Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Wah. Baca komen pembaca sebab aku tak habiskan cerita pasal Nani lagi seram keadaannya dari keadaan mengadap kejadian insan bernama Nani. Takut aku. Hahaha. Minta maaf semua. Aku rasa panjang mungkin sebab aku rasa tempoh masa nak kumpul dan ingat balik semua kejadian dari 2 tahun lepas ambil masa sikit. Banyak sangat yang berlaku jadi, aku perlukan masa untuk pastikan aku betul-betul okay, mental dan fizikal aku. Minta maaf banyak-banyak semua. Okay lah. Aku compile sekali semua, start dari yang tak habis kelmarin.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Perlu mula dari mana, macam kurang pasti pulak. Tadi pagi, (tarikh : 21 September 2018) ternampak thread dari twitter yang Fiksyen Shasha share tentang Dendam Housemate Pengotor. Tak sangka betul admin up balik cerita tu. Lama sungguh, dari 2017 cerita tu. Dan kejadian Nani yang paling awal, tahun 2016.
Part 1 : https://iiumc.com/roomate-bela-ulat/
Part 2 : https://fiksyenshasha.com/dendam-housemate-pengotor/
Dan, setelah sekian lama, aku Sara Liyana, confessor pada story di atas. Hi Semua! Sebenarnya tak terfikir nak share the rest of the story dan SUNGGUH tak sangka aku masih boleh hidup sampai sekarang, dari 2016 sampai 2018, dari umur 24 tahun sampai 26 tahun, lepastu tengok pulak admin up balik cerita lama, mengundang memori berdarah betul :’( Jadi, ini adalah pengakhiran cerita dekat atas, lepas hampir 2 tahun peram cerita ni.
Lepas Pakcik Said tolong pulihkan keadaan aku dan rumah, dan mak datang KL teman anak dia yang ‘sakit’ ni, aku cari balik Nani. Pergi rumah lama, dia dah tiada. Cari facebook account dia, tiada juga. Memang runsing betul masa tu cari jalan mana nak jumpa dia. Sebab memang tak banyak info pasal Nani. Cuba cari dengan buat public post di Facebook, masih tak jumpa. Tanya jiran-jiran lama, mereka semua cakap dah lama tak Nampak Nani sejak aku keluar dari rumah tu. Aduh, makin pelik ni. Macam makin susah dah perjalanan nak jejak Nani. Serabut betul masa tu.
4 bulan lepas Pakcik Said datang rumah (oh ya, aku masih duduk rumah yang sama sampai sekarang), dan masa ni mak balik kampung dah sebab aku yakin aku dah betul-betul sihat… sampailah aku sampai rumah betul-betul waktu senja. Satu tabiat aku dari dulu sampai sekarang, aku akan guna tangga untuk turun naik rumah, tingkat 11 sebab nak keep fit. Tapi lain betul rasa haritu. Tangga tingkat 7, aku jumpa Nani wehh semuaaaaa! Memang dasyat betul keadaan kaget aku masatu. Nani berdiri dekat pintu kecemasan yang selalu jadi exit door dekat tangga tu. Cara dia pandang aku, cara dia senyum, sampai sekarang aku masih ingat. Macam dia dah tahu aku akan naik tangga, jam 720pm. Nani sengih dan…
“Hi Sara. Jom pergi rumah aku?”
“Kau tinggal sini ke Nani?” aku tanya.
“Ya. Tu rumah aku” – sambil tunjuk ke arah lorong rumah. Gelap.
Pelik betul. Apesal floor 7 sepanjang floor gelap gelita. Takkan semua lampu rosak kot!
“Sara! Jom pergi rumah aku?”
“Taknak. Aku nak balik” jawab aku.
Dan….. Nani menjerit sekuat hati dia sampai aku rasa nak terkencing sebab takut sangat. Masa tu aku rasa macam dia nak bunuh aku. Serius trauma sangat masa tu. Aku terus lari naik tangga sampai rumah, tak toleh belakang dah.
BAMMM!
