Assalamualaikum, terima kasih kepada admin sekiranya cerita aku ni dipublish kat page FS. Sebelumnya, biar ku kenalkan diri dulu. Aku zie, perempuan, umur 20an. Aku merupakan seorang yang aktif bersukan especially mendaki bukit (hiking). Sebut je tempat kat negara ni (bkn malaysia), memang semua dah aku ‘pijak’. Aku selalu start hiking sebelah petang sebab selalunya ramai orang. Pagi pun seronok sebab sejuk dan suasana kat hutan lebih mendamaikan tapi tak ramai orang. sunyi je, jalan pun licin. Hobi aku ni memang parents tak berape berkenan, sebab perempuan kot. dah tu masuk hutan sorang sorang. Parents mana tak risau. Banyak pengalaman mistik yang aku alami selama menerokai beberapa tempat hiking kat negara ni. Harap korang tak bosan lah ye. kalau bosan, sorry!
kisah 1:
Malam tu bf aku ( now dah jadi suami) ajak pergi hiking kat satu daerah ni. Aku pun terima ajakan bf aku sebab dah 2 minggu tak pergi exercise, asyik makan je. Berat pun dah naik. So pagi tu lepas subuh around jam 6 pagi, aku dan bf pergi kat tempat tu. sampai sana, ada dalam 2-3 buah kereta tengah park. So lega sikit, ada orang dah naik, tak de lah sunyi.
Setelah periksa semua barang yang perlu dibawa, kami pun mula naik bukit. Nak naik bukit ni kena berjalan dulu dalam 1km sebelum sampai ke pagar menuju ke atas. 500m berjalan, ada semacam dewan besar di sebelah kiri, sebelah kanan ada tandas. Di depan pintu dewan tu ada orang tua, berbaju warna putih, seluar pendek warna hitam, dan kasut sport dengan kayu di tangan sedang duduk melihat ke bawah. Bf aku then cakap, ‘Dah tua tua macam tu masih kuat naik bukit, aku umur macam ni pun dah semput’. Aku jawap, ‘Bagus lah macam tu, tu maknanya dia nak hidup sihat’. Malas nak bahas panjang-panjang, kami pun gerak naik atas.
Untuk first part tu memang mencabar. Kena naik tangga, jalan pun curam dan licin. kami berdua diam, tengah focus dengan jalan yang bahaya tu. Tapi memang dah biasa dah so kami berdua berjaya jugak sampai ke pondok istirehat pertama. Pondok tu di sebelah kanan. Kami duduk sebentar di pondok rehat sambil minum air. sejuk je rasa, kalau tengok ke bawah memang masih nampak embun. Tengah melayan suasana mendamaikan tu, aku terdengar bunyi ranting kayu dipijak. Aku toleh belakang tak ada orang. Tiba- tiba, keluar seorang lelaki tua pakai baju putih, seluar hitam dengan kayu kat tangan. Dia senyum tapi perasan jugak muka pucat. Pakcik tu berjalan terus menuju ke bawah, tempat laluan kami tadi.
“Tu bukan orang tua yang di bawah tadi ke?” aku tanya BF aku. BF aku balas, “Bukan kot. Mustahil lah dia jalan laju. Mungkin baju sama kot. Dah lah jom gerak”. Aku malas nak fikir bukan bukan terus gerak meneruskan perjalanan. Yelah! ikut logik kalau pakcik tu lalu jalan berlawanan kami pun, jauh kot mengambil masa 1 jam. kami baru je 15 minit berjalan.
Setelah 30 minit berjalan, kami sampai ke puncak bukit. Ada pondok no.2 di situ, bererti lagi 5km menuju jalan keluar. kami berehat sebentar di pondok tu. Matahari dah naik, ada terasa panas sedikit berbanding tadi. Rasa lega bila terdengar ranting dipijak menandakan ada jugak pendaki lain sebab dari tadi belum kelihatan seorang pun. Rasa lega bertukar cuak bila melihat kelibat pakcik yang sama yang kami jumpa tadi. Senyum dia makin lebar melihat kami tapi dia jalan terus je ke laluan kami tadi. aku dan bf memang terdiam. Nak kata apa pun tak tahu nak cakap apa. So kami pun cepat cepat gerak turun bukit. Di hati memang nak cepat sampai ke jalan keluar.
