Hiking di Gunung Baling Kedah

Assalamualaikum semua. Aku Khairul. Alhamdulillah dan terima kasih atas kesudian para pembaca Fiksyen Shasha yg telah meluangkan masa membaca kisah seram yg aku alami di entri sebelum ini.

Kali ni, aku bercadang nak berkongsi pengalaman aku bersama seorang rakan yg rapat dengan aku yg aku gelar sebagai Amir. Kisah ini berlaku sekitar tahun 2016 iaitu apabila peperiksaan SPM telah tamat. Seperti kesemua remaja yg lain, pastinya kebebasan yg dialami apabila tamat persekolahan akan diiisi sepuasnya dengan lepak-lepak, tengok wayang dan lain-lain.

Tempat kejadian ini berlaku ialah di negeri kelahiran aku di Kedah, lebih tepat lagi di Baling. Bagi sesiapa yg menggemari aktiviti memanjat gunung atau hiking, pasti korang tau tentang Gunung Baling dan Gua Jepun. Tapi aku tak berniat nak menceritakan tentang keindahan alam ciptaan Tuhan ini, tetapi aku nak cerita mengenai gangguan yg kami berdua terima ditempat tersebut.

Baiklah tanpa membuang masa, aku akan mulakan kisah aku ni.  Cerita ini aku mulakan dengan rancangan yg aku bersama dengan 9 lagi rakan telah bersetuju nak mendaki dan menerokai Gunung Baling yg sebelum belum pernah kami jejaki. Kami semua merancang untuk mendaki pada awal pagi sekitar 3 pagi kerana ingin melihat matahari terbit sebaik tiba dipuncak gunung.

Kami memilh hari ahad sebagai hari kami memulakan ekspidisi ini memandangkan ada diantara kami yg berkerja sementara menanti keputusan SPM. Macam biasa, aku bawak bekalan-bekalan yg dianggap penting demi melancarkan perjalanan. Gunung tersebut tak lah jauh pun dengan rumah, jalan kaki pun sampai ja. Tapi entah kenapa excited lebih. Tapi, ada satu benda yg aku anggap remeh sebelum hari pendakian ini, iaitu pesanan mak aku. Bukan aku tak endah, tapi jiwa muda ni bila dah terlalu syok, benda penting pun buat tak heran.

Mak aku ada pesan, nak mendaki tu, banyakkan baca doa dan zikir. Dan paling penting, jaga perlakuan terutama sekali mulut tu jangan kalut sangat nak menegur semua benda dan jangan nak seronok sangat sebab selalunya bila seronok terlebih ni mesti ada benda tak elok nak jadi. Aku pulak sambil dok best-best pack barang cuma hmmmm kan ja pesanan mak aku tu. Tak fikir dah cakap mak aku tu ada betulnya.

Tiba hari pendakian, seawal jam 2.30 pagi aku dah terpacak menunggu rakan2 yg lain untuk sampai. Tapi, last-last pukul 3.30 baru boleh gerak almaklumlah kita ni Melayu. Jam melayu ni kadang-kadang bukan betul sangat. Kami semua diiringi dengan seorang guide yg akan bersama mendaki kerana bimbang kami ditimpa bahaya yg tak diingini.

Dalam hampir 1 jam setengah kami mendaki, akhirnya kami hampir tiba di puncak. Dan disini la sesuatu yg aku tak mau jadi, terjadi jugak. Si Amir ni tiba-tiba pulak la nak terkencing. Terpaksa la kami berenti buat seketika sementara nak bagi laluan kat Si Amir ni sebab kami nak bagi semua program jalan macam yg diharapkan so x mau la Si Amir ni nanti jadi haru biru pulak dok tahan kencing punya pasai. Dan, ya. Aku la kena p teman si Amir ni cari mana-mana port yg boleh buat lepas kecemasan ni. Cari punya cari akhirnya dapat la jugak kami port nak lepaskan segala yg tertahan nii. Dok dalam 15 minit jugak la Amir ni melepas!

Dan, jadila benda yg tak diingini. Kami nak pi cari jalan keluar dari kawasan tu tapi masalahnya keadaan kat situ seolah-olah gelap sedangkan masa kami ke situ, keadaan agak cerah. Dah gelap, ada pulak benda seolah-olah berlari kat dalam semak depan kami. Yang aku ni dah cuak, si Amir ni elok ja pi jerkah benda tu. Dia ingat tu kawan-kawan aku yg lain dok mengusik kami. Dah tak tau nak buat apa, dengan keadaan gelap dan tak tau macam mana boleh tersesat, kami decide nak teruskan perjalanan mencari ahli kumpulan yg lain. Nak tunggu lama-lama pun takut ada benda lain pulak datang cari.

