Hikayat Sang Psiko – 2/2018

#Hikayat Sang Psiko – 2 / 2018

Semua mengimpikan cinta, kebahagiaan, kepercayaan, dan keberadaan memahami diri sendiri dalam kehidupan yang fana ini. Namun aku…aku? Aku sering kecundang dalam memahami diri, aku gagal menghayati cinta sesama manusia itu seperti apa…Kebahagiaan? Hurmmm…..(Air mata mengalir membasahi pipi)….esakan aku kedengaran disegenap ruang bilik kecil gelap. Inilah ruang ku. Kadang-kadang berhari-hari aku begini. Malah boleh berbulan….

Aku mencapai iphone 4s ku sambil melawati laman sesawang fiksyenshasha.com, ruangan kisah-kisah seram kegemaran diriku sejak bertahun. Lalu aku berfikir, inilah masanya! Masa yang sesuai untuk aku menulis lagi sementara si dia tak pulang rumah lagi. Akan aku al-kisahkan apa yang berkesempatan di ruang “bebas” aku miliki saat ini…

Semua kisah-kisah yang aku coretkan dalam setiap penulisan aku samada yang ini atau yang lepas adalah kisah benar.

Di suatu daerah negeri Sabah, ada dua buah rumah yang penuh misteri. Rumah diperbuat dari kayu, tidak bercat, punya ruangan kolong yang luas sesuai untuk berehat beramai-ramai dan parking kereta. Sekelilingnya ditumbuhi pokok mangga, pokok tarap, buah koko, tebu, dan ada sungai kecil yang mengalir di sebalik batu-batu besar bersaiz mega dibelakang rumah tersebut. Pemandanganya pula, disebelah kiri adalah pemandangan sayup-sayup Gunung Kinabalu. Punya penghuni tapi hidup dalam serba misteri dan kepelikan. Apa yang pelik?

Hikayat 3

“prang..prang!!”
“buk…buk!!!”
“arghhhh!!”

Serta merta seluruh ruang rumah itu terbau hanyir darah jantan lelaki awal 20 an itu. Habis cermin almari dan segala cermin dalam biliknya dipecahkan mengguna tangan-tangan kekarnya. Semalam, semalaman dia menangis mengenangkan buah hati yang lari mengikut lelaki lain. Aku yang masih berumur 10 tahun ketika itu ketakutan dengan tindakan-tindakan ganas lelaki yang aku panggil pakcik El.Dia adik ke 5 emak ku. Datuk ku cuba menenangkan pakcik ku, tapi gagal dan setiap kali teguran atau nasihat dia akan membalas dengan ugutan.

“ Jangan kamu pandai-pandai nasihat aku dan tegur-tegur ya, siap aku bunuh kamu nanti!” begitulah warning nya.

“Aku tak kira siapa! Bapak pun aku sanggup bunuh!”

“Astgha, sanggup jua bah kau begini gara-gara itu perempuan?” datuk ku membalas dari luar bilik.

Hermmmm…hermmm….dengar dengusan dari dalam bilik itu. Kemudian dengar tangisan jantannya mendayu-dayu. Berselang seli dengan ketawa kekecewaan.

“Hahahaha, hihihihi!!”

“Bamm, bammm!!” dinding pulak ditumbuk. Rasa gegarannya sehingga kebilik aku adik beradik dan bilik mak abah.

Abah aku seminggu misi di hutan. Emak memeluk aku adik beradik. Tau kami ketakutan. Emak membebel sendirian.

“Kenapalah aku duduk dengan orang-orang gila ni semua. Kesian anak-anak aku!”

Ada penyesalan diwajah emak. Aku berdiam diri. Memang sekitar aku dimasa itu kebanyakannya “sakit-sakit” belaka.

