Enjoy, Enjoy Juga

Hai semua pembaca fiksyen shasha! First of all sorry kalau cerita ni takda lah seram mana tapi rasanya bagus untuk pengajaran kita bersama.

Kisah ni berlaku di Air Terjun Bukit Ayer Perlis (Bukit Ayaq la senang) setahun yang lepas. Aku student Unimap. Tapi dah habis dah. Kira time tu dah final year ni nak la enjoy dengan kawan2.

Kebetulan Bukit Ayaq sekarang dah diimprovise ada kolam baru. So masing2 excited nak pi belajar berenang kat sana. Dah free kan. Haha

So 1 petang ni aku dengan dua orang kawan aku Liz & Ain (bukan nama sebenar) pi la nak try skill menyelam dugong kami. Time tu dalam pukul 3 lebih kot kalau tak silap.

Turun dari kereta dengan pelampung sorang satu, mak aiiiii tekojut dengar bunyi harimau mengaum. Haha ni pun dah tanjat gegel dah. Kalau hampa pi bukit ayaq ni ada 1 sangkar dekat cabang pokok tu ada patung harimau yang real macam pak belang tu. Maybe untuk takut2 kan binatang2 buas dari kacau pengunjung.

Time kami bertiga sampai. Orang tak ramai. Yang kami nampak ada 1 batch dari Unimap jugak tengah bbq. Ada la dari semua tu kawan2 aku jugak. So hai2 pastu kami pun pi la kolam idaman tu. Dekat hujung kolam ada la 2 3 family. Maybe weekdays so tak ramai.

Aktiviti menyelam, berenang katak, duyung, dugong pun bermula lah. Makin masa berlalu, pengunjung pun makin susut.
Sampailah pukul 5 lebih. Tinggal kami and nun jauhhhh di hujung sana 1 family.

Aku punya stamina pun dah kurang dah ni. Aku dok tepi kolam tu. Tengok langit mendung macam nak hujan. Liz dengan Ain dok enjoy lagi. Aku tengok langit tu aku rasa tak sedap hati. Dia punya berangin tu seram sejuk pulak dengan pokok2 besar. Tengah hutan kan. Aku tengok dua orang ni enjoy lagi maka aku pun biarkan jela.

Tengah rilek2 tiba2 segerombolan kera datang dekat area kolam tu. Dia bunyi macam2 senang kata bising la. Macam nak bagitau sesuatu. Dia goncang dahan2 pokok, siap ada yang turun tepi tebing kolam tu. Aku pun husnuzon jelah maybe depa lapaq. Sebab takda stall buka haritu. Tapi makin lama, makin banyak kera yang mai. Hujan pun dah turun renyai2. Hati aku makin tak sedap. Aku ajak la Liz dengan Ain balik. Time ni family kat hujung tu ada lagi.

Dah naik atas, Liz cakap “Jom kita mandi situ kejap nak? Macam best ja.” Sambil tunjuk tempat yang ada air terjun tu yang dekat dengan family yang tengah mandi. Aku pun ok lah takpa kot depa ni ada lagi. Kami pun pi.

Aku celup kaki ja sebab tah la dah tak boleh nak feel. Rasa tak sedap hati sangat. Aku bukannya jenis boleh nampak ka rasa ka apa. Tapi tok dengan wan aku selalu pesan jangan seronok sangat.

Tengah layankan depa berenang aku ambek la gambar, selfie, menyanyi konon2 saloma pramlee atas batu tu. Kami syok sangat sampai tak perasan family tu dah balik.

Aku terkejut lagi sekali bila geng2 kera tu datang lagi. Dengan bunyi2 yang macam2 la. Ada seekor kera tu bila aku tengok dia, dia macam marah, macam nak suruh kami blah dari tempat tu. Aku tengok jam around 6 setengah lebih. Aku pun ajak la Liz dengan Ain balik. Nak tukar baju lagi kan.

Time tu memang dah mendung gelap sangat. Hujan renyai angin kuat. Kami decide nak tukar baju tepi pokok besar dekat kereta tu. Since dah takdak orang kan. Tiba2 time nak tukar baju tu. Seluar Ain pulak hilang. Aduhaii. Tak mungkin kera ambek sebab beg tu ada dengan kami ja. Kalut2 cari seluaq, ada pulak kat hujung bukit dekat jalan mati tu sorang pakcik tengah berdiri tengok ke arah tangga ke atas air terjun. Aku dah tak boleh husnuzon dah ni. Nasib dia tak tengok belah kami. Terus ajak depa balik sebab lain macam dah ni. Liz dengan Ain pun macam faham ja aku macam cuak. Tak tukar baju, basah2 terus lari masuk kereta.

