Pukul Tiga Pagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga FS. Terima kasih admin sebab publishkan cerita aku ni. Cerita ni bagi aku agak seram tapi taktau la bagi hampa semua.

Aku berasal dari utara tanah air. Nak dijadikan cerita, aku dapat sambung belajar di negeri aku jugak. Aku seronok bercampur duka, sebabnya aku tak suka tinggal di asrama. Tapi apakan daya. Kerana terpaksa aku relakan.

Dah belajar ni assignment memang banyaklah. Dulu waktu sekolah aku tak pernah buat homework berlambak. Dekat tempat aku belajar ni, setiap hari Khamis mesti kena submit assignment. Kena pula hari Rabu baru lecturer nak bagi. Jadi malam tu memang pulunlah (orang kedah punya loghat) nak siapkn assignment tu.

Malam tu, aku dengan kawan aku, Ila (budak satu kelas dan budak asrama satu aras dengan aku, tapi bilik dia depan dan bilik aku, dekat belakang). Bilik aku selalu jadi port kami melepak sebab roommate aku selalu takda.

Start buat assignment dalam pukul sembilan lebih. Lagipun malam tu cuma kami berdua saja. Punya pulun menyembang sambil buat kerja tu, tengok jam dah pukul satu pagi. Tiba-tiba aku terdengar bayi menangis. Dengar macam jauh, sayup-sayup ja. Aku buat taktau ja, sebab dalam kepala otak aku dok fikir anak warden kot. Lagipun assignment tak siap lagi ni.

Selang beberapa minit, tangisan tu bunyi lagi. Ila waktu tu boleh pulak tanya, “wei, anak siapa yang reyau tu? Hang dengar dak?”

Aku waktu tu dah rasa seram dah. “Ish, hang tak payah tanyalah! Aku dahlah sorang malam ni. Yana (roommate aku) entah ka tak balik.”

Kami pun sambung buat assignment walaupun bunyi tangisan tu masih ada…

Jam dah berlarut ke pukul tiga pagi… Syukur sangat dah siap semua. Rasa berat sangat mata waktu tu. Macam nak tarik selimut ja.

“Wei, jom pi tandas dulu, aku nak terkencinglah,” ajak Ila.

Adoi dia ni buat dah time macam ni. “Ish, pukui 3 dah wei. Simpan esoklah.”

Dia jawab pulak, “aku tak tahan dah wei. Jomlah!”

Untuk menyedapkan hati kawan, aku turutkan juga. Sewaktu berjalan ke tandas, keadaan agak sunyi. Yalah, pukul tiga pagi, semua dah mengeruh. Jalan ke tandas ada selekoh dan di selekoh tu ada pintu ke tempat ampaian. Di kawasan ampaian ada pokok-pokok besar dan rendang. Kiranya pintu keluarlah dan boleh nampak blok C. Kami pun berjalan macam biasa. Aku pulak bila sampai selekoh mesti kepala nak tengok blok C (tak tahu nak bagi alasan apa. Memang tabiat aku benda larangan tu nak jugak buat).

Tahu tak apa yang aku nampak? Aku ternampak seorang perempuan mencangkung di blok C. Ada cahaya di tangan dia. Aku ingat dia tengah main phone. Dalam hati aku dok fikir, beraninya dia ni dok dekat situ. Mesej dengan marka dia kot.

Setelah menunaikan hajat, kami pun keluar nak balik ke bilik. Sewaktu berjalan di selekoh menuju ke pintu yang bertentangan blok C tu, aku nampak perempuan yang kami nampak tadi dah berdiri, rambut kusut tak nampak muka. Tapi keadaanya kali ni memang pelik sebab gaya dia berdiri macam tulang dia patah… Badan mengeliut macam cerita Ju-on tu.

Ya Allah… apakah ini? Aku tak pernah berada dalam situasi begini. Sewaktu histeria besar-besaran dulu, aku tak dapat lalui sebab aku tertidur. Tidoq mati kot. Okay, sambung balik, bulu roma aku dah tercacak terasa kembang leher aku. Aku terdiam menyaksikan perempuan tu.
Nah, Ila si mulut pot pet ni main peranan sekali lagi, “Bal… Balkis…” dia panggil aku terketar-ketar.

Belum habis dia cakap, aku dah potong, “Ila, janganlah!”

Dalam waktu yang sama aku pecut sampai aku rasa macam nak terbang. Masa tu, Ya Allah… aku tak boleh nak gambarkan betapa seram sejuknya aku.

Dari belakang Ila dah masuk bilik. Tu pun sebab aku dengar bunyi pintunya dikuak. Sesampainya aku ke bilik, Alhamdulillah. Roommate aku ada dalam bilik.

”Awat kak?” Yana tanya aku. Mungkin aku berlari sampai bergegar lantai kot. Terus aku ajak dia tidur.

Malam tu kami tidur dengan lampu yang masih menyala. Aku dapat tidur jugak dalam ketakutan… mungkin aku penat berlari tadi.

Keesokan harinya, aku dan Ila bersembang tentang hal malam tadi. Dia cakap perempuan tu dari sisi belakang sedangkan aku pula dari sisi hadapan. Aik, pelik kan? Sedangkan kami berjalan dari arah yang sama. Dalam waktu yang sama, salah sorang budak asrama lelaki menyampuk. Dia cakap malam tadi ada histeria. Terus kami terkejut.

Mungkinkah perempuan yang kami nampak tu punca histeria yang berlaku malam semalamnya tu?

Perempuan dengan tangan bercahaya. Berdiri mengeliut macam tak ada tulang…

Ish!

Okay, setakat ni saja daripada aku. Sorrylah kalau tak seram ya. Byeeee..

12 thoughts on “Pukul Tiga Pagi”

Leave a Comment