Latihan Teater

Hai dan Assalamualaikum kepada semua pembaca. Terima kasih kepada admin jika cerita ini dipublishkan. Aku akan kongsikan pengalaman aku tentang hijab terbuka tanpa aku sedari dan gangguan yang aku kena semasa menyertai kelab teater. Dan aku nak bagitahu, semua nama yang ada dalam ni bukan nama sebenar kami.

Aku merupakan pelajar sem 1 di salah sebuah politeknik di Malaysia ni dan aku telah melibatkan diri dalam satu persembahan teater . Setiap hari kami akan ada latihan teater dari pukul 8 malam hingga pukul 12.30 malam paling lewat di sebuah bangunan jabatan yang ada di poli ni.

Nak dijadikan cerita, satu malam semasa kami buat latihan ada berlaku sesuatu yang tak diduga. Masa tu kami semua duduk dalam bulatan sambil pejam mata untuk sesi “talk heart to heart” iaitu kami akan melepaskan apa yang kami tidak puas hati sambil pejam mata.Semasa pejam mata, aku memang dah rasa tak sedap hati dan belakang badan aku terasa amat bahang. Aku dah mula menggigil dan dan tak sedap badan.

Selepas direktor kami beri arahan untuk buka mata, baru aku buka mata aku dengan perlahan-lahan dengan bahang kat belakang badan masih terasa. Semasa direktor tengah briefing pasal teater kiteorang, budak lelaki yang duduk sebelah kiri aku panggil aku. Dia suruh aku check kawan perempuan aku yang duduk sebelah kiri dia sebab dia termenung. Aku pergi dekat Nisa dan panggil nama dia banyak kali sambil tepuk-tepuk pipi dia. Sikit pon dia tak lepas pandang dekat satu kawasan. Aku masa tu dah rasa lain macam sebab tempat yang Nisa pandang tu adalah bahagian belakang tempat yang aku duduk tadi.

Belakang tempat yang aku duduk tadi memang gelap tanpa ada lampu lansung. Aku pura-pura berani untuk pandang tempat yang Nisa tenung tu. Automatik aku terus pucat sebab aku ternampak makhluk yang tak diundang tu. Bukan satu tapi dua, dia macam bentuk dua orang lelaki, cuma satu besar sangat-sangat dan satu lagi kecil. Bila aku dah confirm Nisa pandang benda-benda tu aku terus panggil nama dia kuat-kuat sambil lempang muka dia. Semua kat situ diam sebab tahu ada sesuatu yang berlaku. Nisa still tak sahut walaupun aku dah lepang muka dia kuat.

Seorang dari akak senior datang kat aku dan Nisa. Aku panggil dia Kak Sue, dia buat apa yang aku buat tadi tapi dia tampar Nisa lebih kuat daripada aku tapi still Nisa termenung dan mata dia tak berkelip lansung. Senior aku, Ajai terus cakap “korang yang islam tu , sama-sama kita baca ayat kursi kuat-kuat. Bila kami start baca , automatik Nisa pengsan dekat bahu Kak Sue. Ajai suruh kami kuatkan lagi bacaan, masatu jugak Nisa dah start meracau. Adam yang pandai dalam hal-hal macam ni suruh aku dan Kak Sue penggang Nisa kuat-kuat jangan sampai terlepas.

Adam mula baca ayat-ayat alquran. Makin kuat Adam baca, makin kuat Nisa meracau sampai aku rasa tangan aku sakit tersangat-sangat untuk pegang tangan kanan dia je. Kak Sue pengang tangan kiri Nisa. Aku masa tu memang dah gabrah gila, bayangkan masa tu aku tangah uzur dan terpaksa handle orang kena rasuk. Aku cuma mampu selawat kat telinga Nisa je masatu. Itupun tonggang-terbalik aku selawat sebab panik sangat.

Keadaan makin seram bila Nisa yang tadi terbaring meracau tiba-tiba duduk melunjur sambil tenung kat salah seorang kawan aku yang lemah semangat. Ira yang kena tenung dengan Nisa terus peluk kawan sebelah dia dan start menangis. Aku pandang Ira yang dah menangis tapi terkedu bila aku tahu yang Nisa bukan tenung Ira, tapi dia tenung benda yang ada belakang Ira. Benda yang aku nampak tadi tapi ada satu je yang beasr, yang kecik aku tak tahu pergi mana.

