Salam dan hai pembaca fiksyen shasha. Aku biasanya silent reader je dekat page ni. Tapi aku tergerak nak share pasal pengalaman aku dan kawan kawan masa belajar dekat Sabah tahun 2013 until 2015. Saja nak berkongsi cerita.
Alkisahnya, aku dan enam orang lagi kawan aku, aku namakan ijan, zura, lina, rina, dilah dan ikah. Kami bertujuh semua orang semenanjung dan start rapat masa sem kedua. Bila dah rapat tu, kami sepakat nak cari rumah sewa sebab budak degree sem satu je dapat asrama. Sem kedua kena pindah keluar duk rumah sewa. Sebenarnya dua dua ada kisah seram, baik kat asrama dan rumah sewa. Tapi aku akan cerita pasal rumah sewa dulu sebab yang ni paling banyak kisah seram terjadi kat kami.
First kami dapat rumah sewa ni, dari senior kami, kwn aku si rina ni yang dealkan dan otomatik dia jadi ketua rumah. Aku describekan rumah ni. Rumah ni kat kawasan perumahan rumah teres dua tingkat. Kiri rumah, rumah kosong dan kanan rumah, rumah uncle chinese. Depan rumah tu ada deretan rumah jugak. Rumah ni dia teratur sebab ada lorong-lorong rumah. Hujung lorong rumah aku ni ada bukit menurun yang tak tinggi, shortcut untuk ke kedai kedai makan. Okay first story aku, masa mula-mula kami bertujuh masuk nak tengok rumah tu,kami tengok sekeliling sebab kami tak tengok pun dulu rumah tu, sign je agreement (ketua rumah = KR yang sign). Kami setuju sebab dekat dengan uni kami dan serahkan urusan dekat rina ja.
Dah tengok rumah semua, dah puas hati semua, kami masuk rumah tu, aku, ijan, zura dan lina satu bilik, bilik yang ada bilik air tu sebab besar dan sesuai kami empat orang. Bilik kedua, kecik sikit dari bilik aku, ikah dan dilah dan bilik ketiga, KR aka rina yang duduk sorang sebab bilik tu kecik sangat muat sorang je. Okay baru nak masuk kisah seram. Yang peliknya, kisah seram ni jadi sem kedua dan sem terakhir je. Mungkin salam pengenalan dan salam pengakhiran kot.
Untuk salam pengenalan, takde ape yang seram sangat, aku ni seorang yang sangat susah nak kena usik ke, nampak apa apa atau rasa apa-apa. Setakat yang aku ingat, satu hari tu kami bertujuh plan nak keluar ke mall, sebab time tu weekend,dah plan semua, setuju nk keluar apa semua, kawan aku si zura ni cakap dia tak boleh join sebab dia nak jimat-jimat, dia tak ambek ptptn, kami tanya dia, betul ke taknak ikut sebab kami nak tengok wayang dan balek malam, dia cakap takpe dia boleh duk sorang. Kami pujuk pun dia taknak jugak. Last2 kami pergi lepas confirmkan dia akan okay duk sorang, Zura ni jenis hati kering sikit, mungkin sebab dia orang Melaka kot. Haha tetibe. Then kami pun balik, sampai2 rumah tengok zura ni dengan kain telekung turun bawah cepat2. Kami pun pelik laa sebab muka dia pucat sangat. Kami pun suruh dia cerita apa jadi. Zura pun cerita yang time dia nak solat asar kat bilik dia dengar ada orang tarik kerusi meja makan kat tingkat bawah. Jenis 2 orang main tarik kerusi dan main seret2. Lama pulak tu. Serentak tu dia bau busuk tiba2. Bau bangkai. Then dia terus ambek wuduk dan duduk je atas sejadah sambil baca Quran sampai laa bunyi dan bau tu hilang. Dia baca sampai kami balek. Then kami pujuk2 zura, lepastu kami naik bilik dan habis sampai situ.
