Kenangan Ketika Sambung Belajar (PART 1)
.
Hi assalamualaikum. Panggil je aku Bulan. Terima kasih kepada admin kalau cerita aku disiarkan. Okay, kita terus kepada tajuk kita harini iaitu Kenangan Ketika Sambung Belajar. Tajuk macam cliché sgt kan? Haha. Btw nak beritahu cerita-cerita semua ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Nak percaya atau tidak, terpulang.
Kebanyakan benda seram yang aku alami adalah ketika aku sambung belajar di salah satu universiti yang berada di kawasan Cyberjaya. Kat cyberjaya ketika itu masih tak banyak lagi bangunan-bangunan sebab masih dalam proses pembikinan. Jadi, tempat semak-semak masih banyak. Kawasan pun sunyi.
Ok terus kepada cerita, haa aku tinggal di sebuah bangunan kondo warna oren (orang cyberjaya akan tahu bangunan apa) . Pelajar-pelajar yang belajar di U aku ni ditempatkan di bangunan B. Setiap rumah diletakkan sebanyak 12 orang dalam tu. Kiteorang batch keempat duduk satu tingkat je. BTW, Aku yang paling tua dalam rumah. So diorang panggil aku kakak & secara automatic aku ditugaskan untuk menjadi ketua rumah. Oh lupa nak bagihau, rumah aku ni depan lift. Maksudnya, keluar lift je boleh nampak rumah aku. Berhampiran lift pulak ada tempat letak sampah. So korang boleh bayangkan tak, lift lepastu ada tempat sampah pulak haa. Dalam bahasa pasar dia, kawasan laluan jin lah (dapat tahu lepas ustaz bagitahu, akan diceritakan di PART 2 ini) .
Awal-awal duduk rumah tu memang okay, takde pape jadi. Sebagai ketua rumah, aku kejut diorang bangun subuh, paksa solat, kalau balik malam aku suruh diorg baca ayat Qursi dulu sebelum masuk rumah. Kami semua macam happy duduk situ.
Lama-lama, keadaan berubah. Hal ni semua start apabila budak rumah sebelah ‘terlanggar’ benda tu ketika nak pergi ke kelas. Kebetulan pula beberapa hari selepas tu member lelaki pulak ‘tertangkap’ gambar benda tu & diorang sebarkan dalam group. Benda tu marah, jadi dia kacau budak-budak ni. Dah la kawan aku ‘terlanggar’ benda lain, lepastu datang lagi benda lain mengamuk . So macam bergabung meletup kebabom gitu! Memang kecoh gila tempat aku belajar tu dengan histeria sana sini. DI SINILAH BERMULA SEGALA KEJADIAN SERAM…. aku bahagikan kepada beberapa cerita ya. Kalau tak sempat nanti aku sambung PART 2 pulak ye.
– ‘BENDA’ TU YG MAKAN AYAM
Pengalaman ni yang paling aku takboleh lupa. Ok time tu memang kecoh budak-2 kena histeria dekat kawasan U. Lepas dah penat tolong sana-sini, kiteorang pergilah lunch ramai-ramai kat cafe. TAPI, aku macam tak sedap hati tau. Kawan aku ni pulak (aku letak nama dia Kaka) beritahu yang dia rasa macam tak sedap badan. Sebenarnya dari awal nak ke kelas dia rasa tak sedap. Tapi kiteorang suruh dia buat tak layan je.
Ok lepas dah beli makanan, kiteorang duduk ramai-ramai, lepastu bacalah doa makan. Aku perasan si Kaka ni terus makan je tak baca doa pun. Aku buat bodoh je tapi dalam hati dah rasa lain. Tiba-tiba tengah syok makan tu, kawan aku si Lisa panggil aku. Lisa suruh aku tenggokkan si Kaka sebab dia makan pelahap gila macam orang kebulur. Aku baru perasan yang pinggan Kaka tu penuh dengan ayam je. Adalah dalam beberapa ketul.
Aku beranikan diri, tegur si Kaka ni. Aku tanya, “sedap ke?”
Lepastu Kaka ni angguk laju tapi dia tunduk, dalam masa sama dia makan laju macam dah tak makan seminggu! Lepas tu aku dengan Lisa dah berpandangan. Yelah, perangai Kaka bukan macamni. Lagipun mana ada orang normal makan gelojoh gitu?
Jadi aku dengan Lisa decide nak biarkan je. Tiba-tiba, si Kaka ni bersuara, “lapar…”
Tapi dalam versi budak-budak punya suara. Macam budak kecikk merengek lapar, ha macamtu lah. Dia siap jilat-2 jari dia dengan lahapnya. Aku tau tu bukan Kaka yg sebenar. Jadi, aku beri arahan pada Lisa supaya call Ustaz kiteorang.