Time dalam kereta, aku nampak ada dua orang laki tengah jalan turun dan jalan area dataran tu. Haa sudah. Mai dari mana pulak dua orang ni. Aku suruh Liz cauu laaa. Tapi si Liz ni pulak tiba2 nak turun cari jugak seluar Ain yang hilang. Aku dah budak ni aku kokak jugak satgi.

Liz turun jugak gaiss! Aku dengan Ain tunggu dalam kereta macam nyawa2 ikan dah risau kat dia. Then dia mai balik and cakap takda. So kami pun decide untuk balik. Mamat yang dua orang tadi naik ke tangga ke ayaq terjun tu and lesap. Aku pun tak sure la orang ka apa. And pakcik tadi pun dah hilang.

Otw balik rasa lega ya ampunnnn. Liz & Ain hantar aku balik. Aku tak duduk hostel. Depa balik la berdua ke Kolej Wang Ulu. Aku ingat aku boleh lega dengan ketakutan tadi. Keesokan hari Liz bagitau,

Dia & Ain kena ganggu otw balik. Damn! Kalau hampa orang Perlis, laluan dari Batu Pahat nak ke Wang Ulu guna jalan baru tu sunyi dan gelap kalau malam. Liz & Ain lalu situ dah dekat maghrib dah. Dekat area jalan tu ada 1 kawasan perkuburan. Dekat situ lah Liz tengah drive and rasa macam terlanggar orang. Dia tekejut ingat betul2 terlanggar orang. Then dia turun tengok. Nothing! Omg kenapalah dia turun tengok. Lepas tu aku taktaulah apa jadi kat depa dua dah balik kolej tu. Alhamdulillah aku tak diganggu apa2. Cerita kat mak aku mau menyirap dia. “Sendiri cari pasai.” Sampai harini dia tak bagi aku pi. Aku pi swim dekat Regency pun dia cop aku nyerong pi bukit ayaq. No mak, that will be the last!

Sekiannnn. So moral of the story,

  1. Jangan seronok sangat kat tempat2 yang hutan macam tu. Bukan kita ja ada kat situ. Mungkin ada alam lain sebab banyak kes orang hilang jugak kat situ. Hilang then jumpa balik dalam keadaan blur. Hmmm.

  2. Kalau ada binatang bagi hint macam kera2 tu. Alert la sikit. Orang tua2 cakap binatang ni dia lebih tahu dari kita.

  3. Set your time limit la kalau nak pi kawasan air terjun ke hutan macam tu. Jangan melepek sampai lewat sangat end up jadi macam kami bertiga.

Thanks for reading!

15 thoughts on “Enjoy, Enjoy Juga”

  1. Apehal la kwn ko si Liz tu, mental agaknya!
    Len kali klu ko nk g mana2 or ada aktiviti luar cth camping or hiking ke, tlg la jgn bwk manusia sejenis dia tu, elok2 ok blh bwk jd disaster akhirnya.
    Btw cite ko best.

    Reply
  2. Nak gi mandi2 elok pagi2…tgh hari dah boleh balik…kalau gi petang takut asar ntah kemana..maghrib pun tak sempat..suka la benda halus mengacau..

    Reply
  3. Alahai deknonnn.. berani sgt pergi bertiga je.. dah la semua pompuan.. pegi plk dkt kawasan yg kurang pengunjung bahaya klu berlaku apa².. aku xde la takut tang cerita mistik tu, tp takut klu ada org yg perdajal kamu orang.. next time bawa ramai sket kwn².. senang klu berlaku apa²..

    Reply
  4. please lain kali jangan nak mandi manda sampai ke petang. lepastu org tua pesan, time maghrib jgn drive ke apa ke. rehat dulu dekat memana. kawan kau si liz tu pun acah berani. eh geram pulak aku.

    Reply
  5. interesting..pngalaman agk misteri n memang betul pon kt hutan bukan nk buat suka2 hormat alam sekitar yg ada sekeliling kita, kita tak duduk kt dunia ni ber’sendirian’..btw liz power hahaha gilos!

    Reply

Leave a Comment