Assalam dan Salam Sejahtera.
Tak kenal maka tak cinta. Jadi sebelum aku nak kongsikan kisah ini molek aku perkenalkan diri aku dahulu. Cukup aku namakan diri aku sebagai A.M.I dan aku merupakan salah seorang pelajar di sebuah fakulti di UNIMAS. Cukup itu sahaja buat pengenalan kerana bukan aku watak utama kisah ini.
Kisah ini aku tulis untuk ‘page confession’ uni aku tapi dorang publish part1 je so im trying my luck here dan untuk pengetahuan korang kisah ni bukanlah aku yang mengalaminya. Aku cuma sang periwayat yang mendengar cerita ini secara langsung dari kawan aku. Cukup aku namakan dia sebagai N dan N ni pelajar di sebuah fakulti aliran sains. Kisah ini bermula sewaktu cuti semester kedua tahun 2016 dan sewaktu itu N adalah pelajar Tahun 3 yang tengah menjalankan kajian untuk Projek Tahun akhirnya.
Nota: kata ganti nama “aku” disini merujuk kepada N
Sebagai pelajar tahun akhir yang ingin bergraduat “on-time” maka aku memilih untuk kembali 2 minggu lebih awal sebelum semester bermula. Aku tinggal di sebuah kolej yang terletak nun diseberang Kolej Cempaka namun bukan Dahlia mahupun Sakura. Namun aku tinggal disitu buat sementara waktu sahaja sementara menanti semester bermula dan aku tinggal berseorangan di blok tersebut.
Sepanjang aku tinggal berseorangan tiada pula aku mengalami sebarang aktiviti paranormal yang menakutkan sehinggalah satu hari dimana aku terpaksa membuat kajian di sebuah Makmal yang terletak di Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan. Makmal tersebut berdekatan dengan Rumah Mayat dan aku juga pernah diingatkan staf makmal agar jangan berada di situ selepas jam 5 petang.
Pada awalnya aku tidak ambil kisah akan pesanan staf tersebut kerana aku punya kad akses kerana aku ingat dia takut aku susah untuk keluar masuk kerana dia akan balik selepas waktu pejabat. Disebabkan aku masih ingin menghabiskan kerja aku pada hari tersebut maka aku berada di situ hingga hampir maghrib dan secara kebetulan aku “bendera jepun” pada hari tersebut.
Setelah mengemas apa yang patut lalu aku pun terus melangkah keluar ingin kembali ke kolej kediaman setelah seharian di makmal. Sewaktu dalam perjalanan pulang suasana kampus waktu itu sungguh suram dan sunyi. Hanya tinggal aku keseorangan dan aku mengambil keputusan untuk mempercepat langkah ku.
Sesampai sahaja di kolej aku menarik nafas lega tiada apa-apa yang terjadi walaupun hatiku berasa tidak nyaman dan berasa seperti ada yang memerhati sejak dari tadi. Namun aku hiraukan perasaan tersebut dan terus aku merebahkan diri di atas katil yang empuk lagi enak. Mungkin katil ini berpuaka aku yang tadi hanya ingin melepaskan lelah pun lalu terlelap.
Sedar sahaja dari lamunan yang nyaman tadi terus aku gapai telifon dan jam pada waktu itu menunjukkan sudah lewat 10 malam. Aku terus bangun untuk ke tandas bagi membersihkan diri. Di saat aku tengah mencuci pad aku yang “sarat” akibat hari ni “hari pertama” aku maka satu tandas berbau dengan bau “kotoran” tersebut.
Saat itu juga aku merasakan seperti diperhati. Namun aku teruskan dengan aktiviti aku tadi. Tapi kali ini aku dapat rasakan dan dengar dengan jelas seakan-akan ada yang bernafas di tengkuk aku. Aku mula menggelabah dan apabila aku toleh ke kanan aku terlihat… longgokan baju kotor aku yang banyak yang aku lupa nak cuci pagi tadi. Nampak gayanya esok je lah aku kerjakan baju-baju tu bisik N dalam hati. N kembali tersedar yang tadi dia rasa seakan-akan ada yang memerhati nya lalu bulu romanya pun kembali mengerbang.
Cepat-cepat aku habiskan urusan aku di dalam tandas lalu terus ke bilik aku yang sebenarnya bilik kawan aku yang aku tumpang sementara tunggu semester baharu bermula. Kawan aku ambik antarsesi tapi dia dah balik ke kampung so aku tinggallah sementara kat situ.
Part halal haram ke tu belakang cita ek. Fokus kat kisah ni je dulu. Sebabkan aku ni bukanlah keturunan Pendekar Mustar mahupun Satria Baja Hitam maka untuk menghilangkan rasa takut aku pun mengambil keputusan untuk terus tidur sahaja.
Tido aku sungguh lena hingga aku tersedar dalam 3 pagi lebih kerana terdengar seakan-akan ada bunyi orang mendengus atau bernafas yang semakin kuat di pendengaran aku. “huh…huhhhh…huhhhhh…”. Bunyinya macam orang yang sangat kesakitan dan lelah. Aku cuba untuk menyedarkan diri aku sepenuhnya dan cuba mendengar lebih tetiti. Maklumlah masa tu aku baru bangun tidur masih mamai lagi, takut tersalah dengar. Tapi, aku pasti itu bukanlah bunyi mereka-mereka yang sedang membuat ‘bayi’ di subuh hari yang hening. Sebab tiada orang lain di rumah itu selain aku.
