Tokong di Simpang Tiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera admin dan para pembaca FS. Terima kasih ku ucapkan kepada yang memberi feedback yang membina di kisah-kisahku yang terdahulu. Tak banyak sudah pengalaman yang akan ku kongsikan dengan semua.

Kali ini ku akan kongsikan satu kisah yang terjadi kepada aku dan kawan-kawanku.Waktu di antara aku di zaman matriks ke zaman degree, waktu sebelum Kak Siti menghantui hidupku. Waktu sedang mencari keseronokan dalam hidup.

Suatu ketika dahulu, kawan-kawan di zaman inilah yang aku anggap kawan yang salah ku pilih, tetapi sekarang ini aku lebih senang meletakkan mereka sebagai suatu pengajaran kehidupan yang aku akan simpan sampai bila-bila.

Kisah yang bakal aku kongsikan kali ini tidaklah seseram manapun, tapi Insyaallah dapat dijadikan pengajaran bagi mereka yang sedang mencari keseronokkan hidup dengan pelbagai cara.

Aku ada mendengar cerita orang yang mengatakan, sekiranya kita perah limau di kawasan yang baru terjadinya kemalangan, kita akan dapat dengar suara tangisan atau rintihan mangsa kemalangan tersebut. Tapi perbuatan itu perlu dibuat selepas jam 12 tengah malam . Perkara ini aku ceritakan kepada Uda, tak tahu pula dia berminat untuk mencubanya.

“Nak cuba perah limau?” itulah SMS yang dihantar oleh Uda kepadaku ketika aku hampir terlena pada malam kejadian.

“Kalau berdua taknak, kalau ramai ok,” balasku yang sudah cerah mana mendengar tawaran Uda.

Tak lama kemudian SMS seterusnya menyuruh ku tunggu di café kolej ku. Jam ketika itu sudahpun pukul 1130 malam. Lega sedikit hati ini bila melihatkan kereta kancil Wiz penuh dengan kawan-kawanku; Ida, Uda, Wiz dan Sly.

Perjalanan ke tempat yang dituju agak jauh juga, hingga aku terlelap sepanjang perjalanan. Aku tersedar apabila dikejut Ida.Wiz sudahpun menghentikan keretanya di simpang tiga.

Gelap dan sunyi.

Lampu jalan ada, tapi seolah-olah hidup segan mati tak mahu. Kelam sahaja cahayanya. Di tepi simpang jalan itu ada sebuah tokong cina kecil. Coloknya seperti baru sahaja dibakar dan buah-buahan di situ juga seperti baru diganti. Hati sudah mula rasa tak sedap.

“Mana ni?” soalku pada Sly yang sedang berdiri disampingku.

Dia cuma menjungkit bahu.

“Mana ni Uda?” soalku.

“Aku pun tak tahu. Tapi kalau tak silap ni area Balakong. Petang tadi ada sorang kakak tu bawa aku ke sini. Dia tanya nak tengok orang accident tak? Aku cakap ok. Rupanya kat sini. Kitorang sampai agak lewat juga. Dah takde siapa-siapa kat sini, cuma motor tu ada lagi kat situ,” Uda menjuihkan bibirnya ke motor yang hampir terbelah dua yang disandarkan di sebatang pokok.

“Habis tu, mana mayat tu terbaring? Takkan nak perah limau kat seluruh kawasan ni kot?Subuh baru settle kalau gitu,” Wiz berjalan keliling kawasan simpang tiga itu.

“Kau boleh nampak kan Nami? Scan ah sini!” entah kenapa Wiz agak beremosi malam itu.

Aku gelengkan kepala. Aku tak sehebat itu.

“Kalau korang bawak aku ke sini semata-mata nak gunakan aku, memang aku takkan buat. Dah janji datang sini nak explore sama-sama kan?” balasku.

“Kita ada lima orang kan? Pilih lah mana tempat yang korang rasa ok nak perah limau tu, untung nasib timbullah..” Uda akhirnya memberi kata putus.

Dia kemudiannya membawa keluar seplastik limau nipis dari kereta.

“Bersyukur sikit aku dah tolong potong semua limau ni,” katanya semasa kami bergilir mengambil limau dari dalam plastik yang dibawanya.

Aku memilih untuk memerah limau nipis itu di motor mangsa kemalangan. Benda yang paling rapat dengan mangsa.

Semasa memerah limau itu terdetik juga hati ini, tiada satu kenderaan pun yang lalu lalang di kawasan ini. Terpencil sangatkah kawasannya? Timbul penyesalan kerana tertidur semasa dalam perjalanan ke sini tadi.

Tiba-tiba pada perahan limau yang terakhir langkah ku undur beberapa tapak ke belakang apabila terasa seperti ada hembusan angin agak kuat ke muka ku.