Hari menjelang senja, aku nak membuang dan hampir terkucil. Aku minta emak temankan, sebab takut aku nak berdepan dengan pakcik El yang aku anggap kesurupan walaupun ketika itu tiada kedengaran Pakcik El mengamuk lagi. Emak bawak adik-adik ku sekali keluar dari bilik untuk makan dan bersihkan diri. Ruang tamu ketika itu gelap dan sunyi sepi, beberapa langkah kaki menginjak ke ruang tamu untuk switch on lampu, terasa ada cecair likat di tapak kaki dan baunya hanyir hingga menyucuk hidung dan menyakitkan kepala. Apabila lampu menerangi ruang, aku dan emak melihat darah membasahi segenap ruang lantai. Pintu bilik pakcik El terkuak luas. Sempat kami mengintai kalau-kalau dia masih ada di dalam biliknya. Namun, aku terlihat sesuatu yang luar jangkaan ku.

“nyumm, nyumm” lidahnya terjelir-jelir menjilat lantai-lantai yang dibasahi darah. Makhluk itu bergerak sikit demi sedikit dengan keadaan terbalik kaki keatas dan tangannya ke lantai. Bertelanjang. Wajahnya dipenuhi darah dan kedutan. Buruk! Itulah keadaannya. Aku terkedu, gosok mata berkali-kali. Apa makhluk itu? Adakah pakcik El bertukar menjadi makhluk tersebut?

Emak cepat-cepat tarik aku dari melihat aksi makhluk tersebut. Aku yang memang dari tadi nak terkucil dah tak sedar sememangnya dah terkucil dilantai setelah ketakutan melihat wajah makhluk itu. Kami berlari dari pintu belakang dapur menuju kerumah depan (rumah Makcik Suria) Kononnya untuk mencari datukku. Untuk kerumah depan, kami kena lalui satu padang yang keluasannya lebih kurang suku ekar. Sedang berlari-lari, aku terdengar suara orang tua perempuan terjerit-jerit diikuti suara Pakcik El dalam bahasa Dusun/Kadazan.

Aku translate jelah ye,

“ Kau nak mampus kan?!”

“Jangan! Sakit aku ni. Aku ni orang tua sudah!”

“Kalau kau tau diri kau dah tua, kenapa susahkan diri sibuk-sibuk hal orang lain!!”

“Bukk! Bukk!” tergolek dan terlentang orang tua itu disepak dan ditumbuk Pakcik El.

Semakin dekat aku perhatikan, rupanya perempuan tua itu moyang tiri aku.

“Kau pilihhhhh! Jari atau telingaaa!!” Pakcik El menjerit kuat.

Aku sempat melihat aksi itu… ada parang di tangan Pakcik El. Kebetulan kawasan rumah ni jarak antara jiran agak berjauhan dan hari berkenaan tiada lagi lelaki lain yang tinggal untuk menenangkan keadaan hanyalah tinggal datuk, adikku yang kedua berumur 7 tahun. Itupun sejak keluar dari bilik, kami tak tau datuk kemana. Belum sempat hilang ketakutan melihat makhluk yang aku terlihat dibilik pakcik El tadi, kejadian lain pula berlaku.

“Zapppp, zappp” parang itu hinggap di cuping telinga kiri moyang tiriku.

“aaaaaaarghhh!!” menggelupur orang tua itu,

“ Ya Allah!! Ya Allah!” jeritnya.

“Ahhh..pandai pulak kau sebut Allah, Allah! Yang kau pergi mabuk-mabuk minum kencing setan selama ini tak pulak kau malu kan?puihh!”

“sakittt!” orang tua itu menangis sambil menekup telingannya.

“Hahahahaha” Pakcik El menjulang parang dan cebisan telinga moyang tiri ku. Seperti kepuasan.
Aku terpana, menggigil. Pakcik El memandang kearah kami 4 beranak. Adik-adik ku menangis. Pakcik El melangkah kearah kami. Seperti mahu menyerang emak.

“Kau pun tak setuju juga kan aku kahwin dengan Jane?”