Baru ja kami nak melangkah, tiba-tiba darah aku menyirap semacam. Amir tak perasaan apa yg aku berenti, dia terus ja berjalan. Apa yg aku tau, Amir tak nampak apa yg aku nampak. Benda berbulu seakan monyet besar mata merah tapi jalan tak jejak tanah tengah duduk diam perati aku.

Aku ni nak jerit panggil nama Amkr pun tak lepas dah. Nak baca suarah pun lidah dah macam kena gunting. Lama jugak aku rasa aku dalam keadaan mcm tu sampai la Amir ni sedar aku takdak dengan dia. Tuhan ja la yg tau perasaan aku masa tu. Nak kata beruk perati aku, mana ada beruk besar macam tu. Ka gorila? Apa yg aku tau, lepas ja Amir ni mai kat aku, benda tu pun lenyap.

Amir ni pulak dah tengok aku pucat semacam tak tanya apa-apa sekaan paham keadaan masa tu. Berbekalkan sikit air mineral yg dibawa, dia tuang atas tapak tangan, baca ayat pelindung dan sapu kat muka aku. FUH! Rasa macam baru sedar dari mimpi bila kena macam tu. Aku nak cerita apa yg aku nampak tapi dia tak bagi. Dalam setengah jam jugak la aku rasa kami dok keliing cari team, akhirnya jumpa jugak. Kat tempat yg sama depa tunggu kami tapi macammana kami boleh tak dapat nampak depa masa tengah cari tu?

Alhamdulillah, dalam 5.20 cam tu kami sampai puncak. Lega tak terkira masa tu. Aku lupakan seketika apa yg menimpa aku tadi, aku nikmati anugerah Tuhan kat depan mata aku. Panorama matahari naik betul-betul memukau pandangan. Indahnya pemandangan, Subhanallah hanya Tuhan saja yg tau betapa bersyukur aku akhirnya dapat jugak aku sampai ke puncak. Dalam pukul 8 cam tu kami dah sampai balik ke kaki gunung stesen pendakian tu.

Baru la Amir ni bukak cerita apa yg dia nampak. Rupanya masa aku duk terpaku sebab nampak benda tu Si Amir kata dia ingat aku still kat belakang dia. Dia pun aku tak syak apa-apa sebab masa dia dok berjalan tu, dia dok sembang dengan aku tapi aku diam ja. Dia ingat aku penat sangat so dia buat bodo ja, sampai la benda yg  Amir ingat itu aku tu , tiba-tiba menangis pastu gelak cam pontianak, baru la Amir toleh ke belakang dan sedar tu bukan aku. Sebab sejurus lepas benda tu menangis macam nak gila, benda tu hilang macam tu je. Tu yang si Amir bergegas patah patah balik cari aku.

Tapi mujurlah tak jadi apa-apa. Mau kena rasuk kat atas gunung tu tak ke naya? Ok tu ja la kot perkongsian aku setakat ni. Semoga terhibur dan dengan cerita aku ni walaupun tak seseram mana. Terima kasih..

20 thoughts on “Hiking di Gunung Baling Kedah”

  1. pesan org tua2 klau masuk hutan bila nak panggil kawan jgn panggil nama betul dia. sebelum masuk hutan tu buat kod siap2 pggil pak long ke apa ke sebab benda tu akn tiru.

    Reply
  2. Saja diorg nk menyakat tu.. mungkin bosan kot dh lama xde org hiking kt situ pagi² buta.. klu time diorg marah, tu yg boleh buat histeria tu..
    Tp klu aku jd amir, msti aku dh lari lintang pukang tinggalkn ko sorg² menghadap gorila tu.. 😂😂

    Reply
  3. allahu , bro kita serupa , moslty benda yg tsrempak mmg spesis mcm beruk besar mata merah , berbulu coklat adakalanya gelap , alhamdulillah bro dgn team selamat ,
    take care dkt mana sklpun

    Reply
  4. situasi cmni apa tak seram lau kena hahah,kuat tak kuat jer boleh hadap lau tak yeah memang naya dlm hutan ni lau tak berjaga..ppe pon crita best!

    Reply

Leave a Comment