Penunggu Rumah ( Bahagian 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Terima kasih kepada pihak FS yg memberi ruang kepada kami semua rakyat jelata termasuk diri aku untuk berkongsi pengalaman. Kali ni aku nak sambung semula cerita berkenaan rumah sewa yang terletak di Melaka. Cerita yang lepas aku ada menceritakan tentang pengalaman aku dan kawan-kawan yang menetap semalaman dirumah tu.

(Rujuk –> penunggu rumah )Dimana akhirnya segala misteri yang menghantui aku menjadi lebih logik setelah kawan kami yang sewa rumah tu cuba terangkan situasi sebenar rumah tu. Tu pun setelah Mamat kawan kami mendapat mimpi yang sama selama 3 hari berturut turut. Mamat jugak mengalami masalah sakit lutut yang agak kritikal sampaikan dia nak berjalan mana-mana kene bawak minyak panas. Jalan sikit nanti dia berenti sapu minyak. Dah macam atok-atok umor 80 tahun dah. Kahkah

Menurut Moon, rumah tu memang biasa je pada 3bulan pertama beliau menetap disitu. Namun segalanya berubah bila beliau mula membuka kedai makanan dan minuman di sekitar bandar Melaka. Beliau mula terlihat kelibat-kelibat yang pada dia tak masuk akal sehingga lah memaksa dirinya utk membuka ayat-ayat suci rukyah menggunakan laptop beliau. Dan kesannya? Keesokan harinya laptop Moon terpadam sendiri siap terkatup rapi macam tak pernah bukak. Melihat wire dan batteri yang masih terpasang dan suis plug juga masih On, maka berdiri tegaklah segala bulu roma yang ada dibadan Moon. Ini semakin menguatkan lagi keyakinan betapa hidupnya kini telah pun diganggu dengan satu lagi entiti yang lebih halus dan misteri. Maka menarik nafas panjang la beliau.

Moon mula sedar yang semua ni bermula kerana kedainya. Ini disebabkan oleh mimpi yang Mamat dapat setelah balik dari aktiviti lagho kami. Selepas 3 kali mamat mendapatkan mimpi yang sama, dan sakit lutut yang tak semena2, Mamat mula syak yang semua ni berkait rapat dengan Moon. Sebelum beliau ke Melaka bersama sama aku dan yang lain-lain, beliau pernah mengunjungi pembukaan kedai Moon di Melaka. Dan didalam mimpi dia tu entah kenapa dia merasakan macam suasana nya seperti di kedai Moon. Dimana didalam mimpi tu Mamat nampak sebuah pokok dan buaian yang digantungkan pada dahan pokok tersebut. Lebih mengerikan apabila setiap kali Mamat mimpikan buaian dan pokok tersebut, dia akan nampak sepasang kanak-kank perempuan yg berusia dalam lingkungan 7 tahun bermain disekitar pohon tersebut tidak mempunyai bola mata hitam. Ya. Mata putih je. Siap senyum dan ketawa melihat mamat. Mana tak berpeluh member terperanjat bangkit dari tido hampir tiap2 malam.

“Moon. Aku nak tanya kau ni. Kat kedai makan kau kat Melaka tu ada pokok dengan buai ke?” Mamat mengajukan soalan yang setelah sekian lama dia pendam.
“Ada dok. Tapi macam mana kau boleh tahu? Sebab pokok tu dah lama kene tebang.” Jawab Moon.

Dan maka berubah cuaklah kedua-dua manusia tersebut. Moon dan Mamat.

Akhirnya Moon mula mengambil inisiatif rawatan keagamaan dengan membawa seorang lagi member yang mempunyai kebolehan mengesan dan mengusir benda-benda halus ni. Moon duduk dikedai dan menunggu kawan dia datang utk berbincang permasalahan yg dihadapi oleh Moon. Belom pun mula bincang, kawan Moon ni sesat dekat 3 jam. Padahal dah dekat 3 4 kali Moon nampak dia buat pusingan Uturn depan kedai.

“Betul terok kedai kau kena ganggu ni.” kata kawan Moon yang bernama Zali ni setelah tiba di kedai Moon.
“Ye ke beb? Aku dah agak dah.. Patut la kau berpusing2 depan kedai aku ni tadi. Tak nampak kedai ke?” Moon membalas sambil tersengih dalam cuak.
“Banyak juga yang dihantar ni. Tak apa aku cuba stay malam ni. Kita tengok macam mana.” Zali mengerutkan dahi memikirkan cara yg sesuai utk membasmi mahluk-makhluk halus dikedai Moon. Moon bersetuju dan mereka berdua pun duduk bersama sama sehingga malam.

Dalam masa tu, tak ada seorang manusia pun yang singgah ke kedai Moon. Perniagaan Moon yang mula rancak pada bulan pertama pembukaan kian merundum sejak-sejak kebelakangan ini. Ini semakin jelas bila ada diantara kawan-kawan sekerja Moon seringkali telefon dan tanya lokasi kedai Moon. Walau telah diberi koordinat bersiap peta sekalipun, jarang-jarang kawan Moon dapat sampai kekedainya. Tu belom kira yang mana smpai didepan kedai Moon kemudian berpatah balik dengan muka hampa. Seolah olah kedai Moon tak pernah beroperasi. Walhal Moon dan pekerjanya ada je elok duduk menongkat dagu didalam kedai menanti pelanggan.