Pintu rumah kena tendang. Kalau ingat balik, aku tak rasa perempuan ada kekuatan untuk hasilkan tendangan kuat macam tu. Tapi sekali je tendang, lepas tu dia senyap. Aku terus solat, mengaji dan teruskan sampai Isyak lepas tu aku tido. Penat lain macam.
Bangun pagi, memang rasa takut. Lepas Subuh, sungguh-sungguh aku nangis. Aku fikir apa jadi kalau aku keluar rumah harini, macam mana aku nak survive another days dekat sini sebab aku rasa Nani macam follow aku salama ni, dan mungkin sampai bila-bila.. Jadi aku decide untuk guna lif pulak. Lepas kejadian jumpa Nani dekat tangga floor 7 tu, 4-5 minggu jugak aku tak jumpa dia jadi konklusi yang aku dapat adalah, Nani cuma follow aku selama ni, dia taklah sampai nak pindah rumah tingkat 7 tu kan?
Sara, kau silapppppp besar!
Hari Sabtu beberapa minggu lepas tu, seawal pukul 2.30pagi camtu, aku dengar ada bunyi dekat luar bilik. Macam bunyi plastik. Cuak betul masatu. Aku decide untuk bukak pintu, manalah tahu ada orang jahat masuk rumah ke kan.. tapi kosong. Aku keluar bilik beberapa langkah untuk ke ruang tengah. Dan..
“Sara. Jom pergi rumah aku?”
Astagfirullah. Nani dalam rumah?
“Sara. Jom pergi rumah aku? Kau kan dah lama cari aku?”
“Nani. Aku tak tahu engkau ni apa. Aku nak kau keluar dari rumah aku. Apa kau nak ni?” aku tanya.
“Kenapa kau tinggalkan aku dulu? Kenapa kau keluar tinggalkan rumah kita dulu? Kenapa kau tak bawa aku sekali pindah sini? Kenapa kau—“
Lepas tu terus aku tak ingat apa jadi. Gelap. Aku sedar lepas terdengar bunyi azan. Alhamdulillah. Hidup lagi aku. Nani mana? Dan kalau betul yang tadi tu Nani, macam mana dia masuk rumah ni? Tolonglah jangan jadi lagi kejadian lama. Aku tak sanggup dah. Terus bangun, siap pergi kerja. Hari yang sama, balik kerja, entah macam mana, aku dapat call dari number yang aku tak kenal minta aku pergi Melaka sebab Azri (masatu boifren aku) accident. Aik, bila masa pulak Azri pergi Melaka. Tak beritahu pulak tu. Cuba call Azri, tak dapat. Lepas cakap dengan mak, ayah, aku terus pecut ke Melaka, tak fikir apa dah. Di area Simpang Ampat, aku nampak Nani berdiri tengah-tengah jalan. Allahu. Nani, apa kau buat tengah jalan tu?! Oleh sebab aku cuba mengelak Nani, aku yang terbabas.
Lepas kejadian aku ternampak Nani tengah jalan di area Simpang Ampat dan kereta aku terbabas, aku koma lebih kurang dalam 2-3 hari. Rumah aku kosong, takde siapa yang masuk untuk cek keadaan rumah semasa aku koma. Hari ke 36 aku tinggalkan rumah (masa ni aku dah sedar), mak datang rumah dengan Azri. Dan, cerita dibawah adalah diolah berdasarkan pencerita (mak, Azri, Ayah, nurse), kepada aku.
Mak & Azri
“Masa mak nak pergi rumah kamu, mak ada terjumpa jiran selang 3 rumah. Dia tanya kamu mana sebab dah 3 HARI dia tak nampak kamu”
“Mak cakap dengan dia ke Sara dekat sini?” aku tanya.
“Haah. Mak cakap kamu kemalangan. Dan dekat sebulan dah ni” Mak jawab.
“Tapi lepas mak cakap dah sebulan kamu dekat sini, auntie Elly terus cepat cepat pergi” sambung mak.
“Rumah ok tak mak?”
