Air Mandian Jenazah

Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin sebab mengongsikan cerita aku. Sebelum Ini aku ada menghantar kisah seram aku, tapi mungkin sebab tidak mengikut syarat yang ditetapkan. Ok berbalik pada kisah aku. Kejadian ini ketika umur aku 13 tahun, Form 1 la senang kata. Disinilah permulaan detik dimana dengan izinNya, aku diberi keistimewaan boleh melihat mahkluk ghaib ini, namun dengan izinNya juga.

Masih segar dalam ingatan aku, tarikh arwah datuk aku meninggal 17.12.2007. Satu panggilan menjengah ke telefon bimbit ibu ku. Aku yang sedang khusyuk bermain permain video di komputer riba ibu ku memandang ke arah ibu ku oleh dek kerutan muka dan air mata yang merembes di pipinya. Aku menghentikan permainan ku seketika dan cuba mendekati ibu ku yang sedang menangis. Aku bingung dan tertanya dalam hati apa yang berlaku. Serentak itu, ibu ku meletakkan telefon bimbitnya dan berkata “atok dah meninggal pukul 9 tadi” . Lantas aku bertanya “Siapa telefon tadi?.Atok sakit apa?”. Ibu ku hanya mendiamkan diri dan melayan air matanya yang laju mengalir ke pipinya. Persoalan ku tidak dijawab kerana ibu ku diam membisu. “Siap lah kita pergi rumah datuk kejap lagi”. Ibu ku berkata memecah kebisuan. Untuk pengetahuan semua rumah aku dan rumah datuk ku tidaklah jauh, masih di daerah yang sama.

Didalam kereta yang dipandu oleh ibu ku , aku hanya diam membisu. Tatkala itu adik perempuan ku duduk dibelakang cuba mengelap air mata ibu ku yang terus mengalir. Sesampainya di rumah datuk, terlihat banyak kereta di halaman. Ya aku cam kereta itu semua, ia kereta milik pak sedara dan mak sedara aku yang telah awal tiba. Ibu ku terus meluru keluar daripada kereta dan terus naik ke rumah binaan sendiri milik arwah datuk ku. Aku mengikutinya dari belakang dan Aku lihat ibu ku sudah berada disamping jenazah arwah datuk ku. Diatas permintaan nenek ku, beliau mahu jasad arwah suaminya itu dimandikan di dalam rumah tersebut. Kesemua anak anak nenek ku iaitu pak sedara dan mak sedara ku akur diatas kehendak beliau.

Aku hanya melihat daripada jauh disaat jenazah arwah datuk ku dimandikan diatas rumah lalu air nya itu mengalir di celah celah papan rumah. Betapa jahatnya aku tatkala itu aku masih berfikir untuk bermain permainan video di komputer riba. Alhamdulillah jenazah arwah datuk ku selamat dikebumikan pada jam 5 petang. Malam itu semua mengadakan tahlil arwah menjemput orang orang surau kampung.

Kepala ku masih terfikir “menyesal tak bawak laptop,boleh main game”. Aku bermonolog sendirian. Jam sudah menunjukkan 9.30 malam..semua penghuni rumah sudah tidur. Ada yang tidur di ruang tamu , ada di kerusi , ada di sofa dan ada sebahagian didalam bilik. Pendek cerita, penuh manusia didalam rumah nenek ku oleh anak anaknya. Aku pulak memilih untuk menidurkan diri di atas kerusi sofa. Sebelum tidur aku tiba tiba terbayang cerita hantu yang aku tonton di komputer riba tempoh hari iaitu Momok 3. Terbayang pulak hantu putih tu cuba mencekik ku. Akhirnya aku terlena. “Beep”. Satu bunyi notifikasi daripada telefon bimbit nokia 6280 aku berbunyi. Aku tersedar. Dengan terkebil-kebil buka mata untuk lihat siapa pula yang mesej pepagi ni. “Hisshh..aku nak tidur..siapa pulak ni” aku mengomel sendirian. Serentak dengan itu bertalu – talu mesej masuk didalam telefon bimbitku. Aku lihat bersepah masuk mesej daripada awek aku yang mesej.

Dengan berat hati sebab mengantuk, aku pun membukanya. Dia mengatakan sejak daripada pukul 2 petang tak mesej tak call. Aku pun tekan button off untuk mematikan telefon bimbitku. “Settle esk la..aku nak tidur kacau jek”. Bebel aku sendirian. Disaat aku hendak menyambung tidur, masa itu lah baru terasa nak terbuang air kecil. Aku bangun dengan perasaan marah sambil berkata “Bodoh lah pun** ni.Time ni la kau nak kencing”. Dengan rasa malasnya aku gerak dalam cahaya samar samar aku berjalan melintasi segala mak pak sedara sepupu yang tidur untuk ku ke dapur. Sempat jugak aku mengusik sepupu lelaki aku yang nenyak tidur. Aku mengambil tangannya dan pukul kan di bahagian sulitnya. Aku tergelak kecil apabila terpandang wajah nya yang mengerut. Senak agaknya fikirku.

