Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga FS yang aku kasihi seluruhnya. Bagi pendekatan segmen seram untuk kali ini, aku ingin berkongsi pada kalian mengenai pengalaman duka yang telah kulalui sewaktu aku menemani seorang sahabatku menjalankan tugas ‘meruqyah’ rumah pakciknya sendiri. Sesungguhnya, ini merupakan perjalanan pertamaku dalam mengabdikan diri pada kegiatan ruqyah didalam pembaringan hidupku.
Ketika itu, aku telah mendapat satu panggilan daripada salah seorang sahabat seperjuangan Usrahku. Aku sebenarnya sedang dijemput oleh sahabtku untuk menyertai upacara ruqyah dirumah pakciknya. Cukuplah aku mengenalkan dirinya “Qamal” disini. “Bagai orang mengantuk disorongkan bantal”, aku pun gapailah peluang keemasan untuk menimba pengalaman berharga buat diri sendiri. Kejadian berlaku di negeri selatan tanah air.
Seperti yang dirancangkan, aku, Qamal bersama 2 orang sahabatnya telah memulakan perjalanan kami dari Kuala Lumpur pada sebelah waktu Asar dan kami tiba dirumah Pakcik Qamal pada sebelah waktu maghrib di Muar. Pakcik Qamal dari awalnya lagi sudahpun mewasiatkan Qamal supaya menetap dirumah selama beberapa hari. Atas sepeninggalannya, pakciknya menyerahkan kunci rumahnya kepada Qamal bagi memudahkan urusan kerja. Pakcik Qamal ketika itu sedang menetap di rumah anaknya buat sementara waktu untuk menunggu upacara meruqyah rumahnya dijalankan hingga selesai.
Setibanya kami disitu, aku bersama rakan-rakan yang lain mula memungah beg pakaian didalam kereta lalu kami masuk kedalam rumah Pakcik Qamal. Kebetulan pula waktu maghrib sudahpun berlalu dan hari bertambah gelap. Ketika aku melangkah masuk kedalam rumah, hatiku mulai berasa suram dengan tak semena-mena. Namun terpaksa juga ku kuatkan semangat ini demi menjayakan misi kami yang murni lagi mulia ini.
Aku ringkaskan sajalah al-kisah ini. Pada hari pertama kegiatan ruqyah dijalankan, kami sudahpun menerima gangguan pertama. Tak perlu tunggu tengah malam. Amir, antara salah seorang sahabat Qamal yang pertama diganggu hantu. Dia terlihat kelibat bayang-bayang anak kecil di anak tangga sewaktu dia ralit membaca Surah Yassin bersama kami di ruang tamu. Bukan itu saja, dia juga terasa belakangnya diusap-usap oleh ‘hantu’ tersebut sewaktu dia terlena diatas sofa ruang tamu.
Kami juga disajikan beberapa insiden seram tambahan sewatu upacara meruqyah dijalankan pada hari kedua. Aku terdengar suara ‘orang’ mengerang kesakitan di bilik tingkat atas semasa aku mandi di bilik air atas. Padahal aku cuma berseorangan sahaja ditingkat atas sedangkan yang lain-lain tengah mengaji Al-Quran di ruang tamu bawah. Aku juga sempat mendengar bunyi kerusi ditarik serta bunyi pinggan mangkuk pecah diatas lantai dari dapur.
Qamal pula lain ceritanya. Dia diganggu oleh ketukan pintu depan rumah sewaktu jam 4 pagi. Tak ada siapapun yang sedar melainkan dia seorang. Apabila dia buka pintu depan, satu batang hidung manusia pun tak nampak.
Safwan, sahabat kedua Qamal pula diganggu dengan bunyi-bunyian seperti seseorang sedang memasak makanan didapur. Ada ketikanya dia terserempak dengan kelibat entiti hitam sedang berjalan perlahan menuju ke bilik bawah berhampiran dengan dapur.
Walaupun pelbagai dugaan yang kami terima daripada gangguan makhluk halus disitu, kami tetap teguhkan iman kami untuk memulihkan rumah Pakcik Qamal sehingga pulih seperti sedia kala. Alhamdulillah. Selama 5 hari kami menjalankan ruqyah, akhirnya gangguan halus mula beransur pergi dari rumah. Atas penghargaan daripada Pakcik Qamal, kami diberi sedikit wang saku sebagai tanda infaq sedekah. Hari itu juga telah menjadi satu titik sejarah yang agak bermakna pada diriku kerana aku berjaya menyahut seruan bersama Qamal dan rakan-rakannya dalam menjayakan misi menuju keredhaan Allah Subhanahu Wa Taala.
Best…
Betul ke?
bagus aktiviti mcm ni..semoga segala urusan saudara dan shbt dipermudahkan oleh Allay S.W.T
p/s: slh satu kriteria bakal suami mmg nak cari yg pandai dlm hal ni 😂
Banyaklaa..ko dah barai lg nk cri suami soleh..ko patut kawin ngan mat rempit jer
dosa fitnah lagi besar dr membunuh..fitnah terbesar bg saya selama saya hidup ni..semoga ada peluang utk awak minta maaf, sbb skrg bg saya xde kemaafan nak sy bg pada awak.
Apsal mcm celaka bro ko ckp cmtu..at least dia ckp cmtu sbb tu salah satu ciri yg dia cari.. apa masalah ko sbnrnya? Ko mmg kurang ajar ek.. spttnya bapak ko dlu pakai kondom supaya ko xlahir kt dunia ni.. apsal xpuas hati..???
itu lah..saya kenal die pun x..xna kenal pun kalau perangai mcm ni..xpe lah die dah fitnah sy..itu dah jadi dosa die..terima kasih atas sedikit pembelaan dr awak
kurang ajar betol ko nie!
kesian orang macam ni..bawak bersabar je la ye…
Umur berapa? Kalau serious, sy ada kenal ssorg yg mmg dia pndai bab meruqyah ni..sy pggil dia ustaz..sdg mncari calon..sgt baik..sy suka apabila ustaz ni meruqyah sy..umur dia masih muda..sedap memandang..
terima ksih cik peah.
saya dah tua utk ustaz yg muda itu 😊
Best…
Boleh lah baca waktu malam sorang2 psl x seram sgt.
sy rase itu fitnah paling besar yg diberi kn dlm hidup saya selama ni..buat mase ni xde maaf dpt sy beri kan..
Assalamualaikum. Kalau tak salah, cuba buka google dan cari “doa apabila terkena fitnah”. Bsca dan berselawat ke atas nabi 7 kali. Allah akan pelihara kita
Bagus penulis. Semoga teruskan perjuangan itu dan Allah melindungi kalian. Teruskan menulis lg 😊
kej rukyah ni bukan kej senang. xcukup ilmu dan amal badan kita kena balik. Pernah pagar rumah seniri dulu.lps tu bdn letih sgt.mata mngantuk bagai digam2.. Sbab iman pun xkuat mana. Apa2 pun mksh byk2 ust2 yg merukyah pesakit2. Kj anda kerja mulia. Semoga Allah lindung selalu
Alhamdulillah, saudara telah memagar rumah saudara dgn sendiri. Saya pun sama. Belajar dan memagar rumah sewa saya. Alhamdulillah dgn izin Allah, dipermudahkan duduk dlm rumah tersebut. Amalan ni patut dipraktikkan utk semua org pada zaman ni. Dgn byk cerita di FS mengenai gangguan jin dirumah. Kita perlu prihatin. 🙂
Alhamdulillah. Tkasih kongsi pengalaman. Nanti kongsi lagi ya..