“Sly!!” entah kenapa mulut ini tersebut namanya.

Aku toleh ke arah Sly yang berada di sebelah kananku.

“Jangan.. letak balik,” arahku.

Ketika ini semua mata memandang pada Sly.

“Aku ambil satu je, lapar ni..” di tangannya ada sebiji buah epal. Pastinya dia ambil dari tokong cina di tepi simpang ini.

“Lapar tak lapar letak semula Sly. Aku taknak jadi benda-benda yang tak sepatutnya. Kita ni semua dahlah memandai-mandai buat benda macam ni,” jawabku sambil memerhatikan sekeliling kawasan.

Hati semakin tak sedap selepas terkena hembusan angin tadi. Telahan ku betul, tak jauh dari tokong cina itu ada seorang budak sedang berdiri tegak memerhatikan kami. Ku tundukkan pandangan, tak mahu mata kami bertemu.

“Tak kan ada apa-apa ah.. kau ni nak percaya benda-benda mistik ni.
Tengok ni,” katanya kemudian epal itu digigitnya.

Berderau darahku melihat tingkah Sly.

Terdiam kami semua untuk beberapa ketika.

“Tengok, takde apa kan? Kau tu obsess sangat dengan benda-benda mistik ni, ni namanya rezeki,” sambungnya sambil terus makan epal tersebut.

“Ha’ah kan.. rezeki,” kali ini Wiz pula ke tokong itu dan ambil sebiji buah pear.

“Janji dia tak letak daging babi sudahlah ye..” balas Wiz.

“Kalau daging tu, aku boleh je makan, kau yang tak boleh,” kata-kata Sly mengundang gelak mereka berdua.

Ku toleh ke arah tempat budak itu berdiri. Tiada.

Dalam hati aku panjatkan syukur.

“Nak buat apa sekarang ni?’ soal Ida.

“Tunggu,” balas Uda.

Kami berlima duduk di tepi kereta. Menantikan suara tangisan mangsa. Hampir sejam tunggu tiada apa-apa.

“Aku rasa kita semua silap tempat perah limau ni. Takde pun bunyi orang menangis. Tak pun, orangnya tak mati,” Uda bangun dan berjalan di sekitar kawasan.

Sly kemudian tiba-tiba bangun juga. Dia berjalan tergesa-gesa ke tengah simpang tiga itu. Tercungap-cungap kelihatannya. Sesekali dia tertunduk seperti hendak muntah, kemudiannya kepala didongakkan ke atas seperti sukar untuk bernafas.

Kami masing-masing tergamam.

Beberapa kali pergerakkan itu diulangnya sambil jalan tanpa hala tuju di sekitar simpang tiga itu hinggalah dia berhenti di tepi tokong cina itu.
Sebelah tangannya memegang bumbung kecil tokong itu dan tak lama
selepas itu dia muntah. Dia kemudiannya menepuk-nepuk dadanya.

“Tolong weh, aku susah nak nafas ni,” habis sahaja ayat itu, dia kembali muntah.

Ida menarikku untuk pergi melihat keadaan Sly.

Bau muntahnya tersangat busuk. Tak tahu apa yang dia makan malam tadi. Pucat mukanya.

Langkahku terhenti apabila aku ternampak budak tadi duduk mencangkung di tepi tokong cina itu sambil tersenyum memandang Sly.

Wiz kemudian datang meluru ke kami. Tak sempat aku nak mengelaknya. Ditolaknya aku ke tepi.

“Eiiii.. kau buat apa ni Wiz??” terdengar jeritan Ida.

Aku toleh ke arah mereka.

Nak termuntah aku melihatnya. Wiz sedang duduk melutut sambil menyuap sisa muntah Sly ke dalam mulutnya.

Sly juga turut tercengang melihat gelagat Wiz.

Aku dan Ida hanya mampu melihat situasi itu. Tak lama kemudian Sly turut melutut dan meyuap muntahnya kembali ke dalam mulutnya. Ketika ini Uda sudahpun berada di samping kami turut sama menyaksikan keadaan Sly dan Wiz.

Kami bertiga terpaku, beberapa ketika kemudian mereka berdua jatuh terbaring tidak sedarkan diri.

“Nak buat apa ni weh?” Ida panik. Dia berjalan mundar mandir di hadapan kami.

“Nami!! Uda!! Cepat ah nak buat apa ni? Angkat diorang masuk kereta ke?” soal Ida. Dia mula menangis.

Ketika ini aku sebenarnya sedang bertentang mata dengan budak yang duduk di belakang tokong itu. Dia menyeringai memandangku. Dalam hati tak henti-henti ku berzikir dan meminta pertolongan dari Yang Esa.

Apa yang boleh aku buat? Aku bukannya ada ilmu dalam mengubati orang, aku juga bukannya orang yang hebat berkomunikasi dengan makhluk sebegini.

