkejut melihat kucing itu duduk di hadapan pintu bilik sambil memerhatikan gerak geriku. Namun, apa yang buatkan aku jadi seram, pandangan mata kucing itu adalah di atas kepalaku. Lantas, aku memberanikan diri membaca bismillah dan memberikan salam padanya. Dengan tidak semena-mena, kucing itu beralih pandangan dan terus berlalu pergi.

Malam itu perasaan aku rasa lain macam. Cuma masa tu aku malas nak bercerita pada isteriku. Sedangkan beliau pernah bercerita rumah keluarganya ini agak “keras”. Cuma selepas “dipagar” tiada lagi perkara atau benda pelik berlaku.

Seusai solat isyak, perut aku meragam seperti petanda nak membuang air besar. Mujur bilik kami ni memang terdapat tandas di dalamnya. Jam ketika itu sudah pun menunjukkan pukul 1 pagi. Perangai aku ni bila nak membuang pun aku akan tetap bakar rokok. Bagi aku rokok ni bertindak sebagai pelawas.

Kalau korang tahu kebanyakan dinding tandas di kampung mesti ada ‘ventilation block’. Iaitu batu blok berlubang yang ditelakkan di dinding. Tujuannya supaya angin dapat keluar masuk dan tidak terperaplah bau-bauan di dalam tandas. Suasana sangat hening dan sunyi. Setelah selesai,dengan selamba aku mencampakkan puntung rokokku melalui celah lubang dinding tandas itu.

Dan pada ketika aku sedang menyarungkan tuala dan ingin keluar dari tandas, secara tiba-tiba puntung rokok yang aku buang keluar tadi telah dicampakkan semula ke dalam!

Aku yang sedang terkejut dan dalam keadaan panik terus membuka pintu tandas dan baring ke katil. Tanpa berfikir panjang aku terus berselubung di dalam selimut. Aku beristighfar sendiri. Aku tak nak tahu apa yang berlaku apatah lagi ingin menoleh ke tandas semula. Mulut aku gagap membaca ayat kursi. Isteri aku yang tidur disebelah waktu itu langsung tidak sedarkan diri. Aku sekadar baring berselubung, diam dan terus memejamkan mata. Jantung aku berdegup kencang dan berasa cemas.

Keadaan sunyi seperti sediakala. Hanya kedengaran bunyi cengkerik di sebalik dinding bilik kami. Aku akhirnya terlelap sendiri..

Cerita misteri ini aku biarkan dalam ingatanku tanpa bercerita pada sesiapa. Aku menganggap ianya sebagai pedoman untuk aku berhenti merokok. Malah sehingga ke hari ini kejadian itu masih menjadi tanda tanya. Syukurlah aku tak diganggu dengan teruk.
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

ArifJumat
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

13 comments

  1. “Isteri aku pula bila dah masuk rumah sengaja buat-buat lambat sebab tak nak membantuku mengangkat beg dari kereta.”

    HAHAHAHAHA!

  2. Gaya penceritaan yang ‘slumber’ dan bersahaja. Beri salam pada kucing, tapi tidak semasa masuk rumah? Hahahaha. Ada sedikit unsur seram di bahagian buaian besi tersebut berayun sendiri meskipun berat, namun tiada siapa dan angin yang menghayunnya.
    7/10

  3. Haha mungkin ada mangkuk hayun kaki sekodeng time tu igtkan nak sekodeng bini kau tp skali kau yg memerot mn dia x hangin..😂

  4. Biar nmpk bodoh jgn betul2 bodoh,biar nmpk pndai jgn bt2 pndai ,biar mulut busuk jgn HATI BUSUK..kalau takut dilanda OMBAK jgn brrumah ditepi PANTAI…email sahaja…PASTI SAMPAI..IC sahaja Islam…Hati KAFIR..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.