Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca sekalian.
Kisah ini benarlah terjadi kepada diri aku semasa aku ingin mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia. Pada tempoh aku sedang berusaha sehingga lewat malam, di kala inilah mereka ini menemani aku.
Aku akan bercerita tentang suasana tempat tinggalnya aku dan juga keluarga. Aku adalah anak pertama dari 4 orang adik beradik. Aku seorang sahaja anak perempuan. Yang lain semua lelaki. Rumah kami rumah sewa yang mempunyai banyak pintu. Banyak pintu maksudnya banyak penyewa atas dan bawah tingkat rumah.
Kami terpaksa pindah kesini sebab masa tu dah terdesak cari rumah. Rumah lama kami telah mengalami banyak kerosakan yg perlu dibetulkan dan mengambil masa. Jadi untuk sementara ini kami hanya duduk disini. Tempoh kami disini hanya 1 tahun 5 bulan.
Pada malam pertama aku tgh buat revision tu between 11malam hingga ke 3 pagi, aku didatangi sesuatu dari tingkap bilik. Seperti seseorang sedang menghembus nafas yang kuat dari arah langsir tingkap bilik. Aku duduk sorang je dalam bilik tu. Kejadian ini berlaku dalam pukul 1pagi. Semua dah tidur. Aku terus jadi tak senang duduk. Dalam hati, apa benda yang duduk kat tepi tingkap tu? Oh ya, masa tu kawasan sangat sunyi tau, sebab jiran2 sekeliling semua bujang yang bekerja shift, perempuan dan lelaki.
Malam yang aku sibuk baca buku tu malam yang mereka bekerja. Tetapi aku ada sebuah keluarga diatas rumah aku yg terdiri daripada Pakcik Tua, Makcik Tua dan 2 orang anak lelaki yang berbadan besar. Mereka ini boleh dikategorikan sebagai yg berbadan besar. Malam aku buat revision tu anak2 dorang semua dah pergi keje dalam pukul 11 macam tu. Malam tu ada sesuatu bunyi kuat sebelum aku rasa ada seseorang dekat tepi tingkap bilik aku tu, bunyi yang macam orang tarik perabot, tatik kerusi, meja dan hentak ke dinding dengan kuat.
Kalau yang tu aku tak fikir sgt sbb yelah bunyi tu bunyian biasa saja walaupun bermaksud. Tapi bunyi orang yg bernafas dekat celah langsir tepi tingkap tu yg buat aku takut. Ketakutan aku berlarutan smpai pukul 3, apa yg aku baca buat revision tak tahulah lenyap kemana. Aku buat berani je sampai pukul 3 tu pasang surah dan buat je revision. Dah tu tidur. Esoknya nak exam.
Benda ni aku tak bagi tahu mama dan ayah lagi. Sebelum terjadinya perkara ini;
Beberapa hari sebelum malam kejadian, ada satu senja tu mama suruh aku buang sampah. Aku tengah sedap tgok tv pulak suruh aku buang sampah. Apakah? Aku pun pergilah buang dengan tak ikhlasnya. Aku seret2 je sampah tu. Yelah tak ikhlas kan. Tong sampah ni pulak jauh sikit so boleh nampak belakang rumah penyewa semua tak kira atas ke bawah ke rumahnya. Aku terpandang atas rumah aku. Aku nampak jiran yg ada makcik tua tu tengah tunduk-tunduk bagi sesuatu makan (aku tengok macam kucing). Dia asyik tunduk-tunduk je. So aku tengok macam itu saja.
Masa nak masuk rumah aku nampak ada satu van nak parking. Sesudah parking aku tengok pasangan si Tua turun dari van tu dan menuju ke atas dengan barang-barang. WEH! Siapa yang aku tengok dekat atas tadi? Tengah bagi makan kucing tu?Berderau darah aku bila aku tengok baju, tudung labuh dan kain batik tu sebijik mcm si Tua yg lalu depan aku tadi. Mahu terjelepok aku ke tanah aku diamkan saja. Aku tak sihat weh esoknya tu.