Makin lama makin kuat Ira nangis. Ajai suruh perempuan selain aku, Kak Sue dan Aina pergi tenangkan Ira. Aina tolong uruskan Nisa sebsb dia ada sixsense bole nampak benda tu dan dia pon ada pengalaman dalam kes-kes rasuk macam ni. Tiba-tiba Aina datang dekat aku dan cakap aku tak boleh uruskan Nisa sebab aku kotor, jadi dia suruh aku tenangkan Ira. Aku ikut je arahan dia dan terus pergi dekat Ira dengan yang lain-lain duduk. Ira still nangis sambil meraung dan cakap dia takut sambil pejam mata rapat. Kami dah cuba nak tenangkan dia dan suruh dia banyakkan selawat, tapi dia masih meraung-raung.

Jalan terakhir, Ajai suruh Amir yang ada kereta untuk hantar Ira balik ke asrama perempuan. Aku dan Leen (non muslim) teman Ira yang masih meraung untuk balik asrama. Sampai je kat asrama, Leen terangkan dekat pak guard apa yang dah berlaku, Masa tu dah pukul 12 lebih, jadi pakguard panggil ustaz untuk ubatkan Ira sambil ada makguard yang tolong sekali. Amir balik semula kat tempat kami berlatih tadi untuk hantar Nisa ke masjid sebab ada sorang lagi ustaz yang akan ubatkan Nisa kat situ.

Lepas Ira dah okey, kami naik ke bilik Ira untuk teman dia kemas barang sebab family dia nak bawak balik dia untuk berubat malam tu jugak. Makguard tadi pon ada sekali temankan kami. Ustaz yang ubatkan Ira dah pergi ke masjid untuk tolong ustaz yang tengah sembuhkan Nisa. Lepas family Ira dah ambik dia, Leena terus balik bilik dia. Tapi aku tak nak balik bilik aku sebab aku takut kalau benda tu ikut aku balik bilik. Aku nak pergi balik masjid tapi roommate Ira tak kasi sebab bahaya kalau aku nak pergi sorang-sorang sebab masjid dengan asrama perempuan agak jauh. So, dorang suruh aku tidur kat bilik dorang untuk malam tu.

kami berbual-bual dalam bilik sampai pukul 1pagi dan aku dapat call dari Aina . Dia cakap Nisa dah okey tapi semua budak teater yang ada kat masjid kena tidur kat sana. Aku dan roommates Ira tidur ramai-ramai kat lantai sambil ayat-ayat alquran terpasang kuat dan aku hanya tidur-tidur ayam je, yang lain memang dah belayar ke alam mimpi. Tiba-tiba aku terdengar suara perempuan menangis mendayu-dayu kat luar tingkap. Aku apa lagi,tutup telinga dan selawat tak henti-henti. Rasa nak terkencing aku biarkan je. Dalam beberapa minit suara tu dah tak ada. Aku terus selawat sampai ke subuh aku tak tidur.

Dalam pukul 6 baru aku naik ke bilik aku dan terus bukak surah-surah guna laptop. Roommate aku semua tanya aku tidur mana?, kanapa tak balik semalam? kenapa kau bukak surah pagi-pagi ni?… Dan jawapan aku, “tak ada apa-apa, aku ada hal semalam” sambil senyum kat dorang, lepastu terus pergi bilik air mandi dan pergi kelas dengan mata lebam tak tidur. 3 orang classmate aku yang join teater dan ada pada kejadian malam semalam masing-masing mata lebam dan letih. Antara classmate aku adalah Aina dan Amir, dia bagitahu aku yang Amir nampak benda tu dulu sebab dia direct duduk menghala ke benda tu malam tu dan dia jenis yang boleh nampak jugak. Terdetik rasa bersyukur bila aku tak duduk kat tempat Amir masa tu, kalau tak bukak mata je terus ternampak dorang. Aina bisik kat telinga aku supaya aku pergi cari ustaz yang arif sebab dia kata hijab aku terbukak malam tadi tapi dia tak dapat pastikan hijab aku terbukak terus atau tak. Dan lagi sekali aku terkedu..