Selesai membuang hajat. Aku singgah ke peti ais untuk melihat apakah air sunquick baki malam tadi masih ada. Hatiku riang apabila melihat ada penuh satu jug air lalu meminumnya tanpa guna cawan. Bak kata orang “tonggok” je.

Tiba-tiba aku dengar seakan ada bunyi percikan air dan seperti orang minum air kuat macam “slurp..slurp..slurp”. Bunyi macam orang hirup kuah. Aku pun fikir siapa pulak minum air kuat-kuat ini. Aku cuba amati bunyi itu datang daripada mana. Ya, dapat. Bunyi tersebut datang daripada bawah rumah. Aku mencari suis lampu belakang rumah. Dengan berani nya aku buka pintu belakang. Masa tu tak difikir pun tentang mistik ni. Dalam kepala fikir pencuri. Perlahan-lahan aku turun mengikuti bunyi misteri tersebut. Gelap. Tak nampak apa pun bawah rumah akan tetapi bunyi masih ada. Aku seluk poket seluar aku mengeluarkan telefon bimbit aku dan menyalakan flash. Suluh bawah rumah. Gerak perlahan lahan sambil tangan menyuluh ke bawah rumah.

Tiba-tiba aku tersuluh sesuatu yang aku sendiri tidak tahu apakah ia benda itu. Badannya besar berbulu, lidahnya terjelir, matanya merah. Ia memandang tepat ke arah aku. Tangan aku masih menyuluh tepat ke arah benda itu. Benda itu terus meluru laju ke arah aku sehingga aku merasakan mata merah itu berada setengah meter daripada aku.

Mengikut gerakannya kepalanya bergerak perlahan ke kiri dan kanan seolah mengecam sesuatu. Pandangan aku gelap. Aku tersedar apabila ibu ku jirus air ke muka aku. Aku bingkas bangun dan bernafas tercungap-cungap. Menurut cerita ibu ku, ayah ngah aku menjumpai aku terbaring di bawah rumah.

Aku menceritakan segalanya. Ayah Long aku segera ke bawah rumah setelah aku menceritakan semuanya. Alangkah terkejutnya ayah long aku kerana melihat ada air yang bertakung dibawah rumah.

Menurut kata ayah long aku, yang datang minum air lebihan mandian jenazah itu adalah jin(menurut daripada cerita aku). Dan sejak daripada hari itu aku demam seminggu. Masih aku terbayang rupa makhluk tersebut. Untuk pengetahuan semua, disini permulaan kisah aku dapat keistimewaan dapat melihat makhluk ghaib ini. In Shaa Allah, masa terdekat aku akan kongsi kisah-kisah yang selanjutnya, memandangkan umur aku sekarang sudah mencecah 24 tahun.

22 thoughts on “Air Mandian Jenazah”

  1. Batak 1st betul lah komer ni…seram gak yer pengalaman miker ni…kata org kalo nk tgk jin setan…ms tgh mandikan mayat tu lah saat nya dene ni berkeliaran dok mandi manda ms tu…kata org tua lah…betul ker idak Allahualam…apa pon tulis byk2 yer lg…best baca

    Reply
  2. dpt melihat yg xspttnya itu adakh KEISTIMEWAAN?…hidup anda bhgia ke dgn kesitimewaan tu? sesuatu yg trjdi dpt mmpengaruhi,memudaratkn kita itu bkn keistmewaan..mntalh pda allah spya jauhkan diri kita dr prkra sprti itu.

    Reply
  3. Hihihi.. Seram jugak. Ad jugak cerita yg bca dekat sini jugak kisah air mndi jenazah yg boleh bukak hijab.. Smpai buta dibuatnya. .. Tu sbb dia riak sngt… Aiii.. Seram jugak hijab trbuka hri2 nmpak bnde tj.. Xsnggup..

    Reply
  4. Fuhh…Alhamdulillah hijab aq tertutup rapat.. Dapat tengok sekali dua pun dah seram sejuk. Sekarang penulis masih boleh lihat benda2 ni ke? Tanya je..

    Reply
  5. jap2… tadi cakap off handphone kan? sebab taknak awek ganggu tidur. Pastu nak tengok luar boleh on flash kat handphone? Ada 2 handphone ke camner? tanya je..

    Reply
  6. Dik boleh melihat makluk goib it bkn keistimewaan dik..abg sarankan kau pergi berubat ja dik tu jin tngh bersarang dlm badan tu

    Reply
  7. umur 13 dah ade awek..pastu siap ada handphone dah..canggih ko..aku dulu abis spm pun xde hp lagi….yang hirup air tu saka atuk ko la..

    Reply
  8. Seksa kalau dapat hijab terbuka ni..mana2 pergi pun nampak…saya dari kecil lagi dah nampak…umur 5,6 tahun mana la tau benda2 tu..tp bila dah naik dewasa..haaaa hadap ngko setiap masa nak muncul..mula la episod kemurungan..sampai la btl2 blh terima kehadiran mereka2 skalian…hohoho…nak tutup susah…sana sini p berubat..keadaan tetap sama..yg biasa nampak benda2 ni..x sama tau muka yg kita nampak dalam movie tu…

    Reply

Leave a Comment