Hari ketiga aku buat revision malam. Aku masih dengar bunyian yg sama. Dan hari demi hari bunyian tu dah sebati dengan aku. Bukan aku saja dengar kali ini termasuk mama dan ayah. Tetapi ada sesuatu yang pelik, setiap malam yg aku lalui dan setiap pagi yang aku bangun, aku akan dapat satu kesan lebam di mana-mana anggota badan aku. Lebih-lebih lagi kaki. Dua-dua belah kaki aku penuh kesan lebam. Kesan lebam yg sakit-sakit.
Aku mengadu kepada mama dan ayah lepas makan malam ada satu hari tu. Malam tu masing masing buka cerita. Pertama sekali yang buka cerita adalah aku. Aku ceritakan A-Z kepada mama dan ayah. Ayah dan mama saling berpandangan. Dan Ayah buka cerita pulak. Yang dia ada berbual dengan jiran atas anak dia yang berbadan besar tu. Katanya mak dia ada membela Hantu Raya, makan sangat banyak, dah tak larat nak jaga, tunggu masa nk buang, anak dia sendiri assumed yang sebenarnya mak dia dah tak ada, sebab mak dia banyak berdiam diri. Tak nak jaga kebersihan, nak makan telur ayam kampung setiap hari. Ayah hanya iyakan saja.
Dan beberapa hari ini rajin pula anaknya berbual dengan ayah. Macam-macam cerita telah keluar. Aku tahu ayah tak cerita habis,dia cerita apa yg dia nk cerita je. Dan mama pula buka cerita. Katanya ada satu petang tu dia tengah sibuk-sibuk di dapur masak, tiba-tiba makcik Tua tu datang duduk tepi tingkap dan merenung ke dalam rumah kami. Bila mama tegur dia berlalu pergi. Tiba-tiba van putih datang parking dan kelihatan pakcik dan makcik Tua turun dari van. YES! Mama kena sebiji macam aku kena. Sebab tu bila aku cerita mama terkejut. Kami bertiga macam dah tak tahu nak cakap apa. Hanya senyap dan tidur awal malam tu.
Seminggu aku habis exam, mama dan ayah ajak aku ikhtiar ke ustaz sebab aku selalu demam. Mimpi bukan-bukan. Mimpi ular nak makan akulah, mimpi babylah, mimpi ada orang nak sangkut aku dekat pokoklah, badan aku panas, lebam aku makin banyak, sakit pulak tu. Jadi aku pergi jelah. Masa nak pergi ke rumah ustaz tu sepanjang tu aku stress nak marah-marah. Mama dan ayah heret je aku pergi.
Kisah terbongkar selepas aku jumpa ustaz. Ustaz rawat aku dalam satu hari sahaja. Ustaz cubit setiap lebam yang aku ada untuk hilangkan bisa digigit PELESIT! Aku jadi panas jugak. Lebam tu dahlah sakit, kau pergi cubit-cubit buat apa? Di mata kasar memanglah tak nampak, di mata yang boleh melihat mesti banyak bisanya.
Ustaz jalankan rawatan dulu baru dia ceritakan ke kami. Rawatan seterusnya dia mengambil sebuah botol besar. Dia ingin menangkap saka hantu raya makcik tua tu. Nak letak dalam botol. Tapi benda tu macam belut licin taknak masuk dalam botol. Dan ustaz tu pesan ke hantu tu supaya jangan kacau keluarga kami dank orang tahu apa dia nak. Dia nak duduk dengan aku. Apa ni! Sebab katanya keluarga mereka tak banyak perempuan. Ada perempuan pun dah mati. Tinggal waris yang lelaki sahaja. Jadi aku ada calon bebas yang layak katanya. Aku anak sulong perempuan dari anak perempuan yang pertama. Itulah sebabnya. Kata si saka tulah.
Padahal hantu tu suka teman aku belajar malam-malam. Entah-entah tu puncanya. Ayah pun buka cerita lagi. Katanya apa yang ustaz tu bagitahu ke kami itu yg anak makcik tu bagi tahu. Patutlah ayah beriya ajak aku jumpa ustaz. Makcik tu ada PELESIT DAN HANTU RAYA! Memang ustaz tu pun kata begitu. Ustaz dah pagar rumah kami kerana saka itu betul-betul inginkan aku.