Mak nampak resah nak jawab. Azri pon sama. Terus dia nak ajak mak keluar. Mana boleh jadi, ada apa-apa ke mak dan Azri sorokkan dari aku.
“Azri. Mak. Rumah ok tak?” aku ulang soalan. Dan mak duduk semula, terus mak pegang tangan aku sambil tanya;
“Kenapa kamu tak cakap dengan mak Nani datang cari kamu lagi? Kamu tahu apa jadi dekat rumah kamu masa kami ke sana?”
“YaAllah rumah kamu kotor sangat Sara. Bersawang, macam dah bertahun kene tinggal, bau busuk jangan ceritalah. Tak tahan mak. Lepas tu, dekat bilik kamu (bilik utama), kenapa ada banyak gambar kamu sendiri? Kamu selfie tu tak apa lah. Yang peliknya, gambar kamu tu, gambar dari jauh. Macam bukan dari kamu sendiri. Ada juga gambar kamu dengan Azri. Tapi semua gambar tu, kamu berdua tak tengok kamera pon.”
Aku pandang Azri.
“Saya pon terkejut tengok gambar tu. Tak tahu dari mana?” Azri sambung.
“Mak jumpa kertas atas meja kerja kamu, tertulis ‘Nani rindu Sara’”
Aku diam.
Azri
“Sara, kenapa awak ke Melaka masa malam awak kemalangan tu? Saya call awak tak berjawab. Nasib baik mak beritahu saya awak kemalangan, kalau tidak sampai bila pon saya tak tahu awak kemalangan” Azri mengomel.
“Azri. Saya nak tanya awak. Masa saya kemalangan dulu, awak ada ke Melaka tak?” Aku tanya.
“Lah.. Saya baru je tanya awak kenapa awak ke Melaka. Bukan saya yang ke Melaka”
“Sebab saya dapat panggilan dari nombor yang saya tak kenal beritahu awak kemalangan dekat Melaka. Saya ada cuba call awak tapi tak berjawab. Awak pergi mana masatu?” Aku tanya lagi. Geram.
“Masatu saya turun dari office ke lobby nak siap-siap solat maghrib sebab surau floor pejabat saya tutup. Masa nak turun tu, saya nampak awak tengah duduk atas bangku surau perempuan. Saya peliklah sebab, yang pertama kenapa awak ada dekat sini dan yang kedua, kenapa awak duduk dekat laluan surau yang tengah renovate tu. Dah lah kawasan tu suram je” Azri Tarik nafas.
“Tapi saya dah syak ada benda tak kena sebab tu saya terus call awak. Tapi tu lah, tak berangkat pulak. Saya terus decide untuk turun bawah, tak nak tegur awak”
Dan, aku rasa Nani menang. Aku tewas untuk yang keberapa kali dengan Nani.. YaAllah tolong aku..
Ayah
Ayah dapat panggilan dari tuan rumah, Kak Zai sebab kata Kak Zai, dia tak dapat hubungi aku. Ada benda yang Kak Zai perlu beritahu ayah. Cerita Kak Zai;
“Assalamualaikum pakcik, saya Zai, owner rumah yang Sara sedang menyewa sekarang. Saya cari Sara dah seminggu lebih, tapi tak berangkat. Ada benda sikit saya nak beritahu pakcik ni, tentang Sara”
Menurut Kak Zai, pihak Accomodation Office apartment dapat 2 aduan dari jiran sebelah dan depan rumah aku, masing-masing mengadu hal yang sama—tiap malam dengar ‘AKU’ menjerit dan menangis dalam rumah, dari pukul 2 pagi hingga 3 pagi, setiap hari sejak 5 hari sebelum aduan dibuat. Jiran tak tahan, ketuk rumah tak berjawab, rumah bergelap (memanglah, sebab bukan ada Sara yang sebenar pon dalam tu), dan tiap kali ‘AKU’ menangis dan menjerit, anak mereka turut menangis, takut.