Sepanjang perjalanan tu, first time aku dengar bunyi burung hutan kuat sekali seolah olah ikut berjalan dengan kami. Aku memang dah takut, bf jugak dah melajukan langkah. tapi Bf pesan, apa apa pun jangan lihat belakang dan jangan tegur apa apa. Aku ikut je arahan, ada sebab kot kenapa. Alhamdulillah, setelah beberapa minit sampai jugak kat bawah. Sampai kat pagar tu, aku terdengar bunyi “Balik lah!” dengan nada marah. Kami berlari menuju ke tempat parkir kereta. Alhamdulillah tak terjadi sesuatu yang tak diingini.
Sebelah kereta kami ada seorang lelaki usia 40an tengah duduk memakai kasut. “Kenapa dik? Jumpa pakcik tua ke tadi” Lelaki tu bertanya. Kami berdua mengangguk. “Ye pakcik. Kami ada lelaki tua pakai baju putih seluar hitam kat atas tadi. Dia macam ikut kite”. Jawab BF aku. “Tu biasa dah orang nampak. Dia tak kacau orang, dia kira penunggu kat sini. Cuma lain kali kalau masuk hutan tambah lagi tempat sunyi kalau boleh jangan berdua2an (lelaki & perempuan).” Kami beredar dari situ tapi tak balik rumah terus, singgah di kedai takut benda tu ikut balik. Tapi memang pengajaran di sini, sejak dari itu kami tak lagi hiking berdua. Mesti bawa at least seorang kawan.
Kisah 2:
Ini adalah kisah yang paling menyeramkan dalam hidup aku. Dua orang kawan sekerja aku, Yen dan Jah, ajak pergi hiking kat bukit SB, dalam 10 minit je dari tempat kerja. Kami dah bersiap siap bawa baju trekking dan tepat pukul 4.30pm kami gerak ke tempat tu. Sampai sana memang ramai orang. ye lah sebelah petang kan, tambah tempat tu ada playground untuk kanak kanak bermain. Memang tempat beriadah yang bagus lah.
Tempat kali ni lebih mencabar dari tempat kisah 1 tu. Tempat ni ada 9 bukit, kalau nak redah semua bukit ni mengambil masa 2-3 jam kalau jalan lambat. Kami memang nak redah 9 bukit ni. So kira masa boleh lah keluar sebelum maghrib sebab tempat hiking di tutup pukul 6pm. ohh ye, waktu ni kenapa lah aku bodoh sangat. Waktu tu aku tengah period. Tahu dah memang pantang masuk hutan sebab tengah ‘manis’ tapi hati ni memang riak je dalam hati “Tak pe kot sebab tempat selalu pegi. Lagipun petang ramai orang”. Tapi kerana kebodohan aku ni lah mendapat!
Naik bukit 1 sampai bukit 4 perjalanan ok je. Kami semua rancak bercerita dan ramai jugak orang ramai yang berjalan di belakang dan di hadapan so memang tak ada perkara aneh berlaku. Tapi entah kenapa sebelum memulakan perjalanan ke bukit 5, perut aku memulas. kepala pening.
“Ni kau ok ke? mengapa pucat semacam je aku tengok.” Jah bertanya.
“Ni perut aku tiba tiba memulas je. kepala pun pening.” Aku menjawab dan terus minum air.
“Kalau kau tak ok kita balik je lah. Kita turun semula tempat tadi. tak jauh kan” Yen mencelah.
“Tak pe. korang teruskan je, biar aku balik sendiri. Lagipun tak jauh, kalau aku pengsan pun ramai orang kat sini” Sempat aku bergurau. Puasa juga Yen dan Jah memujuk aku supaya mereka ikut aku balik tapi aku tetap berkeras untuk balik sendiri. Mahu tak mahu mereka pun mengalah.
Aku pun berjalan meninggalkan mereka berdua menuruni bukit, balik ke tempat permulaan tadi. Time ni memang ramai orang so tak ada lah risau sangat. Sampai bukit 1, orang dah tak ramai dah. yelah kan dah dekat pukul 6 so orang dah tak ramai yang naik lagi. Mostly dah sampai atau dalam perjalanan turun.
