Apa khabar semua. Lama dah layan FS ni…cuma tak berkesempatan je nak cerita pengalaman sendiri. Ok..aku nak cerita pengalaman pertama aku jejak kaki di Bukit Fraser dan aku rasa itu adalah yang terakhir.
Nama aku Wan. Cerita yang aku nak kongsikan ini berlaku pada September 2016. Tarikh apa aku tak ingat. Tapi apa yang berlaku tetap aku ingat sampai sekarang.
Setiap tahun, aku bersama keluarga besar akan mengadakan percutian bersama-sama. Boleh dikatakan percutian kami biasanya diadakan di kawasan peranginan seperti pantai.
Namun pada September 2016, kami membuat keputusan untuk bercuti tiga hari dua malam di Bukit Fraser. Alasannya sebab paksu aku dapat rumah rehat percuma. Nama tempat penginapan aku tak boleh sebut. Cukuplah aku beritahu banglow di resort itu dipenuhi dengan pokok pine.
Tibanya hari dinanti, segala persiapan sudah diatur, dua buah kereta menyusur laju mendaki likuan berliku menuju ke Bukit Fraser pada petang Jumaat. 11 orang kesemuanya. Aku dan isteri yang mengandung anak sulung bersama pakcik serta dua anak buah terpaksa menangguhkan perjalanan kerana urusan kerja yang tidak dapat dielak. Kami bergerak ke Bukit Fraser pada hari Sabtu, jam 6.00 petang dari Taman Medan, Petaling Jaya.
Setibanya di pekan Kuala Kubu Bharu, jam menunjukan hampir jam 7. Kami ambil keputusan untuk bergerak selepas solat Maghrib di masjid. Selesai semua, kami menyambung perjalanan selepas selesai membeli barang keperluan sarapan pagi. Makcik di Bukit Fraser pesan suruh beli barang sebab kedai dah tutup.
Sepanjang perjalanan, aku akui cukup menyeramkan. Maklumlah pertama kali naik ditambah waktu yang gelap dan hutan tebal serta berkabus.
Aku tak risau sangat sebab pakcik aku banyak kali naik Bukit Fraser bawa rombongan guna bas. Jadi selok belok di situ dia fasih.
Setibanya di puncak, kami hanya berpandukan kepada waze yang dikirimkan oleh keluarga ke banglow berkenaan. Cukup mencabar untuk mencari sebab line internet Celcom tak kuat. Sebelum jumpa banglow tersebut, makcik sempat berpesan jangan terkejut kalau sampai.
Sungguh aku terkejut. Bini aku dan pakcik aku pikir benda yang sama. Sunyi sepi. Gelap. Hanya unggas yang kedengaran. Kami melewati lobi dan menyusuri laluan menurun sebelum terlihat dua kereta diparkir di hadapan rumah penginapan itu. Kami tiba hampir jam 9 malam.
Sampai sahaja, kami terus masuk dan makan malam sudah tersedia. Apa lagi…ngap la. Perut dah lapar.
Sebelum aku teruskan biar aku gambarkan keadaan dalam rumah itu. Rumah itu ada tiga bilik. Bilik utama di atas, luasnya boleh bergusti royal rumble dengan anak buah. Dua lagi bilik di bahagian bawah dan dapur yang mempunyai pintu. Balkoni juga cukup besar, sesuai untuk ber bbq…dan ada satu tangga kayu menghubungkan bilik utama dengan ruang tamu. Cukup mewah.
Jadi episod seram bermula pada malam itu….
Selepas penat bersembang, bergurau senda bersama keluarga..masing-masing mengantuk. Pakcik aku bersama isterinya di bilik bawah bersebelahan dengan dapur. Atuk dan nenek di bilik satu lagi bersebelahan ruang tamu. Paksu dan isteri bersama seorang anaknya dan dua anak buah di bilik utama. Manakala aku dan isteri bersama tiga sepupu di ruang tamu, di hadapan tv, bersebelahan balconi.
Ketika semua sedang tidur, aku dengar tiga anak buah aku masih bermain di bilik utama. Dalam hati bertanya kenapa la tak tidur lagi. Jam dah pukul 1. Bini aku jangan cakap, dah tido awal. Penat orang mengandung.
Ketika mata mula tertutup, aku dengar orang turun naik tangga menuju ke bilik utama.
“Aku ni nak tidur. Apa la budak-budak ni buat,” aku tertanya-tanya tetapi aku akui budak-budak ni kalau berkumpul memang lambat tidur.
Kali kedua berbunyi lagi…Aku kembali terjaga dan berdiri menuju ke tangga.
“Aik..main-main budak ni. Nak turun ke tak?,” aku bermonolog sendirian dan kembali cuba melelapkan mata.
