Pengalaman Muda

Assalamualaikum para pembaca Fiksyen Shasha! Sebelum bercerita ni awallah bagitahu,  maaf ya, takut tersalah ejaan atau cerita tak berapa nak seram. Yalah, ini pun berdasarkan pengalaman yang memang betul-betul pernah terjadi dekat diri saya sendiri sepanjang zaman muda saya. Sekarang pun masih ya, masih sekolah menengah. Selalu leka dengan Fiksyen Shasha, terdetik di hati nak berkongsi cerita.
Sebelum itu, sekiranya cerita ini dikongsi oleh admin Fiksyen Shasha, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih.

Baiklah, keluarga saya memang ada kelebihan dalam bab begini. Yalah, mak dan ayah dua-dua boleh tengok benda-benda masa muda. Tapi dibuang sebab tak sanggup. Al-kisah, power tu diturun ke anak anak. Mak dapat kebolehan dari atuk, manakala ayah pulak tak tahu dari mana, tapi memang boleh tengok jugak. Kebolehan ni masa kecik-kecik tak ekstreme sangat, setakat nampak benda yang tak berapa seram tu bolehlah. Tapi masuk alam remaja dalam 17 tahun macam tu dah start ekstreme. Kadang-kadang malam-malam kalau keluar dengan member ke mesti nampak. Mata tu kalau tertengok ke arah satu tempat tu secara tiba-tiba, memang adalah benda dekat situ. Tapi bukan terus nampak, kena tengok lama-lama dekat situ, hah… muncullah dia. Dah cukup.

Pengalaman 1 –
Ni masa tinggal dekat Cheras dulu. Bapak kerja pindah randah jadi kitorang yang family ni ikut. Dekat Cheras ni masa tu saya baru je lima tahun macam tu. Masuk je rumah sewa, jumpa sorang kawan dalam tu. Ya, dia tinggal serumah. Kawan. Saya seorang jelah boleh nampak, yang lain tak boleh. Jadi family member lain first-first cuak jugaklah tiba-tiba kita yang kecik ni pergi kenalkan dekat family. Tapi lama-lama diorang buat cool je. Dialah yang jadi teman main apa semua. Ingat lagi rupa dia sampai sekarang. Budak kecil jugak, sebaya rasanya. Rambut selalu ikat ponytail. Semua tempat main dengan dia. Sampai satu hari tu gaduh dengan dia kejap, tak ingat sebab apa, tapi memang gaduh. Gaduh punya gaduh, sampai berhempas pintu. Marahlah kononnya. Tiba-tiba time dalam bilik tu merajuk, family semua dekat bawah, bunyi benda bergegar. Macam satu rumah bergegar. Paniklah jadinya. Gila tak panik, umur baru lima tahun waktu tu. Menangis-nangis turun bawah. Sampai dekat bawah, lantai dekat bawah semua terangkat! Tanya jiran, diorang kata takde pulak lantai terangkat dekat rumah diorang. So rumah kitorang je yang jadi macam tu.

Pengalaman 2 –
Time ni sekolah rendah, darjah enam. Nak pergi toilet time sekolah rendah berdualah kan. Entah apa hal, tapi memang berdua. Everyone ada toilet yang dia suka pakai kan? Ha, saya suka yang paling hujung sebab bersih. Tapi selalu rosak… entah kenapa. Jadi masa sampaikan toilet, time tu pintu toilet yang hujung tutup, means ada orang, Tunggu dalam minit tak keluar-keluar. Time tu punya tak pandai sabar baru tunggu kejap, terus dah ketuk pintu. Time tu member ada sekali, tapi dekat sink. Time ketuk tu, cakaplah, “cepatlah sikit!”

Yalah, senior kan, darjah enam. Itu yang berani tu, hahaha! Orang dalam tu selamba cakap, “em!”

Kira okaylah. Lepas tu tunggu punya tunggu, tak jugak keluar. Muka dah pandang member suruh marah budak tu sama-sama. Member pun faham. Kami ketuk, lepas tu jerkah, “woi,cepatlah! Fikir kau sorang ke nak pakai toilet?”

Tapi tak ada orang respond. Kitorang dah annoyed, last-last kitorang terjah jer pintu toilet tu. Pap, terus termasuk dalam toilet tu! Tak ada orang guys! Jadi siapa punya suara yang menyahut tadi tu?

