Hola! Assalamualaikum! Pah disini! Disebabkan cerita sebelum ni (Pelawat di Hospital) ramai yang minta sambung menulis kisah-kisah pengalaman Pah, jadi dengan ini aku dengan gembiranya nak menulis untuk para pembaca.
Baiklah kali ni Pah nak cerita pasal rumah pusaka peninggalan arwah datuk dan nenek Pah yang terletak di utara tanah air.
Ayah Pah sebagai anak sulung rasa bertanggungjawab untuk menjaga rumah tersebut setelah arwah datuk dan nenek meninggal dunia. Untuk pengetahuan semua, arwah datuk Pah seorang pengamal perubatan tradisional dan arwah nenek pula seorang bidan kampung. Complete set kan?
Kami mula pindah ke rumah kampung separa batu dan kayu itu pada tahun 2007. Pah dan kakak berkongsi bilik di tingkat atas yang asalnya ruang yang digunakan arwah datuk untuk mengubat pesakit beliau. Sebenarnya ada dua bilik diatas, tapi ayah melarang kami untuk menggunakan bilik yang lagi satu. Level curiousity kami berdua sebagai kanak-kanak masa itu sangat tinggi, jadi kami merancang untuk menyiasat bilik larangan itu.
Tingkat bawah rumah itu sangat luas. Ada satu bilik tidur utama dan satu bilik tidur tetamu, dua ruang tamu dan dapur. Bilik air dan tandas terletak di luar rumah dan agak jauh sebenarnya dari pintu dapur. Memang kalau Pah nak berak tengah malam, kalau boleh nak angkut seisi rumah buat peneman. Hehe penakut jugak sebenarnya Pah ni.
Banyak kisah sebenarnya yang berlaku di rumah pusaka ini, jadi Pah cerita mana yang paling seram dan cukup menmberi pengajaran dalam hidup Pah. Mungkin para pembaca juga boleh ambil iktibar dari kisah-kisah ini.
Kisah 1.
Disebabkan Pah baru pindah masuk ke rumah tu, ayah bercadang untuk mengadakan kenduri kesyukuran dan arwah untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Jadi, ramai saudara akrab yang pulang ke kampung untuk menghulurkan tangan untuk menjayakan kenduri tersebut. Ada juga yang menginap sebentar di rumah pusaka ini.
Pah dan kakak ketika itu sangat seronok sebab boleh bermain dan tidur beramai-ramai dengan sepupu sepapat yang sebaya kami. Malam sebelum kenduri diadakan, kami semua menghamparkan comforter dan kain gebar di ruang atas rumah untuk tidur bersama. Selepas memasang kelambu, kami pun tutup lampu dan masuk kedalam kelambu . kami ada 6 orang semuanya.
Setelah penat bergelak ketawa dan dijerkah orang dewasa dibawah, kami pun mula melelapkan mata. Tapi Pah rasa sangat tidak selesa, rasa diperhatikan dari bilik larangan yang pintunya betul-betul di hujung kepala Pah dan kakak. Kami bedua tidur ditengah sebab kami yang antara yang paling tua antara 6 orang. Yang lain takut tidur tengah sebab termakan usikan orang tua, selalunya orang yang tidur tengah hantu kacau dulu.
Bila terfikir usikan itu, mata aku tertancap di bumbung kelambu. Lama kelamaan bahagian kain kelambu itu semakin melendut kebawah. Bila menyedari kain itu semakin rapat ke arah aku, aku pejam mara rapat dan berdoa dalam hati supaya ‘benda’ yang mengganggu tidak menyedari yang aku boleh melihatnya. Namun hampa rasanya bila aku buka mata semula, wajah yang berlapik kain bumbung kelambu itu betul-betul rapat dengan wajah aku, matanya merah menyala dan cukup menggerunkan.
Dalam hati aku tidak putus-putus meminta agar dia tidak mengganggu aku, cukup lah hanya menakutkan. Kata ayah, untuk berkomunikasi dengan makhluk ghaib sudah memadai berkata-kata di dalam hati. Aku kemudiannya terdengar derap kaki melangkah di tangga. Ayah!