Sekali lagi bunyi orang turun naik tangga. Kali ini bunyinya cukup berbeza. Bukan bunyi tapak kanak-kanak. Aku yang mula panas hati, kembali bangun dan menuju ke tangga. Aku perhatikan dari bawah. Pintu bilik utama tertutup rapat. Aku andaikan anak buah dah tak main dekat tangga. Tiada lagi kedengaran gurau senda anak buah.
Aku kembali untuk lelap. Kali ini lain pula terjadi. Pintu dapur, hanya lima meter dari tempat tidur aku terbuka. Aku kembali terjaga dan ingatkan ada orang yang ke dapur. Bila diintai tiada orang.
Bayangkan, dalam keadaan sunyi, pintu dapur dimain-main. Bunyi ‘krikkkkk…krikkkk…krikkkk’ ansel pintu dapur berbunyi berulang kali. Aku dah tak senang baring.
Ini bukan biasa-biasa. Ini luar biasa. Aku terus pejamkan mata. Buat seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku. Rupanya bukan hanya aku seorang yang perasan. Bini aku mula memegang erat lengan tanda ketakutan. Mujur aku hafal surah Yassin. Aku alunkan bacaan Yassin ketika itu. Tiada lagi mainan pintu.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, usikan menjadi semakin ganas. Pintu hadapan diketuk seperti ingin dirobohkan. Sekuat hati ketukan itu. bukan sahaja ketukan pintu utama, tingkap balconi pun turut diketuk!
Aku dengan rasa ketakutan muncul rasa berani disebabkan isteri disisi. Aku menjerit:
“Jangan ganggu kami. Kami tak kacau kamu!” tegurku.
Selepas itu, aku dengar kesemua pintu di hadapan rumah aku pula diketuk dan akhirnya bunyi itu semakin sayu. Ketika itu jam menghampiri jam 5 pagi. Lima jam yang cukup menyiksakan. Kalau tiada isteri disisi, mahu aku lari masuk bilik tidur sebelah nenek.
Bila semua terjaga, waktu sarapan aku cuma bercerita. Aku bertanya pada isteri tentang kejadian itu. Dia mengiakan semuanya. Semua terkejut dengan apa yang aku cerita.
Cuma aku cuba dapatkan kepastian dengan tiga anak buah aku. Nak tahu apa mereka kata?
“Lor..bukan along (panggilan mereka terhadap aku) ke yang turun naik?”. Owhhh tidak!
Rupanya, kejadian serupa turut berlaku pada malam pertama keluargaku bermalam di situ. Atok aku memaklumkan, pili di dalam bilik airnya di pasang dan dibuka dengan sendirinya tetapi tidak sehebat yang aku alami.
Selepas jam 2 petang aku mengambil kesempatan bertanyakan hal tersebut kepada tukang kebun yang bertugas sebagai penerima kunci untuk checkout.
Tukang kebun itu hanya senyum tanpa memberikan jawapan yang aku cuba dapatkan.
Lagi satu yang pelik, kenapa hanya aku dan isteri berdepan situasi itu? Tidur mati ke sepupu aku?
Cukup….ini yang pertama dan terakhir. Aku tidak akan bercuti lagi di Bukit Fraser..
komen pertama
terlalu banyak tonton cerita steven king.
Banglo dr zaman penjajah dh ada…mmg lah ada benda tu sumer…asalkan x tunjuk muka udah ler
Saya pun ada pengalaman seram.kat Fraser Hill ni. Nnt sy post kat fiksyen shasha. Nak mengarang panjang2 x sempat lagi.
baru plan nak pegi bercuti kat bukit fraser tu bulan depan. tak jadi lah
Jom g sama2
First time pegi tmpt ni bulan 4 aritu. Konvoi dgn shuben naik moto while 5 months pregnant. 100m nk smpi pagar tiba2 motor hilang kwln. Trus jatuh. Xda kete or apa2 kenderaan. Elok brpa minit pastu masuk waktu zohor. Mujur baby xda pape. Tp lutut kiri sy n husband koyak. Haishh.. Org kt klinik tu ckp biasalah, mgkin waktu Puncak. Kita xnmpk kot tlnggar apa2. Tu slm perkenalan tu. Xjd kami nk tido sna. Terus kn perjlnan smpi ke Gua Musang. Gigih husband melayankn bini yg teringin nk Konvoi naik moto.
Aku dah tgk Suasana dalam bungalow tu Kat YouTube.
ape name banglo tu farisa? nak tgk jugak
hahah same lah macam seram jer tgk…
jeng
Dulu, masa tinggal di KKB, dua tiga kali juga naik ke Fraser’s Hill. Saya suka suasana sunyi dan hijaunya. Tapi seram sebab sunyi dan berkabus. Hairan, tidak seramai mana pun pengunjungnya tapi masih hidup tempat peranginan ini. Saya tidak pernah tidur di sana, selalu balik hari saja. Melihat keadaan di sana, tidak hairan juga membaca pengalaman seram orang lain kerana suasana dan rekabentuk rumah yang memang menyeramkkan.