Pihak Accomodation Office terus ke rumah untuk cek. Masih juga tak berjawab bila mereka panggil. Oleh sebab pihak office ada simpan nombor pemilik rumah, mereka terus contact Kak Zai. Dan usaha kak Zai untuk cuba contact aku juga masih gagal, jadi Kak Zai terus call ayah. Nak suka-suka pecah rumah penyewa, langgar kontrak katanya.
Ayah terus pergi rumah untuk mengemas sikit-sikit apa yang patut. Takut kalau dibiarkan kosong terlalu lama, ada benda lain pulak yang tinggal, kata ayah. Cerita ayah kali ni, ada sedikit debar dalam hati aku, entah kenapa aku rasa tidak enak. Ayah cerita, masa ayah masuk rumah, ayah mulakan dengan sedikit bacaan ayat lazim. Selangkah ayah masuk ke rumah, ayah cerita ada sesuatu macam langgar ayah sampai terduduk ayah di depan pintu. Tapi ayah buat cekal je. Ayah masuk dan teruskan mengemas, tiba tiba grill rumah di ketuk (kebetulan ayah cuma tutup grill saja) ayah nampak ada satu budak perempuan, rambut terikat kemas, muka cerah pucat, tersenyum depan pintu rumah. Comel ayah kata, linkungan 5-6 tahun.
“Adik cari siapa ya?”
“Pakcik, saya nak masuk boleh?” adik tu tanya.
Ayah serba salah terus. Kalau tak masuk, takut dikata ayah sombong, terus menangis susah pulak. Kalau bagi masuk, entah anak siapa lah ni. Jadi kes culik lain pulak jadinya. Ahh sudah.
“Adik tak boleh masuk. Pakcik dah nak siap ni. Kejap lagi nak keluar” Ayah sambung.
“Tapi kakak tu panggil. Dia ajak main panjat-panjat dekat balcony.” Sambil tunjuk ke arah luar rumah.
Ayah terus sudahkan kemas dan keluar dari rumah. Ayah rasa ayah kene buat sesuatu dekat rumah ni!
Diluar rumah, ayah tanya semula dekat adik perempuan tadi, sebab dari tadi dia tak beralih dari grill rumah. Ketawa-ketawa, macam tengah bermain dengan seseorang.
“Adik. Ada berapa kakak adik nampak tadi dalam rumah pakcik?” Adik perempuan tunjuk 4 jari kepada ayah..
Nurse
Aku dapat berbual panjang dengan nurse yang jaga aku, masa aku discharged. Itupon sebab aku saja tanya, aku ada merapu meraban ke masa aku terlantar (selepas koma). Kot lah kan aku mengigau ke apa tersebut nama Azri hahaha. Tapi selamba je nurse yang incharge aku beritahu;
“Selalu akak nampak ada kaki extra dekat katil Sara. Bila kamu tarik tirai, akak cuma boleh nampak bahagian bawah. Jadi boleh lah nampak kalau ada orang duduk dekat kerusi menunggu, ada kaki dekat lantai. Tapi bila akak datang ke katil Sara untuk cek, takde siapa pulak.”
“Tapi pelik jugak, selalu kalau mak Sara yang stay jaga Sara, mesti akak nampak ada barang extra mak Sara, kadang-kadang nampak lah makcik ke tandas, atau biasanya kalau akak datang cek, mesti ada mak Sara.”
“Tapi kadang-kadang kaki extra ada dekat kerusi, bila selak tirai ehh hilang pulak dia. Tapi akak dah biasa jaga pesakit yang datang sekali dengan benda lain. Akak anggap benda biasa lah tu Sara”
Nurse senyum, tepuk belakang badan aku.
“Tapi Sara pernah meracau satu malam tu, Sara cakap ‘Nak ikut’ ulang-ulang” Nurse sambung.
Siapa pulak yang aku nak ikut ni?
