PAK CIK MISTERI….
Selamat Sejahtera. Saya seorang non-muslim. Saya ingin kongsikan pengalamn saya sendiri dalam page ini . Sebelum mula, saya bagi intro sedikit mengenai diri saya. Saya berumur 34 tahun sudah berkahwin dan anak jati Pulau Mutiara. Pengalaman saya ingin berkongsi berlaku pada diri saya semasa belajar di sekolah.
Saya berada di tingkatan 3 semasa kejadian ini berlaku. Saya pergi sekolah menaiki bas sekolah dan apek bas sekolah selalu mengantar saya dulu sebelum orang lain maksudnya saya merupakan pelajar terawal sampai ke sekolah dalam pukul 6.10 pagi selalunya.
Sekolah saya mempunyai 4 blok dan kelas saya berada hujung sekali di blok 2 bersebelahan pokok besar dan tempat letak motorsikal dan basikal. Di sebabkan saya pelajar terawal, saya memegang kunci kelas saya dan ditugaskan untuk buka kelas awal.
Beberapa bulan awal, tiada perkara pelik berlaku tapi ada sekali semasa saya membuka kelas macam biasa, buka manga dan terus letak beg sekolah ( saya letakkan beg dulu baru buka suis lampu ) dan terus buka lampu. Terkejutnya saya apabila melihat seorang pak cik tua sedang duduk dalam kelas saya.
Otak saya terus berliga memikirkan tak logik pak cik ini boleh masuk sebelum saya sebab kelas memang kunci dari luar dan tingkap pun belum buka lagi. Saya pandang pak cik itu dan pak cik itu pun pandang saya. Pak cik itu hanya memakai singlet dan kain pelikat. Beliau tidak berkata mahupun senyum hanya memberi pandangan yang sayu sebelum menghilangkan diri.
Selepas pak cik itu hilang baru saya kembali dari shock level sebab bukan selalu boleh lihat orang ghaib macam magik. Otak saya terus membuat analisis bahawa pak cik tersebut bukan manusia. Saya beranggapan bahawa pak cik ingin memberitahu saya bahawa beliau turut berada di dalam kelas bersama saya setiap pagi.
Boleh katakan hampir selalu (kecuali sabtu dan ahad) saya boleh jumpa dengan pak cik ini. Saya tidak pernah ceritakan kepada sesiapa pun di sekolah mahupun keluarga mengenai pak cik ini. Lagi pun beliau tidak pernah menggangu saya atau rakan saya dan beliau juga tidak menyeramkan.
Rutin beliau adalah munculkan dirinya selepas saya buka lampu dan menghilangkan dirinya selepas berapa minit atau sehingga rakan lain masuk ke kelas. Keadan terus begini sehingga saya mendapat gangguan lain.
Seperti saya katakana tadi, saya pelajar terawal dan masih kebanyakkan kelas kosong jadi satu pagi seperti biasa sampai sekolah saya berjalan terus ke kelas. Sampai dekat hujung koridor ( untuk mengelak kekeliruan saya namakan kelas saya sebagai 3B dan kelas sebelah 3A ). Saya mendengar bunyi bising seperti meja dan kerusi dari 3A. Saya menolak arah bunyi ( tingkap kelas ini buka hari itu ) melihat kelas gelap tetapi ada 2 susuk putih berdiri di tengah-tengah kelas.
Dari susuk itu, saya dapati 1 susuk lelaki dan 1 susuk wanita ( dari pengihatan saya ). Saya terus jalan tanpa pedulikan susuk-susuk itu. Keadaan ini berlaku 3 hari di mana langsung saya tiada pedulikan bunyi atau susuk itu. Pada masa sama, pak cik juga berada dalam kelas saya pada masa gangguan berlaku Cuma beliau tidak pernah berganjak dari tempat beliau.
Satu hari, seperti biasa saya berjalan menunjuk ke kelas dan saya tengok tiada susuk putih di kelas 3A jadi saya bersangka mereka letih menggangu saya disebabkan tiada respon mahupun takut dari saya . Pada masa yang sama, hati saya berdebar-debar dan mengatakan sesuatu nak berlaku.
Seperti biasa saya buka manga dan hari ini saya ingin membuka suis lampu dulu sebelum meletakkan beg sekolah. Semasa tangan saya nak buka suis lampu, saya mendengar bunyi bising yang kuat dari belakang saya seperti orang tolak meja dan kerusi dan saya Nampak susuk putih ( wanita) berdiri betul-betul di belakang saya.
