Balan-balan?

Hello semua pembaca Fiksyen Sasha. Terima kasih kerana sudi baca cerita saya. Saya berasal dari Sabah dan tinggal di daerah Telipok. Kisah seram yang saya ingin ceritakan ini terjadi 6 tahun yang lalu Saya memang dari kecil boleh nampak benda-benda halus dan boleh rasa kehadiran mereka. Banyak pengalaman saya kena kacau benda-benda ni. Kalau nak cerita semua, boleh buat buku sudah.

Cerita ini bermula bila saya dan keluarga berpindah ke rumah baru(sekarang tidak tinggal di sana sudah) di salah satu taman perumahan di Telipok. Rumah baru kami okay saja, tapi kalau duduk di luar rumah time malam memang rasa seram. Tengok langit kadang-kadang nampak benda lain. Pernah juga nampak kain buruk yang bertanah terbang di langit. Nak kata kuat angin sampai kain orang lain terbang tinggi di atas langit pelik juga. Tapi positif saja lah, haha.

Saya memang selalu tidur awal, sebab kalau tidur lambat, nanti kena kacau oleh mahkluk syaiton pula. Rumah saya dua tingkat, family saya tidak akan biar rumah kami ni completely gelap. Saya tidak ada bilik sendiri time tu sebab kalau tidur sendiri kena ganggu (sekarang sudah kurang gangguan). So saya tidur dengan kakak (sudah berkahwin sekarang).

Pada suatu malam, saya rasa mengantuk sangat-sangat. Saya plan nak lambat tidur sebenarnya, tapi tertidur juga akhirnya tapi tak lena. Kucing saya pula tidur dekat kaki saya. Tiba-tiba dalam tidur-tidur ayam tu, saya dengar bunyi bising. Suara seorang perempuan macam terkumat kamit cakap sesuatu. Sangat kuat! Dari bawah sampai lah atas tempat bilik saya tidur. Saya muka mata saya sedikit, saya nampak ada something bulat yang terbang. Muka dia buruk, gigi taring terkeluar dari mulut. Rambut dia panjang, serabai lebih kurang macam kak limah, haha. Tapi rambut kak limah lagi teruk. Fikiran saya separuh sedar, jadi otak saya masih tidak dapat memproses apa yang terjadi.

Mulut dia masih terkumat-kamit cakap sesuatu. Lepas tu… Saya rasa ada benda tajam cucuk kulit saya. Saya buka mata saya sikit, saya nampak benda tu terbang dan gigit-gigit kaki saya. Saya bingung, tapi sebab terlampau mengantuk, saya sambung tidur. Saya rasa lagi benda tajam tu cucuk kulit saya, tapi tidak tembus kulit saya. Saya terus bangun. Dengan otak yang separuh sedar, saya sangka kucing saya yang gigit kaki saya sebab si meow tu suka gigit kaki saya masa saya tidur. Saya duduk dan tengok posisi kucing saya tidur. Dia tidur membelakang kaki saya dan sangat lena tidur. Tak mungkin dia. 😰

Terus otak saya proses apa yang berlaku. Ayat kawan saya terngiang-ngiang di telinga, “Dengar cakap balan-balan takut kucing. Bilang mama saya, kalau dia nampak kucing, dia kira bulu kucing tu satu-satu.” Takut apa nya, depan kucing saya lagi dia gigit saya πŸ˜‚ Kira bulu kucing konon, tengok kucing saya pun tidak.

Tiba-tiba, masa saya tundukkan kepala tengok kaki saya yang digigit, ada satu kepala perlahan-lahan muncul di pandangan sisi saya. Scene dia ni memang macam dalam tv tu, yang hantu perlahan-lahan muncul di depan macam tu πŸ˜‚. Saya apalagi, terus capai kain dan mau pukul si kepala terbang tu sebab geram kena kacau tidur dan takut. Dia pun lari dan menyorok dalam pakaian yang belum dilipat, habis saya tumpahkan semua sambil memukul pakaian-pakaian itu.

Lama saya buat macam tu. πŸ˜‚ Saya pun cari dia dalam longgokan pakaian tu tapi dia tiada. Dia sudah hilang. Saya terus pasang lampu. Lama juga saya terduduk sebab ketakutan, kakak saya pula msih tidur lena. πŸ˜‘ Selepas berdoa, saya pun sambung tidur malam tu tanpa off lampu bilik. Lepas beberapa hari, kakak sulung saya(dia ada bilik sendiri) nampak ada kepala tembus keluar dari pintu bilik saya dan kakak bongsu saya.