Time ni aku berfikir nak ambil jalan ‘shortcut’. Guna jalan ni, boleh sampai bawah dalam masa 10 minit. Sampai tangga paling bawah dekat pondok pertama, sepatutnya ada dua jalan tapi hari tu ada 3 jalan. Aku tahu dua jalan ni ( yg ke depan & ke kiri). Kalau guna jalan ke depan, tu jalan yang aku dgn kawan kawan lalu tadi. Jalan kiri adalah jalan ‘shortcut’. Jalan kanan ni tak pernah jumpa. Macam jalan baru. Entah kenapa lah bodoh sangat aku pilih jalan kanan. Ingatkan nak cuba jalan baru.
So, aku belok kanan. Masuk je laluan tu suasana macam lain sikit. Sepanjang jalan ada tangga tapi peliknya tangga itu berpagarkan besi bersalut emas. Aku masih tak sedar lagi, so aku bangga lah dan berhasrat nak cerita kat kawan2 aku yg aku jumpa jalan baru. Lagi satu yang aku sedar, jalan berkabus tebal. Tangga dipenuhi kabus tebal dan bau wangi di sepanjang jalan. Lebih 5 minit aku berjalan, di depan aku nampak sebuah istana indah berwarna hijau. Aku kehairanan. Istana siapa pulak doh! Now aku baru perasan yang aku tersalah masuk. Aku cuak, takut teramat. Entah menapa aku cuba berlari menghampiri istana itu tapi makin kuat aku berlari, makin jauh istana tu dari penglihatan. Aku mengambil keputusan untuk berpatah balik. aku menaiki tangga satu persatu tapi entah aku tak nampak jalan keluar. Padahal aku baru je 5 minit kot kat dalam ni.
Puas berjalan, aku keletihan dan terduduk di tangga. baru aku teringat yang aku ada bawa handphone. Tapi harapan hancur sebab tak de service pun kat sana. Puas aku mencari signal tapi tak jumpa pun.
Hari makin gelap, waktu tu dah pukul 6. Sayup sayup kedengaran bunyi burung hutan dan bunyi bunyi pelik yang tak pernah aku dengar sebelum ni. serious takut gila time tu. Aku cuba baca ayat Qursi sebanyak mana pun sambil menangis duduk di tangga. Tidak semena-mena ada dua orang pasangan lelaki dan perempuan berlari melintasi ku yang sedang duduk. Mereka datang dari jalan di depan yang berkabus. Muka macam manusia biasa je cuma mereka tak melihat mata aku. Apa yang aku tahu, mereka seperti menungguku supaya mengikut mereka. Aku waktu tu memang tak ada pilihan lain, aku bangun dan ikut berlari di belakang mereka. Selang beberapa minit aku jumpa sebuah pagar dan badanku seperti ditolak ke depan. Aku tersungkur dan tiba tiba terdengar suara tangisan, “Zie!! Ya Allah Zie!! Kau pergi mana?!?” Jah menerkam aku dan memeluk erat. Tangisan dia tak henti henti. Aku sedar ramai orang kat situ. Abang bomba pun ada sekali. BF dan family aku pun ada menerpa aku. Aku kehairanan. Mengapa macam mereka semua ni berkhemah kat sini? Lepas tu aku teringat sesuatu.
“Jah, mana dua orang pakcik dan makcik yang di depan aku tadi?” aku bertanya.
“Orang mana Zie? Kau sorang je yang keluar tadi. Tu pun dah sehari kau hilang Zie. Kau pergi mana?!?” Jah masih menangis.
“Sehari?!? Rasanya baru beberapa jam kot”Aku kehairanan tapi tetap bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup di dunia ini. Bayangkan aku terus ‘disembunyikan’ kat tempat tu.
Dari kisah tu aku tau bahawa memang ramai yang sayang aku dan menjadi pengajaran kepadaku supaya jangan sombong dan terlalu berani. Jaga diri di tempat ‘orang’ kerana hutan bukan ada manusia je. Banyak benda benda ghaib ada di saja yang tak nampak oleh mata. Aku bersyukur kerana dapat keluar dengan selamat.
