Assalammualaikum kepada pembaca-pembaca FS. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga sekiranya kisah aku disiarkan. Mungkin kisah aku tidak seseram kisah-kisah lain yang pernah korang baca tapi aku tetap nak ceritakan kisah yang aku alaminya sendiri.
Suatu hari, aku terpaksa pulang ke kampung halaman aku yang terletak di Kelantan. Pada permulaan perjalanan, semuanya berjalan seperti biasa dan lancar. Kami bertolak pada pukul 3 petang dan dijangka sampai pada pukul 6 petang kerana perjalanan ini hanya mengambil masa 3 jam. Pada pukul 5.30 petang, kami berhenti di surau untuk solat asar ketika itu aku terselisih dengan seorang mak cik lalu mak cik tu beritahu dekat aku “aku nok pok-pok mu gi derah dri sini seblum ado hok ngenak” ( aku nak semua ahli keluarga mu pergi cepat dari sini sebelum ada yang mengacau ) lantas mak cik itu berlalu sambil menjeling terhadap ku .
Usai solat asar, aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Ayah aku meberitahu kepada semua yang kami akan berhenti untuk makan dan akan sampai lambat dekat destinasi yang dituju. Semasa makan, aku menceritakan perkara yang berlaku tadi kepada semua orang namun semua orang mengelak aku dan mengatakan aku ni pengecut. Pada pukul 7.30 petang kami singgah di masjid untuk solat maghrib dan terus pulang ke kampung.
Dalam perjalanan yang memakan masa hanya 45 minit, kereta ayah ku tiba-tiba terasa seakan berat . Aku nampak mak cik yang tegur aku tadi duduk di bahagian belakang. Aku tidak menghiraukan terus ambik earphone pasang dekat earpod dan pasang kuat-kuat. Mataku tertutup rapat. Tiba-tiba ayah ku brek dengan mengejut sehingga kepalaku terhantuk dekat kerusi pemandu (sakit woo,,bengkak kepalaku T^T ).
Aku bangun dan tanya ayahku kenapa dia brek secara mengejut, dia berkata yang tadi ada seorang makcik yang melintas jalan secara tiba-tiba. Kami meneruskan perjalanan. Semasa kami lalu di 1 kawasan perkuburan, dalam kereta kami tiba-tiba terbau bunga cempaka sambil bunyi bayi menangis. Aku hanya diam tidak bersuara kerana aku terasa bagai ada sesuatu di belakang aku memujuk bayinya. Dan ya seperti korang jangka ada pontianak dibelakangku. Matanya merah, rambutnya panjang menutup muka, kukunya panjang .
Aku ingin menjerit namun suara ku seolah-olah tersekat. Aku ingin membaca ayat Kursi namun semua bacaanya lari. Aku hanya mampu menutup mata. Abang aku juga perasaan akan kehadiran sesuatu yang tidak diingini berlaku di belakang namun dia seeorang yang cool dan buat tak tahu. Sampai di suatu kawasan, semua gangguan hilang. Aku sangat bersyukur.
Setibanya di kampung, aku menceritakan semua yang berlaku kepada mak, ayah, mak saudara, ayah saudara, sepupu dan semua lah yang ada dekat rumah nenek aku xD. Mak saudara aku tanya dekat mana surau yang aku singgah tu. Lokasi dirahsiakan namun dekat dengan Kelantan. Mak saudara aku pun kata yang surau tu sebenarnya surau lama dan sesetengah orang akan nampak seperti itu surau baru. Dia menyambung, sebenarnya aku ‘ditegur’ oleh makhluk halus yang tak nak manusia ‘kacau’ tempat/rumah dia .
Selepas habis aku menceritakan semuanya, aku naik ke atas untuk mengambil laptop dan phone. Semasa aku lalu di bilik mak saudara ak , aku seolah-olah nampak makcik tu senyum pada aku sambil melambai-lambai, aku buat tak tahu namun hati seolah-olah tsunami melanda . Selepas masuk ke bilik mengambil bag laptop dan phone terus aku ke ruang tamu untuk menonton televisyen sementara menunggu semua orang dekat situ tidur .
Aku tertidur dan bangun apabila aku teringat nak siapkan assignment. Aku bangun sambil melihat jam sudah pukul 12 malam. Aku bangun terus ambil laptop dan membuat kerja assignment yang tertangguh T^T huhuhu. Semasa aku sedang buat, cawan plastik di dapur seolah-olah terpelanting di baling. Perasaan aku sudah kacau. Aku buat tak tahu dan terus sambung buat assignment. Gangguan semakin bertambah apabila aku dengar seperti bayi menangis, perempuan mengilai, sesuatu ditarik .
Aku semakin takut dan aku menyalakan phone aku untuk memasang ayat al-Quran, namun phone aku gelap tidak mahu menyala. Tiba-tiba, aku dengar ada orang memanggil namaku “Lina………..Lina………” ketika itu rumah nenek aku blackout. Yang tinggal di ruang tamu hanyalah aku dan laptop yang menyala. Aku cuba untuk bukak youtube nak pasang ayat al-Quran namun laptop aku juga terpadam semasa aku mahu menaip di youtube “ayat-ayat Ruqyah” .
