Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca sekalian. Dah lama sebenarnya aku nak kongsi cerita yang berlaku pada aku suatu masa dahulu tapi baru berkesempatan nak menaip panjang. Aku mintak maaf jika cerita ini tak seram atau garapan cerita ni best sebab aku bukan la penulis. Apa yang aku tulis ni adalah dari pengalaman aku sebenar.
Ceritanya macam ni ,lepas aku habis SPM aku dapat la sambung belajar kat politeknik nun jauh di utara. Poli aku ni boleh dikatakan agak baru dan terletak betul-betul kat atas bukit. Masa aku mula-mula study dulu hanya poli aku je kat situ. Sekarangan tak silap dah ada MRSM dah kat sebelah dia. Semester 1 berlalu dengan jayanya tak ada apa-apa gangguan sampailah aku masuk sem 2. Masa sem 2 aku dapat bilik ni, aku dah lupa berapa nombor biliknya tapi aku ingat lagi bilik tu di aras 4 blok yang ke 2. Boleh dikatakan amat strategik la bilik tu sebabnya bilik tu menghadap blok 3 dan berdekatan dengan lot parking, jadi bila malam-malam tak payah nak buka lampu sebab dah ada lampu dari lot parking tu. Bukan tu saja, bilik itu jugak memang tak kena sinaran cahaya matahari secara direct (terus) menjadikan bilik tu suhu ala-ala duduk Cameron Highland gitu. Dan memang tiap-tiap malam aku dengan roomate aku tidur off kan kipas dan lampu lepas tu biarkan tingkap terbuka. Nak jadikan cerita satu malam tu aku tersedar sebab bantal peluk aku jatuh bawah katil. Lepas aku bangun ambil bantal tu, aku peluk lepas tu aku pusing la badan aku ke arah kawan aku. (By the way katil kat Kamsis tu katil single tapi aku dengan roomate rapatkan sebab aku penakut.) Tetiba aku perasan ade baby duduk atas katil kawan aku dok pegang betis dia. Aku dah la tengah mamai-mamai time tu lepas tu rabun pulak tu. Jadi dengan selambanya aku bangun pergi tenung baby tu. Aku ingat lagi baby tu warna hitam seluruh badan cuma mata dia je putih dengan lampin dia pakai tu. Aku tenung baby tu, baby tu pun tenung aku. Dalam 5 minit jugak la kami dok main tenung-tenung tu. Tetiba terlintas kat kepala otak aku pasal kes pelajar senior buang bayi dia dalam lubang jamban pada sem sebelumnya dan lepas dari kes tu blok aku duduk tu sentiasa ada nampak kelibat baby. Aku ape lagi terus tarik selimut, selimut sampai kepala. Nak baca ayat Quran satu pom aku tak ingat. Bila aku dengar kawan aku bergerak baru la aku berani buka selimut intai tengok baby tu ada lagi ke tak. Bila aku intai tengok dah tak ada so aku sambung tidur macam biasa. Esoknya aku cerita dekat kawan aku dan lepas kejadian tu kami memang tidur tutup tingkap dan buka lampu sampai habis semester.