Pengalaman 3-
Time ni nak ambik result UPSR. Hoho! Result berapa janganlah tanya. Nak ambik tu punyalah lama cikgu-cikgu buat persiapan. Jadi ajaklah seorang member pergi toilet dulu. Last-last adalah juga dalam empat orang yang nak ikut. Jadi before kitorang nak pegi toilet, kitorang kena lalu depan kelas dulu sebab kelas kitorang bawah sekali, sebelah dewan. Patutnya tu bilik buku teks dan patutnya kelas kitorang dekat tingkat satu, tapi ada benda berlaku, jadi kitorang terpaksa tukar dengan bilik buku teks. Masa lalu tu, tak ada orang dalam kelas, tapi kipas buka, pintu buka. Dah tu member sorang ni pengawas yang berwibawa startlah dia berleter marah-marah sambil dia tutup semua, sekali dengan pintu.

So kitorang pergi toilet. Balik tu, dari jauh, nampak kipas meja dekat belakang kelas tadi tu terbuka. Dari jauh tau. Tak masuk kelas lagi. Saya orang first nampak. Ada sorang perempuan taktau siapa, classmate kot, tengah duduk dekat belakang minum air. Marahlah jugak, majlis dah nak start, lepas tu dia pergi buka kipas semua balik. So saya bagitau dengan yang lain. Kitorang semua nampak, tapi tekaan lain-lain. Kitorang try jugaklah teka siapa tu. Sampai dekat kelas, sayalah orang pertama pergi buka pintu. Buka je, terus terpaku depan pintu. Lepas tu toleh member dekat belakang. Member apa lagi, tengoklah jugak. Tengok-tengok tak ada orang! Tapi kipas belakang memang terbuka. Kepala time tu tak betul, tiba-tiba pergi dekat belakang tempat nampak benda tu duduk, lepas tu kibas-kibas tangan nak tengok ada benda tak dekat situ. Member yang sama pengawas tadi tu adalah alim sikit, terus dia bawak kitorang keluar.

Ni free story, kawan punya cerita, tapi share jelah sebab seram.

Sorang kawan ni rumah dia memang keras sikit. Semua benda ada dekat rumah dia; Kak Pon, Dik Toyol, Bang Bungkus.

So adalah one day tu, dia tengah chat dengan saya. Tengah best-best chat, tiba-tiba dia mesej, “woi, tolong aku. Aku dah bergegar dah ni!”

Siapa tak panik kan, lepas tu spam-lah dia tanya kenapa. Dia simply reply, “diam.”

Bengang wey. Esoknya baru tahu kenapa. Semalam family dia ajak keluar, tapi dia tak nak ikut sebab malas. Nak tak nak even dia tahu rumah dia keras, dia tinggallah sorang. Yalah, kepala dia time tu pening jugak. Lepas tu tak tahu nak buat apa, dia tengoklah TV. Best-best tengok, tiba-tiba dia dengar barang jatuh dekat dapur. Mula-mula fikir kucinglah kan, sebab kucing dia memang ada minta kaki sikit kadang-kadang. Jadi dia buat tak tahu.

Lepas tu tiba-tiba dia dengar bunyi benda lompat slow-slow dekat tangga. Memang step by step. Ah, dia dah cuak. Dia masuk dalam almari yang dekat bilik TV tu. Almari tu memang besar, sebab untuk letak bantal, tapi bental semua dia dah keluarkan. Jadi almari tu kosong. Almari jenis nampak luar, tapi dari luar tak nampak dalam. Cuak dia sampai menggigil-gigil. Nangis dalam tu. Sekali benda tu sampai bawah, tengok-tengok siapa lagi? Bang Poconglah! Nak tak nak dia duduk dalam almari tu sampai family dia balik. Kesian pun ada. Hahaha.

Ha, itu jelah cerita dia. Rasanya tak seram sangat, tapi adalah kan? Nanti cerita pasal rumah pusaka pulak kalau cerita ni di publish kan la hehehe. Salam. Bye!

-Sha’

19 thoughts on “Pengalaman Muda”

  1. Ceriťa yg kt rmh kwn awk tu seram sempat lg sembunyi dlm almari. Klau ak bleh jadi gila duk dlm tu sorg2 smbl tngu
    family balik

    Reply
  2. Hansuang btl mulut si janda ni! kasi can la bbnu nk menulis wlpn cite kt atas ni buat pale aku pusing 660°c .. kihkihkih

    Reply

Leave a Comment