Soundtrack Seram

Nama aku Ann. Aku nak kongsi pengalaman aku first time duduk hostel tinggal asing dengan family. Family aku duduk dekat JB je dalam 45 minit dari PIS. Tapi disebabkan aku ni spesies yang bila balik rumah assignment memang takkan sentuh so aku jarang gila balik rumah. Kalau setakat cuti 2/3 hari memang aku stay dekat hostel je. Lagipun boleh save duit.

First semester, aku duduk dekat Kamsis. Dalam blok yang aku stay ni ada satu buai kayu. Sampai je Kamsis memang cerita pasal buai tu popular dalam kalangan budak baru. Ada orang kata senja-senja jangan main kat buai tu nanti tuan dia marah. Kadang-kadang tengah malam tak ada angin buai tu akan berayun sendiri. Malam-malam, memang akan dengar bunyi tapak kaki berloceng jalan depan pintu bilik-bilik yang dekat ground floor. Tapi pengalaman yang aku nak kongsikan ni tak ada kena mengena pun dengan buai tu sebab bilik aku bertentangan dengan buai tu. Haha.

Dekat blok Kamsis ni banyak pokok besar, so memang normallah kalau kau terdengar bunyi-bunyi pelik masa malam or nampak kelibat hitam setiap kali selak langsir. Ini cerita satu malam Jumaat, aku ingat sebab MJ12 on air hari Isnin sampai Jumaat je and aku ingat selepas malam tu esoknya cuti. Dekat Kamsis ni roomate berdua je. Roomate aku ni budak fesyen so bilik yang kecil tu tak mampu nak tampung kertas pola dia yang panjang berlambak tu. So malam tu roomate aku, Nana dengan classmate dia buat kerja dekat bilik rekreasi. Bilik rekreasi tu dengan bilik aku sejengkal je so aku malas nak join. Aku cakap dengan dia kalau ada apa-apa nanti aku call dia. Nana tinggalkan aku masa tu dah hampir pukul 12 malam. Lepas dia keluar, aku duduk atas lantai bersandar dekat katil aku. Pakai earfon dah get readylah nak dengar MJ12. Sambil-sambil tu aku baca wattpad.

Siapa yang pernah dengar MJ12 memang dah tau lah opening dia selalunya soundtrack yang menyeramkan. Ada satu soundtrack ni memang aku dah biasa dengar. Bunyi perempuan menangis dalam hujan. Masa aku dengar soundtrack tu aku rasa bunyi dia lain dari sebelum ni. Masa tu aku memang fokus betul dengar soundtrack tu nak tahu apa yang lain dari sebelum ni. And sangkaan aku tepat bila ada dialog dalam soundtrack tu. Masa tu badan aku terus keras dekat situ.

bunyi perempuan menangis dalam hujan
Awakkkk…
Awakkk…
Mainlah dengan saya…
Saya seorang je ni…
Awak tak nak main dengan saya ke…
Awakkk…
Saya dah sampai ni…
Saya ada dekat belakang awk…

Fuhhh time dia kata dia dah sampai aku rasa dalam bilik tu sejuk habis. Menggigil tangan genggam fon. Memang terasa macam ada something dekat atas katil aku. Bila aku rasa macam ada hembusan angin sampai kat tengkuk aku, aku terus slowkan volume sampai habis. Matikan radio then dial nombor Nana. Si Nana ni pun gebang juga, sebelum tu poyo je cakap dengan aku “I just one call away” lah sangat. Aku call dekat 5 kali tak angkat-angkat juga. Bilik tu makin lama makin sejuk, tangan aku pun makin lama makin kaku tak nak gerak. Dengan sisa kekuatan yang ada, campur rasa takut and bengang dengan member tak akan call, aku tarik je earfon aku, cabut terus call classmate Nana, Zetyn. Aku sebut sebaris ayat je dekat Zetyn lepas tu aku dengar Zetyn bercakap dengan Nana. “Suruh Nana balik bilik.”

Dari dalam bilik aku dengar bunyi kaki orang berlari and aku tau siapa tapi aku tak mampu nak gerak seinci pun. Terbuka je pintu bilik, aku pandang muka Nana air mata aku yang tertahan sebelum tu terus berjurai menitik. Nana tak cakap banyak dia, dia tanya aku okay ke tak lepas tu dia terus tarik aku keluar bilik join dia dekat bilik rekreasi. Masuk je dalam bilik rekreasi, Nana buatkan aku air panas sebab tangan aku menggigil and sejuk gila. So, malam tu kita orang ramai-ramai tidur dalam bilik rekreasi tu. Aku lah yang paling awal tidur.

Esok paginya, aku bangun tapi aku terasa macam apa yang terjadi semalam tu cuma mimpi je. Bila aku cerita dengan member, semua pesan jangan dengar MJ12 seorang-seorang, dahlah pakai earfon lepas tu buka kuat-kuat. Memang sejak malam tu aku terus tak dengar MJ12 lagi. Tapi biasalah habit susah nak buang. Selang beberapa malam lepas tu, aku beranikan diri buka MJ12. Aku berdua dengan Zetyn baring atas katil Nana. Nana masa tu keluar pergi toilet. Sebab ada member dalam bilik so aku fikir okaylah kalau jadi lagi at least member ada dekat sebelah.

So aku pakai earfon, buka MJ12 full volume sebab aku nak kenal pasti soundtrack tu sama ke tak dengan apa yang aku dengar malam Jumaat lepas. Guess what? Bunyi yang sama, suara yang sama, dialog yang sama. Aku terus peluk Zetyn kuat-kuat, tapi aku tak matikan radio sebab aku nak dengar soundtrack tu sampai habis. Aku yakin aku dengar soundtrack tu sampai habis tapi aku tak boleh ingat apa lagi yang aku dengar lepas tu. Lepas Nana balik dari toilet aku ceritakan dekat dia and sejak tu aku tak pernah dengar MJ12 seorang-seorang lagi. Kalau pakai earfon aku akan pastikan aku tak sendirian dalam bilik and kalau ramai-ramai dengar aku buka loudspeaker.

Soundtrack tu pula sampai sekarang tak di mainkan lagi. Aku sendiri tak pasti soundtrack tu sebenarnya wujud ke tidak. Itu saja pengalaman pertama aku tinggal di hostel and pengalaman semasa sem 1 di Kamsis. Nanti aku kongsikan pula pengalaman tinggal di Hi-10. Hi-10 tu bangunan baru dalam PIS khas untuk perempuan. Blok Kamsis semuanya dah dikhaskan untuk lelaki.

Sekian, sampai jumpa lagi.

19 thoughts on “Soundtrack Seram”

  1. Dulu suka gak aa layan MJ12 ni, tapi lepas dah ada baby ni tanak layan dah. Sbb ada yg kata, bila kita dgr benda seram camtu, ada makhluk tertentu yg akan “join” kita dgr. Huii serammmm >_<

    Reply
  2. MJ 12 mmg x lah aq nak dego sorang2, lagi kat tempat aq tido.. aq dego kat ofis jek tu pn pakse member bukak.. Bkn sbb takut tp sedar diri suka lyn perasaan,, bahaya…

    Reply

Leave a Comment