Aku ingat habis sem 2 aku takkan kena lagi rupanya tak. Sem 3 aku masih di blok yang sama, aras yang sama, roomate yang sama cuma bilik je yang lain. Sebelah bilik aku pulak bilik kawan-kawan aku yang course lain. Satu malam tu aku tak boleh tidur sebab ade kucing kat aras bawah duduk bergaduh. Korang bayangkan la sampai aku kat aras 4 ni dengar. Masa tu roomate aku tak tidur lagi tapi dia buat tak tau je pasal kucing tu. Aku ni plak jenis pantang ada benda ganggu aku tidur mula la aku nak marah. Dengan selamba badaknya aku turun pergi marah kucing yang bergaduh tu padahal time tu dah pukul 2 3 pagi kot. Dah settle semua aku naik balik. Masa tengah naik tangga baru aku terfikir kenapa budak-budak aras bawah elok je tidur. Yela selalu ada apa-apa mesti ade yang pakat keluar ni seorang pun tak ada. Tapi aku fikir positif la mungkin dorang takut kot. Masuk bilik aku sambung tidur macam biasa. Esoknya aku cakap la kat kawan aku bilik sebelah “ korang ni punya kuat bunyi kucing gaduh malam tadi boleh tidur tak sedar” lepas tu kawan aku cakap “ ada ke kami tak dengar apa-apa pom”. Even salah seorang kawan aku yang bilik sebelah tu stay up malam tu pun tak dengar. Aku dengan roomate aku dah cuak dah. 2 3 hari lepas tu warden datang bersihkan bilik kat semua blok. Dan malam lepas dibersihkan tu ade pelajar yang dengar bunyi cakaran. Cakaran apa aku tak tahu yang pasti malam aku dengar suara kucing tu dan aku nampak kucing je.
Kejadian terakhir aku kat poli jadi masa sem 5 (sem 4 aku praktikal dan sem 6 aku duduk rumah sewa so tak kene apa-apa la). Dalam semester tu je 3 kali aku kene. Sem 5 ni aku duduk kat blok 6. Sebenarnya blok ni paling aku nak elak tak nak bilik dalam blok tu sebab blok tu well known agak keras. Blok tu asalnya blok lelaki tapi disebabkan ramai sangat pelajar perempuan jadi blok tu di jadikan blok perempuan. Kali ni bilik aku bilik untuk 4 orang jd selain aku dengan roomate setia ku ada lagi 2 orang junior. Kejadian pertama jadi bila satu malam ni aku pergi tandas. Tak silap aku time tu dah pukul 1 lebih dah tapi aku beranikan je diri pergi tandas sesorang sebab kawan aku dah tidur. Nak kejutkan dia tak sampai hati. Dari bilik aku tu kalau nak ke tandas kene lalu tempat basuh kain lepas tu belok kanan baru jumpa pintu tandas. Keluar je bilik aku nampak kucing kat penjuru blok aku tu dok pandang aku semacam. Yang peliknya pasal kucing ni memang aku tak penah nampak kat dalam blok ni padahal aku kenal sangat kucing-kucing yang ade kat blok tu tapi aku positif jela mungkin kucing baru kan. Makin dekat makin meremang je bulu roma aku. Sampai depan kucing aku pom cakap la “ Ape pandang-pandang, lempang kan” lepas dah cakap baru perasan mata kucing tu hitam je tak ada warna lain. Cepat-cepat aku belok nak masuk tandas. Baru je aku sua kan kaki kiri aku ke dalam pintu tandas, aku tarik balik aku pusing nak tengok kucing tu. Tengok je dah tak ada. Padahal jarak kucing tu dengan pintu tandas bukan jauh pom tak sampai sedepa. Aku pom pergi la cari kucing tu kat tempat basuh tapi tak ada. Tangga depan dengan belakang tak ada jugak. Aku pun ape lagi cepat-cepat masuk tandas terus masuk bilik tidur.