Lembaga itu hilang dalam sekelip mata, mungkin menyedari kehadiran pewaris ilmu arwah datuk. Aku bingkas bangun berlari memeluk ayah. Ayah memujuk untuk tidur kembali dan menyatakan ‘benda’ itu takkan mengganggu lagi.
Keesokan harinya, saudara-saudara yang menginap di rumah itu mengadu berasa lesu dan tidak mampu mengangkat benda berat ketika kenduri. Lebih mengejutkan mereka menyedari ada kesan lebam di bahagian pinggang mereka.
“ Kamu tidak akan diganggu kalau tidak ada niat kotor dihati untuk tinggal di rumah ini.” Kata-kata ayah Pah itu lembut tapi sudah cukup untuk mematikan keluh kesah mereka. Dengar kata mereka menginap hanya untuk mengorek rahsia harta pusaka yang lain. Manusia, tamak haloba.
Kisah 2.
Untuk kisah yang kedua ni membuatkan aku sentiasa memastikan dapur dikemas sebelum tidur walau di mana aku tinggal.
Oleh kerana masa tinggal di rumah pusaka ini masa aku dan kakak di umur yang sepatutnya mula belajar membantu mak di dapur, kami berdua selalu ja malas dan bergaduh bila ambil giliran membuat kerja rumah. Selalunya aku lah yang kalah, kakak seorang yang susah untuk beralah dengan adiknya ini.
Ayah selalu berpesan untuk kami memastikan dapur dikemas sebelum tidur, katanya tempat kita makan perlu dititikberatkan kebersihannya. Pada satu malam, seingat aku kami makan malam besar dan banyak lauk yang dimasak mak malam tu. Kakak sudah membantu masa memasak jadi aku perlu membasuh pinggan semua orang selepas makan. Aduuuu!! Berhuhuhu la masa membasuh, sudah la semua orang terus melepak di ruang tamu hadapan, tinggal aku seorang diri di dapur.
Bila kerja dibuat ala kadar, tidak kusedar ada lagi pinggan yang tidak dibasuh. Aku pun terus masuk tidur bila melihat ahli keluarga yang lain masuk bilik. Malam itu rasa panas membahang, jadi aku terjaga kira-kira jam 2 pagi. Pergi ke dapur seorang diri untuk minum air, kakak memang tidur mati, tak payah kejut la dia tu.
Ruang masuk ke dapur betul-betul dihadapan tangga, jadinya turun tangga tu terus melangkah masuk kedapur. Bila buka peti aisuntuk ambil air sejuk, aku terkejut bila terdengar bunyi senduk terjatuh dari arah sinki. Mulanya malas buka lampu, tapi keadaan dapur yang gelap memaksa aku untuk membuka lampu untuk mengambil senduk yang terjatuh.
Terkejut beruk, biawak, beruang semua ada aku dibuatnya bila ternampak satu lembaga yang sangat hodoh rambut panjang kerinting berlidah panjang sedang menjilat pinggan yang ada di dalam sinki. Lutut aku rasa dah berubah jadi agar-agar dah time tu, nak melangkah pun tak berdaya, hanya mampu melihat ‘dia’ berjamu selera sisa makanan dalam pinggan tu.
Aku tak tahu mana aku dapat kekuatan untuk melangkah ke arah makhluk itu, aku terus membasuh pinggan yang lain di dalam sinki. ‘dia’ hanya melihat aku perah sabun pencuci dekat setengah botol walaupun semua sisa telah dijilat licin. Mungkin dia merasakan aku jijik dengan perbuatannya, dia meletakkan pinggan dan di tangan dan turun menuju ke pintu dapur, dan terus menghilang. Aku masih berhuhuhu lagi disitu, masak lah kalau ayah tahu pasal hal ni. Dan yesss aku kena marah dengan ayah keesokan paginya bila mak cakap aku habiskan sabun basuh pinggan. Haha.
Baiklah setakat itu dulu cerita Pah kali ini. Maaf kalau tak menepati cita rasa pembaca semua. Terima kasih diucapkan kepada admin FS jika cerita Pah kali ini dikeluarkan untuk bacaan pembaca semua.
Lots of love from me, Pah. Sekian.
Allahu.
Pah oiiii berani hang ni…
Kalau ada cerita lagi, kongsi la nooo.
