Jiran Shah Alam

Salam Fiksyen Shasha.
I just wanna be known as Lana. Kisah aku ini terjadi pada aku dan keluarga ku dalam more or less 5 tahun lepas.
Kisah ini terjadi semasa aku dan keluarga masih tinggal di Shah Alam.
Mama ku adalah seorang suri rumah tangga yg mana dia ni bukan jenis suka keluar membawang dengan jiran jiran tetangga sebab faktor
kesihatan dia. Dia keluar rumah pagi jemur baju, petang keluar angkat baju then that’s it. Jiran jiran sekeliling rumah mostly orang melayu kita.

That was not a problem until…

Ada satu hari ni, adik bongsu aku mula terdengar benda benda pelik kat dalam rumah kami. Dengar ada orang lari lari dekat tingkat bawah rumah bila malam, nampak kelibat lah, tapi lebih banyak bunyi bunyian daripada nampak kelibat.
Mama aku ada kalanya terdengar ada orang panjat katil masa siang hari sedangkan dia ada dok elok dekat tingkat bawah tengok tv, masak, berkemas. Pada awalnya kami macam biasalah, ignore, abaikan. Sebab rasa masih lagi boleh handle.

Mama aku suruh semua orang hari hari baca Yassin, hari hari kena solat di rumah. Tapi masih keluarga aku mengalami benda benda macam ni especially mama dan adik bongsu ku sebab mereka yg akan mostly ada dalam rumah siang hari.

Sampailah satu hari ni, ayah aku mula hilang sejumlah duit.
Mula mula dalam jumlah yg sikit, contoh RM10, RM20, duit yg jenis sekeping sekeping. Kadang kadang ayah aku cakap seringgit pon lesap!

Masa tu kitaorang semua dah mula rasa sesuatu. Tapi, masih steady lagi. Kental betul hati family aku time tu. Aku jarang ada kat rumah sebab tengah kerja part time dekat mall berdekatan rumahku. Ayah aku apa lagi, mula lah tanya and tuduh anak anak dia, bukan tuduh tapi lebih kepada bertanya. Ayah aku mula tanya bila ada satu hari ni, dia hilang almost RM500 dalam seminggu!

Memang takdelah antara kitaorang tiga beradik yg ambik sebab Alhamdulillah walaupon hidup kami ni tak lah senang, tapi cukup duit lagi nak makan lepak mamak and takdelah sampai nak mencuri! So bila takde orang mengaku tu ayahku lupakan perkara tu and dia anggap yg dia missplaced putting his money kat tempat lain. Tapi kami masih diganggu dengan bunyi bunyian. Mama ku dah kerap dengar orang main biji guli bila siang hari sedangkan dia sorang jer yg ada kat rumah time time cemtu.

Akhirnya, kami ambil keputusan untuk mula cerita pada salah seorang Uncle terapat keluarga ku yg dikurniakan oleh Allah ada kebolehan untuk membantu masalah yg macam ni dan aku panggil dia sebagai Uncle. Aku ceritakan satu persatu apa yg terjadi secara draft dan minta jasa baik dia untuk membantu kalau boleh. Setelah beberapa hari, Uncle pon contact aku semula dan mengatakan, “minggu ni free? Uncle nak datang rumah”.

Tiba hari Uncle datang, dia pon masuk rumah, borak borak dengan ayah ku dan kami semua. Kami ceritakan balik apa yg kami alami
sepanjang sebulan dua tu. Then Uncle cakap,
Uncle : Ada orang menghantar benda ni.
Mama : Benda apa?
Uncle : Budak kecik.

Lepastu kitaorang semua tersenyap dalam beberapa saat sebelum ayah bersuara;
Ayah : Toyol?
Uncle : Senyum

Uncle ni boleh senyum dalam saat saat genting cemtu! Aku dengan adik adik dah duduk rapat rapat dengan Uncle tu. Aku mengaku minat dengan cerita mistik mistik ni tapi bila ada orang menghantar benda kat rumah kita, mestilah atas sebab yg si polan tu iri hati dengan keluarga kami. Betul?

Sesi berubat tidak lama, hanya dalam 30 minit – 45 minit. Uncle berjalan satu rumah dari tingkat atas sampai bawah sambil tabur kacang hitam. Uncle cakap kena tabur kacang hitam satu rumah selama seminggu dan tak boleh sapu rumah sepanjang tempoh itu. Uncle cakap lagi, dia hantar banyak jugak tapi semua tak degil untuk ikut Uncle keluar. Kau rasa kalau diaorang degil kitaorang kena pindah rumah ke? Aduh parah! Uncle bawak “mereka-mereka” tu keluar dengan dia sekali and nak buang somewhere tapi selepas Uncle minum dan jamu sikit
juadah yg mama masak.

Masa makan makan tu mama tanya Uncle,
Mama : Taknak tanya sebenarnya sebab mesti takkan jawab. Tapi nak cuba nasib je. Siapa yg hantar?
Uncle : (senyum and senyap lama gak sebelum dia jawab). ada orang dedekat sini jugak.
Mama : Jiran ke?
Uncle : Selang 2, 3 buah rumah dari sini.

Dang! Semorang tersenyap and aku rasa dengan ayah ayah aku sekali tersentap dengar. Tapi setakat itu jelah yg kami tahu. Whether row belah kiri (which macam mustahil sebab ade 2 rumah sahaja), atau row belah kanan rumah kami yg sebenarnya kami boleh agak siapa……

Part last sekali Uncle cakap, “dia baru nak cuba cuba, so dia hantar yg anak anak nya sahaja. Kalau boleh lepasni kalau ada yg hantar makanan, sebolehnya jangan makan.”
Dang!

Sejak peristiwa ni, aku jadi seorang yg sangat penakut. Pantang bunyi sikit aku dah berlari kat mama aku. Dasar toyol durjana!!!

Maaf kalau cerita aku tak setanding dengan cerita seram yg lain. Tapi kalau ade yg membaca, hari lain aku akan ceritakan tentang roomate ku masa belajar di UiTM dulu di mana dia boleh nampak benda benda mistik ni!

27 thoughts on “Jiran Shah Alam”

  1. Org sekarg nk senang antar toyol jek…bru ank2 jek aje dia ckp..mak bapak atok nenek pun mesti ada.. Masyaallah…moga yg pendajal tu cepatlah bertaubat..
    Nice story…teruskn cerita..

    Reply
  2. Boleh sy tau kenapa pindah Dan bila? Pindah sbb tak tahan diganggu ke? Jiran dpt agak tak yg keluarga penulis dh tau yg diorg yang hantar?
    Mcm2 jenis manusia 😓 mntak jauh dpt Jiran mcm tu.nauzubillahhiminzalik

    Reply
  3. Melayu dengki sesama sendiri. Tkboleh tgk bangsa dia senang. Terus iri hati. Teruk perangai. Semoga keluarga penulis dlm lindunyanNya.

    Reply

Leave a Comment