–
Aku mulakan rawatan baru lepas aku balik rumah mak. Banyak lagi benda yang perlu dibersihkan. Dan dalam proses rawatan ni lah, aku tahu tentang Nani dan punca semua masalah ni jadi. Tapi aku tak dapat ingat semua sebab aku dibawah paras sedar masani. Aku cerita dari apa yang mak ayah dan Azri cerita semula dekat aku. Melalui perantara, ‘benda’ tu beritahu semua orang yang dia adalah dibawah kuasaan Nani. Nani adalah tuan dia dan dia tak boleh langgar arahan Nani. ‘Benda’ tu beritahu Nani marahkan aku sebab aku keluar dari rumah lama kami tanpa pengetahuan Nani. Nani marahkan aku sebab aku bersihkan rumah tanpa persetujuan dia. Nani tak suka keadaan yang bersih, benda tu buat semua ‘kawan-kawan’ Nani marah. Nani tak suka aku solat dan mengaji, tapi dalam masa yang sama, Nani sayangkan aku, Nani attached dengan aku. Nani taknak aku tinggalkan dia. Nani marah dan berdendam sebab aku tegur dia dengan cara yang salah. Nani fikir aku tak respect dia sebagai seorang rakan. Dan, Nani terlalu sayangkan aku sebab aku housemate yang paling lama bertahan duduk satu rumah dengan dia. Nani nak aku sentiasa ada dengan dia. Keadaan jadi terkawal, ‘benda’ tu berjaya ditundukkan oleh Ustaz Zul (aku dapat number Ustaz Zul dari salah satu komen di posting aku yang awal dulu. Macam berjodoh pulak, antara banyak-banyak number perawat alternative Islam, aku tertarik untuk terus berhubung dengan Ustaz Zul) Alhamdulillah, berjaya lepas beberapa kali rawatan. Sampai ke harini aku rasa lebih tenang, tak macam dulu. Nani? Hilang, semua gangguan dari dia pon lenyap.
Sampai sekarang aku masih berharap untuk jumpa dengan dia sebenarnya. Aku nak peluk dia. Aku nak minta maaf dengan dia. Nani, aku dah lama maafkan kau, aku dah redha dengan apa yang jadi pada aku selama 2 tahun ni. Aku hilang kerja aku, sebab ada anggota badan aku yang dah hilang upaya sejak dari kemalangan tu, dan masih dalam proses untuk dapatkan kad OKU. Tapi Alhamdulillah Nani, aku masih dikelilingi orang yang sayangkan aku sama macam dulu. Aku lebih kenal erti kehidupan. Terima kasih Nani.
Dan terima kasih korang sebab aku banyak dapat semangat bila baca komen korang. Ada yang positif dan ada yang negatif. Aku okay. Terima kasih sebab banyak sangat yang cadangkan nama dan contact number perawat Alternatid Islam ni. Aku harap kita tak berjumpa lagi di sini dan doakan aku tabah teruskan hidup sebagai ahli baru pemegang kad OKU. Semoga hidup kalian sentiasa dirahmati Allah.
Ohh ya. Beberapa minggu yang lepas, aku dapat satu pesanan ringkas dari Ustaz Zul;
“Sara. Nani dah pulang. Pulang kepada yang lebih berhak ke atasnya. Dan dia pulang for good”
Sampai sekarang aku tak faham.
maksudnya Nani da “takde” ke? Nenek bersimpati terhadap ape yg telah berlaku pada ko Cucu Sara.. Harap cu sentiasa diberi kekuatan dan ketenangan jiwa.. Sentiasa Redha dan tabah atas ujian yang telah di berikan.. InsyaAllah cu, semoga ada sinar baru selepas ini..
-Salam syg dr Nenek kebayan-
Nama nenek pulak buat saya seram
jgn risau cu totts ketott..hahahaa..nama nenek je seram, tp nenek kiut org nya…. hewhewhew..
Sara Alhamdulillah, u okay. Btw aku ramai kawan name nani semua baik baik insyaAllah actually aku rasa Nani tu baik cuma salah pembawakan hidup dia.
Semoga sara tabah dgn kehidupan baru ni, saya doakan sara bhagia disamping keluarga insyaAllah.
Saya pun rasa nani dah meninggal.
Mungkin nani da x de kot or dia da mintak maaf and dia blik kg. Parents dia mungkin??