Entah macam mana, aku tekad nak masuk bilik, aku terdengar sesuatu yang agak seram di telinga ku ” Lina nak ke mana tu ?? takutke ?? jom mak cik teman” benda tu terus mengilai. Aku pengsan. Pagi esok, mak ayah aku tanya apa yang terjadi namun aku tidak menceritakan kepada mereka dengan mengatakan tiada apa-apa yang berlaku. Aku menceritakan kepada abangku , ” Ash, semalam aku kena kacau sebab tu aku pengsan”. Abang aku juga kata yang dia kena kacau tapi tidak seteruk aku. Abang aku kata yang dia masa tengah dengar lagu dia dengar ada orang kata, “Adik kau aku dah ganggu, lepas ni siapa pulak ? Hehehe aku dah jumpa”.
Abang aku terus menghiraukan suara itu dan tidur sambil dengar lagu Wake me up when September ends – Greenday. Selepas siap solat asar, aku kata yang aku nak balik universiti dengan alasan nak siapkan assignment dengan kawan aku. Ayah aku bagi kunci kereta Swift yang pak cik aku tinggalkan sebab dia ada membeli kereta baharu. Selepas bersalam aku terus naik kereta itu, sangat selesa huhuhu. Semasa dalam perjalanan, kereta aku buat hal pulak! Adoi dugaan.
Masa tu aku atas LPT 2. Aku mencari no phone peronda LPT 2 di dalam phone contact, tiada. Aku mencari di kawasan sekeliling namun tetap tiada. Aku teruskan mencari di dalam kereta. Alhamdulillah, pak cik aku ada buat senarai nombor-nombor peronda seluruh lebuhraya yang dia lalui. Aku terus call dan mengatakan kereta aku rosak dan peronda tu cakap tunggu lagi 30 minit.
Aku terus tutup call dan main game di dalam phone . Tiada gangguan dalam hati aku sangat bersyukur. Namun, sesuatu yang tidak menduga berlaku. Aku ternampak ada sebuah kereta Honda CRV yang di dalamnya ada seorang wanita yang mukanya pucat, bibirnya berdarah sedikit di hujung, matanya agak merah, rambutnya panjang, berpakaian putih di atas bumbung kereta. Aku terus mengucap panjang.
Aku meneliti jam di phoneku, lagi 5 minit peronda akan sampai. Aku terasa agak panas di dalam kereta, aku turunkan tingkap sedikit. Memang taklah aku nak turunkan penuh, nanti ada pencuri ke peragut ke, perompak ke macam mana? Bertambah musibah aku T.T . Tiba-tiba angin di situ agak kencang dan aku terbau kemenyan. Dugaan apa pulak ni. Ya ampun. Selepas 5 minit suasana itu berlaku, aku ternampak kereta peronda dan segera aku menahan .
Selepas baiki kereta aku, aku terus pulang ke universiti. Semasa dalam proses membaiki kereta aku, pak cik tu ada bagi CD ayat ruqyah dekat aku. Sepanjang perjalanan dari Kelantan ke Pahang, aku memasang ayat-ayat ruqyah. Alhamdulillah sepanjang dalam kereta tiada apa yang berlaku tetapi kekadang aku ternampak seperti ada lembaga putih melintas, kain putih di tepi cermin sisi, ada pak cik nak tahan kereta namun aku tetap meneruskan perjalanan .
Aku sampai dekat rumah sewa aku agak lewat namun aku tetap bersyukur kerana selamat. Ketika aku, sampai housemate aku (2 orang ) tengah layan drama korea. Aku menceritakan kepada mereka namun hanya separuh cerita sahaja kerana mereka agak takut dan malam itu kami tidur di depan tv ramai-ramai muahahaahhhaaha .
Sampai sekarang aku masih kena gangguan tersebut namun aku sudah lali dengan perkara-perkara itu.
~tamat~
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Uiisshhh…
Berani pulakkk drive blk sensorg lalu jln yg same…
Fuuuhhh….
Pehh… Rasa meremang lak bila baca, hahaha
Terbaik..
hihihuhu,T.T…seram juga sikit bila dngar cite bgni….
baiknya pakcik tu bagi cd ruqyah. huhu
dia menumpang jd kau kena hantar dia balik. hehe
halau dia cepat2 weh…naya karang bertahan lama2 buat apa
membaca seolah olah tiada penghujung ayat,fuhhhhhhh…..
Aku terus tutup call dan main game di dalam phone . Tiada gangguan dalam hati aku sangat bersyukur. Namun, sesuatu yang tidak menduga berlaku. Aku ternampak ada sebuah kereta Honda CRV yang di dalamnya ada seorang wanita yang mukanya pucat, bibirnya berdarah sedikit di hujung, matanya agak merah, rambutnya panjang, berpakaian putih di atas bumbung kereta. Aku terus mengucap panjang.
MULE2 CKP KAT DALAM LEPAS TU CKP ATAS BUMBUNG PLAK … -__-
peh..seram giler…mak cik tu da bg amaran awal2 da
seram gak lah kalo kene usik macam tue.