Aku bertambah yakin yang suara tersebut bukanlah khayalan aku kerna bunyinya semakin kuat dan dekat. Nahhh!!! Tekaan aku tepat! bila aku terlihat satu susuk lembaga hitam berbulu dan seakan-akan bertanduk mendekati aku. Aku sewaktu itu masih berbaring di katil tba-tiba terasa kaku.
Tubuhku tidak dapat digerakkan…
Suaraku tdak dapat dikeluarkan…
Pandanganku tidak dapat dialihkan…
‘Dia’ semakin mendekat dengan aku dan terus seakan-akan duduk disamping aku di atas katil. Aku masih ingat, dengar dan rasakan yang ‘dia’ membelai rambutku dan menepuk bahu ku seperti ibu yang menyuruh anaknya kembali tidur.
Arrgghhhh….
Aku cuba untuk melawan.
Aku seakan-akan menjerit di dalam hati dan minda. Aku pun mula membaca surah-surah bagi menghalaunya. “Alllhumma bariklana fima razaqtana waqina azabannnaarrrrrrrrrr” lantunan doa aku bacakan namun Iblis laknat masih degil tidak berganjak. Tiba-tiba aku tersedar patutlah setannya tidak berganjak doa makan yang ku zikirkan (ini benar).
Aku sewaktu itu yang tengah berdebar jantung ibarat marathon 100 km terus menerus sedaya upaya untuk melepaskan diri darinya. Akhirnya aku mengumpul segala tenaga untuk bangun dan aku berjaya. Aku terus bergegas ke Iphone ku untuk mendail nombor ayahku kerna itu sahaja yang mampu benak fikiran aku ini fikirkan. Namun malang nasib ku apabila Sang Ayah tidak menjawap panggilan.
Disebabkan aku dah terlalu panik aku dail sahaja nama-nama di dalam ‘contact’ ku dan akhirnya selepas beberapa kali cubaan seorang rakan aku menajwap panggilan. Sadisnya, si kawan yang diharapkan pertolongan tidak mampu berbuat apa-apa kerana jin setan bukan bidangnya. Apa yang dia mampu sumbangkan adalah menenangkan aku sambil otp hingga makhluk itu hilang dari pandangan.
Keesokan harinya awal-awal pagi lagi aku kemas barang-barang ke rumah rakan lain berniat untuk menumpang. Sungguh pengalaman ‘diziarahi’ makhluk tersebut malam itu tidak dapat aku lupakan. Diharap orang semua dapat ambik pengajaran supaya janganlah biar diri kita ni kosong. Isilah dengan zikir dan taqwa kepada Allah dan bukanya takut dengan Jin Setan segala macam jembalang ni. Kalau boleh istiqamah lah baca Ratib Al Attas atau zikir-zikir lain buat ‘pendinding’ kata orang tua.
~Tamat~
Parking dulu.. Jap den lagi baca..
Ingatkan ade kaitan ngan bilik mayat tu… ermmm…
tue lah same gak ingat ade sangkut paut rupernye tade..huhhuh
best jgk . tp kalau berkait dgn rumah mayat tu mesti lagi umphh cerita nie . btw, thanks ya writer
part buat ‘bayi’ tu maknanya bahamput ke??
Err aku terlelap jap then aku smbung bca perenggan t’akhir. Ok.. cuba lagi… 😪
seram
mungkin penulis lupa nak tulis agaknya kaitan dgn bilik mayat tu.. aku mcm assume benda tu follow dia dari situ.. dan btw, sebenarnya “doa makan” tu bkn sekadar doa makan ye..
“ya Allah ya tuhanku, kau berkatilah rezeki yg kau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari azab api neraka” – mungkin kurang sesuai utk situasi diganggu makhluk halus tapi sekadar nak bagitau..
pengajarannya, baca mungkin semua boleh baca, yg penting ialah fahami maksudnya..
dan kalau jadi apa2, nak berdoa/zikir tak semestinya ingat doa2 spesifik dan dlm bahasa Arab.. ye la dlm keadaan tu mesti tak dpt fikir straight kan.. tp doa ni universal.. cukup dlm hati tu mohon Allah lindung, jaga, selamatkan, insyaAllah.. yakin dgn Allah tu yg paling utama..
Namun aku hiraukan perasaan …
hirau = peduli = tidak abai = tidak biarkan
tidak hirau = tidak peduli = abai = biarkan
Yang mana satu maksud ayatnya …
Sebab ramai penyumbang FS buat ayat seperti salah maksudnya…
Aku tertanya2 dari mane kekuatan yg si N tu dpt erk…blh duk kat kolej sorg2 lak tuu…mcm hairan lak aku rasa….
Ini biasa kat Unimas lebih-lebih lagi bila kita sibuk dengan thesis nak siapkan. Tak dapat grad tu lebih menakutkan daripada duduk sorang kat kolej hihi