Tkasih kongsi kali ni.
Hehe Terima kasih sudi membaca cerita ceq ni. 😁
Jpag skrg hg umr brapa..msti rndu ms kecik..rndu2 lg2 kt kg
Betul tu Pah. Aku pun tak akan tido selagi sinki tak kosong dan sampah tak dibuang lagi. Menginap kat hotel pun lepas makan aku basuh semua..masuk tong sampah ikat siap2. Ikut nasihat org tua2. Berasas rupa2 nya amalan aku ni..
Tu lah kan..kena dengaq jugak nasihat org tua-tua ni. Terima kasih sudi membaca😁
Beraninya awak! 😱
Nanti sambung lagi ya. Tazabar nak baca lagi 😆
Terima kasih 😁
Aku terbayangkan hantu tu “aduhhh. Boleh pulak nak basuh, aku tgh nak makan ni. Ahh blah ah” hahahahaha. Tapi terbaik ah citer! Nanti sambung pleaseeeeee.
Hahaha pinggan kat tangan dia tu rasanya dah yg last tak dijilat lagi. Dalam sinki tu semua licin. Btw terima kasih sudi baca😁😁
Hmm beraninya.. time bsuh pinggan tu umur brapa?
Darjah enam rasanya 😄😅
‘dia’ hanya melihat aku perah sabun pencuci dekat setengah botol walaupun semua sisa telah dijilat licin. Mungkin dia merasakan aku jijik dengan perbuatannya, dia meletakkan pinggan dan di tangan dan turun menuju ke pintu dapur, dan terus menghilang.
Hahaha yg ni lawak pah… boleh pulak dia letak pinggan tu🤣
Dia dah kenyang kut haha. Thanks sudi baca cerita Pah 😁
Teman yg jantan pon mmg pantan kalo dlm sinki ada pinggan sisa bekas makanan yg x dibasuh…mmg membebel lah teman…satu lg mmg x boleh keluar rumah kalo x cuci & kemas dulu…org tua nyer ckp mmg ada berasas…kn ambil berat jgn malas sgt
Amboi husband material ni. Terima kasih sudi membaca😁
Sayang dkt pah
Haha terima kasih 🙆
‘Dia’ letak pinggan balik? Hahaa… Mesti dia kata, “Aku dah sapu habis sampai licin dah, baru nak basuh. Nahh.. Ambik la balik! Dah la tinggal sepinggan ja kat aku.. Kedekut!” Hahahaa… Tak logik betuk otak aku nihh… Anyway, best la cerita Pah.. Dari yang hospital yang jumpak pak cik tu dengan cerita yang ni. Sambung lagi ea next time? Love from me, Nurra… Hehee
Haha terima kasih sudi membaca ya Nurra. 😁
tak penah tak best…terbaik pah..
seram dah kelakar hahaha.
Terima kasih 😁
cerita ini amat menghiburkan hahaha..
Terima kasih membaca 😀
belaan arwah atuk ko la tu
Kenapa lepas kau nampak benda tu. Kau terus menuju ke sinki and basuh pinggan pah? Takde rase takut ke
Lagi takut kena marah dengan parents sebab basuh pinggan mangkuk tak habis dan kena jilat dengan hantu. 😅
Cerita best,,,nnt share lagi cerita seram lain
peh berani sungguh pi sambung basuh pinggan yg xabis tu depan makhluk lidah panjang tu. klo aku da pengsan.
Btul tu.. sya pun x suka ada pinggan kotor di singki. Best cerita pah. Sambung lg pah😅
Pah,beraninye ko basuh pinggan tu,klu sy dh trketar2 ketakutan dh kt situ.. 😅
Terbaek pah. Penuh pengajaran.
Baguih naa.. ko nye rajin tetiba mai time berteman ae pah haha.. pah pah.. alahaii.. seramm..
Sebut pasal cuci piring dkat singki ni kn aku ada pngalamn pasal ni tpi yng mnghairankn aku boleh pula SI DIA memunculkn dirinya di saat aku mhu hbs cuci piring nasib juga lah piring yng ada di tngan ku masa tu ndak terjatuhh.. fuuh cerita pah mmbuatkn aku terimbau kenangan itu.
Wah… best2 (Y)