Jam 3 Pagi

Salam perkenalan warga FS. Hai semua. ku _anit di sini. Ini kisah benar yang berlaku dlm hidup aku dulu. Cerita ini berlatar belakangkan rumah mak aku di Perak. Ini merupakan rumah ketiga kami, rumah lama yang pada aku cukup meninggalkan seribu satu kenangan indah, misteri, sedih dan sebagainya.

Jam 3 pagi

Masa aku form 5, aku selalu bangun jam 3 pagi untuk study. Maklum, aku risau kalau result aku tak capai target yang aku nak. Oleh kerana sudah menjadi rutin, aku akan terjaga pada jam 3 pagi tanpa perlu bantuan jam loceng. Zaman aku masa ni, takde lagi handset. Jadi budak-budak zaman aku, kalau nak bangun tidur, mesti ada bantuan jam loceng. Aku budak 80an..

Malam pertama, aku terjaga dari tidur. Aku tengok jam loceng aku tepat jam 3 pagi. Tapi aku tak pasang alarm loceng tu sebab jam loceng ni bunyinya bising sampai bingit telinga. Seperti malam2 sebelumnya, bila aku terjaga dari tidur, aku tak terus bangun. Aku baring2 dulu atas katil, ambil mood nak bangun. Adik aku kat sebelah kanan tengah nyenyak tidur. Katil aku ni saiz queen. Aku suka tidur terlentang sambil mata aku melilau melihat ke atas siling. Sambil tu fikiran aku merewang memikirkan apa aku nak masak sebelum pergi sekolah pagi nanti.

Sedang aku melayan perasaan, tiba2 aku terdengar suatu bunyi yang agak kuat. Bunyi dari atas bumbung bilik aku, di mana mata aku melilau tadi. Bunyi tu sama seperti bunyi pelepah daun kelapa yang selalunya dimainkan oleh budak-budak kampung, diseret di atas jalan. Bunyi tersebut berterusan, dari arah kiri bumbung hingga ke sudut kanan bumbung. Serta-merta berdiri bulu roma aku. Meremang bulu tengkuk aku. Aku terus tutup mata rapat. Tak berani langsung nak buka. Aku cuba sedaya upaya untuk tidur semula, mengharapkan seolah-olah tiada apa yang berlaku malam ini. Sedar-sedar hari dah pun subuh. So aku bangun, sediakan sarapan dan kejutkan adik aku utk bersiap ke sekolah.

Balik dari sekolah, aku ceritakan apa yang aku lalui malam tadi pada mak aku. Mak kata, itu bunyi rambut pontianak yang terseret ketika dia terbang. Fuh, mujurlah rambut dia saja yang berbunyi. Nasib baik dia kacau ringan2 saja. Aku ni dah lah penakut. Aku ingatkan kejadian malam semalam berakhir begitu saja. Rupanya itu cuma salam perkenalan.

Malam kedua, seperti biasa aku terjaga lagi jam 3 pagi untuk study. Dan sudah jadi tabiat aku, aku takkan terus bangun dari tido. Ambil mood itu penting untuk mencari semangat untuk aku belajar awal pagi. Maklumlah, tidur itu kan nikmat juga. Tapi malam ni aku rasa pelik sikit. Sunyi je tanpa bunyi cengkerik atau apa2 bunyi unggas yang lain. Selalu tu ada juga aku dengar bunyi irama mereka dari semak samun belakang rumah. Bilik aku ni terletak di belakang, attach dengan dapur. Kalau buka tingkap bilik, boleh nampak semak samun termasuk kebun getah orang yang sekangkang kera nun jauh di belakang.

Baru je rasa ada mood nak bangun, aku terdengar lolongan 2 ekor anjing dari belakang rumah. Kawasan perumahan aku ni, hanya jiran aku yang paling tepi ada bela 2 ekor anjing. Lolongan ni panjang, sayu dan sangat menakutkan, seolah2 anjing2 ni sedang nampak sesuatu. Sedang anjing2 ni melolong, tiba2 aku dikejutkan dengan suara lelaki. Garau, merintih seolah2 menahan kesakitan yang amat sangat dari luar tingkap bilik aku.

“Yong, tolong….”
“Yong, tolong….”
“Arrrgghhhhh…”

Aduh… kecut perut aku dengar suara makhluk ni. Senak, berpeluh, sampai aku rasa tak selesa. Apahal pulak dia merintih ni. Siap boleh panggil nama aku lagi…

Aku memang tak berganjak dari tempat tidur. Mata aku dah pejam serapat2nya. Ya Allah, apa pulak nak jadi malam ni. Dah 2 kali diganggu ni.

Bunyi rintihan dan lolongan anjing berhenti. Sepi seketika. Sedang aku cuba untuk melupakan kejadian yg baru sesaat terjadi ni, tiba2 aku terasa angin sejuk berlalu dari bahu kanan aku ke kaki kiri aku. Masa ni aku tidur dgn posisi yg sama, terlentang dengan tangan aku didepangkan ke kepala sebab aku selesa tidur macam ni.

Ah, sudah! Dia angkat2 tangan kanan aku pulak. Macam orang main timang2 tu. “Adik aku agaknya. Mungkin dia mengigau” bisik hati kecilku. Sedaya upaya aku pujukkan hati. Aku cuba berfikiran positif walaupun tinggal besar kuman je masa ni.