Tu je untuk kali ni. Banyak lagi yang berlaku lepas kejadian ni, sebab dia dah mula mengamuk kat kawasan asram perempuan… Kalau cerita aku ni dipublishkan, insyallah aku kan sambung lagi.

21 thoughts on “Latihan Teater”

  1. Sambung lah lagi yaa….sbb crita yg ni pun dh best sbb mudah difahami….harap ade lgi pengalaman yg penah berlaku dipublishkan disini…

    Reply
  2. Okey best penceritaan kau ni, sya suka. Time membaca tu sya dpt rasa berdebar dan takut (sikit). Good job and good luck for next story.

    Reply
  3. Bab hijab terbuka Tu Aku penah dgr yg ahli agama Kata benda Tu xbetul n mengarut. Tapi yg Aku Rasa penulis ni Dr golongan yg kuat semangat. Klu Aku, Aku pun xpasti Aku ni jenis yg kuat semangat ataupun jenis mcm IRA and nisa Tu. Haha harap2 xjumpa la…

    Reply
  4. Pasal hijab terbuka tu apa yg sy tau penjelasan dr perawat Islam sendiri kata sebenarnya bukan hijab terbuka tp ada makhluk halus yg menumpang dlm bdn org tu. Mungkin jin saka, jin sihir @ yg mengikut. Makhluk ni yg membolehkn org yg dia tumpang tu nmpk benda2 halus ni. Perawat sendiri pn x blg nmpk diorg cuma blh kesan je. Mcm angin kita x blh nmpk tp blh rs.

    Reply
    • Yup, ustaz saya pun Ada ckp, apa yg menyebabkan seseorng ITU boleh nampak, Salah satunya ialah: saka. Seseorng yg Ada saka atau Jin yg mengikut membolehkan die melihat bnda Tu. Bukan pasal hijab terbuka. Ni pengaruh movie kuat ni😅

      Reply
  5. hahahaha alahaiii kesian member dapat pelempang free..tak boleh ke jgn sakitkan org2 yg kena rasuk ni? tak faham betul lah dgn orang2 yg acah pandai ni..

    Reply
  6. Org pompuan ni, sikit2 hijab terbuka. Bnyk sngt pompuan diM’sia ni yg hijab ‘terbuka’. Bererti bnyk yg bangang!!! Dengat sini, klau nmpk bererti mende tu sengaja nk mnmpkkan diri utk menakutkan kaum yg lemah..

    Kalau lh betul hijab terbuka, mmg tk tenteram lh hidup sebab mende ni dimana2. Ini tak, waktu tertentu je!!! Apelalh korang ni. Sedar2lh sikit, korang tu kene permainkan… Ada dalil mengatakan cuma para rasul dan org2 tertentu boleh melihat mende ni dgn izin Allah… Hijab kita hanya dibuka diakhirat kelak. Masa tu, manusia boleh nmpk jin dan jin tk nmpk kite… Wassalam.

    Reply
    • Saya tak ckp slh psl statement awak… Cuma saya rasa awak pernah dengar sesetengah manusia ni mmg ada dikurniakan kelebihan ‘sixsense’ atau deria keenam.. Tu kelebihan yg dorg dpt untuk nengok/nmpak sesuatu yg tak boleh dilihat pada mata kasar… Ada jugak yang kata… org yg boleh nmpak ni didampingi jin/saka.. And yes, perempuan mmg lemah tak sekuat lelaki.. Jadi saya harap awak boleh berlembut sikit dengn bahasa awak untuk “membangangkan” perempuan. Nak tegur boleh tpi guna ayat yg sopan sikit. Even kawan saya yg lelaki pun ada yg boleh nmpak.. Tu pun nak ckp kaum Adam pun ‘bangang’ jugak ke?? No hate just a simple soft talk from me…

      Reply

Leave a Comment