Dan malam pun tiba. Moon mengarahkan pekerjanya pulang awal dan cuma tinggal Moon dan Zali sahaja didalam kedai pada waktu ini. Sejurus selepas azan maghrib berkumandang, suhu persekitaran didalam kedai mula semakin terasa bahang secara tiba2. Moon dan Zali duduk ditengah2 kedai sambil menghisap rokok. Mata Zali tidak semena2 tertumpu ke arah dapur kedai. Moon mula cuak.

“Kenapa beb?” tanya Moon.
“Astaghafirullahal’azim..” Zali masih merenung kearah dapur. Moon pun menoleh sama.. Dan..

“Ya Allah!!!” Moon terperanjat. Peluh deras membasahi dahi nya. Hampir tercabut jatung Moon sejurus selepas beliau menoleh kearah dapurnya. Seekor lembaga hitam sedang terbongkok bongkok berjalan kearah tempat memasak.

“Tu baru sekor. Sana tu ha.” Zali menjawab tenang sambil menunjukkan kearah pintu masuk kedai. Wajah Moon mula pucat. Sedikit demi sedikit dia menoleh pula kearah yang Zali maksudkan.

“Allahu akbar…!” sekali lagi bagai jantung tercabut keluar reaksi dari Moon. Bilamana beberapa ekor lembaga hitam seolah melekat dan merangkak kehulur kehilir didinding pintu masuk kedai. Moon menggigil dan peluh mula membasahi bajunya.

Zali mulakan bacaan. Sambil memejam mata mulutnya terkumat kamit. Terdengar jeritan-jeritan halus berteriakan dicelahan telinga Moon. Beliau semakin cuak.

“Beb.. Halau benda-benda ni beb.. Halau…” terketar2 suara Moon berbisik kepada Zali.
“Inn sha Allah.. Kita berdoa pada Allah.” Jawab Zali dengan tenang. Zali memperkuatkan bacaan. Dan angin entah dari mana menghembus kuat kedalam kedai secara tiba-tiba. Tingkap dan pintu mula menghempas dinding. Pinggan dan cawan ada yg jatuh ke lantai dan pecah berderai. Kerusi meja juga beralih dan terjatuh kelantai. Bagaikan masuk ke medan perang suasana. Moon turut membacakan ayat kursi sambil menekup kepalanya.

Suasana huru hara yang hanya dirasakan oleh mereka berdua terhenti sejurus selepas Azan Isyak berkumandang. Moon menarik nafas lega dan mengucapkan syukur.

“Alhamdulillah.. Sementara ni benda-benda ni dah blah dah Moon. Tapi aku rasa akan datang balik” jelas Zali.

“Laa ada lagi ke beb?? Masakk” Moon kembali cuak.
“Ni benda orang hantar Moon. Selagi orang tu tak puas selagi tu lah kau akan diganggu. Masalah masyarakat bangsa kita ni.. Allahu akbar..” Zali menjelaskan.

Benda yang menggangu kami di rumah Moon hari tu sebenarnya adalah dari kedai makan Moon. Menurut Zali ada dikalangan peniaga disana tidak sukakan Moon membuka kedai makan disana. Moon jugak pernah jumpa benda-benda kotor yang ditanam disekitar kedai Moon seperti tuala Wanita yang dijumpai ditanam rapi di kawasan pokok yang ada buai dihadapan kedai Moon. Zali yang membantu Moon untuk mengesan benda-benda jijik tu. Namun seperti yang Zali katakan. “Mereka tidak akan berhenti selagi hati mereka tidak merasa Puas.”

Akhirnya Moon membuat keputusan untuk kembali ke Johor dan bekerja di Johor saja. Beliau meninggalkan kesemua impian beliau mencari rezeki di negeri orang dan memilih untuk mengundur diri. Tiada gunanya jika dia membalas balik perbuatan jijik ini meskipun ada dikalangan kawan-kawan Moon yang menawarkan diri untuk membantu Moon membuat demikian.

Dan maka fahamlah aku darimana asal usul gangguan yang aku alami ketika bercuti dirumah sewa beliau. Mengapa Moon berat hati nak beri kami tumpang tido dirumah sewa beliau. Sedangkan Moon sendiri juga pernah tido didalam kereta sahaja dek kerana tak tahan dengan gangguan-gangguan aneh dirumah nya tu. Moon jugak dah tak balik-balik semula dah ke kedai tu. Moon cuma berdoa agar manusia yang berhasad dengki dengan dia tu kembali kejalan yang benar dan bertaubat.

Sekian saja cerita aku kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca ya guys! Inn sya Allah kita berjumpa lagi dilain cerita. Wassalam.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment