Hantu Terminal Gas di Sabah

Assalam, Terima Kasih FS sebab sudi siarkan kisah aku. Ni pengalaman aku sendiri semasa bekerja sebagai operation supervisor di sebuah terminal gas di sabah. Panggil je aku, Khai….Sebagai operation supervisor aku di bantu oleh lead technician, dgn technician. Kiranya satu shift 3 orang. Kalau shift siang, suasana di terminal memang meriah dengan pekerja maintenance, general workers, admin etc2…..tapi kalau shift malam, hanya beriya….

Ok, masa mula-mula kerja, semua staff kat situ tak bercerita apa2 yg pelik Kat terminal tu maybe sebab aku yang paling muda, mungkin aku orang semenanjung.

So biasalah orang muda, bila shift malam jam 9-10mlm, aku akan telefon GF aku kat USM. Almost every night gayut! Zaman tu line telefon takde la sebagus mcm sekarang, kena cari port tertentu….keluar dari control room, keluar dari building….BTW terminal ni luas, berpagar, aku rasa ada 10 padang bila. Kedudukan dia pulak tepi sungai, mengadap resort kat Sabah….

Suatu malam lead technician aku, Ahmad bertanya….”boss tak takut ke duduk Kat luar sorang2 cakap phone?” So far ok je cik Ahmad (cik- Encik…respect sbb dia dah tua). “Oklah mcm tu….jangan lama2 sangat….” aku senyum je.

Disebabkan ni terminal gas, ada data equipment yang memang kena ambik reading sedara manual setiap 2 jam, so bila bertiga, sorang pergi ambik data, sorang monitor Kat control room, tengok CCTV.

Aku supervisor buat report is..tiba2, technician aku panggil, boss! Boss! Kemari.Apa hal pulak si Mari ni, fikir aku.Aku terus keluar pergi ke control room, masa tu jam dah pukul 2 pagi.

Dari CCTV, Mari tunjuk kat aku.Masa Ahmad mengambil data air compressor, ada lembaga putih mengekor Cik Ahmad dalam jarak 5-6kaki di belakang! Aku dgn Mari menggigil.Pucat muka Mari, walaupun dia mmg dah putih (orang sabah)! Aku lagi la.Macam-macam ayat aku baca.

Bayangkan jam 2 pagi, secara live nampak dalam CCTV tu lembaga putih.

Aku follow Cik Ahmad dgn CCTV, dan lembaga tu still follow belakang Cik Ahmad, sampai part CCTV out of range.

 

Aku tak dapat follow Cik Ahmad.Aku berdoa biarlah semua selamat.

Lepas 15 minit, Cik Ahmad masuk ke control room. Kami diam je, tak berani nak cakap apa yang kami nampak melalui CCTV tadi. Then Cik Ahmad cakap….

lain macam aku rasa malam ni, rasa bulu roma naik….”

Aku dari tadi semua bulu naik! Mari terus panggil Cik Ahmad, explain apa kami nampak.Muka Cik Ahmad berubah! Maybe dia pun ada rasa takut.

Tengah sedap-sedap sembang apa nak buat, kami dengar pintu bangunan mcm di hempas (orang masuk), aku terus kunci pintu Control room! (Ada laluan antara pintu utama dgn control room).

Aku dengar mcm orang cakar kat pintu Control room! Aku punya takut.Tak boleh nak cakap dengan orang.

Mari dgn Cik Ahmad, takut tapi dia orang dah biasa or dah ada pengalaman, dia orang sound “kami ni mau kerja di sini, jangan la ganggu kami….” after that bunyi cakar tu berhenti. Cik Ahmad terus baca Yassin, sementara Mari pasang cd Quran.

Sejak dari tu, setiap kali shift malam aku mmg tak keluar dari control room untuk telefon GF! Takpelah nak marah pun.Then aku pasang CD Quran….after that terminal buat doa selamat, panggil Ustaz untuk “pagar” sebabnya almost every shift malam kena kacau.

So now aku dah balik KL.Kisah di terminal gas ni memang tak dapat aku lupakan.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Khiss

19 thoughts on “Hantu Terminal Gas di Sabah”

  1. Pernah jugak aku kene sakat mase keje dalam plant oil&gas dekat kerteh terengganu dlu.. Tak dinafiakn memng bnyk kisah seram keje dlm plant oil&gas ni..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.