Suasana jadi kalut. Yang aku perasan, Ida berlari ke kereta dan ambil sekotak tisu. Dia kemudiannya membersihkan mulut kedua-dua rakan kami yang terbaring tak sedarkan diri itu. Uda sibuk dengan telefon bimbitnya, aku tak tahu siapa yang dia hubungi.

Dalam keadaan begitu, muncul sebuah van. Pemandunya memberhentikan kenderaannya di tepi tokong.

“Kenapa ni?” soalnya. Dia dan seorang lagi penumpang di dalam van turun dan datang ke kami.

“Kawan kami ni, tak tahu kenapa..” jawab Ida dalam esak tangisnya.

“Korang buat pemujaan ke apa kat sini?” soal pakcik yang agak tua dari pemandu van tersebut.

“Tak.. kami perah limau je..”

“Astagfirullah..” kata-kata Uda dipotong oleh pemandu van.

“Diorang ni jadi macam ni lepas makan buah dari sini,” ku tepuk bumbung tokong cina perlahan.

“Allah.. cepat, tolong pakcik angkat diorang masuk van,” pemandu van memberi arahan.

Nasiblah van itu tiada tempat duduk di bahagian belakang. Dari keadaan vannya, seperti van yang digunakan untuk mengangkat hasil kebun.

“Ikut pakcik,” arah pemandu van itu.

Aku berlari ke Kancil Wiz dan kemudiannya ikut van itu bergerak. Ida dan Uda ada dibelakang van, menjaga Sly dan Wiz.

Van kemudian berhenti di hadapan sebuah rumah. Di pintu hadapan rumah sudah ada sedia yang menunggu. Mereka kemudiannya membantu kami untuk mengangkat Wiz dan Sly masuk ke dalam rumah.

Aku dan Ida tidak tunggu lama di situ. Setelah berbincang dengan Uda, dia bersetuju untuk menemani Wiz dan Sly. Aku dan Ida ada presentation pagi nanti. Nak tak nak kira-kira dalam pukul 2 pagi itu kami redah juga cari jalan balik ke UKM. Nasiblah Ida tidak tidur semasa perjalanan ke simpang tiga tadi, jadi dia ingat jalan keluar dari situ.

Semasa melalui kawasan simpang tiga itu, budak yang tadi ada ku lihat berdiri di tepi tokong cina tersebut memerhatikan kami. Aku mengeluh panjang.

“Apa yang kau nampak, tolong jangan describe ke aku,” pesan Ida yang mungkin perasan keadaan aku ketika itu. Ida kemudiannya mula membaca Ayat Qursi.

Petang itu aku, Ida, dan Uda berkumpul di Pusanika. Dari perkongsian cerita Uda, kami dapat tahu Wiz dan Sly demam panas. Masing-masing sedang berehat di bilik masing-masing. Mereka dibekalkan dengan air penawar dari orang yang mengubati mereka.

“Kau tau tak Nami, semalam mana ada accident kat situ. Pakcik driver tu cakap masa kitorang dalam van dia, motor tu dah dua hari dah kat situ. Accidentnya kelmarin,” terang Ida.

“Hah? Habis tu info yang kau dapat ni salah eh Uda?” soalku.

Uda hanya menggelengkan kepala.

“Kan aku kata, ada kakak kenalan aku yang ajak..” jawabnya.

“Tapi kan Nami.. macam mana kau tahu Sly ambil buah epal tu? Kau tak tengok dia pun time tu,” soal Uda.

“Gerak hati,”jawabku.

“Ke ada yang kasi tau kau? Ada apa-apa ke kat area situ?” soal Uda lagi.

Kali ini aku yang menggelengkan kepalaku. Dalam otak memikirkan keadaan dua rakanku itu, nak ziarah tak boleh kerana mereka berdua lelaki.

Kejadian ini, antara sisipan kecil dari bermacam kejadian yang aku dan kawan-kawanku alami. Lain yang kami harapkan, lain pula yang jadi. Tapi itulah, tetap tak serik-serik, nak juga buat aktiviti yang tak bermafaat ini, yang penting rasa keterujaan ketika membuatnya.

Oh ya, hampir seminggu juga kami tak berjumpa dengan Sly dan Wiz, aku SMS juga tak berbalas. Risau, tapi dari dari rakan-rakan yang berdekatan dengan bilik mereka kami dapat tahu yang mereka baik-baik sahaja.

Ayat pertama yang Sly ucapkan ketika kami berjumpa semula seminggu kemudian adalah,

“Sumpah aku tak nak makan epal merah lagi!”