Saya menutup mata terus menbuka suis lampu dan susuk itu terus menghilang dan begitu juga semangat saya. Saya dengan lemah longai terus duduk dalam keadaan terkejut sampai rakan saya masuk pun terkejut tengok saya. Saya tidak memberitahu mengenai susuk putih itu hanya berkata terkejut tengok kucing lompat. Hari itu saya tidak melihat pak cik itu dalam kelas.
Semasa balik rumah, saya mengalami deman dan mendiang emak saya perasaan deman saya bukan biasa tetapi lain jadi mendiang pun bawa saya ke tempat sepatutnya untuk memulihkan semangat saya. Kata sami itu, susuk itu Cuma nak perhatian serta takutkan saya sahaja sebab saya tidak pedulikan kehadiran mereka.
Selepas kejadian itu, saya tidak melihat susuk-susuk itu tetapi sampai saya habis tingkatan 3 saya berjumpa dengan pakcik itu. Minta maaf kalau cerita saya tidak menyeramkan tetapi itu adalah pengalaman yang saya kongsikan bersama pembaca. Sekiranya ada sambutan untuk cerita ini saya akan kongsikan pengalaman saya yang lain. Terima kasih admin.
Vilashini
Beraninya awak…. 😬
kalau sy kn sy tgu kwn 2 3org dtg bru sma sma g kelas buka mangga huhu
dekat atas awak takde mention jantina.
daripada nama saya assume yg awak ni perempuan.
bagus awak sangat berani.
dan susunan ayat sangat bagus senang dibaca dan faham.
OK saya dah sambut cerita ni..nak cerita lain pulak..haha..anda sangat berani..😁👍
Cerita yang menarik.
Awq sangat berani…. tapi bagi saya cerite awq ni kurang seramlah …bagi saya ok tapi kalau readers lain xtaulah
Setiap org ada penglaman misteri msg2…bg yg berjiwa kental…pengalaman mcm awk ni mmg x jd apa2 lah…tl bg yg lemah semangat…nampak kain org jemur pon dh disangka hantu…apa pon tahniah…Fiksyen Shasha kini diikuti oleh pelbagai kaum selain dr org Melayu sendiri…teruskan berkarya…salah tatabahasa sikit2 x jd masalah punya…lama2 nnt mahirlah dlm penulisan
Beraninya awk… Good story…
Aduyaaiii tabahnye bertahun2 setiap pagi bertemankan pakcik singlet tu…
Dan tanpa menceritakan pd org lain…
Fuuhhhh kagum…!
Gila awal sampai lat skolah.. sanggup aku lepak ngn pak gad kalau pepagi cmtu dah sampai kt skolah
Berani nya. Kalau saya x datang kelas awal dah
mungkin.dia tu guru alam ghaib kot? yg mengajar subjek ilmu alam
Seriously, mmg sgt berani. Klu saya nmpk je pakcik tu, serik, pindah sekolah terus. Hehe. Anyway, penceritaan yg simple dan tersusun. Dan part bila “dia” muncul di belakang awak tu, saya pun terkejut juga
Menarik 👍
Cerita yang menarik👍
Cerita yang menarik👍
sepanjang saya sekolah, sekali je saya penah datang pukul 6 lebih sbb bas takde. parents kerja, so, abah antar awal. pak guard x kasi naik atas kelas pstu dorang suruh tunggu situ smpai ada org lain smpai. sbb dorang tau sklh tu keras. tunggu dh cerah baru naik. cg saya bgitau yg benda tu x kan kacau dh sbb niat nk dtg tuntut ilmu, kdg2 benda tu mncul jgk haha. tmbah2 sklh blackout, lagi best dia main haha
hebatnya awak 😱 berani walaupun dah tau pak cik tu bukan kelibat manusia huhu..
Best.. Berani sungguh u.. Kalau akak da lari kot.. X pun tunggu kat guard house sj.. 👍🏼
Best! Beraninyaa!! Kalau saya dah lari dulu,pindah sekolah terus gamaknya😂
Kental betul tiap2 hari lak tu nampak pakcik tu pagi2 tiap kali bukak kelas…kalau teman laa mmg takk r nk pegi bukak kelas awal2…kalau boleh elak…mahu elak lagi dri nampak kelibat pakcik tu…
hebat dan berani. mesti bahasa melayu A ni.. syabas Vilashini!!