2 3 hari lepas tu aku kene lagi. Kali ni tengah malam aku tersedar gara-gara badan aku rasa gatal sangat. Yang peliknya yang gatal start bahu sampai pinggang je yang lain tak. Malam pertama kena aku ingatkan semut la kan. Bangun pagi terus aku cari semut tapi sekor semut pun tak ade. Nak kata pepijat pun tak ada. Pastu cakap dalam hati kalau aku kene 3 hari berturut-turut maka betul la benda tu. Memang betul firasat aku sebab aku kene lagi malam seterusnya. Malam ke dua aku kena aku check jam kat telefone tengok pukul 1.21 pagi. Malam ke3 aku kene pukul 1.32pagi. yang paling aku perasan gatal tu dalam 20 ke 30 minit je lepas tu hilang dan tak ada kesan langsung ape. Disebabkan dah malam ke 3 aku kene, jadi malam tu aku mengamuk. Aku maki-maki benda tu sambil pejam mata. Yela nak bukak jap lagi dia tunjuk muka dia mau pengsan aku. Aku cakap “kurang ajar kau berani kau ye. Siap ko esok kau buat lagi mampus aku kerjakan kau” pastu ada lagi la ayat maki-maki lain. Alhamdullilah lepas malam ke 3 tu aku dah tak gatal lagi tapi lain pulak dia tunjuk. Tak silap aku lepas seminggu dari badan aku gatal aku kene lagi. Malam tu dari tidur menghadap dinding aku pusing nak mengiring nak menghadap kawan aku (macam biasa katil aku rapatkan dengan kawan aku tu). Elok je pusing aku tengok ade tangan dok melayang dekat kawan aku tu. Aku dalam hati “ eh dah kenapa mengigau ke ape akak ni”. Aku macam kes baby tu, aku bangun aku tenung je tangan tu dekat (yela sebab aku kan rabun mana nampak sangat tambahan dalm gelap lak tu). Tetiba aku pun perasan yang tangan kawan aku nih satu tengah peluk teddy bear lepas tu satu lagi dekat atas kepala dia. Aku pun tengok la balik tangan yang melayang tu. Rupanya tangan tu setakat pergelangan tangan je. Aku apa lagi memang berselimut satu badan la sampai la aku tertidur. Esoknya aku cerita la semua benda yang pernah berlaku kat aku pada roomate aku. Rupanya roomate aku yang junior tu cakap dia pom selalu dengar orang panggil nama dia, dok tiup-tiup tepi telinga dia la. Baru la terbongkar semuanya. Lepas dari tu nak tidur je mesti buka lampu meja study sebab seram. Alhamdulliah la lepas nampak tangan tu aku dah tak ada kena apa-apa lagi kat kamsis tu.
Tapi tu bukan last aku kene di Universiti aku kena lagi. Nanti kalau aku rajin aku ceritakan. Terima Kasih kepada yang sudi baca.
pom pom pom
Hihihi..
Mesti PTSS…
yang bab kucing dekat depan toilet tu aku gelak ahahahahaha😂
sama hahah boleh byangkn reaksi muka dia kah!
“Apa pandang-pandang. Lempang kang!”
Hahaha….berani la JojoDenka…..
Cerita menarik. Tak sabar tunggu sambungan.
Terima kasih kongsi.
Teruskan bercerita! best
Boleh main mata bertentang mata…fuuh semangat
Yg part kucing tu lawak tergelak aku time bace part tu
nice story! nak lagi please
i feel u sis, kita yang rabun ni memang bermasalah. hahahaha. kena tenung lama2 baru perasan mende apa. aduiiii.
kira berani jgk ko ni, siap main tenung2 lg, klu aku dan2 tu terkincit!
Menarik sngt cerita🤗
Sambung lg…
poly pauh ke jojo? poly cik panda study dulu jugak laa tuu . hehe . jojo masuk tahun bila? senior cik panda ke junior? kahh . saited pulekkkk
hahah aku tahan gelak part kucing tu sbb nk focus feel seram,at the end aku repeat bca balik lawak la boleh bayangkn muka jojo ckp “Apa tgk2 lempang kang” garang noo~anyway crita best! 😉
best nnti cerita lagi..
seram pun yer
Sbb tu bile duk mne2 asrama jgn berani tegur ape2 even kite serabut ke ape…xley terlalu berani sgt….cool2 jer….hehee…cite ni best sgt2..nanti cerita lgi….sbb cite ni best…
macam Poli Muadzam Shah ke , block 6 sini pon laki punya tapi ramai sngt pompuan jadi block pompuan.. tapi Pahang bukan utara sangat .. mmm
aku seorg student kt situ … kes bunuh diri histeria n pglaman sendri kena .. fuh tpi tempat tu la kngan manis terukir.
Saya study situ jugak sekarang dah sem 2.
ptss kan?alhamdulillah aku dari sem 1 sampai 5 tak kena kacau..btw nice story