Bertahun-tahun berlalu, tapi saya masih ingat peristiwa tu. Saya bingung, apa tujuan dia gigit? Kenapa dia gigit tidak tembus kulit? Dua tahun lalu, semasa di cafe kg E UMS(student UMS jangan panik), saya rasa ada perasaan yang kuat orang tengok saya. Bila saya tengok ke arah itu, saya nampak lagi kepala terbang, kali ni wajahnya putih dan cantik. Dia nampak saya dan terus berlalu terbang. Saya bingung, kenapa golongan ini tertarik dengan saya? Sebab semasa dua peristiwa itu berlaku, saya tidak datang bulan pun.

Baru-baru ini, saya ada bertanya dengan seseorang melalui facebook tentang hal ini sebab dia banyak tau bab macam ni. Alangkah terkejut nya saya bila dia suruh saya pergi berubat. Dia kata mungkin dorang mau minta “tolong”. Dorang nak saya ganti tempat dorang. 😰 Dia takut saya sudah “terjangkit” sebab kena gigit.

Tapi selama ni saya okay jak pun. Lepas tu saya terfikir, mungkin kalau malam tu dia berjaya gigit tembus kulit saya, mungkin saya yang akan jadi macam dia, dia pula hidup normal. Patut la berusaha sungguh nak gigit saya. Syukur saya dilindungi oleh Tuhan. Nasihat saya, berhati-hati lah. Ada jak orang yang tidak bertangunggjawab yang cuba mau ganti tempat dorang dengan kita.

33 thoughts on “Balan-balan?”

  1. cerita merapu apa laa kau nie miss w . serabut aku baca . haha . sorry to say, tak best langsung n ntah pape je cerita nie . pulak tu kau dah nampak kaki kau kene gigit tp blh sambung tido balik? ehh siyeslaaa?

    Reply
    • Hai, saya miss W. Sebenarnya tak sangka juga fiksyen sasha publish cerita saya. Kalau kau tak faham, tak payah baca. Ini memang cara orang sabah bercakap. Kami orang sabah okay je faham orang semenanjung bercakap.
      Kami try lagi bercakap macam orang semenanjung. Saya memang da biasa nampak hantu, so lepas kena kacau, tidur lah balik. Nak buat apa lagi? Da nasib. Hanya orang yang biasa nampak benda halus je faham. Lagipun esok sekolah masa tu, tak kan nak berjaga pula?

      Reply
  2. org yg komen ni racist!! hnya yg fhm je tau motif sbnr hantu balan2. jgn main2 klau trjmpa hntu ni! sbb dia manusia jugak cuma MANUSIA YG ADA ILMU SYIRIK!

    Reply
    • Kalau di sabah, penanggal ni kami panggil balan2. Memang macam mengarut, kalau tidak terjadi dengan diri sendiri. Saya memang betul2 rasa gigi tajam di kaki saya. Sebab itu la saya terbangun.

      Reply
  3. “Dia pun lari dan menyorok dalam pakaian yang belum dilipat, habis saya tumpahkan semua sambil memukul pakaian-pakaian itu.” This r the sentence I’m a bit curious. Balan2 ada kaki? If I’m not mistaken, balan2 ni mcm floating head saja kan?

    Reply
    • β€œDia pun lari(pergi) dan menyorok dalam pakaian yang belum dilipat, habis saya tumpahkan semua sambil memukul pakaian-pakaian itu.”

      bagi sabahan, perkataan lari itu tak semestinya secara fizikal.

      ya kadang2 memang mengelirukan bagi orang2 yang langsung tidak tau slang atau cara sabahan bercakap. Kadang2 boleh salah faham.

      contoh:
      ‘nahh sudah saya masak ni kuih, ko talan2 lah’ (talan=telan) – bila dengar sabahan cakap macam ni, sila jangan telan kuih, makan seperti biasa saja.

      ‘eee, ko ni menghalanglah, lari dulu ko sana’ – sila jangan lari, duduk tepi yang tidak menghalang pandangan kawan sabahan anda.

      ok lah itu saja lah. yang lain sila google.

      Reply
    • Maksud dia larikan diri menyorok la..
      Macam burung larikan diri dengan terbang..
      Ular larikan diri ngesot..

      Jangan lurus sangat tatabahasa tu haha

      Reply
  4. kwn2..penulis kite ni berasal dari sabah..phm2 lah sikit bahasa dia..jg asik nak entam org jek…
    mama paham jek apa yg dia nk sampai kan..
    moga adik terus berubat supaya perkara yg tak diingini trjdik…

    Reply
  5. i feel u sis, 2012 ke 2011 dekat kg E ums kecoh pasal balan2 menyerang kampung E, siap ada peraturan kol 8 malam suma kena tutup tingkap tak leh kuo hatta g kafe kg e tuh…
    atee maunya tutup tingkap, aku le degil bukak juga tingkap, panasssss oii malam angin luo tak masuk bilik full orang, hahaha kol 2 3 pagi terjaga, ambik ko seram sendiri..tp alhamdulilah tak da apa berlaku.. lama2 menyepi le kisah balan2 tu.
    belajo kat UMS bru taw apa tu balan2..