Emak terdiam. Kaku tidak menjawab. Pakcik dah bersiap sedia mahu melibas parangnya tiba-tiba…

Azan maghrib berkumandang, adikku yang paling bongsu ketika itu berumur 3 tahun menjerit sambil menangis. Pakcik aku terduduk kaku dihadapan kami. Aku serta merta menolak menyedarkan lamunan emak dan mendukung adik lalu berlari secepat dan sejauh yang mungkin. Dah tak hirau apa dah. Moyang tiri aku pun aku tak peduli apa jadi padanya. Yang penting aku, emak dan adik-adik selamat. Untuk menelefon abah memang taklah. Sebab dia ada misi dihutan. Kejadian pula berlaku sekitar awal 90-an. Tak ada whatsapp macam sekarang.

Kami berlindung di rumah makcik saudara ku yang bernama Mak Yam yang jaraknya 2 kilometer dari rumahku. Dua hari jugalah kami disana. Yang berani datang dan menguruskan hal-hal moyang tiriku dan Pakcik El hanyalah datuk , pakcik-pakcik ku yang lain bersama suami Mak Yam.

“Rumah kamu penuh kaca-kaca dan dinding rosak. Nenek Niam (moyang tiriku) tak sedar satu hari dihospital akibat pendarahan. Doktor jahit luka di telinganya” kata Imam Muhsin yang juga suami Mak Yam.

“El?” tanya emakku.

Imam Muhsin menarik nafas dalam-dalam.

“Bukit padang” ringkas jawapannya.

Disebabkan pengalaman kekalutan dengan serangan Pakcik El terhadap moyang tiriku dan emak, aku terlupa akan hal makhluk yang menjilat darah dibilik pakcik El hari tersebut. Sehinggalah…….

Hikayat 4

“Datuk betul tak sedar kamu ada dibilik masa tu” beria benar datuk membenarkan kata-katanya.

“Habistu bapa kemana ?” soal emakku.

“Bapa terus ke KK (Kota Kinabalu), malas ku mau campur urusan si El waktu tu. Gara-gara perempuan mau bunuh aku!” datuk sikit mendengus.

“Kalaulah apa-apa jadi pada anak isteri saya pak, saya tikam bagi mati El sekarang ni!” abah aku teremosi pula.

Keadaan jadi senyap sepi sebentar. Aku menguis-nguis serpihan biskut dalam pinggan ketika makan petang haritu. Abah ku menghabiskan makan petangnya lalu mengerjakan kolam kecil yang separuh siap disebelah kanan luar rumah ku.

“Bapa, ceritalah macamana Imam Muhsin dan yang lain-lain jumpa El ketika hari kejadian” kata ibuku kepada datukku.

“Hurmm..Imam telefon Lia (adik ibuku) bertanya aku dan ceritakan semuanya. El terbaring di padang tu tertidur. Jadi sempat imam Muhsin dan yang lain-lain ikat dan bawak pergi ke hospital sebab tangan, dahi dan jari-jari luka. Setelah sedar El meracau-racau”

Aku memasang telinga mendengar perbualan datuk dan emak.
“Kemudian?”

“Bapa dan Lia sampai di hopital lewat juga, doktor cakap El kena halusinasi teruk. Dan perlu diikat dan dimasukkan dalam bilik khas”

Aku membayangkan pakcik El diikat seperti orang gila dalam cerita orang putih tu.

“Biarlah dulu dia disana” sambung ibuku.

Malam itu aku tak dapat tidur. Seperti ada yang tidak kena disekelilingku. Memang tradisi kami adik beradik jika datuk ada dirumah kami akan tidur beramai-ramai bentang toto depan televisyen. Drama bersiri kegemaran pula The X-File. Tapi saat itu, semua orang dah lelap, tinggallah aku yang masih terkebil-kebil. Posisi aku kekanan dekat dengan sofa kayu, setentang dengan tingkap nako. Bilik pakcik El lima belas langkah dari tempat aku berbaring.