Next story, Satu hari tu kami bertujuh nak p makan kat kedai makan bawah, kami pun jalan bertujuh sambil gelak gelak. Time tu aku, lina dan zura jalan belakang sekali. Yang lain kat depan. Sebab tengah hujan rintik rintik jadi kami share share payung. Tengah jalan2 tuu tetiba zura panggil aku. Dia cakap “weyh ko nampak tak? Asal budak 2 orang tu tengok kita tiga macam sedih je”. Pastu aku ngn lina pun usha la. Pastu aku cakap “mana ada budak weyh kat grill rumah tu.
Pastu dia cakap “weyh ada laa, tu sorang abang sorang adik perempuan. Dua2 pakai baju putih. Sian dia tengok kita sedih mesti lepas kena marah dengan mak ayah tu. Dia tengok kita lagi laaa”. Time tu kami bertiga stop dekat rumah tu. Then aku ngan lina usha2 memang takde. Aku tengok lina, lina tengok aku. Tak cakap pape, terus aku ngn lina lari lintang pukang sambil pegang payung. Laju kami lari sampai pintas kawan2 yang kat depan tu.
Dieorang yang tak tau apa2, tengok kami lari terus pecut jugak sambil bawak payung masing2. Nak ke bukit tu kena lintas satu jambatan kayu kecik, daripada guna jambatan kayu tu sebab kecik, kami tujuh tetiba boleh lompat longkang tu, takut punya pasal. Kami lari sampai kedai makan tu. Duduk2 je, yang lagi empat tu tanya “weyh asal korang lari”. Pastu aku pun tanya “habis asal korang lari” pastu lagi 4 tu cakap “sebab korang lari macam tak cukup tanah”. Pastu kami gelak. Pastu zura pun cerita la kes tadi tu. Then masing2 pun tegur zura, asal p tegur. Pastu zura cakap “habis budak2 tu tengok kita dengan muka sedih. Kesian aku tengok “. Then kami nasihat zura ni cakap lepas ni jangan tegur pape sebab zura jenis cakap lepas. Then otw balek tu, kami tujuh usha balik rumah tu, memang takde sape kt grill tu. Terus kami pecut balik rumah sebab nak masuk maghrib dah. Sana maghrib awal. Mujurlah tak ada apa berlaku harit tu. TQ sebab sudi baca.
Best tho cite dia! Terbaek ah!!!
Finally someone yang tak mengaku boleh rasa kehadiran. Hahahaha
So, yang cerita Zura tu dia dok pakai telekung baca Al-Quran tu sejak asar sampai ke tengah malam ke macam mana?
ITU la kan… Kalau dok ayat yg selalu berkumandang….
“Sy ni jenis boleh nampak”
“Sy ni jenis dok rasa wpon xnampak(hijab terrtutup)”
“Sy punya deria ke6″…
Itulah rasa ” seram” yg sebenaQ utk pembaca menghadam ayat2 penulis.. Hmm
Utk cerita RUMAH SEWA DISABAH, telah berjaya mendapat tempat dihati sy. Tahniah Penulis..teruskan berkarya okey..
#”Teruslah Melangkah!! Jgn menyerah kerana tiada hari ESOK andai langkahan mu berhenti hari INI”.
so ade lagi tak usikan lain.
best….part lompat longkang kelakar…blh imagine macam mana….kental zura tu yeeee…nasib baik terpikir nak mengaji…..
Nasib korang ramai..elok sepakat. Saling menjagA sebab duduk jauh dgn family. Bila jadi benda seram camni xrisau sebab ramai. cerita best.trskn tulis lg
Best.. x meleret sangat👍🏻
Wah zura itu begitu kental
Nasib zura tu jenis hati kering….ade gak kekuatan nak mengaji…baguss…part yg last tu lawak…hehee…
Macam Indah Permai je ni… tak pun… KF hehe