Sementara tunggu ustaz datang, aku tanyalah benda tu, “lapar lagi ke? Nak beli makanan lagi tak?”
Haa, benda tu cakap, “nak!”
Eh, pandai pulak menjawab. Sebiji macam suara budak-budak yang happy sebab nak dapat makanan weh!
Jadi aku pun bawalah dia pergi beli makanan lagi. Benda tu amik lagi ayam beberapa ketul. Kuat makan ayam betul! Lepastu dia bayar. Eh benda ni pun pandai bayar tau. Kau yang manusia ni tak pandai dah ke nak bayar hutang orang? Eh tetiber! Hahaha.
Ok sambung, dia bayar RM10 untuk tiga atau empat ketul ayam kut. Lepastu dia blah tak amik baki. Makcik yang jual tu dah pelik lepastu aku sempat explain yang ada benda dalam badan dia.
Dah kat tempat duduk tu, si Kaka ni makan dengan gelojohnya. Aku macam biasalah, masih perhatikan je. Entah secara tiba-tiba kawan aku si Lisa ni berani pulak tanya benda tu, “eh, kenapa masuk dalam badan kawan aku?”
Mulut si Lisa ni memang nak kena cili! Lepastu benda tu tiba-tiba hentak meja. Macam marah la gitu. Si Lisa ni dah cuak, dia minta maaf sebab kacau. Dia suruh benda tu sambung makan. Haha.
Tak lama lepastu, ustaz datang. Sesi rawatan pun bermula. Bayangkanlah, ubatkan orang dekat café yg penuh dengan manusia tu. Memang kecoh!
Dalam beberapa minit lepastu, semua dah selesai. Ustaz cakap yang tumpang badan kawan aku ni budak kecik. Nak tahu dari mana datang? (nanti akan diceritakan di PART 2 ya insha Allah. Berkait rapat dengan kediaman yang kami duduk). Budak kecik tu dah lama masuk dalam badan kawan aku sejak dari pagi. Habis tu, yang kiteorang borak-borak, gelak-gelak sepanjang pagi tu dengan siapa weh?!
Ok serious, tapi naluri aku mengatakan benda tu masih ada lagi dalam badan si Kaka ni tau. Oh lupa nak bagitahu, aku ni ada satu naluri yang dapat rasa kalau benda tu ada ke tak di sekitar aku. Ketika itu, aku yakin sangat benda tu masih ada. Tapi aku pendam sorang sbb taknak kecoh. Ok dah habis semua tu, kiteorang pergi solat. Time solat tu lagi berat sangat hati aku. Kebetulan aku solat sebelah si Kaka. Memang tak tenang sungguh solat. Macam diperhatikan. Aku sampai menangis dalam solat sebab terlampau takut. Weh takut dia sampai menggigil tau!
Dah settle solat, baliklah ke kelas semula untuk sesi petang pulak kan. Tapi time ni aku diam je. Sebab badan aku terlampau berat sungguh. Serious dia punya berat macam ada gajah tumpang tidur kat badan. Dah sampai kelas, aku duduk sensorang je. Asingkan diri. Aku bukak ayat-ayat suci Al Quran kat phone sebab aku tak larat nak baca apa-apa. Kebetulan, Kaka nak datang borak dekat aku tapi dia tak jadi datang lepas aku bukak ayat Al Quran tu kuat-kuat. Aku perasan kawan-kawan yang lain macam syak aku ni tak ok.
Tiba-tiba si Lisa datang. Dia cakap ada ustaz nak jumpa aku. Aku pun pergi je lah. Tapi dipimpin sebab badan aku memang tak larat. Aku duduk berhadapan dengan ustaz dalam lobby. Lisa teman aku. Kaka pun mulanya nak teman aku, tapi aku cakap dengan dia, “pergi duduk jauh-jauh jangan masuk.” Dia pun tak masuk kat lobby tu.
Ustaz “awak ni kenapa ya..?”
Aku “saya rasa benda yang ada kat kawan saya tu tak hilang lagi ustaz.”
Ustaz “Yeke? awak cuba tengok kawan awak kat luar tu. Benda tu masih ada lagi tak?”
Aku “Ada ustaz…” aku berkata sambil menangis.
Ustaz “Oh yeke.. Kejap ye ustaz baca-baca sikit ye..”
Usatz tu baca-2 sikit lepastu secara semula jadinya tiba-tiba badan aku rasa ringan sangat. Hati pun dah tak berdegup laju dah. Aku pun dah berhenti menangis. Rasa lega sangat-sangat.