“Krekk, krekk” bunyi seperti ada usaha cuba membuka tingkap. Mataku tertancap pada bayang-bayang di sebalik luar tingkap. Untuk pengetahuan, jarak ketinggian rumahku dengan tanah lebih kurang 5 meter. Dan tiada tangga dibina pada bahagian cermin nako yang satu ini, serta memerlukan tangga mudah alih untuk memanjatnya dan itupun bukan kerja mudah sebab sebelahnya adalah kolam yang telah digali oleh abah!

“Tok,tok” tingkap diketuk.

“Hurmmmm, hurmmm”

Aku masih lagi mengintai disebalik selimut. Dingin-dingin suhu malam itu, dingin lagi peluh ku. Aku cubit tangan datuk, mula-mula slow tapi tiada respon.

“Kreekkk, dammm!!” pintu bilik pula terbuka dan terhempas seolah-olah ada angin kuat yang menghempas.

Aku terkaku tak mau lihat pintu bilik mana yang terbuka. Belum sempat aku menarik nafas, kedengaran pula barang-barang kaca terhempas dan digeledah. Mungkin perompak fikirku. Aku cubit dan dan berusaha membangunkan datuk, namun suaraku tersekat-sekat. Badanku seperti ditindih sesuatu. Aku dapat rasakan “sesuatu” yang menindih aku itu berbulu dan aku tidak mampu lawan. Aku hanya mampu melihat kelibat-kellibat aneh didepan mataku antaranya, makhluk yang berjalan terbalik yang pernah kulihat sebelum ini, makhluk tinggi hingga keparas siling rumah, dan beberapa kumpulan makhluk seperti orang asli negrito. Mereka seperti berebut sesuatu. Kemudian bergerak tembus kearah atas kepala ku(menuju bilik pakcik El).

Lebih kurang 15 minit ku rasa keaadaan aku terkaku.

“Isya!Isya!” datuk ku mengejutkan aku. Aku terbatuk-batuk. Kemudian makhluk yang menindihku hilang begitu sahaja. Aku menangis ketakutan.

“Isya nampak hantu..” air mata ku berjurai-jurai.

Datuk mengejutkan emak. Aku terus peluk emak rapat-rapat. Datuk melihat sekeliling rumah dan setiap bilik. Kemudian lama datuk memerhati dalam bilik pakcik El.

“Ida, siang nanti kita bersihkan lagi bilik El ni, berbau hanyir”

Emak mengangguk. Namun tengah malam itu kami bertiga tak apat tidur gara-gara aku mengamuk tak bagi emak dan datuk tidur, takut hantu berbulu tindih aku lagi.

Keesokannya sebelah siang, selain keluarga ku, ada sepupu dan saudara mara datang melawat kami. Yang dewasa semua membantu datuk dan emak mengemas bilik Pakcik El dan menyiapkan juadah kenduri kecil-kecilan. Aku dan sepupu-sepupu sebaya bermain dibawah kolong rumah. Main masak-masak dan mewarna.

“Aduh! Kenapa kau tampar saya!” jerit sepupuku yang berusia 4 tahun. Dia menangis-nangis kearah kami.

“kenapa kau sya?”

“Budak hitam tu tampar kepala saya” sambil tunjuk kearah satu sudut. Kami memerhati kearah itu. Tiada seorang pun disitu.

“Mana?Kau tipu ya?” kata abang sulung Sya.

“Itu, dia mengejek lagi tu jelir-jelir lidah!” kata Sya sambil menggayakannya.

“Tiada!” semua pun tak nampak. Sya berlari naik keatas rumah mengadu pada mak nya lah tu.

Aku hanya mendiamkan diri. Ingin bercerita kejadian yang menimpa ku sebelum ni pada sepupuku takut mereka akan gelakkan aku. Jadi lebih baik diam.

Usai masing-masing membersihkan diri, kami yang budak-budak ini hanya melihat dari jauh Imam Muhsin membacakan doa untuk kenduri kecil-kecilan malam itu. Selesai membaca doa, kami menjamu makanan. Sedap menjamu makan, Sya menjerit dan menangis.