Terima kasih kerana kongsi pengalaman.
bestnyer sy pun suka tmpt2 mcm ni rasa tenang je, kalau sy duk dekatpun akan pi tiap2 minggu ke fh ni
Aq rs rumah yg bapak aq sewa tu… Rumah yg awak ckp ni… Sebijik mcm awak gambarkan.. Tp alhamdulillah xde gangguan… Dh berapa kali dh kitorg pergi fraser
Ohhh bukit fraser…mmg sgt sejuk n nyaman..pemandangan cantik ciptaan Allah..subhanallahh…tp cukupla sekali je kot g sana..jalan dia ya Allah…berliku2..rasa berejam2 xsmpai2 jugak….1st time rasa pening nk muntah dlm perjalanan…buat2 pejam mata jelahh…alhamdulillah xde gangguan cuma ade 1 mlm tu abg ipar g jln2 ats bukit da kul 12 mlm..blk tu dia n wife xleh tdo kena himpap..aku cume xboleh tdo je sepanjang mlm xtaula nape..setiap sejam terjaga…😅😅
bab main pintu dgn ketuk2 ni serius tak kuat kalau kena,bukan apa dia just macam terkejut takde angin takde ribut taw2 mcm ada “orang” jer..pernah kena sekali jer kat hotel kat area langkawi time short vacay dgn mmber2,tak taw bunyi tu cmne boleh ada time mlm2 dlm pkul 2-3 pagi kt tingkap ada mcm benda ketuk2 nak msuk..apa lagi berselubung aku dgn mmber aku hahah! tak jadi layan movie smbil mkn jajan kah!
seminggu duduk fraser hill 1st night benda tu main plug on off… just ignore tido jew smp subuh …..malam2 lain xde dh ganggu
Sy dah biasa ke fraser dan stay di shahzan,silverpark berapa thn lps ada jgk tp sejak management baru x penah lg stay.setakat ni Alhamdulillah x penah lg kena benda2 mistik disana.Plan terbaru bln may ni bersama family stay di apartment puncak in pula
Dah search banglo di fraser hill cantik rekaan banglo tuu….tapi kan apesal aq rase mcm suram je banglo tu erk…
Syeramm
Erm… banglo banglo jabatan awam dan swasta banyak di sana. Tempat yg menarik untuk berehat.
Mujur tiada apa berlaku di sana…
Masa nak masuk rmh lupa bagi salam kot 😁 sy dh pergi 3@4kali.. Tdo sana.. Alhamdulillah xde gangguan tp agak seram la jugak sebab sunyi.. Rs mcm nk pegi lagi..seram tang jln je..sempit
Yea…kami bru balik dr sana td….sepanjang 3hari 2malam..ada kena ganggu dgn benda mistik ni…kita ambk 2 buah Rumah homestay kt Pine Homestay….mmg seram tgk…prtma kali tgk mmg seram…tp pkir positif sja…pastu..bermula la kita smua kena kacau…Tp kita diam ja..da nk balik td barulh smua org bercerita bnda tu..sbb xnk smua rasa takut jd diam2 la dgr bunyi mcm2 kt dlm rmh tu….
wow.. hantu! dgr kisah pon dh seram. pi phuket je lah
Salam, mmg setiap tahun acara bercuti family di FH,biasanya stay di Silverpark n Shahzan saja. So far x pernah lagi berlaku sebarang kejadian mistik di sana.Insha allah,minggu depan stay lagi di Silverpark bersama 3 family.
Salam ,dulu tingal ket ulu yam perumahan tu selalu naik that ni kami tido ket homestay uncle Michael (China yg usahakan Umah dia disewakan) dulu Xpanggil home stay dia mcm YMCA,,haa tapi alhamdulillah Xda apa apa cuma Ada sekali tu babi hutan lalu dpn rumah kami,berderet dari ibu sampai ank dia ,,Bau dia hemm….tapi bila sy baca cerita kekawan dlm ni hmmm rasanya xkan g sana lgi kot,masa tu Jalan yg naik tu guna guard jaga setiap setengah jam naik kemudian setengah jam Turun haa best masa so trail..lps tu dh guna jalan sehala naik Jalan dpn Turun Jalan belakang,,,apa apa pun klu Kita travel tempat Mcmni elaklah sampi waktu yg kurang cantik tu,,,Cuba plan smpi siang hari,solat Ramai,,jgn suka terlalu sgt,,,ini ingatan ja,,,