Selepas aku dapatkan rawatan, aku semakin baik. Semakin sihat. Mama dan ayah cari rumah lain. Seminggu sebelum kami pindah aku ikut ada kem motivasi. Tiga hari. Baik baik sahaja di sana .Masa aku tengah kemas-kemas rumah dan pack barang-barang aku, tingkap bilik aku terbuka luas. Depan aku ada cermin besar. Cermin muka besar jadi jika aku lihat cermin tu aku boleh lihat luar tingkap bilik aku ada apa. Aku tengah sibuk-sibuk kemas, aku nampak makcik tua tu tengah jalan perlahan-lahan nak naik atas rumah dia. Aku dah tak takut sangat dah sebab adik-adik aku sibuk main PS3 dekat luar. Kecoh sangat.
Tiba-tiba mama masuk nak bagi kotak baju. Aku terus tanya mama, “sejak akak pergi jumpa ustaz tu, akak rasa okay sikit. Tapi sejak balik dari kem sekolah, baru ni nampak makcik tu keluar-keluar rumah ambil angin. Macam sihay je akak tengok dia. Entah-entah dia tahu kot kita tahu dia ada apa?”
Mama terus pandang aku dengan biji mata dia yang nk terkeluar tu. Mama tanya, “bila kau nampak dia?”
“Tadilah. Baru je. Tapi nampak dari cermin ni je ha. Takkan nak pergi jenguk dia pulak. Karang dia herdik akak macam mana?” Nada aku bergurau.
Mama jawab, “Mama bukan nak takutkan kau akak, tapi masa kau pergi kem sekolah tu, dia dah meninggal. Mama dengan ayah pergi tengok dia.” Kemudian mama keluar dari bilik tinggalkan aku. Aku terkedu, rasa pening rasa takut semua ada.
Malam tu aku demam, tidur dengan mama dan esoknya tu kami dengan secara rasminya berpindah keluar. AKU TAK MAHU BERMEMORI DENGAN PELESIT, HANTU RAYA DAN MAKCIK JIRAN LAGI.
P/S: SETIAP TENGAH HARI DAN MAGHRIB KAMI AKAN TERDENGAR DESIRAN PASIR BERTABURAN DI ATAS ATAP DAPUR JEMURAN KAIN KAMI. KATA MAMA ITU CARA HANTU RAYA MAKCIK JIRAN MENUNJUK PROTES ATAU MEMBERITAHU KEHADIRANNYA.
SEKIAN
Cerita best…
anak perempuan sulung.. mcm yg kena kat akakku.. tapi kejadian yg berlaku sbb dia anak perempuan sulung and tgh mengandungkan anak sulung .. area rumah kami si penanggal asik dok keliling, budak2 mengaji jumpa bertempiaran lari.. aku pun terserempak dgn benda alah ni, terkedu juga, lari masuk dlm rumah, abgku suruh kejar n cari empunya badan.. keluar rumah cari semula tak jumpa.
Jarang nak jmp cerita pasal penangal nie…
Cik Nami pls cerita pasal penanggal tu and submit di fiksyen shasha. macam menarik
Aku mula2 macam susah nk percaya benda gini. Yelah aku ingat benda ni nk turun ke keluarga rupanya boleh ke sesiapa sahaja.
nasib saka tu tak turun ke penulis..best cerita ni
Aku dah Agak dan amat pasti. Tiap postg pasti ada sang kucing yg bertukaq rupa.. Ahaks
Bahaya ada jiran mcm ni..senang2 nk pas antu belaan dia kat org lain..
Bila takde kena mengena tapi terbabit sekali sebab kau berhampiran dengan dia. Hate that feeling and situation.
Hii…ngerinyeer bab2 saka nii kan
Nasib sedar awal kalo tak mau parah dbuat nyer…
Mmg masalah kalo dpt jiran org y mbela nie..
Mudah pulak jiran tuu meninggal erk..?sbb setahu sy lah org membela ni susah nk mati…selagi blom jumpe pengganti yg akan menjaga sakanya….
Mudah² je dia nak cari tuan baru..nasib baik cepat pergi berubat
Mudah la mninggal if saka tu dh di buang…
Kn anak dia ada ckp yg mak dia sbnarnya dh xda…