    Reply
    • Sis blok mana dulu? Seram juga. Tapi yang paling seram, kolam kg E tu πŸ˜‚ Hari tu lalu malam2, ada “manusia” berenang di kolam.. Hhmmm, siapa la yang santai sangat berenang di kolam tu malam2 kan? Hahaha..

      Reply
    • Tak pergi sebab saya okay je. πŸ˜… Nak pergi juga ke? Huhu. Sebenarnya family saya ada sejarah menuntut ilmu hitam(nenek moyang). Mungkin itu la sebab benda2 halus ni tertarik dengan saya.

      Reply
  6. Sabar je lah kpd penulis.. bkn semua org suka penulisan kita.. yg diorg tau nk menghentam je.. apa pun terima kasih kerana sudi share pengalaman..

    Reply
    • Xpe, terima kasih. Saya doakan dorang lalui apa yg saya lalui haha. Sebenarnya, saya tak sangka cerita saya kena publish. Lepas setahun baru tau hahaha..

      Reply
  7. Saya cuba baca dan membayangkan org sabah sedang bercakap. So rasenye takde masalah pn nk faham. Itu memg cara diorg cakap. Malah cerita ni, kalau difikirkan memg sgt menyeramkan.

    Reply
  8. aku baca ok je. Sebab aku penah dduk labuan dulu and aku paham. balan balan ni macam penanggal jugak. tapi x tau pulak kalau depa nak pulih depa kene gigit someone yang normal. minta jauh.

    Reply
    • Sebenarnya saya tak pasti juga. Tapi kenalan facebook bagitau saya. Sebab family dia tu banyak pengetahuan pasal benda2 ni. Mungkin bagi dorang, cerita saya bosan sebab tak panjang. Tapi kalau lalui sendiri, seumur hidup ingat. Sebenarnya banyak lagi pengalaman saya nampak benda2 halus ni tapi semuanya pendek2 je. Ada yang panjang tapi malas nak cerita, sebab penat taip haha.

      Reply
  9. Mandak!! Sa suka cerita ko tpi lagi bagus klu ko tulis guna bhsa sabahan yg paling kental πŸ‘πŸ€£πŸ€£ paduli tu komen2 negative. Sa tunggu cerita terbaru dri ko kalau ada kio heh heh

    Reply
    • Ponsikou haha.. Penat sia buat ayat utk dorang faham tapi ndak juga dorang faham hahahahaha.. Teda sudah, banyak cerita sia tapi malas mau menaip hahaha.. Lepas pigi seminar church, kurang2 sudah kena kacau. Siou baru balas skrg sebab baru perasan cerita sia kena post haha..

      Reply
  10. balanΒ² tak sama dengan penanggal especially. balanΒ² tu sekali gabung dgn bdn but penanggal adalah jadian. dy boleh cabut her head of.

    Reply
  11. Ouh lebih kurang spesies same cam penanggal erk?? Dan lgi satu x fhm kalau dia gigit kita akan jd mcm dia? Mcm mengarut jer…ermmm

    Reply
    • Kalau di sabah, penanggal ni kami panggil balan2. Memang macam mengarut, kalau tidak terjadi dengan diri sendiri. Saya memang betul2 rasa gigi tajam di kaki saya. Sebab itu la saya terbangun.

      Reply
  12. Syukur xda apa2 prkara buruk brlaku, klau sdah bragama mmang bnda tu xbleh buat apa2 lgi tu, asalkan prcaya kpada yg lbih brkuasa(Tuhan) & xprlulah p mnta brubat tu, sbab brubat cara tradisi (bomoh) tu xda bezanya dgan prubatan ilmu hitam, prcaya kpada kuasa Tuhan ialah cara yg trbaik brbanding prcaya kpada kuasa bomohπŸ™ (Wahyu 21:8) Tetapi orang-orang penakut, orang-orang yang tidak percaya, orang-orang keji, orang-orang pembunuh, orang-orang sundal, tukang-tukang sihir, penyembah-penyembah berhala dan semua pendusta, mereka akan mendapat bagian mereka di dalam lautan yang menyala-nyala oleh api dan belerang; inilah kematian yang kedua.”

    Reply

Leave a Comment