Aku masih tak berganjak. Masih buat2 tidur. Tiba2, dia angkat2 tangan kiri aku pulak. Ya Allah… hati aku tak kuat ya Allah. Aku dah tak boleh think positive lagi sebab sebelah kiri aku cuma rak buku saja. Entah berapa kali dia timang, aku mambatu je. Punyalah aku takut sampaikan aku tak buka mata walau sedikit pun. Mujur pulak dia tak main cak cak dengan aku. Masa ni Allah je tau betapa takutnya aku. Berpeluh2 menahan takut. Nak baca ayat kursi? Bukan aku tak ingat. Tapi entah kenapa aku boleh terfikir, kalaulah aku baca ayat kursi, dibuatnya dia sergah aku atau dia buka mata aku? Simpang malaikat 44. Tak dapat aku bayangkan kalau aku ternampak rupa dia yang ‘indah’ tu. Nauzubillah..

Lama kelamaan dia stop timang tangan aku. Boring agaknya aku buat tak tahu je. Suasana kembali senyap. Sunyi seketika.

Sekali lagi aku dengar rintihan dia dari luar tingkap bilik. Ok, dia dah keluar dari bilik aku. Lolongan anjing kembali bersahut sahutan. Suara garau milik si dia semakin lama semakin jauh dari tingkap bilik aku. Aku masih menutup mata hingga aku tertidur sendiri. Kesudahannya, malam itu berlalu pergi. Aku lebih rela tidur dari diganggu makhluk2 yang menakutkan ini.

Keesokannya, aku ceritakan kepada mak aku tentang apa yang terjadi malam tadi. Terkejut mak aku. Petang tu mak aku bercerita dengan jiran sebelah rumah. Menurut jiran aku, dia sendiri pernah diganggu oleh suara yang sama meminta tolong.

Apa maksud gangguan ini?
Kenapa dia mahukan pertolongan?
Adakah dia roh yang tidak aman?
Setahu aku, roh orang mati akan kekal di alam barzakh dan takkan pulang ke dunia lagi. Aku cukup pasti ini adalah mainan syaitan yang ingin menyesatkan manusia. So, aku harap readers jangan keliru tentang cerita2 roh mati yang tidak aman akan mengganggu orang yang masih hidup. Persoalan ini sampai sekarang masih tak terjawab.

Selepas dari 2 malam berturut2 diganggu, aku nekad akan bangun lagi pada malam ketiga. Sudah 2 hari aku tertangguh untuk study sebab pada aku, jam 3 pagi adalah masa yang terbaik untuk aku study disebabkan suasana yang sunyi, sejuk dan segar.

Malam yang ketiga aku terjaga lagi. Tapi kali ni bukan aku terjaga sendiri, sebaliknya terasa seolah2 ada orang yang sengaja menggerakkan aku untuk bangun. Sebaik sahaja aku bukakan mata, aku terdengar suatu bunyi angin yang kuat, sama seperti seperti ahli silap mata membuat magik.

Hoshhh…

Terkejut aku. Di hujung kaki aku ada si dia yang sedang memandang dari sisi kirinya.

“Haaaa..…”.

Dia keluarkan suara angin. Panjang bunyinya. Perlahan2 kepalanya ditoleh ke arah aku serentak dengan suara tadi. Tergamam aku. Tak berkelip mata aku memandang makhluk tersebut. Pendek saja dia seperti budak darjah 1. Kulitnya membaluti tengkorak kepala seolah2 tiada daging muka. Hanya kulit yg berkedut semata2. Matanya bulat, besar dan merah sedang menyeringai ke arah aku. Korang pernah tengok cerita Lord Of The Ring kan? Watak Smeagel? Ha… macam tu lah rupa dia.

Aku tersentak. Terus aku pejamkan mata sehingga meleleh peluh di dahi. Seminit pun pada aku seperti 1 jam. Agak lama aku memejamkan mata. Aku diamkan seketika sehingga datang sedikit kekuatan, barulah aku bukakan mata.

Mujurlah makhluk itu sudah pergi. Aku tak tahulah apa akan jadi kalau dia masih mengganggu aku malam tu. Tapi sejak dari kejadian itu, aku dah tak berjaga malam lagi dah. Tiada lagi istilah study jam 3 pagi. Waktu study aku pun dah berubah selepas isyak sampai jam 11 je. Malam seterusnya tiada lagi gangguan.

Terima kasih admin dan warga FS yang sudi membaca kisah aku. Sebenarnya banyak lagi kisah misteri dalam rumah lama mak aku ni. Dari kecil hingga umur aku 26, hidup aku sentiasa diselubungi misteri. Sampaikan aku mati-matian ingatkan life begini adalah normal. So, lain kali aku cerita lagi hinggalah aku tahu dari mana punca semua kisah yang membelenggu hidup aku ini. Nantikan kisah seterusnya pula.

30 thoughts on “Jam 3 Pagi”

  1. Aku baca sambil-sambil nak lelap. Dah baca, takut pulak. Aku rasa, malam ni, aku tidur dengan mak jelah kat ruang tamu sana. I cannot. 😰

    Reply
  2. kampung pulak teringat aku cerita momok 2 hahah anyway cerita menarik aku boleh imagine setiap apa yg digambrkan macam mana makhluk tu gnggu n rupa dia wallaaweyhh~ seram gak arr

    Reply
  3. Budk f5 skrg bfst pun mak buatkan. Penulis ni kakak sy.memg setiap pagi dia yg kejutkan kami ke sek dan buatkan srapan.rumah tu memg serammmm gilerrr..mcm2 gangguan.

    Reply
  4. Selalu terjaga jam 3pagi lepas tu dah tak boleh tidur. Bila dah tak boleh tidur,call bf ajak bual sampai tertidur.wkwkw alhamdulillah buat masa ni tak pernah lagi kena tapi harap harap tak kena la.

    Reply

Leave a Comment