Takut laa ad nenek kebayan.. Kau sape nenek
nani mnggal ker ?
pulang for good? means dah meninggal ke?
Allah sianny awak … Smpy mcm tu sekali …. Tabah betul awk dgn apa yg awk lalui sy rsa sy x sekuat awk … Apa2 pown moga tros bertabah yaa …. OKU x semestiny x bleyh bkrja keyh …. InsyaAlah smua dh tertulis moga awk sihat sepenuhnya … Nani??? Mkng nani dh kembali ke maha pencipta ….
Cerita paling seram yg sy bca ….
Melalui confession dia , sy rse dia ni kje site. Means construction site.. Fhm2 lah klau keje kena turun site… Tapi pelik , masih misteri apakah pekerjaan nani?
Sara Liyana.. Sedap nama.. Jangan ambil hati ye dengan mulut2 puaka ni.. Biasalah bila kita banyak maki hati dah hitam. Sampai tak sedar menyakitkan hati orang lain, rasa biasa2 je.. i feel u.
Akak doakan Sara sentiasa kuat, positif, berani dan dirahmati Allah SWT. InsyaAllah..
Ya Allah supaya sis tabah sedih baca cerita kali ni…keep it up
boleh share no fon ustaz zul tak?
Besarnya dugaan Tuhan bagi awak. Saya doakan awak tabah dan diberkati. Semoga Tuhan murahkan rezeki awak juga. Terima kasih sebab sudi kongsi cerita ni. Banyak pengajaran yang saya dapat.
blh share no ustaz zul
untuk siapa2 yang nak kan no perawat tu boleh buka balik cerita lama Sara “Dendam Housemate Pengotor” dalam comment tu ada yang sharehan no perawat area 1 malaysia..
Mn nk cari no perawat tu Ustaz Zul?yg ada tu no ust rosli je dlm Dendam Housemate Pengotor tu..
maksud ustaz tu , nani dah meninggal .. dah kembali kepada SANG PENCIPTA , innalillahiwainnailaihirrojiuuunnnn , AL – FATIHAH ..
Mcm mana ustaz blh tau?
Bohong sangat eh cerita. Kejap ini kejap itu. Tak logik lansung.
nani xmati lagi laa..ni muncul pulak ni..haahhahahaha …hai nani
Hahahhahaha win nora..
ni nani dowh x mati lagi.
Hahah nani(jepun) maksudnya apa?? Ni kak nani muncul
semoga awak tabah dan kuat..
Ya Allah smpai macam ni dendam manusia. Utk Sara setiap yg berlaku tersimpan sejuta rahmatNYA. Semoga awk sentiasa dlm lindunganNYA.
may Allah bless you always Sara 🙂
Ni crite yg pling best pernah sye baca…Allahu..trsentuh hati sye baca ni..byk sgt pngajaran yg sye dpat..keep it up sis sara..we all love u😘
Ultimately….tamat juga. paling tunggu pengakhiran cerita awak. Saya doakan awak yang terbaik untuk teruskan hidup. hikmah Allah sentiasa ada,InshaAllah.
“Pulang kepada yang lebih berhak ke atasnya. Dan dia pulang for good” maybe maksud ustaz zul tu nani dah takde buat selama2nya.
sy doakan yg terbaik buat akak.
Baiknya hati awk sara.. masih ada hati lg nk jmpa dan peluk nani utk ucap terima kasih atas apa yg dh dia lakukan terhadap awk… klu la sy berada di tmpt awk skang, sy msti rasa menyampah nk dengar nama dia.. apa lg nk jmpa dia.. apa pun awk mmg seorg yg tabah.. semoga Allah melimpahkn rahmatNya ke atas diri kita semua.. aamiin..
Sedihnya… Jadi tak kawin dgn Azri?
Nani pulang for good? Nani meninggal dunia la ni maksudnya? Ya Allah..aku konfius siapa nani sebenarnya kt alam nyata. Manusia ke jin? Semoga Sara Liyana sentiasa dalam lindungan Allah swt.
Means nani manusia yg membela jin dan mengamal bnda2 khurafat. Pengmal begini x suka tmpt bersih. Yg kacau sara khadam nani.
kisah ini adalah salah satu kisah yg hardcore gangguan mistiknya. thanks for sharing. love it. awak ni berhati mulia, sgt hebat.
saya tak rasa ini bahagian akhir. kata2 ustaz zul tu telah membuka lagi satu kisah mistikal akan datang, yg perlu diceritakan oleh sara nanti…
take care, my friend.
Semoga awk sentiasa di bawah perlindungan Allah. Thanks kongsi cerita.
Serammm teramat. Syukur Alhamdulillah, Allah masi lindungi adik sara. Xpalah dik.. Wlupn oku, bkn brmkna hidup sudah berakhir. Kakak doakan adik, dn kita smua sntiasa dlm lindungan Allah dan di murahkn rezeki. Aamiin
Best sangat cerita awak sara😘. Semoga terus tabah menghadapi rintanga hidup. Sya doakan awak sentiasa bahgia bsama insan2 yg menyayangi
Minta maaf na.
Comel je minta maaf…. Akak suka.
Aritu sy kecam.. Arini da tahu kenapa kna mntak maaf balik la. Xsgka plak cita dia sadis. Sedih
Teman plg benci kt pompuan yg pengotor…tak reti nk berkemas umah…boleh dok kt dlm umah yg lintang pukang….kotor bersepah…sbb teman ni plg pembersih….plg pantang kalo lantai penuh ngan rambut…tiap2 hari nk mop lantai kasi berkilat…ini kan pulak kalo dok lantai berminyak…penuh rambut…mmg hati nak mengamuk jer…pompuan kn utamakan kebersihan…pandai berkemas umah…kalo dh pengotor mcm tu namanya pemalas…umah yg kotor mengundang kepapaan…so pompuantlg ambik berat psl benda ni…usah jd pompuan lah…pondan pon reti berkemas pembersih…
Cerita ni betul2 mendebarkan. Boleh buat movie Cik Sara. Apepun saya doakan awak murah rezeki dan dihindar dari gangguan syaitan dan sewaktu dengannya.
true! boleh buat movie
Salam Sis, cerita yang amat menarik daripada pengalaman yang sangat tinggi pengorbanannya. Hope sis sabar dengan ujian dan selalu istigfar kepada Nya… Tq atas pengalaman yang sis kongsikan, semoga Allah melindungi sis dan family sis…
nani ni betul ke manusia? alaaa confuse.. tapi apa2 pun saya doa kan awak sihat selalu sara 🙂
Sy doakan kak sara sentiasa kuat..sy mmg tahu akk kuat sbb tu Allah beri ujian ni dkt akk..sy puji dan kagum dgn sikap akk..memaafkan seseorang mmg mudah,atas dasar maaf di bibir,dalam hati masih tersimpan perasaan sakit hati..tp memaafkan atas keredhaan hati, itu yg susa.Ape yg telah terjadi dah di tentukn Allah.Kun Fa Ya Kun.Sy bedoa kak sara bahagia di samping keluarga.amin
Jika nani telah mengadap ilahi, sedekahkan Al-Fatihah..moga rohnya di cucuri rahmat Allah.
Ini sambungan utk kisah housemate dia bunuh binatang tu lepastu simpan ke? Ke lain?
Yups, sambungan dari kisah yang itu.
Zarra Ko tak baca ke apa dia tulis atas tu?
Cite ni bgus laa… Loved it. Penulisan yg bgus..
Pulang kepada yang lebih berhak = meninggal dunia.
Pulang kepada yg lebih berhak – Nani dah meninggal. Innalillahi Wainnailaihi Rojiuunn
Allah tak akan membebani hambanya lebih dari kemampuan.. kamu sgt kuat.. terlalu kuat.. semoga untuk terus kuat menghadapi hari2 esok..
Sedihnya. Ini kisah plg sedih yg pnh aku baca so far. Di sebabkan kebodohan org lain kamu yg terpaksa menanggung akibat.
Sis mmg kuat orgnya, title oku bkn penghalang utk meneruskan kehidupan .. moga sis sentiasa tabah.
Nani x mati .. dia cuma kembali dr hilang & mungkin berubah jd lebih baik.
Sedihnya..semoga kamu tabah..btw Al-fatihah untuk arwah nani..
semoga lebih tabah kuat untuk hari ini dan hari2 mendatang ye sara 🙂
Pemegang kad OKU?? apa yg dh jd lepas excident tu???
Sara. Ko ni memang baik. Walaupun dah kena macam tu pun ko masih nak back-up Nani tu. Gila siot ada manusia macam tu. Psiko. Harap2 Azri tu boleh jadi suami yg baik dan bukan jenis yg ambik kesempatan atas kebaikan ko.
Semoga cekal dan kuat tuk terus menghadapi hari yg mendatang..Allah takkan berikan ujian kpd hambanya melebihi kemampuan. Dia lebih mengetahui..Redha, dan cerita ni antara plot paling baik yg pernah sy review. Terima kasih kerana sudi berkongsi.Allah bersama mu 😢
Sara seorang yg comel…add la fb dia..😃
hai saya nani. mmg stay tgkt 7 pon. ustaz zul? saya pon berbinti kan zul. tp sy x saiko mcm nani dlm story ni.
Sebenarnya mereka ni bukan pengotor..tp lebih kpd gangguan mistik…sy rs nani psiko…nani psiko sbb nani ada kawan2 mistik dia….dia bela ulat sampah tu sbb ulat tu makanan pd kawan2 mistik dia…..dia nampak normal…tp dia hidup dlm dunia dia….bila berkawan ngn makhluk halus, automatik perangai akn jd x normal…thats y dia jd pengotor…sara pulak jd pengotor atas faktor gangguan mistik…dia kene rasuk sampai diri dia sekalk jd pengotor…atas kehendak nani tu sendiri nk kan rakan dia ni jd pengotor mcm dia lepas kawan dia ni buat confess pasal diri dia yg pengotor…atas faktor dendam la tu….
Innalillahiwainnailaihirojiun….mungkin juga nani yg dulu sebenarnye belum meninggal..mungkin die hilang ingatan dan kembali fitrah “0” memori… For good… Semoga awk terus kuat ye sara…
Ade sape2 tw no ustaz zul..
Semoga awak lebih tabah mengharungi hari hari yg mendatang.
Boleh share no ustaz zul.
untuk siapa2 yang nak kan no perawat tu boleh buka balik cerita lama Sara “Dendam Housemate Pengotor” dalam comment tu seorang hamba Allah bernama Azim ada share no perawat area 1 malaysia..
yg tu bukan no ust zul tu
Kakak doakan adik sentiasa kuat.Bile adik bercerita smue ni seolah olah lakonn semua dimata sis.I feel you dear.Sis dah lalui pelbagai dh ujian untuk stabil dan sampai thp ni.Sis macam ustaz zul tu.bolehan sikit skit rawat diri sendri.Doakn sis kuat ye.Salu sgt yg dtg pelbagai rupa mengganggu.dan sara tu,sbnrnya dh pun meninggal.Bende die tu makan diri die balik.
saya boleh tolong kalau nak tunjuk tempat berubat.. insya-Allah..
cuba sedaya upaya…
Sara, currently I’m experiencing the same thing like u.. not exactly sama, tapi berkaitan kawan yg psycho.. tuhan je la yang tahu rasa takut masa mula-mula tu.. sampai sekarang ni sy cuba hadapi dgn tenang.. kawan-kawan la yg beri sy kekuatan nak tempuh benda ni.. sy mungkin bukan kawan yg baik.. tapi perbuatan dia yg psycho tu langsung tak fikirkan kita ni
Semoga tabah melalui ary2 yg mendatang..disetiap yg berlaku ade hikmahnya..saye follow cite awk yg sblm ni n saye tumpang simpati ape yg berlaku pda awk..alfatihah semoga allah memberi kesihatan yg baek untuk awk😊