30 thoughts on “Tokong di Simpang Tiga”

  1. High, kn dlam cute uoin ipin memey bgtaw… Jgn mkn, itu hantu punye… Ape2 pon kita kene hormati kepercayaan agama lain.. 😊 nice story. Shre laaa lgy

    Reply
    • Hihihi… Kan, dalam citer upin ipin kan memey bgtaw itu hantu punya..ape2 pon kita kene hormat kepercyaan agama lain.. Nice story, share laaa lgy,☺
      atas tu typo

      Reply
  2. Ada sesetengah buah yg dok taruk kt tokong tu yg boleh kita mkn…ada yg mmg lansung x boleh kita sentuh apertah lg kita mkn…ini antara maklumat yg teman perolehi dr partner teman seorang cina yg warak dlm ajaran Taoism ni…kalo boleh elakkan dr usik benda2 ni sms hari perayaan sambutan hantu lapar tu…ms mlm tu pon kalo boleh elakkan dr dok kt luar…ini yg beliau bgtau kt teman ..apa2 pon Allahualam

    Reply
    • Saya ms kecik dl2 suka makan buah yang dieorg letak kat dpn rumah yang buat sembahyang…huhuhu menyesal skrg.ikutkan x de apa apa pun mkn buah dieorg sembahyang, ada ustaz pernah cakap.itu cuma kepercayaan dieorg. Tapi mcm cerita kat atas tu dieorg ni mcm kacau tempat dia kut,lps 2, mencabar2 lagi,mmg kena arr…dl ms budak2 tak tau apa. Tapi byk kali buat…maklumlah dl buah epal kan mahal. Tempat sy majoriti mmg cina..kdg2 dieorg buat sembahyang besar…byk gila mknn dieorg letak dpn rumah… Habis sembahyang dia bagi je kat kami ni mknnya. Setau saya dieorg yang buat sembah ni…takleh makan. Kita boleh makan, tu sbb dieorg bg org lain. Itu kata jiran cina saya.

      Reply
      • dulu rumah aku dekat dgn kawasan gaung. depan gaung tu mmg selalu ada org Cina yg duduk taman tu jugak, letak buah2, kadang2 ada nasi sekali. lepas tu dia pasang colok tu. masa kitorang budak2, selalu je ambik buah tu (selalunya kalau limau, sbb kena buang kulit before makan, jadinya tak lah kotor). and yg lg jahatnya, kadang2 kami tabur pasir dkt atas makanan tu. Allahu (bila fikir balik, terasa mcm kenapa bongok sgt perangai). tp Alhamdulillah takde la apa2 terjadi. mungkin juga kat sini niat tu main peranan, dan juga sikap. ye la kalau masa budak2 buat mcm tu, mana la reti nak fikir. nmpk buah kita mesti la rasa nak makan. tu je. bkn nk mencabar roh or tuhan yg diorang percaya ke, atau niat2 lain ke.

        Reply
  3. MasyaaAllah…
    Camne die blh lalu nk makan buah kat tokong tu…???
    Kan byk habuk2 debu colok tu…
    Blh diamik dimakan…
    Diorg ni lapor ke kebulor???
    Adooiiii…

    Reply
  4. Setau sy diharamkn memakan sebarang makanan/minuman yg dh dipuja @ dipersembahkn kpd berhala @ makhluk halus. Cthnya buah dkt tokong, jirat cina, pulut kuning yg dh dipuja utk semah dll.

    Reply
  5. Aq tringat mase aq bdk2 dulu lepak ramai2 kt jirat cina kt masai,ade stgh kwn2 aq dgn selamber derkkkkkk jewk amik epal dgn limau lps tu mkn,ungkal x ungkal mase tu..aty kering x kena tempat 😂😂

    Reply
        • Sekarang ni dah kurang merayau.. Nampak still nampak tapi buat bodoh je lah.. Nak buat mcmana,dah nasib badan..Mancing pun last tahun lepas.. Bz keje n uruskan mak abah kurang sihat.. Nombor toto eh, kehkehkeh.. X penah cuba minta lak.

          Reply
          • mi.. pekata ko share je tiap benda yg ko pnh nmpk kt kitaorg…ko dah keje kan? ko apply la cuti sehari semata2 nak tulis smua pengalaman ko lagi…x pun ko beli MC klau cuti ko x approve..

        • adui.. hahahaha.. beli mc? tak reti ku nak buat benda camtu.. kerja mmg lama dah.. start habis study tahun 2003 dulu dah kerja.. Insyaallah akan cuba utk cerita, thanks ye mambang!

          Reply
          • aku kan mi..klau tiap kali balik kg lalu gua musang mesti teringat ayat ko “tau bang..tu tgh bguling”…tp aku xde rezeki lagi sepanjang lalu tu..

          • giler ko aku mintak..aku ckp xde “rezki” je lagi kt area situ..sib baik la…cukup la 4 hari ni aku tido mimpi benda2 alah tu..tu pun nak penat dah aku jd x cukup tdo..

Leave a Comment