Angkara Pokok Buluh

Assalamualaikom semua pembaca dan dan peminat FS. Terima kasih admin sekiranya publishkan cerita aku yang tak seberapa nak seram ni.

Family aku memang dah lama lalui pekara misteri ni sebenarnya. Cuma aku ni bukan lah pandai nak oleh dalam versi penulisan. Dalam entry ni aku nak bercerita berkenaan pokok buluh.

Semua sedia maklum, pokok buluh memang ada yang ada “bende” tu suka menginap. Betul ke tidak Wallahualam. Perkara ni terjadi pada tahun ni.

Sebelum tu aku cerita kedudukan rumah aku. Rumah aku berada ditengah kampung dan berada di simpang 4 menurun ke bawah (perumahan jenis atas bukit). Belah kanan depan rumah aku surau, belah kiri depan rumah aku rumah jiran aku. Tepi sebelah kiri rumah aku ada deretan rumah. Rumah di kawasan situ semua jenis rumah lot.

Depan rumah aku ada dua pokok buluh. Kecik je sebenarnya pokok buluh ni tapi rendang. Aku start dari mula tanam pokok tu lagi aku dah tak berkenan. Yelah pokok buluh kot. Aku pon kadang otak asyik fikir mistik jek. Bila aku selisih sebelah pokok tu aku rasa macam ada sesuatu aura seram dekat pokok tu. sebelum ni oke jek pokok buluh tu. Lepas kampung digembar dengan penampakan Pocong depan surau tu yang punca pokok tu tetiba jadi seram. Aku tak tau la pocong tu nginap situ ke apa. Dan pokok buluh tu pulak betul-betul berada di dua belah pintu pagar rumah, kiri dan kanan. Boleh bayangkan tak ?

Pada pagi tu dalam pukul 11.00pagi, aku dengan mak serta adik aku bergotong royong bersihkan laman rumah. Sebenarnya lama dah aku cakap dengan mak aku, tebang pokok buluh tu sebab makin lama makin tinggi. Dah le depan rumah. Seram pulak bila tengok lama-lama. Disebabkan ada dua, satu aku tebang, satu adik aku tebang
Pokok yang adik aku tebang tu bagi aku tak ada apa-apa pon. Yang aku potong ni yang semacam sikit. Aku tebang la pokok tu. Tau je la buluh, liat kemain. Aku baca bismillah dulu sebelum nk tebang. Alhamdulillah tak ada apa-apa terjadi masa nak tebang pokok tu. Aku tak terbang. Tapi aku buang terus pokok tu. hahah

Bende pelik berlaku dua hari selepas aku tebang pokok buluh tu. Masa bangun dari tidur, tiba-tiba lengan kanan aku kebas pastu menggigil. Kebas dia lain macam. Padahal dua hari dah berlalu kot. Sebelum tu mana ada aku buat kerja berat-berat pon. Aku urut jer slow-slow. Aku assume mungkin tidor bebantal lengan mungkin. So aku abaikan je la.

Aku ada ngadu dekat mak aku pasal ni. Mak aku pon fikir yang sama macam aku fikir. So aku abaikan lagi. Bila tiba waktu malam, masa nak tidur. Aku jenis tidur pakai stoking, tak perna bukak melainkan bangun subuh esoknya. Wajib tidur berselimut walaupon tak sejuk dan satu kaki kanan aku akan terkeluar sebabnya aku jenis tidor memang ngereng ke kanan. Aku tidur macam biasa. Bila pagi esoknya aku nak bangun solat subuh, aku terus termenung. “Mana stoking aku belah kiri”? “mana pergi selimut aku ?” tu yang aku cari dulu. Rupanya stoking tu bawah badan aku. Selimut aku atas kepala. Jauh pulak tercampak eyk. Selama ni statik je atas badan aku.

Malam kedua pulak, aku da start tak sedap hati sebenarnya. Sepanjang aku tidor tak perna lagi stoking aku tercabut sebelah. Walaupon aku bukak sendiri, aku akan sedar, kalau pergi tandas memang aku tak akan bukak. Aku pusing ke kanan pusing ke kiri. Sebab ngeri pulak nak tidor. Tak kan nak tidor dengan mak aku pulak. Aku acah-acah berani tidur sorang. Dalam hati aku cakap, redah sajalah sebab da ngantok sangat. Bila bangon esoknya kejadian sama berulang. Aku stresss sebab tak tahu punca !

Aku makin pelik, oke tak pe. Aku buat experiment malam tu. Aku tukar posisi tidur. Selalu kepala aku dekat kepala katil. Malam tu aku tukar kaki aku duduk dekat kepala katil. Nak tau apa jadi. “Bende” tu tak jumpa kaki aku. Dia pergi kuis rambut aku dan yess aku terasa ada tangan buat pusing-pusing dekat rambut aku. Aku punya rimas tolak balik rambut ke atas sempat jugak terdetik dalam hati “Dia main rambut pulak dah”. Sebab mengantok sangat aku abaikan. Lantak lah tido lagi penting masa tu. Dua malam jugak dia kuis rambut aku. Hari ketiga aku tak tak sanggop dah. yelah gila kau, masok bilik macam ada yang pandang dari bucu katil. Selalu bilik gelap selamba je aku masok. Bilik sendiri kot. Kali ni masok aku kena bukak lampu dulu. Aku rasa ada bende dok perati. Naya betui la. Dulu bab perati hujung katil ni sebab ada teddy bear besar. Sekarang lain pulak.

Malam tu jugak aku cakap dengan mak aku panggil la ustaz ke sapa yang pandai berubat. Masa nak berubat tu, ustaz tu cakap “benda” yang kacau ni ada kena mengena dengan pokok buluh tu. Benda tu marah aku sebab da buang tempat dia nginap tu yang dudok dalam bilik aku. Aku lupa dah pocong ke hantu apa aku lupa dah sebab aku tak nak ambil tau pasal “benda” tu. Apa yang aku nak tau “benda” tu dah tak ada dah dalam bilik aku tu. Aku tak ajak pon “benda” tu duduk dengan aku. Haihhh. Lepas berubat aku kena mandi air limau dan aku harap ”benda” tu tak akan datang ke muncul ke kacau aku dah.

Malam tu aku tidor macam biasa. Keesokan paginya bila nak bangun subuh aku debor jugak nak tau kaki aku ada stoking ke tak. Bila selak selimut, yaeyyy ! stoking aku elok di kaki kiri. Aku lega. Fuhhh ! Hahahhaaha. Alhamdulillah sampai sekarang tak ada apa-apa yang berlaku dah.

-Myie-

13 thoughts on “Angkara Pokok Buluh”

  1. Kamu yeayy sebab masih ada stokin…
    pakcik yeayyy sebab… hari ni pakcik berjaya abiskan baca semua cerita dari episod satu sampai sekarang ni…
    dekat dua tahun laa jugak… hahaha….

    Reply

Leave a Comment