Ustaz “awak tengok balik kawan awak tu, ada lagi tak benda tu?”
Aku pandang si Kaka kat luar “takde dah ustaz.”
Ustaz “ awak sebenarnya lemah semangat je kut. Dah takde apa-apa, boleh balik ye.”
Aik? Mesti korang terfikir kenapa sekejap je kan? Hahah aku pun pelik. Sekejap je. Dalam fikiran aku, aku mungkin akan dirasuk, lepas tu menjerit bagai. Ceh, imaginasi tinggi tau!
Aku pun pulang ke kelas dengan rasa lega sangat. Macam semangat tu ada balik. Aku jumpa si Kaka sebab nak bagitahu kenapa aku diam tadi. Belum sempat aku cerita, Kaka terus bukak mulut,
Kaka “Tadi orang nak datang dekat akak sebab nak tanya akak kenapa diam. Tapi tak jadi sebab badan orang rasa panas bila dengar ayat Al Quran yang akak bukak tu. Lepastu orang rasa menyampah sangat dekat akak. Taktahu kenapa…”
Aku diam. Terbantut pulak nak cerita. Aku tahu kenapa, tapi malas nak bagitahu.
Dah habis kelas petang tu, kiteorang nak balik lah kan. Disebabkan aku bawak kereta, jadi biasanya si Kaka dengan Lisa ni tumpang. Tapi hari tu, aku saja keluar awal-awal sebab aku taknak tumpangkan si Kaka ni. Yang bestnya Lisa pun join sekali. Haha kelakar weh. Takut punya pasal sampai sanggup tinggalkan member. Balik tu, habis aku kena bebel dengan Kaka sebab tinggalkan dia. Yelah aku bukan apa, takut yang aku tumpangkan balik tu bukan Kaka je hehehe.
Ok kita sambung PART 2 (SANTAU) nanti okay? Banyak lagi nak cerita pasal rumah yang aku duduk sepanjang study ni. Insha Allah kalau admin luluskan cerita aku.
Bye guys assalamualaikum.
– Bulan
Sambung cepat-2 ! bestt, senang nak faham jalan cerita tu, thumbs up!
kesian kaka korg tgl kan die…
menatang tu byr ayam berketul2 pakai duit kaka lh tu… sian kaka kena pau😂
ye memang pun hahahhha
dah kenapa tinggalkan Kaka. kalau akak, setahun sentap ….. hahaha
taktahu lah. antara simpati dengan takut, kiterang lebih pilih takut. tu yang blah je dulu hahaha . kami memang kawan yang kejam
pandai nye cari mana letaknye duit..hahaha
dia just keluarkan dompet, dan kebetulan memang ada rm10 je tinggal time tu . kesian tau. lepas Kaka dah sedar, dia g marah benda tu sebab habiskan duit makan dia hahahahhaha
hahaha cerita kau ni aku baca tak jadi seram.. jadi kelakar nice story
haha kalau buat filem boleh jadi filem kelakar seram ala – ala filem mamat khalid
Kesian Kaka kena tinggal. Dah la nak tunggu bas kat Cyberjaya tu hazab lama.. Ekkekek!!!!
citer apa ni? wabak demam malaria ke? Rating 3/5
Hntu pun pandai cari duit kat mane
Yang bestnya Lisa pun join sekali. Haha kelakar weh. tang mne klakar ntah.. bosan #tamil
alamak yeke bosan? okay takpe mungkin saya memang jenis tak reti nak mengarang. terima kasih ya atas ulasan anda
For whatever reason pls jgn tglkn kawan…time ni la nk tgk kita ikhlas ke x berkawan…klo time korg tglkn tu die kene balik?sape nak tlg die?
Ye kiteorang tahu . Tapi nak buat macam mana disebabkan ketakutan tu dah menguasai diri, kiteorang terpaksa buat cemtu. Kaka pun faham kenapa dia kena tinggal .
bab makan ayam tu pernah tengok. mmg dia hadap ayam je. tp ni nenek, bukan budak.
kalau nenek lagi seram kut. ni budak . perangai pun memang sebijik macam budak-budak
sampai hati tinggalkan kaka
Nice story
kesian kaka kena tgal
patut la member kau sorg ni tak perform masa kat real madrid. dah agak dah sebab dia
Kesian Kaka. Dah la duit rabak beli ayam berketul2, pastu kena tinggal pulak 😑
Sian member tinggal dia. Kalau aku nangis dah. Lonely…
kami pun kesian. tapi nak buat macam mana, takut gila hm