“Mommy, budak hitam tu datang !” sambil tunjuk kearah siling.

Tiba-tiba bulu romaku meremang. Seperti ada sesuatu membisikkan kata-kata yang tidak difahami di cuping telingaku.

“Psttt ngungaii ngungaiii,yemmm,yemm psttt!” lebih kurang gitulah bahasanya. Aku menekup telinga sambil berlari-lari mencari emak. Serentak itu, tak semana-mana guruh dan petir sambung meyabung.

Di satu saat,

“Pranggggggggg!!” petir menyambar.

Black out.

Keaadaan jadi senyap sepi. Hujan mulai turun. Ada cahaya torch light kelihatan.

“Datuk! Datuk!” keadaan ribut kembali.

….…………………………………………………………………………………………………………

Aku : Apa jadi pada datuk?

Isya : Datuk disahkan pekak selepas kejadian panahan petir pada malam tersebut, rumah kami sebahagian ada yang terbakar. Orang kata bukan litar pintas pun tapi seperti petir berkenaan memanah sesuatu didalam rumah kami. Syaitan.

Aku : Hurmm..

Isya : Aku bersyukur dapat berpindah dari kampung itu, rumah tu misteri dohh.

Aku : Korang tak usahakan ke untuk halau “penduduk menumpang itu”?
Isya : Hahahaha.. (Isya gelak menyindir)

Aku : ???

Isya : Aku tak tau samada mereka ke yang menumpang atau kami ke yang salah tempat bina rumah. Kau tak tanya ke pasal pakcik El?

Aku : Ha, apa jadi pada dia?

Isya : Pakcik El berkawan kot dengan benda tu selama ni, bilik tu kubu mereka lah tu. Benda tu peninggalan datuk moyang aku. Dulu moyang tiri aku tu telinga sebelah kanannya dah pernah kena tarah dengan arwah moyang lelaki aku. Dua dua telinga moyang aku kena ratah, kau tau tak?

Aku : Kau biar betul Isya? Ngarutlah..

Isya : Selama ni ada aku tipu kau?

Aku : ………….

Isya : Hihihihihi…

Diam sejenak.. “Pakcik El aku, dapat balasan setimpal…dia di diagnose menghidap meningitis sejak beberapa tahun dahulu” tiba-tiba Isya tertunduk wajahnya redup.

Aku : Moga dia sembuh. Kau dah tak balik ke sana lagi ke?

Isya menggeleng. “banyak kenangan aku disana. Nanti kalau kau dan aku ada masa kita bercerita lagi ye”

“Okay”

Aku membuka lampu lalu mencapai Escitalopram dan Olanzapine beserta air masak. Setelah ku menelan pil-pil tersebut. Isya pun berlalu pergi menembusi dinding bilikku.

17 thoughts on “Hikayat Sang Psiko – 2/2018”

  1. Susah jugak otak aku nak paham. Isya.. aku ?? Aku ingat dalam cerita ni, isya tu adalah “aku”. Masih belum complete dalam pengenalan cerita lah. Macam novel orang putih pulak aku baca. Sastera sungguh penulis ni, ye kot?

    Reply
    • Betul. Tapi semua kisah adalah benar, pasal isya tu nnti penulis lanjutkan jika ada kesempatan. Kerana kesihatan penulis tak berapa baik selalu. In shaa Allah

      Reply
    • Ya, ubat penenang. Dan cerita ni benar terjadi sekitar 90an berdasarkan pengalaman. Org2nya pun masih wujud, cuma ada beberapa watak yg dah meninggal.

      Reply
  2. aku lawan aku,kadang2 kau kenal aku atau kau kenal si ‘dia’ jadi yang mana satu kau kenal aku..anyone psychopath too hee 🙂 i know people like you keep sharing writer!

    Reply

Leave a Comment