Itu je lah cerita ku. Nanti ada masa aku cerita lagi pengalaman mistik yang lain. Cerita ni pun dan panjang. Harap harap korang tak boring lah ye. Terima kasih
park
thanks for sharing. nak lagi.
Best2.truskan lg
Haih.. Itu la. Lain kali jgn memandai2 ikut jln x biasa. Sorang pulak. Dah ptg pulak. Hutan pulak tu.. Tp Alhamdulillah nasib baik Allah tolong. Anyway best gak cite hg. Harap dpt sambung cite lain lagi
laksamana sunan tiada bicara sepertimu, ianya patut berbunyi begini, sebagai manusia aku mencintaimu.
aku pernah jugak hiking kol 8 baru nak turun bawah…alhamdulillah tak de ape berlaku…ape2 pon cerita no 2 seram
Thorbaek lai. Ceta th lg.
Ni tntu msuk ke alam bunian ni. Mujur selamat boleh keluar. Nnti smbung lg cerita yang lain. Best dgr
Jin pun x suke couple yg belum nikah berdua duaan
Penceritaan dan pengalaman yang best. Teruskan!!
Nenek pon suka gak panjat gunung cu..last nek hiking tahun lepas sebelom dpt tahu yg nenek ni pregnant..huhu..pastut la last hiking tu terasa letih… masa naik bukit tu tiba2 terdengar bunyi mcm ada org buat kenduri kawen, ada muzik2 lagu nasyid..dlm ht nek, mngkin org hiiking kont yg bukak lagu tu sambil berjalan,,fuhh naseb tak jd pape..sbb nek siap tanya kat husband, siapa yg bukak lagu nasyid tgh2 hutan ni..huhu
hebat nenek kebayan ni..da tua2 pun leh preknen..huhu
hehehe…biasa la cu..nek kan makan jamu n akar kayu..sbb tu nek masih muda bergetah..
best..sila share lagi..
penah jgk kene kt angsi..baru 2,3minit turun dari puncak tibe2 dengar azan mcm kt surau..
kuat nye mcm guna speaker..demi nk sedapkan ati sendri, aku pikir mgkin azan dr perumahan kt area bawah gng angsi tu..(aku sedapkan hati sambil berlari ketakutan..)
Dari brunei kah? If au, pakai bahasa kitani supaya cerita kita lagi unique, tapi keep it up!! Banyak unsur pengajaran penting. Salam
Part dialog percakapan maksud ku. ✌🏼
sy pun tepikir writer dari brunei atau singapore..sebab die mention bukan malaysia..
Berani jgk penulis hiking sorang²…cerita kedua tu agak seram..sambung lg cerita lain
huishh….bahaya tul cerita yg kedua tuu…nasib selamat keluar…nanti cerita lah lgi cerita seram lain2 yaa…
Peh sehari ilang… Seramnya…
Perghhh… thanks share.. hoby sama… alhamdulillah blm pernah jumpa.. harap2 x jumpalah…. yang penting bila dalam hutan mulut kena jaga…. dapat bay hutan n bunyi2 hutan memang best… tenang fikiran…
hi kak zie , hobi kita sama , huh pengalaman plg rare kak , kuatnya akak ,
setakat ni kita cuma nampak benda benda tu je
plg kuman kene kacau je , thanks ats nasihat akak , supaya tk tlbih berani , setiap hutan ada penunggunya
Ni mcm kt Brunei jek… Bukit Syahbandar kan… Selama duk kt Brunei mmg xpernah lagi pi Syahbandar.. sbb tmpt tu mcm seram skit.. dan pernah ada kes bunuh ppuan cina kt sana… Hati2 klau pi sana dan jangan pi sorang2…
Bongkak lagi kan dah mendapat . nasib baik tk jadi ape2 kalau tak jadi org bunian la ko 😂
Pengalaman yang hebat. Terima kasih atas perkongsian.
Teruskan perkongsian.
wah..meanriknya baca pengalaman hiking you…teringin nak pergi jugak lepas2 covid ni…